[kembara] menjejak al-hambra, istana yang hilang

Puas mengembara kalau tidak dibumikan dalam tulisan, bimbang semangat jiwa seorang pengembara luntur dikikis masa. Asalnya selaku diari diri, namun berdoa moga siri travelogue ringkas ini bermanfaat buat teman jaulah mahupun bakal penjejak andalus masa hadapan.

Dengan nama Allah tuhan saya dan kamu...

"Hati adalah buku tulis bagi mata"

Kata-kata kritis yang melambangkan ketajaman fikiran si pengucap. Ali bin Abi Talib yang disegani.

Bagi diri sang pengembara berfikir, keberadaan buku catatan mini disisi tidak mampu diketepikan. Misi merentas benua yang penuh cubaan menjadikan jemariku pantas menari ingin mencatat setiap ibrah dan pengalaman yang diperoleh. Bimbang sahaja pengalaman emas baru digenggam hilang dari ingatan jangka pendek yang terbatas. Hanya sepatah dua kata kunci dicatat di nota mini, huraian dan prosanya ku catat di dalam hati. Dari mata yang melihat, ku perturunkan di hati agar hidupnya si hati lantas memberi erti. Itu caranya saya yang berdiari, pengembara lain jua punya cara mereka yang tersendiri.

"Maka tidak pernahkan mereka berjalan di atas muka bumi, sehingga hati(qalb) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tapi hati yang di dalam dada (sadr)" al-hajj 22:46



Kisah kembara Granada
Angin pagi kota granada berhembus sayu. Sejuk! Dia memandang kelangit, awan putih yang berkepul tanda hujan bakal turun. Barangkali ada benarnya ramalan cuaca yang dicarinya di internet malam semalam. Tawakal, berdoa moga dipermudahkan.

Usai bersarapan roti celur sup cendawan, cukup sekadar memberi tenaga buat semua mujahadah meneruskan ekspedisi menjejak bumi andalus mereka hari ini. Sekitar pukul 9 pagi, derap langkah dimulakan dengan bacaan doa berjemaah, bergerak menuju ke stesyen bas. Ada kota yang sedang menanti mereka untuk ditawan. Ya! Kota merah yang penuh bersejarah. "Istana yang hilang" dari jiwa dan gengaman pemilik sebenarnya. sayup2 kedengaran jeritan batin bersahutan.. halus... "Al-Hambra, kami datang mencariMu"

Kota Al-hamra dari kejauhan

Jelajah Al-Hambra
Sengaja memilih untuk menaiki bas merah khas dari tengah kota menuju ke Al-hamra. Dengan bayaran sebanyak 1.2 Euro, tepat 10.37 pagi kami menjejakkan kaki di hadapan pintu masuk kota idaman. Dari luar sudah terasa aura kecantikan kota, penat berbaki perjalanan semalam dilupakan sebentar.

Urusan tiket yang sudah dibooking secara online dari awal amat memudahkan, sekadar berurusan dengan mesin tiket menggunakan kad debit biru Jordan Islamic Bank (JIB), hilang bimbang terlepas tiket yang 'mahal' ini. Awal-awal lagi, Fredy pemilik hostel tempat singah mereka sudah berpesan. "Tiket ini perlu dijaga baik2, memerlukannya untuk berjalan2 sekitar kota. Kemuncak ronda2 ialah di kawasan utama "Istana Raja". Memandangkan masa masuk kamu ke situ adalah pukul 11pagi, pastikan kamu sudah terpacak di hadapan pintu masuk istana awal lagi supaya tidak terlepas peluang keemasan di sana" Pesanan itu disematkan kukuh di hati.


Al-hambra (Bahasa Arab الحمراء bermaksud Yang Merah) merupakan sebuah peninggalan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol [baca:Andalus], pernah menjadi istana tempat beradu Sultan dari empayar Nasrid bersama pembesar2 tertinggi serta makhamah Agung kerajaan muslim suatu ketika dahulu, namun setelah diwartakan selaku salah satu warisan dunia oleh UNESCO, kini bangunan ini dijadikan muzium memperlihatkan kegemilangan seni bina dan arkitekstur Islam abad pertengahan.

Dewasa kini, keseluruhan Al-hambra didefinasikan kepada 4 kawasan utama. Bangunan utama istana Diraja, kawasan ketenteraan [Al-Cazaba], pusat bandar kota [Medina] dan taman alam [Generalife]. Tidak melepaskan perkhidmatan audioguide yang disediakan, bayaran sebanyak 4 Euro bagi sesiapa yang berminat. Anda digalakkan membawa earphone sendiri bagi menjimatkan kos memandangkan satu audioguide sebenarnya mampu dikongsi oleh 2 orang sekiranya punya earphone sendiri.

Rancangnya jelajah kami terawal untuk terus menuju ke bangunan utama istana Diraja, memandangkan jarum jam hampir ke jam 11 pagi. Masuk dari pintu utama kami melalui kawasan Medina, yang kelihatannya runtuhan bangunan2 dihiasi pokok2 hijau yang masih hidup dan sempat ronda2 sekitar kawasan Al-Cazaba juga.

Bangunan Istana diraja.
Tepat jam 11 pagi, pintu masuk ke bangunan istana dibuka. Subhanallah! Disinilah ia. Satu2nya bukti islam pernah gemilang dan menjadi World Order suatu masa dahulu, memang tidak dapat disangkal lagi. Karya ukiran khat yang menyeluruhi keseluruhan bangunan terlalu halus. Walaupun usaha berkali-kali si Barat Kafir ingin memadamkan sejarah kehebatan Islam, kecantikan karya ornamen dengan ketepatan proporsi arimetik [baca: sudut/kiraan darjah] antara jendela, pintu dengan bahagian lainnya amat menakjubkan dan tidak mampu dibendung. Pelajar bidang arkitek mungkin lebih menghargai nilainya saya kira. Bacaan lanjut strutur disini.

Lihat imej bayang pantulan di air yang simetri


Kelihatan pelajar arkitek yang tekun menganalisa.

Keseluruhan dinding diukir dengan lafaz "La Ghalibu illallah"= Tiada yang pengconquer melainkan Allah

Tidak hairanlah ura2 mengatakan ketika semua muslim Andalus dibunuh secara pukal oleh pihak Kristian menjajah, satu2nya golongan yang tidak dibunuh adalah pihak arkitek yang terlibat dalam urusan senibina Al-hambra. Saya kira, ketakjuban mereka kepada Al-Hambra membuahkan keinginan ingin memonopoli ketinggian intelektual ilmuan islam untuk menghasilkan bangunan yang serupa untuk mereka. Wallahu'alam.

Ini sekadar gambar yang diambil dari replika. Nampak seperti benar bukan?

Khabarnya Kota ini pernah hampir dibom oleh Napolean semasa perang dunia, namun sempat diselamatkan oleh seorang askar bawahannya.

Tahukah kamu, selepas penaklukan Kristian pada tanggal 1492, kerja2 'pemusnahan' Al-Hambra telah dilakukan oleh mereka yang berjiwa hasad. Kerja terbukanya telah digenangi cat kapur, lukisan dan air emas dipadamkan, perabotnya dikotorkan, dikoyak dan dialih. Datangnya Charles V (1516-1556) kemudian membina balik sebahagian ruang dengan gaya senibina Renaissance dengan memusnahkan sebahagian besar istana musim sejuk tersebut, Meninggalkan kerja pembaikan yang tidak selesai,Philip V (1700-1746) mengItalikan biliknya dan menyelesaikan istananya ditengah-tengah yang dahulunya bangunan Moor. Lebih pengubahsuaian selepas itu merosakkan lagi nilai asal bangunan istana tersebut. Hasilnya?


Kami disajikan dengan kisah2 orang 'mereka' dengan perabot2 kediaman mereka sepanjang berada di dalam bangunan milik kita itu. Pelik sungguh! seolah2nya sejarah tempat itu dipadamkan dan dihighlightkan dengan ketakjuban si Washington Irving yang pernah menetap beberapa ketika di istana tersebut, Kata2 Irving yang dirakamkan dalam karyanya The Tales of Al-Hambra dimuatkan dalam audioguide sepanjang kota seolah2nya sengaja melarikan tarikan pelancong ke arah kisah mereka yang tidak seberapa lantas terlupa hakikat asal ibrah perjuangan hak si muslim yang perlu dikembalikan. Sedikit bersangka buruk disitu. Namun mungkin ada benarnya.

Penyelidikan dan pengubahsuaian sedang dijalankan.

Antara lain yang paling dikesali juga didalam ruang Taman Singa yang dikelilingi 128 tiang dari marmar, tinggalan 12 patung singa yang berbaris melingkar di tengah2 kolam air sudah hilang dicabut si pengkaji2 moden. Khabarnya ketika pemerintahan islam asalnya, setiap kali azan berkumandang tanda masuknya waktu solat, air akan keluar memancar secara automatiknya dari mulut singa2 tersebut. Sistem pengairannya berpadu dengan sistem suara. Sangat unik! Pengkaji moden kagum dengan sistem pengairan Al-hambra, berusaha menyelidikinya namun hampa apabila rahsia tersebut masih kekal misteri sedangkan kerosakan dari tangan2 mereka semakin mencacatkan monumen tersebut.

keseluruhan 128 tiangText Color

Replika taman singa yang asal. Tinggal kenangan.

Air yang mengalir sepanjang tangga, tidak berhenti bermula dari puncak bukit

Taman Generalife yang hidup
Sekitar jam 12.20 kami rehat2 menikmati keindahan alam yang paling hebat di taman Generalife sambil menikmati roti sapu selaku bekalan penambah tenaga. Pesanan buat sesiapa yang mengidamkan kawasan picnic paling cantik, insyaAllah taman penuh pokok2 segar ini tidak akan mengecewakan anda.


Lokasi strategik di atas bukit teres di tenggara sempadan bandaraya Granada antara penyumbang utama kehalusan senibina kota ini secara keseluruhan. Integrasi antara bangunan dan alam menjadikan seolah-olah syurga di dunia. Bangunan yang sememangnya indah bertambah2 indah apabila diadun dan digaul rapi sebati bersama alam ciptaan Rabb menjadikan kota ini sungguh lembut menyentuh kalbu.




Seorang penyair dari India yang mengunjungi Al-Hambra menuliskan ketakjubannya pada salah satu pintu Al-Hambra

"Andainya Firdaus itu ada di dunia, maka Firdaus itu adalah Al-Hambra"







Sungguh kecil2 dahulu saya pernah mengidamkan rumah idaman sebegini. Keunikan paduan bunyi gemercik air mengalir, penataan taman dengan tanaman hiasan serta angin bukit yang mendamaikan menjadikan taman ini dianggap hasil penafsiran syurga dalam Al-Quran. Sedangkan keindahan musim sejuk tidak terkata, cuba membayangkan taman ini dalam musim bunga.. Subhanallah! pastinya lebih indah. Entah apakah bentuknya syurga sebenar?




Awal 30 minit dari masa yang ditetapkan, tepat 1.30 petang kami tiba di pintu keluar menyambung kepenatan perjalanan setelah 5 hari. Jiwa lapang melihat jantung hati seolah-olahnya beban yang berat diangkat dari kepala. Melihat sendiri Al-Hambra lebih meyakinkan jiwa kami bahawasanya Islam itu memang pernah menjadi sangat hebat suatu masa dahulu. Bertambah iman dengan sejarah yang dikaji. InsyaAllah hak kita ini bakal kembali kepada pemiliknya. Kedengaran seolah2nya pokok2 dan seluruh batu bata kota ini menjerit meminta islam kembali memerintah mereka. Ya, suatu hari nanti. Pasti kembali!



Tarbiyah jasadi perlu diteruskan, sasaran seterusnya adalah sebuah perpustakaan tersorok yang menempatkan manuskrip2 asal Ibnu Batutta serta ramai ilmuan islam yang lain. Tidak ramai yang tahu wujudnya sebuah perpustakaan hebat ini di sini kerana keberadaannya memang tidak diwar2kan. Khabar senyap2 dari seorang muslim tempatan kepada kami menaikkan semangat kami mencari tinggalan nenek moyang tersebut. Mengumpul semangat terus cemerlang dalam akademik harapnya,

Namun alangkah sedihnya....

to be continued...

p/s:travelogue ini akan diedit dari semasa ke semasa. mengharapkan derma gambar2 cun dari teman2 jaulah. ^^,

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to [kembara] menjejak al-hambra, istana yang hilang

Anonymous said...

mabruk,,,,.. 5 thumbs up.

'Ezzah Al-Islam said...

huhu.. time kasih anonymous. tapi utk apakah?? errmmm..

tepianmuara said...

Salam.

Terima kasih atas perkongsian.
Mahu ke sana!

'Ezzah Al-Islam said...

waalaikumsalam wbt..

ooo..ahlen2.. tepianmuara
junior Just ye.. kamu punya byk masa lagi..

insyaAllah didoakan diberi ruang dan peluang..

salam pengembaraan^^,

fathiyah said...

haaaa..tu diaaa,cik izz kita dah tulis pasal travel dia,sorry la izz, ana x ikut skali klo x bleh bg gambar kat nt. Teringat kata2 Izz "Fathiyah sama mcm ana, suka amik pemandangan tanpa orang" hihi

'Ezzah Al-Islam said...

to KH,

hoho.. tau takpe, balik Malaysia kena marah sama org Malaysia. Apakah ini? mananya kamunya? kuikui..

p/s: Taktik kena betul. gambar kita kena selit kat kamera org.. sbb kamera sndri hnya ada gambar pemandangn. ^^,

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.