Archive for April 2010

kotak-kotak pangkah

Pen 6 warna yang dibeli di Barcelona itu di keluarkan. Tik! Ditukar warna pilihannya dari ungu kepada biru. Buku kecil berkotak-kotak miliknya itu diperhalusi satu-satu.

Errmm.. Boleh tahan bilangan tanda-tanda pangkah pada target amalannya minggu ini. Aisshh.. sedikit kecewa di situ. Ada tanda-tanda kurang enak dipandang mata. Dalam hati dia sudah berkira-kira bentuk graf miliknya minggu itu. Teman-temannya kini juga makin kerap dilihat bersama-sama buku mini 'checklist diri' tersebut. Terbau semangat berlumba-lumba di situ. Komitmen dirinya sedar tak sedar pun jadi lebih bertambah.

Dia teringat hadis yang dibacainya suatu masa dahulu.


Rasulullah bertanya, "Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya, "Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya lagi , "Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, " Saya" Rasulullah bersabda, "Tidak berkumpul hal-hal ini dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk syurga" [Muslim]

Subhannallah! Hadis simple yang nampak ringan , namun punya makna tersirat yang besar.

Dulu dia tidak nampak hakikatnya nabi sedang mengfollow-up amal fardi para sahabat. Dia tidak sedar nabi amat prihatin dengan komitmen para sahabat terhadap ibadah-ibadah peribadi mereka. Kini jiwa dia sendiri yakin muhasabah graf amal itu penting untuk jiwa-jiwa yang berjanji mahu berubah.

Ya! amat penting.

Tidak boleh tidak. Kalau benar kamu orang yang mahu memperbaiki diri, perlu bersahabat dengan checklist diri ini. Jangan mimpi mahu istiqamah tanpa penelitian dan penganalisaan halus dalam mengislah diri.

Mulakan dengan yang paling ringan, perlahan demi perlahan.. jiwa yang dahagakan makanan hati akan berasa semakin haus dan haus. Dulu mungkin baginya, mathurat sekali sudah cukup panjang dan menyusahkan, namun mungkin dari hari demi hari.. thresholdnya untuk zouk semakin tinggi. Selagi tidak di ulang 3 kali sudah gelisah gelodak hati. Sampai satu tahap, mathurat kubra menjadi kewajipan bagi nurani.

Itu sifatnya jiwa yang menghakimi. Perlu teliti dan sabar membajai.

Bukankah sunnatullah si Pokok itu tidak akan berbuah dalam sehari ?

Posted in | Leave a comment

karakter iman

"Sesungguhnya kemandulan,kebekuan, dan keterasingan yang menimpa sebahagian besar orang yang ingin bergerak itu hanyalah disebabkan oleh satu hal.. iaitu rasa takut yang berlebihan kepada manusia dan masyarakat. Maka jika mereka berada dalam kondisi kurang percaya diri, sebaiknya mereka mengubatinya"


Dia terkesima. Pembacaannya dihentikan sebentar. memberi ruang action potential dalam sel otaknya diaktifkan berkali-kali.


"Perasaan takut kepada reaksi manusia tidak mungkin menjadi salah satu sifat orang yang beriman. Sebab karakter iman itu memberi manusia ruh keberanian membela kebenaran"


Sayup-sayup kedengaran suara pakcik Fathi Yakan membisikkan curahan himmah dalam jiwanya. Jauh dia berhalusinasi . Membayangkan delegasi besar turun padang sesekali mengajar dia dan rakan-rakannya memandu. Oh!


"Ya! perlu berani... kena berani! sampai bila mahu iman di belakang tabir? Sampai bila mahu menyembunyikan kelodak jiwa? Sampai bila teragak-agak melangkah dalam cahaya?"

Katakanlah kebenaran.. katakan sahaja.
Mereka menantimu... mereka menunggumu...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Tetapkan hati kami. Ampunkan kelalaian kami ya ALLAH.


Sekadar hiasan. Sedang mencari biskut ini di Jordan..ermm.. siapa jumpa?


p/s: Blog ini terasa ditulis tanpa memikirkan objek sasaran.. atau mengetahui latar belakang pembaca atau memikirkan tema yang bersesuaian dll sewaktu dengannya.. sekadar rasa nak menulis apa yang hendak ditulis untuk diri. Kalau kamu mendapat manfaat teruskan membaca, jika tiada tidak perlu singah lagi. Nanti penulis rasa serba-salah pula. Oh! krisis identiti daie


Posted in | 12 Comments

Awan yang menyaksikan

Pagi-pagi memang mendamaikan. Selayaknya Tuhan Agung itu bersumpah dengan waktu yang cantik ini. Dia merenung awan-awan berkepul-kepul di langit, membayangkan dia dan sahabat2nya berlari-larian di atas kepulan putih itu. Seperti kelibatnya si Goku dengan motosikal awannya.



Wah! Subhanallah.. Memang indah! inilah ciptaan Rabb nya yang paling hebat.

"Allah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Allah yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?"




Sebiru hari ini.


Awan-awan riang ria menjadi saksi ukhwah antara mereka. ^__^



Kelihatan adik comel sudah malu sipu seperti kura-kura. Sembang-sembang ukhwah mereka pagi ini sangat segar. Beritahu perkara sebenar yang manusia sering silap tafsir tentang anda, memang satu idea taaruf yang lebih fun.

"Orang ingat saya ni baik.. tapi saya tidaklah baik mana sebenarnya..."
"Orang ingat saya single.. tapi sebenarnya saya sudah double sebenarnya.."
"Orang ingat saya tingkatan 3... tapi saya sudah tahun 3 sebenarnya.."
"Orang ingat saya jenis manusia yang bangun lewat, tapi sebenarnya saya jenis yang bangun awal"
"Orang Arab ingat saya indonesia, tapi saya Malizia sebenarnya"

Tiba giliran adik 'hot' seIrbid. Semua sudah pasang telinga kemas-kemas. Seperti biasa, dia dengan gaya sempoi ala2 gadis paling hot Irbid berdiri atas lututnya.

"Ermmm.. errmm... orang ingat saya berbadan slim.. tapi sebenarnya perut saya buncit"

Errkk..

Oppss.. Dia terkedu sebentar. Memang dasar insan penceria. Seluruh alam tanpa silunya menghamburkan gelak tawa. Yang awal kelihatan sipu tertunduk pun mula senyum hingga ke telinga. Dia juga senak perut. Oh.. adik kamu memang sangat comel. ^__^

Awan putih itu sekali lagi menyaksikan keletah manusia ria ini bergurau senda. Kelihatan sang Mentari mengintai dicelah rimbunan awan. Tidak mahu ketingalan menyaksikan hati-hati manusia Rabbani yang berkumpul atas dasar tali akidah yang satu.



Seperti biasa, di sudut celah manusia itu.. dia kembali merenung harinya, memikirkan pengajaran yang Allah berikan padanya hari itu. Bak kata orang tu "tauhidic mindset" itu penting. Setiap perkara yang berlaku dalam hari-hari kita perlu dikembali kaitkan dengan Allah yang tauhid.

Dia belajar hari ini. Manusia memang penuh dengan persangkaan.

Persangkaan baik mahupun persangkaan buruk. Apabila indikator penilaian berpandukan pada persangkaan, pintu ketidakpastian bakal terbuka luas. Nilai keyakinan akan berkurang. Maka sebarang tindakan menyusul kurang kemas dan longlai.

Sedangkan ukhwah juga perlu dibina atas dasar keyakinan dan bukannya persangkaan semata. Dia terasa Allah sedang mengajarnya untuk kurang berprasangka kepada sahabat2nya. Mungkin itu teguran untuknya hari ini.

Subhannallah! Pagi ini dia kembali bermuhasabah. Bahawasanya Islam sentiasa mengajarnya untuk berpegang pada keyakinan. Bukan bersangka-sangkaan. Kerana percaya itu soal yakin.

Percaya kepada Allah kerana kita Yakin dengan Allah.
Percaya kepada hari akhirat kerana kita Yakin pada hari akhirat.


Moga Allah campakkan 'mata keyakinan' dalam jiwa kita semua. ^



Dedikasi buat:
Awan yang menjadi saksi antara kita.
Awan yang juga pernah menjadi saksi antara mereka.

Posted in , | 9 Comments

kiblat songsang



Matanya tertumpu kepada tulisan tangan di pintu tandas universitinya itu. Contengan pen merah bergaris pen hitam. Oh! Inilah produk kerja orang-orang muda kurang siviks. Syndrome remaja Arab, Malizi atau mana-mana remaja dunia yang tiada kerja. "Penganggur dunia" kesan jahil dengan misi dan visi hidup selaku hamba dan khalifah Allah atas dunia sementara ini.

"I LOVE U.S.A BUT URDUN IS ALWAYS BE THE FIRST"


Aiyaa!!!

Sah! hasil tangan pemudi-pemudi Arab pro-US di universitinya.

Memang menyedihkan. Sungguh! Dia terasa sedikit kesal di situ. Pemudi-pemudi harapan agama yang diharapkan menjadi tukang promoter Islam menaikkan semula kekuasaan Islam di mata dunia kelihatannya masih ramai yang tenggelam dengan gahnya produk-produk Barat. Bukan seorang-dua sahabat2 Arabnya yang terlalu mengagung2kan pakcik Amerika. Dia pun jadi buntu. Oh!

Benarlah apabila satu-satu kuasa dunia itu berada di kemuncak. Semua manusia 'terpaksa' tunduk dengan rela atau terpaksa kepadanya. Mendengar seruannya, membeli produknya, menggunakan jenamanya, berakhlak dengan ideologinya. Itulah masanya di mana sesebuah tamadun itu berjaya 'menguasai' bukan setakat fizikal manusia malah hati dan akalnya.

Dan masa itulah yang kita semua impi.

Ya! dengan janji Allah, Islam pasti kembali menjadi 'kiblat dunia'.

Tiada cara lain. Kalau dibiarkan dunia mengikut si Barat Amerika. inilah kesannya. tekan.

Kena segera menaiki gerabak islam menuju ke puncak alam. JoM!


memperkenalkan "my name is Ustazah Alam"


p/s:
kredit tudung kepada si Khadeeja sang sanguine.
'Menduda' selama 3 hari, sudah merinduinya. sila segera pulang sahabat~

Posted in | 6 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.