AMARAN: Ini curhat untuk sahabatnya itu. tidak penting untuk baca.
Entah macamana boleh tergerak hatinya untuk menekan button spam di tetingkap emailnya 2 hari lalu. Diperhati sepintas lalu sahaja tajuk-tajuk sampah yang tidak berjaya masuk ke list inboxnya itu. Habis satu page dia turun ke bawah lagi.
Tiba-tiba matanya terpaku pada satu email yang tidak bertajuk. Dari sahabat yang sangat dia sayang. Hati terpaku sebentar. Takut mahu mengetahui isi surat tersebut. Dengan perlahan-lahan, Browsernya terbang. Dan kandungan mesej itu dibaca satu-satu.
assalamualaikum 1)minta maaf atas segala kesilapan, kesalahan dari segi tingkah laku @ tutur kata 2)minta maaf untuk kesilapan akan datang 3)selama ini hati-hati kita diikat dengan al-Qur'an(maaf sbb ikatan tersebut saya telah melonggarkannya) hamba paling lemah |
Oh! Dia speechless.
Sangat2 terkedu.
Rasa nak menangis.
Sedih-sedih sangat. Dia rasa nak menjerit sahaja. Oh! Ya Allah. Apalah yang dia telah lakukan. Buntu.. Buntu sangat.
Kepada insan yang dia amat sayangi, betapa Allah yang mengetahui siapakah diantara mereka yang telah menzalimi antara satu sama lain. Siapakah antara mereka yang sebenarnya tidak menunaikan hak sahabat itu sendiri. Siapakah antara mereka yang sebenarnya telah memutuskan ikatan Al-Quran itu dari hati.
Ketahuilah sahabat, bukan kamu yang bersalah. Namun dia yang perlu dipersalahkan.
Ya! Dialah yang memutuskan ikatan Al-Quran antara mereka. Dia.. dialah yang bersalah. Dia yang tidak menunaikan hak Al-Quran itu. Dia abaikan Al-Quran. Dia zalimi Al-Quran. Even dia sedang menaip ini di saat sepatutnya dia menghadiri kelas tasminya. Patut pun Allah putuskan ikatan hati dia dengan semua sahabat Al-Qurannya. Patut pun Allah tarik nikmat berukhwah dengan hamba-hamba yang dekat dengan Al-Qurannya.
Maaf dear!
Dia tidak tahu entah dari mana dia mahu mulakan semula. Dah sangat lama tarikh sepatutnya dia baca surat ini, tapi baru sekarang dia tersedar kehadirannya. Entah bagaimana hari-hari kamu menantikan respon positif darinya selama berminggu-minggu ini.
Kalau kamu tiba disini, harapnya kita dapat sama-sama simpul kembali jalinan yang terurai hampir sebulan ini. Moga kita dapat tampal balik retakan yang mulai timbul itu. Kita buat biasa-biasa sahaja. Tiada soal siapa bersalah. Jangan diungkit peristiwa sebulan lepas.
Dia rindu sangat gelak tawa bersama. Sangat.. sangat...
Dia anggap peristiwa ini balasan atau ujian. Balasan kepada dia yang mengabaikan haq Al-Quran, maka hubungannya dengan manusia memang teruk. Kamu pula menjadi mangsa kepada masalah dirinya. Ataupun ini ialah Ujian ukhwah kepada dia dalam bersahabat, memandangkan syaitan sentiasa meniupkan angin-angin perselisihan antara manusia beriman. Maka kepada Allah dia mohon perlindungan dan kekuatan.
Entahla.
Maaf, kamu tidak bagi dirinya membalas email itu. Maka dia tulis di sini.
p/s: Kepada manusia lain yang turut merasa tempias dosa dia, seribu kemaafan dipohon. Doa dia cepat-cepat pulih. Tolong tarik dia kembali kepada jalan yangbenar. Tolong jangan biar dia terus sesat..