Archive for July 2008

Cara Terbaik...

Dengan nama Allah yang Maha Suci lagi Maha Terpuji...
Salam dan sayang yang tidak bertepi buat insan yang bakal membuka pintu syurga nanti 'Muhammad bin Abdullah' dan semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejaknya...

Assalamualaikum wbt...

Dalam usaha diri memahami erti sebuah penghijrahan dan mentarbiyah diri untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya... pelbagai method dan manhaj yang telah dicuba ... Sesungguhnya Allah telah memudahkan kita untuk lebih mengenali 'characteristic2' diri-Nya dan agamanya dengan mewariskan segala panduan,nasihat,pesanan,wasiat melalui kalam-Nya yang terAgung... Maka, tidak boleh tidak bagi kita selaku hamba yang lemah, yang telah ber'hijrah' semata-mata untuk mengenal si Pencipta, berniat untuk mencari redha-Nya... mengenali dan memahami Al-quran adalah salah satu cara terbaik yang perlu diberi lebih perhatian...

Persoalannya disini...
Apakah usaha2 yang kita lakukan dalam sehari,seminggu, setahun atau selama mana kita mengaku hamba kepada Allah (--> malu mengaku kalau tiada usaha utk mengenali-Nya) supaya lebih memahami dan mendekatkan diri kita terhadap al-Quran ini?

Kehidupan di Jordan,bumi barakah,bumi anbiya,bumi yang paling hampir dengan Al-quran itu sendiri mengizinkan sesiapa sahaja yang ingin kepada Islam utk merebut stp mutiara2 emas disini. Sebagai tanda syukur atas peluang yang diberikan oleh Allah dan sebagai salah satu usaha utk memanfaatkan kewujudan blog ini... InsyaAllah, saya akan cuba mendisiplinkan diri utk berkongsi segala ilmu tajwid yang diperolehi daripada kelas Al-quran di markaz Uthman setiap minggu... semoga dengan cara ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan sama2 lebih mendekatkan kita kepada Al-Quran yang dicintai...

iklan: buat rakan2 seperjuangan di Jordan, sama2 lah kita berusaha utk istiqamah hadir ke kelas al-Quran ..Jom kita saling mengingatkan dan memotivasi sahabat2 lain supaya semoga semua berjaya mendapat sijil dari markaz sebelum balik Malaysia...(-->bukanlah sijil yang diharapkan..ilmu itu lagi utama...tapi 'mahal' tau sijil tu... berbaloi utk berkorban sbb sijil itu boleh guna kat dunia dan akhirat..hehe)

p/s: (sedih) sbb ramai nak berhenti kelas al-Quran...

"Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"

"Dari Allah,untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

I chose you as my partner...

Dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar...

Salam dan seinfiniti rasa cinta kuhulurkan buat ketua kepada segala ketua2 di atas muka bumi ini 'Muhammad bin Abdullah' serta semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejaknya...

Assalamualaikum wbt.

Perasaan cinta yang teramat mendalam, kasih yang terlalu membuak-buak, rindu yang menyesakkan jiwa...tak pernah saya rasa tersiksa jiwa batin sampai macam ini sekali...

Ya Allah,sekiranya diizinkan saya rasa seperti nak bersama dengannya setiap waktu..setiap detik dan setiap saat..sehinggalah ke nafas yang terakhir sekalipun. Janganlah dia hilang atau pergi dari saya walau sekejab pun...

Dan sekiranya setiap manusia diberi pilihan utk membawa sesuatu ke seseorang ke..apa2 je dr dunia ni sebagai peneman diakhirat nanti... semogalah dia dapat saya bawa bersama... (anda nak bawa apa yek?)

Walaupun saya sedar akan kekurangan diri saya yang sangat hina, buruk, lemah,miskin,kurang bijak dan segala serba-serbi kekurangan ini... mengikut logik akal manusia zaman berzaman memang tak sepadan langsung kalau nak digadingkan bersama...tapi nak wat camana 'unresistable'...dia sangat sempurna...saya tak kisah orang nak cakap apa...

Apabila bersama dengannya saya rasa bahagia sgt2...tenang sgt2... gembira sgt2... rasa sangat dihargai dan disayangi... (-->lebih drpd perasaan menjadi anak pertama ke,cucu pertama ke,atau cicit pertama kpd keluarga yang benar2 nakkan anak )

Dia sentiasa ingatkan saya bila saya lupa...betulkan saya bila saya silap...beritau saya perkara2 yang saya tak tau pun... bijak!... Dia juga rajin bercerita isu-isu hangat,kelakar,kadang-kadang takut juga... selalu buat saya nangis sebab takut sangat... dan paling penting sekali, dia sentiasa beri saya semangat dan motivasi utk teruskan hidup yang penuh dengan mehnah dan ujian yang sentiasa je datang dengan wajah yang sentiasa berubah2...

Syukur yang tiada penghujungnya kerana Allah mempertemukan saya dengannya... Saya tak dapat bayangkan hari-hari di dunia yang saya singah sebentar ini sekiranya dia tidak pernah hadir dalam hidup saya... Apa yang patut saya lakukan sekarang yek? dia adalah perfect couple!!! saya jamin tiada org lain yang dapat menandingi dia... saya nak dia sahaja... (ada sesiapa yang berminat ke?)

"“Ya Allah, rahmatilah aku dengannya. Jadikanlah ia pimpinan bagiku, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku dengannya apa-apa yang aku terlupa; ajarkan kepadaku melaluinya apa-apa yang aku tidak tahu; berilah aku kefahaman dari pembacaannya pada waktu malam dan tepian siang. Jadikanlah dia bagiku hujjah, Ya Tuhan semesta alam.”

There you are...My Quran al-Kareem...
(Men's bestfriend atau lebih tepat lagi human's bestfriend!!!)



perhatian:(untuk diri) kena 'lebih' beri 'lebih' perhatian kepada kekasih hati lepas ni... sahabat2 sekalian harap memahami dan beri sokongan utk saya yang lemah ini utk mengejar si dia dan mengikatnya dalam hati kuat2...

peringatan yang terbaik... bayangkan sekiranya Allah tarik nikmat penglihatan, tak dapat tatap..renung wajah si dia lagi... (sedih).... wahai diri...rajin2 lah menghafaz!!!

"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in , | 1 Comment

Allah = Tuhan

Dengan nama Allah yang Maha Mencipta Lagi Maha Memelihara...
Salam dan sayang kuhulurkan jua buat insan terAgung sepanjang abad..."Muhammad bin Abdullah" serta semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jejak-Nya...

Assalamualaikum wbt.

Pengalaman hidup saya membesar, bersahabat dan berjiran dengan insan2 yang 'non-muslim' sama ada Buddha,Hindu dan Kristian ditambah2 lagi dengan rutin harian menonton drama bersiri Cina (-->pukul 6 stp hari) + filem hindustan/tamil semasa zaman "jahiliyiah" dulu mengizinkan saya tuk mengambil tahu, memerhati, menganalisa, dan serba sedikit memahami cara hidup dan fikrah mereka dengan lebih mendalam...

Suatu pengalaman yang agak menarik juga apabila melihat proses 'sembahyang' (--> perhatian!!! sembahyang<>solat) mereka, ketika mana mereka tunduk hormat dan berdoa kepada tuhan2 yang mereka ber'iktikad' dapat menyelamatkan mereka.. . kemudian mereka menyediakan makanan... membersihkan tuhan2 mereka... dan mcm2 lagi perbuatan 'fi'li' mereka yang benar2 membuka hati saya yang ketika itu masih lagi di sekolah rendah...




Alhamdullillah...segala puji bagi Allah,Tuhan yang saya yakin bukan sahaja mencipta sekalian alam malah satu2nya yang layak disembah telah membuka hati saya untuk seketika berfikir tentang hakikat Tuhan pada saat itu... Saya sangat pelik dan seringkali tertanya2...tidakkah kawan2 saya (non-muslim) ini terfikir soalan2 ini...


" apakah/siapakah itu Tuhan?"
"Mengapa 'tuhan' itu digelar Tuhan?"
"Mengapa aku 'sembahyang' menyembah Tuhan?dan Apakah maksud setiap perbuatan 'sembahyang' aku ini?"
"Mengapa ada banyak agama dan banyak tuhan yang berbeza2? Agama yang mana satukah yang benar2 benar?"


Maka, seringkali jugalah saya cuba mencari sebab2 mengapalah mereka ini tidak pernah terfikir akan soalan2 ini... ada pelbagai kebarangkalian yang boleh dibuat...


1)mereka terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga memang tidak pernah terfikir utk berfikir... 2)mereka terlalu patuh dan taat kepada mak,bapak,nenek,atuk,moyang dan yakin dengan
segala yang diwariskan..jadi buat apa nak fikir lagi?
3)mereka dah terfikir tapi malas nak cari jawapan...
4)mereka dah berfikir dan dah cuba cari jawapan tetapi jawapan yang diperolehi tidakmemuaskan hati...jadi mereka kekal dengan persoalan dan malas nak cari jawapan baru...

Banyak lagi kebarangkalian yang boleh saya fikirkan dan tulis disini sehinggalah... neuron2 pada otak saya ini di'aktif'kan utk mematikan persoalan itu dan menukar sudut pandangan 180 kepada soalan ini...

"adakah saya sendiri pernah terfikir utk berfikir soalan2 ini dan cuba mencari jawapan yang paling tepat utk diri saya sendiri?"

Hidup sebagai insan yang sejak lahirnya telah Islam, kemudian dibesarkan didalam keluarga Islam, disekolahkan di sekolah Islam, bersahabat dengan sahabat2 Islam langsung tidak memberi saya tiket 'pass' utk tidak memikirkan soalan2 tersebut menggunakan otak saya sendiri yang juga mempunyai 2 hemisfera dan potensi yang sama sahaja seperti sahabat2 non-muslim saya ...(-->berfikir tanpa terpedaya dengan skema jawapan yang telah dihafaz sejak tadika bahawa islam adalah sekian2... iman adalah sekian2...solat adalah sekian2...)

Dan pastinya juga tidak mengizinkan anda atau sesiapa sahaja yang bergelar manusia atas muka bumi yang diciptakan oleh Allah ini utk tidak memikirkan soalan ini... Jadi, sudahkah anda berfikir dan pastikah anda dengan jawapan yang anda dapat?...Please.Don't lie to yourself... Fikirlah dan carilah jawapannya... (-->bagi sesiapa yang sudah pernah berfikir... tiada sebab utk anda tidak boleh berfikir utk kali kedua,ketiga,keempat dan seterusnya kerana tiada siapa yang pernah mengesahkan jawapan anda...am I right?)

perhatian: Proses berfikir perlulah dengan hati yang benar2 suci untuk mencari jawapan yang sebenar tanpa kepentingan sendiri atau pihak2 tertentu!!!

Sedangkan nabi Ibrahim alaihi salam,kekasih Allah pun berfikir soalan ini...kenapa tidak kita?


"Dari Allah,Kerana Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Setapak ke hadapan

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani...
Selawat dan salam kecintaan kuhulur buat lelaki terhebat di dunia... 'Muhammad bin Abdullah' dan seluruh muslimin muslimat yang mengikut jejak langkahnya...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya layak bagi diri-Nya...
Sesungguhnya pertambahan umur seseorang yang mengaku muslim seharusnya berkadar langsung dengan pertambahan iman dan amalan dirinya.Bukan sekadar bertambahnya digit2 nombor tanpa menambahkan rasa kehambaan dan menghidupkan 'alarm' betapa hampirnya dirinya dengan kematian. Maka,dengan hidayah dan izin dari-Nya, izinkan pengembara sesat ini melangkah setapak ke hadapan berkongsi pandangan,paradigma dan fikrah tentang erti dan tujuan kita di'cipta'kan di dunia ini.Teguran dan sokongan amatlah didambakan bagi membantu diri ini memperbaik dan memperlengkap diri menghadapi hari yang pasti. salam permulaan..


-"Dari Allah,Untuk Allah,kepada Allah"



6 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.