Dengan nama Allah tuhan masa cergas dan sakit
Selaut salam buat junjungan'Muhammad bin Abdullah', para sahabat, tabi'in serta sekalian umat islam seluruh dunia.
Detik masa yang berlalu terasa amat singkat. Menghirup udara pagi pada hari ketiga di negara Syria yang berdasar tertutup ini memberikan satu perasaan berbeza, unik yang sukar digambarkan. Hati yang pada mulanya kosong mula terisi sedikit demi sedikit dengan perasaan kasih dan sayang dengan negara berkah yang satu ini.
Berbeza sedikit dengan bumi Jordan. Syria tampil dengan tahap kebersihan yang lebih memuaskan. Kurang sampah sarap bertaburan dijalanan. Dibandingkan dengan bumi Irbid yang sentiasa penuh dengan lautan sampah langsung mengambarkan tahap kesedaran sivik penduduknya. Sehinggakan pokok2 ber'buah'kan plastik2 bag beraneka warna. Diterbangkan angin gatal lantas bermukim di celahan dahan2 pokok.
Penduduknya juga tidak kurang ramahnya kepada pelancong. Berjalan semeter ditegur pakcik kedai, semeter lagi disapa makcik yang sedang bersiar2, berjalan 2 meter lagi, disapa pemuda muda pula. "Malaysia?" pertanyaan yang paling kerap disoal. Penduduk sini nampak makruf dengan negara kita. Dapat mengenalpasti wajah kami dengan baik. Sedangkan di Jordan sendiri selalu sahaja kami dianggap sebagai Indonesia atau tidakpun Cina. Dan selepas itu barulah kami memperkenalkan diri semula "La, mu'alim ehna Malazi musy indonesi"
Hari Ketiga
Tentatif hari ini mengikut plan A kami. Sepanjang hari menziarahi tempat2 menarik di bumi Halab a.k.a Allepo ini. Tepat pukul 9.30 pagi itu, kami memulakan pengembaraan mencari sarapan terlebih dahulu. Sengaja keluar agak lewat kerana tahu sahaja masih banyak kedai yang masih belum buka. Secara tak langsung, punya lebih masa untuk berehat dan top up tenaga untuk perjalanan hari ini yang pastinya lebih memenatkan.
Memandangkan Restoran Kindi telah berjaya memikat hati kami dengan harganya yang berpatutan, sekali lagi kami menjamu selera disana. Menu hari ini sedikit berbeza. Cadangnya inginkan nasi sebagai sumber karbohidrat utama, malangnya memang jarang bagi mana2 restoran Arab menyediakan sajian berat itu sebagai sarapan. Maka, Syuqof(daging bakar), Sheesh Tawook(Ayam grill) dan syawarma dimakan bersama roti menjadi hidangan alas perut kami pagi itu. Mengidamkan nasi lemak, roti canai dengan teh tarik sebagai sarapan. Kena balik Malaysia la jawapannya.
Muzium Alleppo
Selesai menjamu selera, perjalanan pagi itu diteruskan ke Muzium Alleppo, antara muzium terbesar dan terbest di negara Syria. Buat mereka2 yang tahu dan faham seni melawat muzium, anda amat digalakkan untuk datang ke sini. Muzium 2 tingkat ini menyajikan artifak2 tinggalan manusia purbakala sejak zaman paleolitik sehinggalah ke zaman pemerintahan islam.
Memandangkan bumi Syam merupakan antara penempatan terawal manusia, banyak kesan2 sejarah yang asli dan berbeza mampu dikenalpasti. Malah terdapat banyak patung2 berhala besar diukir dari batu-batuan pelbagai bentuk dapat dilihat. Malangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar disini. Walaupun pada awalnya, banyak kali cubaan curi2 tangkap gambar oleh camerawoman2 professional skuad berjaya, namun setelah dikenalpasti, penjaga stadiun tersebut telah mengikut dan memerhatikan setiap geraklangkah kami sehinggalah ke pintu keluar. No kamera, please. baik!!! (dasar degil.aisshh..)
Selesai ronda2 muzium, kami bergerak ke Alleppo citadel. Kota tinggalan penuh sejarah yang menjadi rebutan dan pusat semua kerajaan yang pernah memerintahnya. Tapak asal kota ini dipercayai ditemui oleh Yamkhad sekitar abad ke-16 sebelum masihi. Walaupun kebanyakan daripada struktur kota yang masih mampu dilihat pada hari ini berasal daripada era Ayyubi, Kesan penemuan dikota ini turut membuktikan bahawa Greek, Rom, Byzantine juga pernah menduduki kota ini sebelum kedatangan Islam. Kota yang menjadi saksi kepada banyak era ketamadunan yang bersejarah.
Alleppo citadel yang amat kukuh dan terletak di kawasan bukit yang amat strategik menyajikan pemandangan penuh seluruh bandar Halab. Terbayang2kan suasana ketika perang dahulukala, pastinya kedudukan kota ini mampu menjadi benteng pengawal yang mantap. Malah kedudukan pintu gerbangnya yang berada disebelah kanan dan bukanlah terus dihadapan merupakan satu teknik pertahanan yang sangat bijak.
Buat makluman kepada sesiapa yang berminat untuk melawat kota ini, kota dibuka pada pukul:
Musim sejuk: 9.00-4.00 ptg
Musim panas: 9.00-6.00 ptg
Ramadhan: 9.00-3.00 ptg
Tutup pada setiap hari Selasa
Buka pada setiap hari cuti.
Souq Hamidi, Halab
Usai meronda2 kota, kami singgah ke 'sorofah' a.k.a exchanger untuk menukar wang. Bekalan untuk aktiviti shopping petang ini. Dengan kadar yang sedikit mahal berbanding kadar tukaran di Irbid iaitu JD1-65lira.Buat mereka yang sememangnya berniat membeli-belah dan buat mereka yang otak bisnes, inilah tempat yang dinanti2kan. pEMasing2 mula tunjuk aksi sebenar. Perempuan2~
Souq Hamidi Halab sedikit berbeza dengan Souq hamidi di Dimasy. Souq Hamidi Dimasyq yang sudah hampir 500 tahun merupakan pasar lurus sepanjang 1.5km manakala struktur Souq hamidi Halab lebih banyak lorong dan bercabang2 menyebabkan pelancong mudah sesat apabila sudah berpecah2. Maka sebagai langkah berjaga2, kami telah berjanji untuk berkumpul semula di Jami'Zakariye pada pukul 5 sebelum masing2 berpecah mencari barangan list masing2.
Alkisahnya betapa hebatnya puak2 wanita apabila membeli-belah, dalam masa tidak sampai 3 jam, masing2 sudah pulang dengan menjinjing beg2 plastik besar yang bukan setakat 2-3. Ada yang malu2, mulalah sumbat dalam beg2 galas atau beg tepi demi mengurangkan jumlah beg plastik yang dibawa. Dari asalnya kempis, berubah menjadi padat. Kelakar memikirkan. Syukurlah kudrat wanita itu lebih lemah berbanding lelaki, tahu juga erti penat. Kalaulah wanita itu punya lebih atau setidak2nya sama kudratnya dengan lelaki, ada juga satu pasar ini diborongnya.
Petang itu 3 orang tertinggal bas, lewat dari masa perjanjian yang asal. Terpaksa Shafiq datang menjemput. Saya salah seorang darinya. Bukan kerana ter'over' shopping, tapi kerana lewat menunggu pakcik kedai mengambil stok barangannya dari stor yang agak jauh. Nak buat macamana barang list yang sememangnya dicari, mungkin tidak jumpa lagi di tempat lain. Lebih baik menunggu. (Membersihkan nama kami bertiga yang dianggap "kaki shopping" kerana terlewat.Harap maklum.)
Antara isu menarik mengenai akhawat yang boleh diperdebatkan. Mengapakah perempuan suka membeli belah? Errmm... panjang perbincangan ini. Boleh buat entri baru.
Pekena Jus
Petang itu, sekitar pukul 6.30ptg dikala semua ahli skuad sedang berehat2, mandi didalam bilik hotel masing2, AMT skuad bersama Mukarramah keluar jalan-jalan cari makan disekitar kota. Beli makanan malam untuk semua. Sempat kami singgah di kedai Jus Syria yang sememangnya nampak menggoda. Kedai jus Syria tidak jauh bezanya dengan di Jordan. Pelbagai Buah2an aneka rasa diblender dan dihidangkan dalam gelas untuk diminum disitu pada saat itu atau diisi dalam cawan plastik untuk dibawa pulang a.k.a safari. Cuma lebih istimewanya disini, gelas yang disediakan sangat besar dengan harga yang sangat murah iaitu hanya sebanyak 50 lira. Mesti cuba! Kami telah mengorder 2 gelas jus, mouz bi halib dan koktail dan minum separuh daripada gelas yang besar itu sebelum meminta pakcik kedai tersebut untuk safari yang selebihnya. (2x cawan safari= 1 gelas minum dengan harga yang sama). Satu tindakan bijak yang menjimatkan. Sehingga pakcik kedai tersebut juga nampak bengang dengan idea tersebut. Harapnya tidak ramai pelanggannya yang berfikir seperti kami. Takut rugi kedai nanti.
Makam Bukhari, masjid Firdaus
Dalam sekitar jam 8 malam, usai semua ahli skuad makan malam dibilik masing2, pengembaraan sebelah malam diteruskan. Tanpa disangka2 pengembaraan yang pada asalnya tidak memerlukan banyak tenaga berakhir dengan perjalanan jalan kaki sejauh hampir 15m pergi balik. Hampir tercabut patella dilutut. Mujur perjalanan malam hari bertemankan bintang dan bulan tidak sepanas ditemani sang mentari.
Maka, bergeraklah skuad mujahidah menuju ke makam Bukhari di masjid Firdaus. Muhammad Bukhari merupakan antara alim bijak pandai yang dikebumikan di bumi Syam. Maaf kerana saya tak mampu memberikan biodata lengkap beliau. Hanya diketahui bahawa beliau bukanlah imam bukhari, periwayat hadis yang enam.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami jalan2 malam sekitar kota Halab dan sempat melihat suasana malam Alleppo citadel yang berwarna-warni. Hebat! nice view!
Berakhirlah siri kembara hari ketiga, dengan baju basah bermandikan peluh betina dan badan sengal2 beserta kaki yang hampir tercabut.