Segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang untuk kita semua berkomunikasi.
Salam rindu buat Muhammad Abdullah manusia paling hebat skill berkomunikasi.
entri utk kami2 sahaja sahaja. (medic_mep7)
Happy Family ka?
Itu tajuk perbincangan kami malam semalam. Sangat indah rasa hati walau penat. Malam semalam kami mahasiswa perubatan tahun 3 JUST berkumpul, bersama-sama bermuhasabah dan mencari titik pertemuan kembali. Jutaan terimakasih buat semua pihak yang terlibat secara nyata mahupun sekadar invisible.
Memandangkan dah ada title blogger ni... ehem..ehem..
Respon saya?
Ok.
Perjumpaan malam ini merupakan medan komunikasi. Pencerahan buat semua pihak.
Batch kita yang penuh dengan variasi. Perlu teliti, memahami serta menghormati.
Banyak kepala, banyak idea, banyak ragam, banyak cara. Memang berbeza dan perbezaan itulah yang perlu dimanfaatkan agar sama-sama kita bahagia berjaya dunia akhirat.
Sekiranya keimanan dari dalam diri merupakan kunci penyelesaian kepada masalah diri sendiri, Saya selalu merasakan komunikasi yang baik merupakan kunci penyelesaian kepada masalah yang melibatkan orang lain.
Komunikasi merupakan medan pencerahan sebelum membentuk persefahaman dan kesatuan.
Dalam fantasi pihak atasan membina satu happy family, komunikasi sesama pihak merupakan penyelesaiannya. Sama-sama duduk sebentar kita bincang masalah ini bersama. Buka hati, buka minda. Berlapang dada hidup gembira. [Ijlis Binna, Nu'min Sa'ah.]
Adakah kita ingin menjadi satu keluarga?
Jika ya, Bagaimana kita ingin mencorakkan keluarga kita?
Suka saya sentuh beberapa isu yang bangkit.
isu perbezaan.
Semalam saudari Atiqah Nazeri membangkitkan isu perbezaan jantina. "ladies VS gentlemen" Perbezaan yang sangat ketara namun saling melengkapi sebenarnya. Cara berfikir lelaki dan perempuan itu memang dari dua planet yang berbeza. Bagaimana berbezanya cara berfikir saudari Atiqah dan Saudara Syahmi ketika membincangkan soal gerakkerja. Jelas juga cara berfikir Aliaa dan Saudara Ikhwan semalam ketika membincangkan soal nak atau tidak. (Sory aliaa, kami nak terketawa ^^p)
Malah perbezaan antara akhawat juga terlalu banyak. Bagaimana hebatnya cik Fathiyah semasa bercakap, hebat juga cik Ayyash dalam menulis. Lagi hebat kak husna dan wani enterprise dalam memasak. ^^, (-->huhu~ akak sy tolong promosi ni)
Semua berbeza2 kepakaran dan variasi cara persembahan kasih sayang. Menulis, memasak, menyanyi, membuat video, berlakon malah membuat nota dan menyampaikan iklan.
Memetik kata-kata Saudara Sidi "Buatlah apa sahaja dalam menjadikan kita semua selaku happy family selagi tidak melanggar syara' dan rujuklah orang yang lebih faqeh sekiranya kita tidak tahu." rujuk 21:7
Allah itu sangat adil ye sahabat. Perbezaan antara kita dijadikan bukan untuk saling berpecah dan bertengkar, namun saling memahami dan bertolak ansur. Ada yang syadid, ada yang kotemporari, ada yang sempoi, ada yang tegas, ada yang diplomasi, ada yang berdasar tertutup.
Selaku satu 'usrah' berskala besar, mari kita sama2 saling bertaaruf(berkenalan), bertafahum (memahami) dan bertakaful (melengkapi) antara satu sama lain dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Kerana itulah rukunnya satu family. Setiap ahlinya perlu sama-sama melaksanakan 3 komponen ini dalam membina medium pembentukan diri yang indah.
Soalnya ke mana kita menuju?
Menuju ke syurga. Mencari redha dan rahmat Allah
Cakap senang, aplikasinya?
"Dan orang-orang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah maha perkasa, maha bijaksana." 9:71
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan" 5:2
"Barangsiapa memberi pertolongan dengan pertolongan yang baik, nescaya dia memperoleh bahagian dari pahalanya. Dan barangsiapa memeberi pertolongan yang buruk, nescaya dia memikul bahagian dari dosanya. Allah mahakuasa atas segala sesuatu" 4:85
Moga kita semua sama2 berusaha untuk bahagia kat dunia.. dan sama2 juga bahagia kat akhirat.
isu perubahanTurut dibangkitkan pengakuan berani saudari Ainul Madina, bagaimana beliau berubah secara mendadak selepas kempen ikhtilat semasa tahun 1 dahulu. Kata2 yang sangat menarik dan terkesan bagi saya.
"Yelah , dah kita dah tahu perkara sebenar ikut Al-Quran, takkan nak buat dunno je kan? kenalah berubah"
Subhanallah! Moga semua umat akhir zaman berfikir dan bertindak sebegini.
Isu berubah sedikit2 dan isu berubah mendadak terpulang kepada individu. Yang penting berubah apabila mengetahui kebenaran.
Formula mudah: evaluasi antara benar atau salah, dan berubahlah kepada kebenaran dan bersabarlah di atas jalan kebenaran itu.
Duduk dalam bi'ah Jordan ini, peringatan tu dari memanah dari pelbagai penjuru. Tidak terbatas pada isu ikhtilat sahaja namun meliputi semua perkara. Isu ponteng, isu hedonisme, isu pembaziran hatta peringatan ttg isu keselamatan. Bergantung kepada diri sendiri ingin menjadi manusia yang terkunci hati, pendengaran, penglihatan atau menjadi manusia yang berfikir (ululalbab).
Sekadar cadanganWalaupun saya tahu bak kata pepatah "You suggest, you suffer!" Namun atas dasar rasa kurang menyumbang kepada ahli keluarga mep7, saya berasa terpanggil nak buat blog khas untuk keluarga kita ala2
buletinkita mep8 atau
budak2ngeteh syabab mep6 mahupun
school of life akak2 mep4 (sila tekan setiap satu utk perbandingan) Agak2 idea ini bernas dan menarik hati mana2 pihak untuk bekerjasama? Sekiranya ada dan kalau boleh mesti ada, sila respon di ruangan komen. Bentuk dan jenis blog yang bagaimana kita ingin bentukkan. Anda berhak mencadangkan~
Siapa tahu kiranya langkah ini mampu membuka jalan kepada semua, lagi2 akhawat2 yang sifatnya pemalu. Nak bercakap di alam realiti belum punya keyakinan, alam maya boleh difikir2kan.. ^^,
Terakhir,
p/s: To kak kelly, video anda amat cool memang seperti orangnya. Dengar khabar2 angin pantai timur, proses pembikinan mengambil masa 2 hari siang malam tidak tidur dan makan? huhu.. mantap2. Belum kira hari temuramah lagi ye tak? tahniah pada crew penemuramah dan cik Ainul Arina dengan video Koreannya yang amat menampar[pang!]
Tahniah juga buat dukun studio atas produksi yang pertama. Ada harapan mengalahkan populariti abu malik studio ini. Selaku satu keluarga, kami menyokong anda!
Dan tidak dilupakan terimakasih buat semua tukang masak2 yang terlibat menyediakan juadah istimewa malam semalam.
Serta ucapan tahniah dan takziah buat 'abang long' baru kita semua, saudara Khair Shahrir. Selamat mengemudi bahtera medic_mep7 yang baru. Kami bersama2 anda!