Archive for January 2010

Kreatif mereka dari hati

Dengan nama Allah tuhan disebelah dalam atau luar tembok,
Selawat salam buat Muhammad Abdullah sentiasa setiap waktu.

Suka sangat gambar2 ini. Kreatif dari hati mereka.

"Dimana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh..." Rujuk penuh An-nisa' 4:78

















kredit: faisaltehrani

p/s:
-Sedangkan lidah pun tergigit, macam manusia macam ragamnya. ^^,
-Semangat pengembaraan mula panas. Bersama2 Kempen Membaca PERMAI. Mengembara bersama buku. Jom, ayyash tukar2 hadiah beli buku.. [kes tak ada org nak bg]..haha
-Selamat Hari Lahir buat Rasyidah Arina hari ni.. dan tidak dilupakan buat My big Boss, kak Ainshams yang hawt esok hari.. moga lebih barakah hidup kamu berdua..

Posted in | 5 Comments

sekadar pencatat belum pemimpin

Alhamdulillah, pulang dari mesyuarat AMM MPPM di Amman, bertugas selaku seorang pencatat memang menguji keupayaan konsentrasi. Jujurnya, saya benci menulis sesuatu berkaitan taklifan MPPM ini. Rendah diri dan tidak bersedia. Saya kira, saya masih belum mampu menerima hakikat untuk sepenuh hati bekerja dalam badan tertinggi di Jordan ini. Mungkin!

Memang susah bekerja bila hati tiada bersama. Maaf rasa terlalu berterus terang. Sekadar berkongsi perasaan sesama muslim bekerja. Tapi jangan risau, saya tahu ini amanah. Sedar sahaja muslim itu sifatnya itqan apabila diberi amanah. Saya sedang cuba. Saya sedang belajar. Kamu2 yang undi saya, sila doakan.

Mungkin saat ini, saya hanya boleh mengaku diri selaku seorang setiausaha sahaja, bukan pemimpin tertinggi. Menjadi pemimpin itu terasa terlalu berat untuk diperkatakan. Rentak seorang setiausaha itu perlahan-lahan sudah sebati.


Prioriti masa ini perlu melatih jiwa hamba sebelum menjadi ketua, mendidik diri lebih beribadah agar menjadi sebaik-baik qiadah.Kerana berbohonglah seorang dai'e yang berkata kepimpinan itu jalan dakwah terbaik, namun hati sendiri kosong dari nilai Ilahi, jauh dari sentuhan rabbani, kering dari tarbiyah insani.

Sekitar isu pemimpin.
Tugas pemimpin yang amat sukar. Dengan senjata [baca:hubungan dengan Allah] yang sangat tumpul. sungguh takut untuk diperbicarakan. Soal menjadi pemimpin muslim, bukan sekadar untuk mengajak manusia bergabung dengan persatuan Islam. Namun pemimpin muslim yang sebenar ingin mengajak manusia untuk bergabung dengan orang-orang islam menjadi orang islam. Sungguh beza segolongan muslim yang berpersatuan [baca:jemaah] dengan persatuan[baca:jemaah] muslim.


Tiada guna jawatan kepimpinan saya tanpa hubungan kuat dengan Pencipta sepertimana tiada guna title murobbi tanpa hubungan kuat dengan pencipta. Maka, lebih suka saya melarikan diri dengan mengatakan bahawa saya seorang setiausaha sahaja. Kelihatan tidak adil, belum cukup ampuh saya kira.


Ruh seorang setiausaha
Entri buat semua setiausaha. Saya bukan yang terbaik, sekadar berkongsi perasaan setelah satu semester bekerja. Menarik sungguh pendidikan dari tugas ini kepada jiwa dan peribadi saya.

Kerja setiausaha bukan kerja sebarangan.

Benar! hanya orang yang terpilih.

Perlukan mereka yang jujur, cermat dan teliti. Ciri2 peribadi muslim yang sememangnya perlu diproses. Syukur itu selayaknya kepada pengatur hidup saya yang memberi medium untuk pengacuan diri ini. Mahu cerita panjang tentang setiausaha insyaAllah dalam entri lain. Berbaki 1 kertas terakhir lagi,walau inkuiri dan intensi setinggi langit perlu berpijak pada prioriti bumi.

Buat mana2 setiausaha di Jordan ini, tidak kira setiausaha PZ, BKAN mahupun mana2 program dialu2kan untuk merujuk dan berbincang dengan saya untuk sebarang urusan kesetiausahaan. Kalau anda tidak dapat sesuatu dari saya, mungkin saya yang akan dapat sesuatu dari anda.

Mari kita bekerjasama, sama-sama berkerja dan kerja bersama-sama.

video




*Video ini buah idea penulis bersama-sama saudari timb. setiausaha BKPJJ, Nuha Iffah. Semangat orang muda hendak berbakti. Ditayangkan semasa Kem Kesetiausahaan Muda yang lepas kepada semua setiausaha persatuan di Jordan. Moga kembali bersemangat buat semua setiausaha.^^, [ini adalah entri yang sebenar. Cubaan penyampaian entri bukan dengan tulisan tapi video. Pendahuluan atas td sampingan saja2. Moga bermanfaat dan kembali bersemangat]


p/s:
-Tahniah dan selamat memimpin kepada Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef bermula 16 Januari yang lalu. Rujuk sini untuk ucapan dasar beliau.
-Tarikh keramat yang sama turut melahirkan insan pemimpin baru berjiwa rabbani insyaAllah, Nurdini Dayyini

Posted in | 5 Comments

Berbalik kepada halwa telinga kamu

video

[perhatikan lirik bukan videoclip]


Segar dan membangkitkan! Inilah yang kita perlukan.

Dikala saat pemuda muslim kini lemas dalam lautan cinta nafsu dunia, hidup terhuyung-hayang dalam dunia fantasi putera kacak dan puteri anggunnya. Mengimpikan kisah hidup ibarat movie yang dikarang Yahudi dan kroni2nya. Lagi menjadi-jadi apabila dunia seolah-olah bersama mereka, lagu mendayu bertemakan cinta, kasih, rindu tak berpenghujung. makin membenihkan rasa hati untuk terbang bersama mata hati ke alam indah berpelangi. Khayalan semata. Sungguh membencikan. Hentikan sahaja!

Perlukan suara2 yang begini.

Izzatul Islam memang dihati.Minat saya bukan kerana namanya sama. Lagu2 yang bertemakan perjuangan dan pengislahan. Baru kena gaya. Bukan tak romantik, bukan nak anti-cinta, namun bukan masanya. Secara peribadi memang tak minat dan boleh dikatakan benci dengar lagu cinta manusia remaja-remaji. Merepek dan membencikan.


Untuk apa dinyanyikan..?
Untuk apa didengari..?


Lainlah bagi yang sudah benar2 diikat, akad yang menghalalkan cinta fantasi. Dengar lagu begini hati yang keras seperti disimbah air mawar kembali kasih. Tapi kalau umur dan pemikiran setahun jagung, belum kenal warna dunia, belum tahu lurah gunung kehidupan. Tema akidah dan perjuangan itu lebih utama. Persoalan akhlak dan kematian itu juga lebih banyak kesannya. Kamu sibuk2 dengar lagu cinta, kemudian mula la rasa nak bercinta. Lagu juga punya prioritinya. Lagu cinta tipu yang mengasyikkan sebaiknya dibuang jauh2. Tutup terus!

Bukan nak syadid tapi ini soal tarbiyah hati dan fisiologi badan pemuda muslim.


Manusia itu dari air, dan air itu sangat sensitif kepada bunyi2an. Saya sudah cerita dulu. Kajian Dr. Emoto dari Jepun yang mengkaji tindakbalas air kepada unsur bunyi disekelilingnya tidak boleh disangkal. Rujuk sini. Pelik sungguh kamu. bila nak exam sibuk2 minum "air yassin", yakin air itu air 'mukjizat' menjadi hebat apabila mendengar bacaan Quran. Tapi bila dikatakan diri kamu itu turut mampu berubah bergantung kepada apa yang didengari, mula cari alasan.


"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:54)

Even For the rest of my life-Maher Zain, apa faedahnya untuk kamu? Makin didengari, seluruh badan kamu akan bertindakbalas. Mungkin kamu tidak sedar tapi ia akan menentukan sikap, mentaliti dan bentuk peribadi kamu saat ini. Sekadar pencerahan agar masing2 lebih teliti dengan bunyi2an yang kamu dengari. Terpulang masing2 bagaimana mencorakkan tindakbalas air dalam badan sendiri.

Cuma entri ini sekadar kempen. Lebih suka melihat generasi pemuda gagah berjiwa perjuangan, daripada lemah memikirkan cinta tak terbalas.

Lebih baik Kenali perjuangan kamu sebelum mengenal cinta kamu. Believe me,bukan sekadar bahan bacaan, halwa telinga kamu turut mencorakkan peribadi kamu.

"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)

Dengar Al-Quran itu pasti yang utama dan terbaik. Kamu semua pun sudah tahu. Sama ada mahu atau tidak. Masing2 punya telinga, masing2 sahaja boleh jaga. Telinga yang menulis pastinya yang paling dekat. Peringatan untuk diri.Sekadar membukukan rasa hati. [maaf, terasa entri bernada keras sedikit]

Your life, your choice~

p/s: Masa awal2 buat Alarm clock lagu ruhul jadid, bangun pagi rasa nak pergi berperang. Tengah susah nak bangun, tukar alarm jadi lagu alam barzakh, takut nak sambung tidur. huhu~
- Sudah bergelar auntie kini. Gembira teramat menyambut cucu ayah li dan makbi yang pertama. Tak sabar nak balik Malaysia~
-To Husnadani, saya dedicate kan lagu ini untuk anda. ^^,

Posted in | 9 Comments

Metod ayam bertelur.

'As-salam' ke atas semua~

Final exam yang kritikal menjelma. Tak boleh tulis panjang-panjang.

Nak kongsi satu anologi atau dalam bahasa Al-Qurannya misalan.

bagi anda fikir dan terjemahkan sendiri.



Ada 2 ekor ibu ayam yang beriman dan bertaqwa. Kedua-duanya merasakan keadaan ummah generasi ayam kini semakin tenat dan kritikal, makin songsang dengan ajaran islam yang murni. Atas dasar syahadah yang ditaklifkan, Maka kedua-duanya pun bercita-cita ingin menyumbang menaikkan semula kegemilangan islam. Sepakatlah mereka berdua untuk membanyakkan bertelur supaya makin banyak anak-anak ayam baru lahir. Harapannya agar generasi pemuda ini bakal menyambung perjuangan menjadi agen pengubah dunia ayam kini.

Dipendekkan cerita ibu ayam A setelah berfikir segaring2nya, beliau mengambil keputusan untuk bertelur banyak-banyak sebanyak-banyaknya. Kemana-mana sahaja dia pergi, maka dia akan bertelur. Singah kampung ini, bertelur. Singah kampung itu, bertelur lagi. Bertelur dan bertelur. Bertelur banyak-banyak, dengan berkeyakinan bahawa antara banyak-banyak telur yang ditelurkannya itu pasti ada yang menetas dan menjadi pemuda hebat satu hari nanti.

Manakala ayam B yang sedikit berbeza mengambil metod yang lain sedikit. Beliau setelah fikir sedalam-dalamnya, mengambil keputusan untuk bertelur sedikit-sedikit sahaja. Kemudian kasi mengeram telur tersebut dahulu. Nak haba beliau bagi, nak perlindungan bagi juga, nak kasih sayang pun bagi je la walaupun telurnya sedikit sahaja. dengan harapan telur- telur yang sedikit tersebut berjaya menetas dan lahirlah pemuda hebat mengubah dunia satu hari nanti.

Maka, persoalannya adakah sama ayam A dan ayam B?

Jawapannya pasti tidak. ye ke?

Siapa yang macam nampak faham tu.. dipersilakan la mencuba.

Anologi BEST dari Quran:
Adakah sama seorang hamba yang hakmilik tetap seorang tuan, dengan seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan [tak ingat ayat surah mana. sapa tahu?]

Fikir2.. renung2.. jangan tido

p/s: Anologi ini turut ditujukan kepada cik Aleen Alan [Oopss.. tidak lagi] tukar to cik Athirah Sanusi atau lebih tepat Atiqah Nazeri yang rajen menulis artikel2 bebas. haha
- Mimpi ada orang baik bagi hadiah buku sejarah andalus dr tareq swaidan kat nur islami habis exam nanti.. huhu.. [menangis]

Posted in | 17 Comments

Penulis picisan VS penulis memberi kesan

Dengan nama Allah, tuhan alam nyata mahupun alam blog ku..
Selaut rindu buat 'Muhammad Abdullah', kekasih alam nyata mahupun blog ku jua.

"Bengkel penulisan cerpen islamik dan pengurusan blog".
Alhamdulillah, di saat nota bertimbun menjerit meminta perhatian, sempat jua saya mencuri masa berlari menuju pintu penulisan yang terbuka. Syukur manusia itu kembali kepada apa yang diniatkan.

Menjadi Penulis?



Bukan bakat saya. Namun gembira masih punya minat, skurang-kurangnya masih mampu melangkah dalam blog ini. Impian masa kecil saya nak menjadi penulis buku terkenal. Besar angan2. Belum dikuburkan lagi, namun bukan cita2 utama buat masa ini, Buat masa ini, misi lain menanti. Mungkin suatu hari, saya tidak pasti. Moga Allah bukakan hati.

Pengisian bengkel amat menarik, ura-ura bengkel bakal diadakan di mantiqah lain pula selepas ini. [Saya tolong promosi] kepada mana-mana penulis mahupun bloggers Jordanian, jangan lepaskan peluang, mungkin anda bakal dapat menjumpai sesuatu yang mampu mengubah kacamata anda terhadap bidang penulisan. Still, terpulang pada niat anda~

Resipi dari bengkel
Pengendali bengkel banyak mengisahkan cara dan prinsip beliau dalam melakar nama dalam bidang penulisan. Bagus dan tahniah! Memang ummah memerlukan pemuda2 gigih dan fokus kepada matlamat dengan gerak kerja tersusun secara kolektif. Didoakan terus thabat.

Cita2 mengislah masyarakat melalui bidang penulisan. impian yang cantik.

Sememangnya cita-cita kita menentukan gerak kerja kita.

Kalau benar hendak mengislah masyarakat melalui penulisan, gerak kerja anda perlu serius, Niat kena tetap, ghayah kena jelas, berdisiplin dalam menulis, promosi habis-habisan. Baru nampak anda serius dalam 'ibadah' menulis.

Muslim itu bukankah apabila berbuat sesuatu, dia berbuat dengan cara yang terbaik!

Otak penulis kena 360 darjah, jemput ilham, adunkan menjadi karya air tangan anda, Bukan sekadar copy dan paste buat penuh blog sendiri. Update kena selalu kalau tidak ingin mem'bunuh' pembaca blog anda. Kalau tidak setiap hari pastikan setiap minggu.

Ini resipi yang dapat saya serap. Banyak lagi cuma ini yang menjadi perhatian. Membuatkan saya kembali bermonolog asal haluan dan matlamat penulisan ululalbab99 ini.

Ya, jauh panggang dengan api. Penulisan saya ingin dibandingkan dengan pengendali bengkel saudara 'Hilal Asyraf' ibarat bayi yang baru merangkak dengan ibu beranak lima. Disiplin dia dalam menulis dan disiplin saya. Promosi dia dan promosi saya. Kekemasan pengurusan blog dia dan saya.. Errmm.... muhasabah diri sebentar. Sedikit terjentik.

Walau jauh berbeza. saya punya cita-cita yang sama. Mengislah masyarakat!
Cuma dalam bidang penulisan? Mungkin tidak.

Penulisan saya buat masa ini sekadar untuk diri. Kerana masih kurang keyakinan diri.

Ingin mencetak peribadi dahulu sebelum mencetak buku.

Akan memperbaiki potensi penulisan diri namun dalam kadar sendiri. Sekadar menyampaikan pengalaman dan fikrah islam dalam bentuk lakaran penulisan yang indah. Moga Sesiapa yang membaca kembali menjadi ululalbab mengikis Intelectual lazziness yang menghalang terbinanya peribadi khalifah yang hamba.

Masih picisan harapnya mampu memberi kesan.


p/s: Final exam yang mendatang. Mohon doa2 dari pembaca agar saya terus melangkah membina masa hadapan doktor rabbani. ^^,

Posted in | 3 Comments

Respon happy family ka?

Segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk kita semua berkomunikasi.
Salam rindu buat Muhammad Abdullah manusia paling hebat skill berkomunikasi.

entri utk kami2 sahaja sahaja. (medic_mep7)

Happy Family ka?

Itu tajuk perbincangan kami malam semalam. Sangat indah rasa hati walau penat. Malam semalam kami mahasiswa perubatan tahun 3 JUST berkumpul, bersama-sama bermuhasabah dan mencari titik pertemuan kembali. Jutaan terimakasih buat semua pihak yang terlibat secara nyata mahupun sekadar invisible.

Memandangkan dah ada title blogger ni... ehem..ehem..

Respon saya?

Ok.

Perjumpaan malam ini merupakan medan komunikasi. Pencerahan buat semua pihak.
Batch kita yang penuh dengan variasi. Perlu teliti, memahami serta menghormati.

Banyak kepala, banyak idea, banyak ragam, banyak cara. Memang berbeza dan perbezaan itulah yang perlu dimanfaatkan agar sama-sama kita bahagia berjaya dunia akhirat.

Sekiranya keimanan dari dalam diri merupakan kunci penyelesaian kepada masalah diri sendiri, Saya selalu merasakan komunikasi yang baik merupakan kunci penyelesaian kepada masalah yang melibatkan orang lain.

Komunikasi merupakan medan pencerahan sebelum membentuk persefahaman dan kesatuan.

Dalam fantasi pihak atasan membina satu happy family, komunikasi sesama pihak merupakan penyelesaiannya. Sama-sama duduk sebentar kita bincang masalah ini bersama. Buka hati, buka minda. Berlapang dada hidup gembira. [Ijlis Binna, Nu'min Sa'ah.]

Adakah kita ingin menjadi satu keluarga?


Jika ya, Bagaimana kita ingin mencorakkan keluarga kita?




Suka saya sentuh beberapa isu yang bangkit.


isu perbezaan.
Semalam saudari Atiqah Nazeri membangkitkan isu perbezaan jantina. "ladies VS gentlemen" Perbezaan yang sangat ketara namun saling melengkapi sebenarnya. Cara berfikir lelaki dan perempuan itu memang dari dua planet yang berbeza. Bagaimana berbezanya cara berfikir saudari Atiqah dan Saudara Syahmi ketika membincangkan soal gerakkerja. Jelas juga cara berfikir Aliaa dan Saudara Ikhwan semalam ketika membincangkan soal nak atau tidak. (Sory aliaa, kami nak terketawa ^^p)

Malah perbezaan antara akhawat juga terlalu banyak. Bagaimana hebatnya cik Fathiyah semasa bercakap, hebat juga cik Ayyash dalam menulis. Lagi hebat kak husna dan wani enterprise dalam memasak. ^^, (-->huhu~ akak sy tolong promosi ni)

Semua berbeza2 kepakaran dan variasi cara persembahan kasih sayang. Menulis, memasak, menyanyi, membuat video, berlakon malah membuat nota dan menyampaikan iklan.

Memetik kata-kata Saudara Sidi "Buatlah apa sahaja dalam menjadikan kita semua selaku happy family selagi tidak melanggar syara' dan rujuklah orang yang lebih faqeh sekiranya kita tidak tahu." rujuk 21:7

Allah itu sangat adil ye sahabat. Perbezaan antara kita dijadikan bukan untuk saling berpecah dan bertengkar, namun saling memahami dan bertolak ansur. Ada yang syadid, ada yang kotemporari, ada yang sempoi, ada yang tegas, ada yang diplomasi, ada yang berdasar tertutup.

Selaku satu 'usrah' berskala besar, mari kita sama2 saling bertaaruf(berkenalan), bertafahum (memahami) dan bertakaful (melengkapi) antara satu sama lain dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Kerana itulah rukunnya satu family. Setiap ahlinya perlu sama-sama melaksanakan 3 komponen ini dalam membina medium pembentukan diri yang indah.

Soalnya ke mana kita menuju?

Menuju ke syurga. Mencari redha dan rahmat Allah

Cakap senang, aplikasinya?

"Dan orang-orang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah maha perkasa, maha bijaksana." 9:71

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan" 5:2

"Barangsiapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, nescaya dia memperoleh bahagian dari pahalanya. Dan barangsiapa memeberi pertolongan yang buruk, nescaya dia memikul bahagian dari dosanya. Allah mahakuasa atas segala sesuatu" 4:85


Moga kita semua sama2 berusaha untuk bahagia kat dunia.. dan sama2 juga bahagia kat akhirat.

isu perubahan
Turut dibangkitkan pengakuan berani saudari Ainul Madina, bagaimana beliau berubah secara mendadak selepas kempen ikhtilat semasa tahun 1 dahulu. Kata2 yang sangat menarik dan terkesan bagi saya.



"Yelah , dah kita dah tahu perkara sebenar ikut Al-Quran, takkan nak buat dunno je kan? kenalah berubah"

Subhanallah! Moga semua umat akhir zaman berfikir dan bertindak sebegini.

Isu berubah sedikit2 dan isu berubah mendadak terpulang kepada individu. Yang penting berubah apabila mengetahui kebenaran.

Formula mudah: evaluasi antara benar atau salah, dan berubahlah kepada kebenaran dan bersabarlah di atas jalan kebenaran itu.

Duduk dalam bi'ah Jordan ini, peringatan tu dari memanah dari pelbagai penjuru. Tidak terbatas pada isu ikhtilat sahaja namun meliputi semua perkara. Isu ponteng, isu hedonisme, isu pembaziran hatta peringatan ttg isu keselamatan. Bergantung kepada diri sendiri ingin menjadi manusia yang terkunci hati, pendengaran, penglihatan atau menjadi manusia yang berfikir (ululalbab).



Sekadar cadangan
Walaupun saya tahu bak kata pepatah "You suggest, you suffer!" Namun atas dasar rasa kurang menyumbang kepada ahli keluarga mep7, saya berasa terpanggil nak buat blog khas untuk keluarga kita ala2 buletinkita mep8 atau budak2ngeteh syabab mep6 mahupun school of life akak2 mep4 (sila tekan setiap satu utk perbandingan) Agak2 idea ini bernas dan menarik hati mana2 pihak untuk bekerjasama? Sekiranya ada dan kalau boleh mesti ada, sila respon di ruangan komen. Bentuk dan jenis blog yang bagaimana kita ingin bentukkan. Anda berhak mencadangkan~

Siapa tahu kiranya langkah ini mampu membuka jalan kepada semua, lagi2 akhawat2 yang sifatnya pemalu. Nak bercakap di alam realiti belum punya keyakinan, alam maya boleh difikir2kan.. ^^,

Terakhir,


p/s: To kak kelly, video anda amat cool memang seperti orangnya. Dengar khabar2 angin pantai timur, proses pembikinan mengambil masa 2 hari siang malam tidak tidur dan makan? huhu.. mantap2. Belum kira hari temuramah lagi ye tak? tahniah pada crew penemuramah dan cik Ainul Arina dengan video Koreannya yang amat menampar[pang!]

Tahniah juga buat dukun studio atas produksi yang pertama. Ada harapan mengalahkan populariti abu malik studio ini. Selaku satu keluarga, kami menyokong anda!

Dan tidak dilupakan terimakasih buat semua tukang masak2 yang terlibat menyediakan juadah istimewa malam semalam.

Serta ucapan tahniah dan takziah buat 'abang long' baru kita semua, saudara Khair Shahrir. Selamat mengemudi bahtera medic_mep7 yang baru. Kami bersama2 anda!

Posted in | 12 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.