Niat dan hijrah~

Dengan nama Allah tuhan burung, ikan, kucing dan manusia
Selaut salam buat Muhammad bin Abdullah, insan agung yang kita kaji sirah2nya.

Sekadar ingin berkongsi inti2 yang mungkin pembaca2 sudah tahu atau baru akan tahu berkenaan dengan hadis 1 daripada kitab hadis 40 karangan imam nawawi. Teruskan membaca, moga mendapat manfaatnya.

Tujuan imam nawawi
Alhamdulillah,rasanya kebanyakan daripada kita sudah maklum dengan kitab hadis yang satu ni apatah lagi hadis yang pertama ni. Kalau disuruh tasmi' pun insyaallah masyi je. Namun, tahukah kita apakah inti2 utama yang ingin disampaikan oleh imam nawawi daripada keseluruhan 40 hadis ini? Mengapakah imam nawawi menyusun 40 hadis ini dengan susunan yang sedemikian? Apakah yang mendorong imam nawawi mengumpulkan 40 hadis ini? Mengapakah hadis2 ini yang dipilih oleh beliau sedangkan masih ada beribu2 hadis lagi?
Pasti ada hikmah tersurat disebaliknya.

Dengan izin Allah, persoalan2 ini boleh terjawab sekiranya kita membaca muqadimah hadis 40 dan mengkaji kesemua hadis2 ini dengan niat yang ikhlas. Tak dilupakan sila belajar dr murabbi2 yang thiqah. Amatlah sayang sekiranya kita sekadar belajar dan menghafaz hadis2 ini tanpa mengetahui tujuan asal dan matlamat daripada hadis2. (Sila rujuk murabbi masing2
utk jawapan lanjut)

Berdasarkan hadis

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.”

Maka, terlintaslah dibenak imam nawawi untuk mengumpulkan 40 hadis dengan niat utk menyampaikan hadis daripada rasulullah kepada orang lain. Beliau bukanlah orang pertama yang telah mengumpulkan 40 hadis kerana beramal dengan hadis diatas, malah telah ramai lagi imam2 alim ulama, hafiz2 hadis yang telah mengumpul 40 hadis dalam pelbagai bidang. Bidang usuluddin, bidang jihad, perkara furu', perkara zuhud dan macam2 lagi. Maka bermulalah proses berfikir dan berfikir..."Apakah matlamat dan tajuk utama daripada 40 hadis yang ingin dikumpulnya"

Setelah beristikharah, memohon petunjuk daripada pemberi petunjuk... akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengumpul hadis2 berikut yang merupakan asas/kaedah utama/ prinsip dan tunggak kepada agama islam secara keseluruhannya. Dalam ayat yang lebih mudah, asas-asas dan dasar islam itu sendiri. Maka, buat sesiapa yang baru ingin mengenali islam, 40 hadis ini merupakan hadis paling sesuai untuk kita kaji dan fahami isi kandungan disebaliknya. Semoga Allah memahamkan kita segala apa yang ingin disampaikan daripada hadis ini dan memberi kekuatan untuk beramal dengannya sudah pasti!

Hadis 1

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا لله
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ ت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ة
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Alkisahnya, hadis 1 ini membawa 2 tema yang utama.
1) Niat menentukan segala amalan 2) Hijrah

Bagi orang yang pertama kali membaca buku hadis ini untuk mengenali islam, hadis niat memang tak lain tak bukan adalah yang paling sesuai diletakkan sebagai hadis 1 dalam kesemua hadis2 yang lain.

Persoalan niat merupakan teras dalam setiap amalan kehidupan sebagai seorang muslim mahupun bukan muslim.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Sebagai contoh... apakah niat kita membaca kitab hadis 40 ini? Adakah kerana mengikut silibus atau kerana benar2 nak mengenal islam dan meleburkan diri didalamnya atau sekadar mengisi masa lapang?

Point ke-2
Persoalan hijrah juga merupakan satu point yang sangat penting dalam usaha meleburkan diri dalam islam. Sekiranya diperhatikan terdapat hikmah yang cantik mengapa Saidina Umar Al-Farouk merupakan periwayat hadis ini. Mengimbau sirah dan sejarah hidup pahlawan kita, Saidina Umar Al-Khattab ini dapatlah dirumuskan bahawa beliau merupakan orang yang selayaknya mengatakan tentang hijrah.

Lihatlah bagaimana jahilnya beliau sebelum mengenal islam, Bapa kepada segala Kejahatan, sangup membunuh anak sendiri dan bermacam2 kejahatan dan kejahilan yang lain. Namun mampu menjadi khalifah islam yang ke-2 dan menjadi tokoh Islam yang pertama membebaskan Baitulmaqdis dari pemerintahan Tamadun Byzantine a.k.a Rom Timur malah lebih mengharukan beliau merupakan antara 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga. Allahuakbar!

Betapa sangatlah kejahilan dan kejahatan kita sekiranya hendak dibandingkan dengan Saidina Umar sebelum beliau masuk ke dalam islam? Sekiranya Saidina Umar yang merupakan "bapa samseng" suatu masa dahulu mampu berubah dan berhijrah kepada islam yang sebenar, apatah lagi kita yang "anak2 jahiliyiah" ini. kan? kan? pintu islam sentiasa terbuka kepada semua, Jom2!

Jom, Hijrah~ Sayonara jahiliyiah!

Semoga beroleh manfaat dan selamat beramal!

"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.