Untuk Ukhti

Bulan bulat-oren-kuning malam itu. Subhanallah. Alam kelihatan amat indah kebelakangan ini. Oh! Tidak. Sebenarnya selama ini pun. Pejam mata hatinya memandang kembali. Angin malam itu membelai lembut dengan Rahmat Tuhan. A3zim!

Mukabukunya dijenguk. Belon merah menyala-nyala menjerit 1 mesej telah masuk. Punat dialoq box bersegi empat di atas kiri tetingkap itu ditekan.


"PMS mmg best la..da sedar da nape ko cmni..hidup hanya semnatara..hidup kita hanya tuk Allah..Ikhlas saja yg diterima..n "syurga adalah tanah yg lapang."..kita yg penuhkn syurga yg kita nak dgn amaln kita..aku da dpt bayang n sedar pe yg patut kita buat n pe yg ko buat selama ni..hehe..thanks la yer..chayok!!..btw, nanti 1/1 ni nak g Spain..hhehe..doakn selamat"


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang maha baik hati. Sujud jiwa hambanya melafaz syukur. Iman di hati memelukku, bahagia jiwa dengan bushra dunia. Lantas jiwa bermada.

Duhai kasih,
Kala matamu masih pejam, lena dialun mimpi dunia. Doa hari-hariku moga suara tarbiyah mengetuk hatimu. Sampai basah bibirku dengan namamu. Hanya itu ku mahu. Biar terbungkar hatimu, terkejut lenamu, terjaga imanmu, terarah amalmu.

Betapa ku ingin menjerit padamu... Ya ukhti.. Apatah sahaja ada pada dunia. Tidak perlu direbut sang fatamargona. Lihatnya cantik pada mata. Ilusi sahaja.

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah! dan berilah peringatan. dan Agungkanlah tuhanmu. dan Bersihkanlah pakaianmu. dan tinggalkanlah segala perkara yang keji
Mudathir 74:1-5



Ya ukhti, kira dulu duniamu berpaksi kemalasan diri. Ibarat lalang terhuyung kanan-kiri. Lemah dan tiada berjati diri. Hilang misi dan visi. Melayani lena, si pemendek umur, lantas tua sebelum usia. Sedang kudratmu bagai singa.

Syukur kini engkau sudah mengerti maknanya persingahan kita di sini. Misi khilafah hilang yang perlu dikembali. Jiwa hamba yang perlu disantuni. Kembara panjang mendidik diri.

Yakinlah ya ukhti,
Wujudnya kita diadili. Biar Tuhan sahaja memerhati, mujahadah siapa lebih tinggi. Mendidik diri
membaiki disiplin. Menyebar syahadah, mengutip saksi.

Bersama kesabaran, membajai akhirat dengan bangkai dunia.

Seiring kita melangkah. Bagai Musa dan Harun. Dengan Tuhan, Demi kebenaran.
Jangan takut, sungguh ku tetap disini. selagi tuhan sentiasa di hati.





********************************
Suatu masa yang dahulu...

Ana:
Ukht, ana risau bagaimanalah perkembangan adik ana kat negara sana?

Mimi:
Tawakal pada Allah. nti bersusah payah jaga adik orang lain di sini, InsyaAllah Allah hantar orang lain tolong jaga adik nti di sana.


Kepada Allah doa dititip. Moga menang atau syahid.

p/s:
1. Kepada ukhti, aku sayang kamu.
2. Kepada akak2 yg menjaga ukhtiku, jazakillahukhair kathiran. Teruskan follow-up entunna ye. Kepada Allah ikhlas amalanmu diganjari. Semoga ketemu kembali.^^,


Sis Izz
Bayt Muriyaat,
Irbid Jordan.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Untuk Ukhti

kak yan said...

assalamualaikum.

Alhamdulillah.
nmpaknyer kena blajar dari Iz ni. akk pun mengharap bnda yg same mcm Iz dari dulu smpai skrg. moga pintu hati dia dan mereka tersedar dri dunia yang fana' ini. yg hanya smntara.

kena terus berdoa mga Allah simbah cahay & ptjuk untuk mreka yang tersayang.

budak baek said...

salam..

alhamdulillah..saat2 ke spain bersama adik akak mencipta by kenangan dan pengalaman...byk tarbiyyah dan ibrah yang kami dpt bersama...yang paling saya tak tahan dan terharu..muka ahli jaulah kami semua cool bila keluar dari cathedral mosque..muka hepi bila amik gambar depan istana alhambra..bila sharing(setiap mlm)..barulah terkeluar luahan perasaan masing2..termasuk adik akak..ish3x

6 hari 5 mlm bermusafir dengan dia..i.AllaH dia mmg nmpk spt ap yg akk ckp kat atas..bersemangat waja...hehe...

sekian dari saya..
yg sdikit prnh mngalahkan yg ramai,
luv from birm

Anonymous said...

Allahuakbar..
Moga lebih banyak lagi hati2 yg tersentuh menerima islam..
Gembira dgn perkembangan adik ukhti..
Teruskan membimbing die dgn ajaran islam yg sebenar..
Ana pun berharap ahli keluarga ana terbuka hati juga.
Ameen ya rabb :)

'Ezzah Al-Islam said...

To kak yan.. hoho..

miss you la bee buzzy.. huhu.. insyaAllah allah mudahkan..
btw,korung pun dah kapel musa-harun wat.. ^__^

to budak baek,

hemoih..hemoih.. ni wat akak nak g sana lagi ni...
al-hambra yg tak menjemukan.
spain yg bersalut masa lampau.


sedikit itu perlulah pekatkan.
jzkk ukhti...


to anon
ameen.. moga Allah thabatkan semua di jalanNya dan buka lebih ruang bagi yang mahu padaNya. Turut doakan keluarga anon

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.