Dengan nama Allah, tuhan kaum Thamud, Nuh, Lut, Bani Israel mahupun kaum nabi Muhammad
Setinggi langgit kasih ditujukan buat nabi ketua nabi 'Muhammad bin Abdullah' serta semua umat baginda.
" I'am already fifty and i can do it. So, you too"
Dengan wajah meyakinkan, pelancong Korea yang kami temui ketika bersarapan di hotel Petra Gate itu membakar semangat pemuda kami untuk meneruskan perjalanan menuju ke 'final destination' itu.
Kembara baru bermula Petang 3/2, sejurus usai kem tahfiz intensif, kami puak2 tahfiz ditemani 2 orang murakib lantas bersiap meneruskan proses tarbiyah menuju ke tanah tinggalan kaum nabi Salleh, bandar Petra yang merupakan salah satu antara 7 Keajaiban dunia. Demi menyahut seruan Allah dan meluaskan paradigma serta merupakan salah satu usaha ke arah memahami dan menyelami ayat2 al-Quran, bersama2 tetamu kehormat dari Russia 'kak sakinah' yang sgt best! (-->saya akan merindui akak) maka meluncurlah MPV yang kami naiki itu membelah suasana malam menuju ke bandar 'batu' a.k.a PETRA yang bersejarah.
"Berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat2 perbuatan orang yang mendustakan"
Peta keseluruhan kota Petra sebagai panduan
Setelah bangun dari tidur yang enak dan siap bersarapan di hotel Petra Gate, seawal 7 pagi kami telah bertolak menuju ke tempat yang dituju. Memandangkan kota Petra meliputi kawasan yang sangat besar dan memerlukan seharian masa berjalan, maka sengaja kami bertolak sehari awal dan bermalam disana agar kami punya masa yang cukup untuk meng'explore' kesan2 sejarah seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
Rumah kediaman daripada bukit2 yang dipahat
Merujuk kepada ayat 74: surah al`araf:7
"...Di tempat yang datar kamu dirikan istana2 dan di bukit2 kamu pahat menjadi rumah2. Maka ingatlah nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi"
Tinggalan arkeologi yang dijumpai semula setelah beberapa tahun hilang ini benar2 membuktikan segala isi2 kalam Allah ini. Kaum Thamud yang merupakan umat nabi Salleh telah dikurniakan Allah kelebihan yang amat mengkagumkan. Sekiranya diperhatikan di sepanjang kota Petra ini, kita akan mendapati bukit2 sememangnya dipahat menjadi bangunan2 untuk kediaman mereka dan di kawasan2 lapang, mereka bina istana2 besar yang kemudiannya di tukar menjadi gereja dan mahkamah oleh pemerintah Rom yang datang selepas itu.
Hebat! Benarlah kata2 Allah, bahawasanya orang2 terdahulu daripada kamu sememangnya mempunyai bangunan2 yang lebih tinggi dan lebih hebat. Tak terjangkau dek akal fikiran kita ini, bagaimana umat zaman itu mampu mengukir bukit2 batu itu dan menjadikannya kota kediaman mereka. Lengkap dengan muzium, theatre, maqam dan semua ciri2 kota metropolitan. Sistem perairan yang terancang dengan empangan kukuh untuk mengawal air. Seni ukiran yang sangat halus dan cantik dapat diperhatikan walaupun semakin dihakis zaman. Subhannallah, hebat manusia yang menciptanya dan hebat lagi tuhan yang menciptakan manusia yang hebat itu.
Dari puncak ke angkasa
'Final destination' merupakan bangunan berukir tercantik,tertinggi dan terakhir di sana. Untuk sampai kesana, kami dikehendaki menaiki 800 anak tangga yang curam setelah berbatu2 berjalan mengelilingi kota , benar2 menguji ketahanan dan kekuatan fizikal dan mental kami, pelajar medik yang asyik dengan berkurung mengadap buku.Fuh! Alhamdulillah, syukur kepada yang memberi kekuatan kami berjaya sampai ke puncak itu dengan kudrat yang ada tanpa menaiki perkhidmatan keldai yang sememangnya sengaja disediakan. (-->Tahniah kepada cik Aisyah Rk, juara keseluruhan pengembaraan. Anda sememangnya bertulangkan besi beruratkan dawai..huhu) Perjalanan memanjat anak2 tangga menuju ke puncak ini dihiasi dengan sisa najis keldai yang merata2 sepanjang jalan membuatkan kami lebih berjaga2 dan berhati2. Benar2 satu pengalaman yang menarik dan mencabar, memerlukan kepada kekuatan minda yang benar2 kukuh. Dengan berbekalkan semangat 'aku boleh' dan doa, batasan fizikal insyaallah dapat diatasi. Lebih memotivasikan apabila melihat "mat saleh" yang boleh dipanggil nenek dan datuk2 mampu melakukannya, rasa malu sebagai pemuda muslim menjadi x-faktor bagi kami meneruskan perjuangan.
Dunia sudah tiba di penghujungnya?
Naik sedikit lagi daripada 'Final destination' kami tiba di 'End of the World' dan 'Top of the World' penghujung perjalanan kami sebelum berpatah balik ke tempat permulaan. Disini, segalanya berakhir, tiada jalan untuk diteruskan, puncak bukit yang sangat tinggi dan mengerunkan. Diatas itu, kami sujud syukur dan berdoa, lain sungguh perasaannya, terasa amat zouk dan kerdil membandingkan ciptaan gunung-ganang yang sangat hebat. Segala ayat2 Al-Quran yang berkaitan dengan gunung-ganang dikeluarkan bagi menambah rasa kerdil seorang hamba. Mujur ramai yang menghafaz al-Quran. Lebih menyentuh jiwa apabila kedengaran laungan azan sayup2 membelah gunung, Subhannallah, terasa amat tenang dan damai.
Gambar pemandangan dari End of The World
Setelah penat memanjat hingga ke puncak, kami turun mengunakan khidmat keldai yang sememangnya sentiasa menanti. Satu pengalaman baru buat saya, menaiki keldai dan mendengar suaranya yang sememangnya seburuk2 suara seperti yang dikatakan didalam Al-Quran. Ditemani dengan adek2 pengembala keldai yang fasih berbahasa English, kami berbual2 bertukar2 kisah dan budaya.
Dipendekkan kisah, dari Petra kami meneruskan perjalanan ke bandar Aqabah yang bersebelah dengan bandar I3lat, bandar bani israel dengan kisah ashabul sabtu sebelum pulang ke Irbid malam itu juga. Seperti biasa, di bandar Aqabah, beli-belah barang2 untuk dibawa ke Malaysia menjadi matlamat utama.
Resolusi kembara ringkas kali ini, Berjalanlah kamu wahai manusia kemana2 sahaja atas muka bumi ini, namun selagi kamu tidak dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang boleh menambahkan keimanan kepada Allah, selagi itu perjalanan kamu itu tidak bermakna.
Peringatan untuk semua bukan bilangan tempat yang sudah dilewati itu yang perlu dikejar dan dibangga2kan, namun iktibar dan pengajaran yang diperolehi itulah sebaik2 pengembaraan.
sama2 intabeh!
"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"
Post a Comment