Archive for December 2009

2012, kaca mata Al-Quran


"Ok.pagi ni setiap orang dikehendaki mengeluarkan satu ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hari kiamat dan kaitkan dengan movie 2012 yang kita tengok semalam"




Usai solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat pagi itu, kak Fatin mengambil peluang menjentik hati adik-adik kesayangannya berkenaan keimanan kepada hari kiamat. Malam semalam, tirai pawagam movie 2012 dibuka. Sengaja kak Fatin mengubah corak perjumpaan dengan adik-adiknya minggu ini. Memanfaatkan media sambil memproses keimanan. Buka pawagam, bentang tilam, hidang makanan. Amboi, laju aje semua~

Movie 2012 memang sangat panas. Macam2 cerita dari pelbagai sudut boleh diperkatakan. Kalau melihat dengan mata kasar, tak terpandang jarum-jarum halus yang mencucuk dari pelbagai penjuru. Ideologi-ideologi yang perlu dibaca secara tersurat dan tersirat juga.

Rujuk sini untuk ulasan yang sangat mencerahkan.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar movie 2012 menyesatkan aqidah umat Islam atas rasional penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Memang bukan seperti yang dia sangkakan. Kiamat yang dikhabarkan ternyata tidak lebih melainkan sekadar malapetaka atau lebih sesuai dikatakan bencana alam sahaja. Bukanlah penghujung dunia. Ternyata akal manusia itu tidak terjangkau berita-berita ghaib yang diwahyukan.

Sungguh beruntunglah mereka yang benar2 mempercayai hari qiamat dan bekerja ke arahnya.


"Ok. semua dah bersedia dengan ayat masing2. siapa nak start dulu?"


"Ok. Saya2! Buka page 577 Surah Qiyamah ayat 10 -12"


Pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat berlari?" Tidak! tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada tuhanmu tempat kembali pada hari itu"


"Kalau kita tengok dalam movie semalam, semua manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Hero pun bermati2an menyelamatkan diri dan keluarga dan nasib baik jumpa tempat perlindungan. Tapi dalam Qiamat sebenar memang confirm tiada tempat nak lari. Pergi la kemana pun, memang tak mungkin selamat"

Terfikir sejenak berkenaan pembacaannya, dikatakan di sebalik peristiwa akhir filem ini terdapat 'mesej halus' ingin diserapkan ke dalam jiwa manusia agar meyakini bahawasanya kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya (illuminati?), pasti anda akan selamat. Seolah-olahnya Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut.
Secara tak langsung sepertinya, 2012 mengirimkan pesanan bahawa AS adalah penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda.

Ada logiknya. Merenungnya memikirkan kebenaran di sebalik pendapat ini.


"Menarik! OK..Saya pula..Rujuk page 567 surah Al-Haqqah ayat 15-16"

"Maka pada hari itu terjadilah hari qiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi rapuh"

"Dalam filem ini diorang tak lari ke angkasa sebab diorang yakin bahawa langit yang tak akan musnah. Maka diorang sekadar bina kapal tahan lasak dan bukannya kapal angkasa. Maka, ternyata ini bukanlah gambaran Qiamat yang sebenar"



MasyaAllah. Fikrah jamilah! Lantas dia teringat tafsir surah al-Mulk dimana Allah mengarahkan manusia memandang kepada penciptaan langit yang utuh. Sungguh manusia itu pasti akan mengembalikan pandangannya dengan hampa kerana tidak menjumpai sebarang keretakan pada penciptaan langit itu. Memang benarlah manusia itu susah membayangkan kehancuran penciptaan langit.


"Binisbati ana pula, Kalau kita perhatikan Dalam ayat 2 surah al-Hajj, Allah menyatakan bahawa apabila berlaku hari guncangan itu, ibu yang menyusukan anak akan lalai kepada anak susuannya, dan perempuan yang hamil akan gugur kandungannya. Maka ini menunjukkan bahawasanya manusia itu tak akan sempat menghiraukan orang lain melainkan diri sendiri je. Dalam filem ini, walaupun adegan saat2 kematian kawan hero(indian man) dengan keluarganya sangat menyentuh hati, namun qiamat yang sebenar bukanlah begitu! Apatah lagi nak selamatkan si anjing dan binatang2 besar yang lain tu." Semangat si mujahidah mengemukakan pandangan.



"Saya nak bagi ayat simple je. Cuba buka surah Al-Qariah ayat 5"

"Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan"

"Dalam filem ini, saya rasa macam tepatlah juga. Boleh nampak la visual dia sket bagaimana gunung-gunung hancur beretak-retak. Sampai ada orang tu terjerit2.. huhu"


Huhu.. tersenyum kak Fatin. Komen yang sangat menjentik. Mendengarkan kematangan idea adik-adik kesayangan dalam mengintepretasi ayat Al-Quran dalam setiap perkara yang dilihat. Itulah yang dia harapkan.

Ummah yang melihat segala peristiwa alam dengan pandangan mata Al-Quran.

Ummah yang menjadikan al-Quran sebagai neraca benar atau salah.

Ummah acuan al-Quran


Sungguh berita besar (an-naba') ini pasti berlaku. Movie ini sedikit sebanyak menjadi medium yang baik dalam mengulas hakikat keimanan kepada hari Qiamat. Bergantung kepada neraca pertimbangan muslim itu sendiri.

"Mereka menanyakan kepadamu Muhammad tentang Qiamat, "Bilakah terjadi?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang Qiamat itu ada pada tuhanku; Tidak ada seorang pun yang dapat menjelaskan waktu terjadiNya kecuali Dia. Qiamat itu sangat berat(huru-haranya bagi makhluk ) di langit dan bumi, tidak akan datang kepada kamu kecuali secara tiba-tiba" 7:187


Terlafaznya surah al-Asr dan tasbih kafarah pagi itu, pulang masing-masing kembali menjalani kehidupan dunia. Maka bermulalah sesi ujian keimanan sebenar semua. Menanti kedatangan minggu depan yang lebih menarik untuk mereka sama-sama meningkatkan keimanan.


Posted in | 4 Comments

ketawa kita dalam berjuang

Dengan nama Allah tuhan hari2ku,
Selaut salam buat pembaca Quran terbaik, Muhammad Abdullah serta yang sentiasa mengikuti jejaknya.

25 Disember.



Kelas tajweed dengan xifu. Best! Belajar lebih details pasal huruf2 hijaiyah.

Antara semua 29 huruf hijaiyah(sepakat jumhur) terdapat..

22huruf boleh bersambung dengan huruf sebelum dan selepasnya...
6 huruf hanya boleh bersambung dengan huruf sebelumnya sahaja...
Dan hanya 1 huruf yang tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf sblum mahupun selepas... (sila teka)


Kuiz pada pembaca, sapa dapat jawab dapat hadiah ^^, (budak irbid shj)
Di dalam Al-Quran kita yang pemurah ni. Ada ayat Al-Quran yang mengandungi

1)10 huruf yang bersambung antara satu sama lain menjadi satu kalimah je.
2)10 huruf yang tidak bersambung antara satu sama lain.
3)mempunyai kesemua 29 huruf2 hijaiyah dikumpulkan dalam satu ayat sahaja.




Al-Quran sangat pemurah. Boleh bagi semua benda kepada semua orang. Siapa mencari ketenangan melalui alunan suara yang lunak, insyaAllah dia bagi.. Siapa yang mencari ilmu sains, fizik, kimia,biologi mahupun apa2 ilmu keduniaan pun dia boleh bagi. Siapa yang mencari kekuatan emosi mahupun penyucian hati pun dia boleh bagi..


clorox paling bermutu untuk hati manusia ni tak lain tak bukan --> Al-Quran



26 Disember.

Jadi Fasilitator A.P.I iaini Akses Pemikiran Islam EDISI irbid. 2 tajuk utama dibincangkan, konsep syahadatain dan keremajaan. Tajuk yang cantik. Sayang, saya beranggapan bahawa kedua-dua tajuk ini lebih baik sekiranya lebih diperincikan ketika sesi pembentangan. Masalah masa saya kira sememangnya menjadi halangan.

Ternyata peranan fasilitator dalam LDK penting bagi membincangkan semula dan merungkai kekeliruan peserta. Dalam skala yang lebih kecil insyaAllah fasilitator lebih mampu mencapai kebanyakan peserta. Lebih dekat dan lebih rapat. Ada mereka yang malu hendak bertanya di khalayak , dalam kumpulan yang kecil mampu sahaja untuk bersuara memberi pendapat.

Itulah kelebihan apabila sesama muslim berkumpul dalam kumpulan kecil berbincang masalah ummah, merenung kejadian alam. Duduk bersama2 menambah iman, berkongsi masalah dan mencari penyelesaian kepada masalah ummah.



Memetik kata2 salah seorang peserta ketika sesi pembentangan,
"Uniknya umat islam ini mampu bergelak tawa ketika membincangkan agenda perubahan"

Fuh! amat sinis. pedas bagi mereka yang termakan cili.

Namun Saya setuju!

Bak kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali "Umat islam sangat memerlukan banyak keseriusan dan sedikit hiburan"

Banyak ketawa menyebabkan hati seorang pejuang kurang fokus kepada cita-cita. Kadang-kadang saya kecewa dengan mereka yang suka berlawak bodoh dalam agama. Bak kata sahabat "Lawak tak inteligent". Mungkin bagi sesetengah pihak ia hanyalah sekadar cara menarik perhatian pendengar atau mungkin memang sifat asal masing-masing. Cuma bagi saya, ia tanda kurang penghayatan.

Wallahu'alam


p/s: Mubarak pada ahli2 group 2! Ada siapa2 berminat nak teruskan group kecil kita? ^^,

Posted in | 8 Comments

Latih lidah kamu~

Sahaja penulis nak ceritakan tentang segolongan mahasiswi kat Irbid ni yang memilih untuk memperbaiki diri dalam satu 'aktiviti' yang memang best la. Sebab jarang2 pemuda zaman ni berminat nak hidup, mati, siang malam, pagi petang dengan aktiviti ini. Bersyukur la saya berjumpa dengan golongan2 ini. (TQ Allah!)



Mereka ialah muslim yang bermati2an memperbaiki bacaan Al-Quran masing2. Pagi petang berkawan dengan Al-Quran. Pergi kelas tajweed sana, pergi tasmi' ngan syeikhah sini. Kelas ia'dah pagi2, Qiamulail berjuzu' malam2. Subhanallah! Saya rasa bertuah jumpa golongan begini dalam era jahiliyiah moden zaman ini.

Berpagi2an dengan Al-Quran, Berpetang2an dengan Al-Quran lagi.

Berharap moga Al-Quran itu menjadi fisiologi badan masing2. Sebagaimana perut terasa sakit apabila lapar, begitu juga hati terasa sakit apabila tidak bersama Al-Quran.

Melatih lidah dengan membaca Al-Quran secara bertajweed.


Pesan nabi kita

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Memandangkan tujuan utama belajar tajweed adalah 'itqan' iaini mencapai bacaan yang sama seperti nabi Muhammad s.a.w. Maka sepatutnya semua muslim pelbagai usia,jantina, bangsa mahupun latar belakang perlu sentiasa memperbaiki bacaan tajweed masing2.

Selepas di buat survey dikalangan kebanyakan warga Irbid ini, memang jarang2 jumpa pelajar yang betul2 ada basic tajweed yang mantap.Belajar tajweed kat sekolah rendah je, tak pun masa kecil2 ngan atuk, tak pun masa PAFA dll yang sewaktu dengannya. Belajar pun sebab exam. Bukan sebab nak baca Quran dengan betul.

"Ala akak, kira Okla tu.. sekurang2nya pernah la belajar. tahu la juga nak membaca al-Quran"

"Saya ni tahu je hukum2 tajweed kak, tapi nama2 tu memang fail la.. memang tak ingat."

Duduk kat Jordan ini, peluang memang terbuka luas. Syeikhah2 ramai bersedia nak perbetulkan bacaan kita. Antara hendak dengan tidak sahaja. Dulu kita ingat bacaan kita ni memang dah mantap la, makhraj semua betul je, hukum2 dah power. Cukuplah belajar Al-Quran masa kecil2 dulu tu je. Sapa kate.. meh datang sini, try tasmi' kat syeikhah. Ada juga semua ayat kita baca salah. huhu..
Membaca Al-Quran ini memang best kalau bertajweed.

Menghafaz Al-Quran pun memang mudah kalau bertajweed.

Ramalan masa hadapan saya, Malaysia 2020 akan semakin parah. Anak2 muda akan semakin tidak tahu membaca Al-Quran, kelas2 al-quran mahupun tajweed amat sukar dicari. Tiada lagi atuk2 tua tahu/mahu mengajar cucu2nya membaca Al-Quran. Apatah lagi cara bacaan Al-Quran yang TEPAT.

Oohh.. apakah masa hadapan anak2.. cucu generasi maha hadapanku?
Generasi islam hanya akan bangkit apabila Al-Quran itu dipegang kukuh.

Jangan sibuk membicarakan perjuangan mahupun perubahan, kalau Al-Quran ditinggalkan.


Pelajar2 Timur Tengah, anda punya tambahan bebanan untuk mempreserve cara bacaan Al-Quran yang sebenar kepada generasi akan datang.

Peringatan untuk diri.

Posted in | 3 Comments

Kyuubi setiap muslim

Kau tahu apa yang mereka benci?

Kau tahu apa yang mereka takuti?




Ya. Al-Jihad!

Tidak usah kau hairankan tentang tujuan kegigihan mereka
Mereka bermati-matian mengumpulkan riak tenaga mengelirukan kamu ttg isu ini.

Jihad merupakan satu rukun dan tenaga islam yang paling ampuh, Mereka tidak mahu kuasa dalaman ini hidup dalam diri KITA

Mereka sedar sekiranya dibiarkan jihad itu berkobar di dada muslim, satu kuasa atau tenaga raksasa yang tidak mampu dibendung akan muncul dan memusnahkan kepentingan mereka
Mereka sedar kuasa merupakan bahan pemanas dan penggerak kehidupan muslim pada mana2 zaman.Maka, bermatian2 mereka menariknya keluar dari hati setiap muslim.

Itu lah lagaknya mereka yang takut dan tamak.




Dikala saya merenung makna jihad ini. Saya terfikir jihad itu ibaratnya si raksasa berekor sebelas a.k.a kyuubi dalam diri naruto. Anda nampak bagaimana hebat kuasa terpendam ini. Tidak hairanlah Kumpulan jahat itu bermati-matian ingin menyedut keluar kuasa senjata ampuh ini dari badan si naruto ini.

Mereka sudah lama sedar kewujudan kuasa ini,
Anda sedar tak wahai si muslim?




Merujuk kepada definisi Jihad oleh Muhammad Sai'd Ramadhan Al-Buthi [Rujuk Fiqh Sirah], ternyata pemahaman masa kecil2 saya berkecamuk, mungkin akibat disuap pelbagai isme-isme yang rancak melebarluas dari segala penjuru media. Dulu yang difahami, jihad itu perang.. guna cara perang bunuh orang atas nama Islam, kadang2 keliru juga dengan cop terroris yang diwar2kan oleh si Barat.

Selepas memahami Definasi Jihad yang sebenarnya iaitu mengorbankan segala tenaga dan usaha ke arah meninggikan kalimah Allah dan membentuk satu masyarakat Islam, saya merasakan ruang lingkup jihad itu lebih luas dan fleksibel. Ya, benar! Berperang itu salah satu dari usaha jihad. Lihat sahaja kronologi hidup Muhammad dan sahabat2nya, penuh dengan jihad dan peperangan dalam menegakkan Islam.

Tapi perang mereka bukan sebarangan. Ada tahap2 jihad perang itu tersendiri. Perang mereka demi menegakkan kalimah tauhid dan demi membentuk satu masyarakat islam.

Bukan sekadar defensif mahupun ofensif.

Cuba kau perhatikan kisah ini.

Si kafir 1: Islam itu agama pengganas, terroris.. islam tersebar melalui pedang Muhammad dan sahabat2nya..menggunakan kekerasan, paksaan dan kezaliman dalam pembukaan negeri-negeri baru. Tiada diplomatik langsung.

Umat islam: (bersifat reaktif, mula bengang bangun memprotes dakwaan ini.) Hey..mana ada. salah tu. Islam bagi 3 pilihan masa mula nak perang, bukan suka2..ada piagam madinah.. ada itu., ada ini... blablabla...

Sikafir 2: (Dengan muka cam baik, konon2 dah study buat research pasal islam pun cuba membela dan menarik tuduhan yang melulu tadi) Betul2. salah itu, islam ni memang bukan agama kekerasan tidak tersebar melalui pedang, tapi Islam agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak ansur dan tidak disuruh berperang kecuali nak pertahankan diri sahaja, langsung tidak menggalakkan umatnya berperang selagi masih ada jalan2 perdamaian.

Umat islam: (yang dangkal iman mula menepuk tangan memberi sokongan kepada laungan tadi selepas terluap2 marah dengan dakwaan pertama.) Betul2, kami setuju. ini baru betul..

Ceh! Si kafir memang si kafir... Anda nampak konspirasi mereka?

Tidak?

Walaupun kedua2 dakwaan mereka nampak songsang 180 darjah, titik pertemuannya satu sahaja. Banteras idea 'Al-Jihad' dari jiwa muslim.

Mereka Berjaya!

Umat islam mula pupus roh kemaraan, hilang cita2 perjuangan. Langsung tiada perasaan ingin berjuang membebaskan negara2 dibawah takhlukan kafir dan membentuk masyarakat Islam yang memerintah dunia. Kedua-dua dakwaan tadi juga silap. Bukanlah definasi jihad yang sebenar.

Perhatikan dunia kita sekarang. Peduli apa pemimpin2 negara islam kita?

Negara aku, negara aku..


Kata Anderson, si orientalis Inggeris semasa disoal oleh Muhammad Ramadhan Al-Buthi
"Jihad itu tidak wajib. Bukankah hukum berubah apabila berubahnya masa. Jihad sudah tidak sesuai dengan kedudukan dunia antarabangsa kini memandangkan kita ada pertubuhan dunia dan perjanjian antarabangsa. Umat islam tidak boleh mengaplikasikan jihad kerana ia jalan menekan manusia supaya memeluk islam lebih2 lagi dengan kebebasan dan peningkatan taraf pemikiran."

Hah! terbukti si pengecut ini cuba lebih mengelirukan kita semua.

Dengar macam betul je kan?

Sebenarnya tak pun. Jihad kita...perang kita bukan bersifat ofensif semata.. bukan defensif juga.. Jihad kita lebih besar dari itu.. Jihad kita nak tinggikan kalimah Allah, membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah semata.



That's it!

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" 30:69


Moga Allah kembalikan jiwa muslim yang rindukan jihad. Nampak seperti belum tiba masanya untuk kita semua turun ke medan perang saat ini. Namun peri pentingnya agar semua pemuda2 islam kini ada perasaan nak membebaskan tanah air sendiri dari pemerintahan taghut.



Cita2 kita menentukan gerakkerja kita.


Mulakan dengan bina jiwa jihad dalam diri. Hapuskan pemonopolian nafsu dan bisikan syaitan dalam diri. Berperang dan berjihad dalam menegakkan kalimah syahadah dalam diri.

Ya, mulakan dengan diri sendiri.

"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya islam akan tertegak di tanah air mu"

BERJIHAD!!!!

Posted in | 2 Comments

suara badar

Terlena lagi. Ahh.. tidak! Penyesalan menyelubungi diri. Kesal dengan kealpaan diri.
Itulah padanya apabila hawa itu dituruti. Penat dijadikan alasan. Malam yang panjang dipersiakan.

Beristighfar mengenang kesalahan diri.

"Ahhh.. kata mahu jadi PEMUDA! Mengapa masa tidurmu melebihi masa kerjamu. Bangunlah engkau, diri sang pahlawan" bergema jeritan hati si pemuda.

Bangun pemuda itu dari lena keduniaanya lantas mengambil wudu', persiapan menghadap Pencipta. Menuju Sumber tenaga, mengharapkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membantai si taghut dan meninggikan kalimah satu itu.



Semalam dia mendengar kisah manusia hebat.Kisah si pahlawan BADAR. Bermimpikan mereka dalam lenanya.


Bermimpi melihat wajah Saidina Ali, selaku pemegang bendera katibah muhajirin.
terbayang wajah penuh semangat Sa'ad bin Muaz yang memegang bendera katibah Al-Ansar.
Lantas Melangkah Zubair Al-Awwam di atas kudanya memandu sayap kanan.
Berderap langkah Al-Miqdad bin Umar selaku pemimpin sayap kiri.

Dengan satu kalimah, berbaris taat kepada kepimpinan tertinggi jujungan yang dicintai.Barisan pemuda gagah berjiwa pahlawan berderap maju ke hadapan.

Masih terngiang2 kalimah "AHAD..AHAD" bergema dicorong telinga. slogan yang dilaungkan mereka dalam perang itu. Pembakar semangat memperjuangkan ideologi Esa itu.


Lantas tarian pedang si pahlawan BADAR melawan si kufur durjana memperjuangkan agama menangkap kaca matanya. Membayangkan ketangkasan mereka menghunus senjata, melibas sisa-sisa jahiliyiah, membantai si bongkak tua yang tertutup mata hatinya.


Bermandikan peluh dan darah, pahlawan itu melangkah.

Bermandi peluh juga dia dalam mimpinya.

SANGAT HEBAT!



"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (2:123)

Bacaan syeikh al-afasi membacakan ayat suci ini bergema sebagai latar muzik menjadikan mimpinya seolah nyata.

Ohh.. betapa cemburunya dengan mereka. Cemburu melihat kekuatan rohani mereka. Betapa mantap akidah mereka. Betapa jelas fikrah mereka. Betapa tinggi perjuangan mereka. Betapa kuat fizikal mereka.

Ya! Aku ingin menjadi seperti mereka.

Bersama bergerak mengangkat martabat Islam, meninggikan kalimah Allah itu di bumi ini. Menyambung rantaian besi perjuangan para nabi. Berjihad mewujudkan masyarakat muslim yang sejati.

Apa lagi kau tunggu?

Jelaskan matlamatmu,
Rancang perjalananmu,
Kemaskan langkahmu,
Bergeraklah ke destinasimu.

Perjuangan ini perlukan pengorbanan,
Cukup engkau dengan lena berpanjangan.

bergema teriakan ruh generasi BADAR
ALLAHUAKBAR!!!

p/s: Nak tambah zouk perang Badar..sila Baca tafsir dan asbab nuzul Surah Al-anfal. Rujuk page 177-178. mmg mantap!

Posted in | 3 Comments

Tarian baru

Dengan nama Allah tuhan aku dan kamu.
Teruskan mendidik rasa rindu buat Junjungan Muhammad teragung... kita semua

Kembali jua setelah lama menyepi. Ampun buat siapa yg sedia melawati.

Segar rasanya apabila jari2 ini kembali menari di atas papan kekunci ini. Menghirup udara blog-sphere yang penuh dgn pelbagai komponen2 bercabang arus. Rindu..

Terasa membuak2 perkara untuk dikongsikan setelah lama ber'uzlah'. Mencari ketenangan menunggu ilham rabbani sambil mencari kekuatan, bertafakur sambil merenung, meneliti, menganalisa manhaj kehidupan dunia ini. Tidak tahu mana mahu ku mulakan.



Mungkin penulis perlu mulakan dengan mendenda diri sendiri kerana leka dengan taklifan ululalbab99 ini. Ya, denda.. kerana kerap kali lalai. kerap kali alpa. tiada alasan lagi.

Teringat Dalam buku Menuju Ketaqwaan karangan Abdullah Nasih 'Ulwan, beliau menyebut bahawa terdapat 5 jalan menuju kepada ketaqwaan. Selain anda perlu bermu'ahadah (perjanjian), muraqabah, muhasabah dan bermujahadah. salah satu jalan terbaik adalah dengan mu'aqabah. a.k.a DENDA.

Menurut beliau seorang muslim yang sedang memperbaiki diri perlu 'jelas' dengan teknik ini. Teknik denda diri. Kerana seorang mu'min itu sifatnya selalu bermuhasabah akhlak dan amalannya. Apabila didapati kekurangan atau telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tak patut beliau mengenepikannya atau buat "dunno", tanpa segan silu pada diri. Asyik2 bagi peluang pada diri. Oh..tidak. Syurga Bukan untuk orang manja.

Beliau kata sifat ambil mudah pada kesalahan ini merupakan faktor penting untuk kita ulang balik kesalahan tersebut. Sekali dua dimaafkan. Banyak kali sudah ini..ermm.. la budda la nampaknya. Kena dera diri dengan deraan yang seharusnya, agar bertindak sebagai penghalang dan bagi tamparan 'kick' pada muslim yang sedang membaiki diri tadi. Lama2 ketaqwaan akan muncul dalam diri makhamah hati yang hidup ini.

Pernah dengar cerita saidina Umar mendenda diri?

Pada suatu hari, beliau telah keluar menuju ke kebunnya, sekembalinya dari kebun. Didapati orang ramai telah solat Asar. Kamu tahu apa kata2 yang keluar dari Si Faruq?

"Kebunku itu adalah sedeqah untuk orang2 miskin"



Subhanallah! Kerana sibuk dengan urusan dunianya menyebabkan beliau lalai dari kewajipan solat, lantas kebun disedeqahkan sebagai denda kepada diri.

Lagi menarik kisah dari Abu Talhah.

Diriwayatkan bahawasanya suatu hari sedang beliau sedang bersolat, hinggap berhampirannya seekor burung layang2 lalu beliau lalai dari solatnya. Asyik melihat burung tersebut menyebabkan beliau terlupa bilangan rakaatnya, Sebagai denda beliau turut menyedeqahkan kebun miliknya.



Rasa mereka terlalu hebat bukan? syadid pun ya juga. Tak boleh disangkal lagi. Sememangnya generasi terhebat merupakan generasi zaman nabi. Redha Allah ke atas mereka.



Kisah yang lebih syadid untuk dikongsi. Ni paling best.
Sekadar motivasi untuk kita semua mengamalkan teknik denda diri ini ^^,

Alkisahnya, suati hari Hassan bin Sanan berjalan di hadapan sebuah rumah yang telah dibina lalu beliau berkata: "Bilakah rumah ini didirikan?"

Kemudian beliau kembali menempalak dirinya dengan berkata: "Engkau telah berkata sesuatu yang tiada kaitan dengan engkau! akan aku derai engkau dengan berpuasa selama setahun"

Lalu beliau berpuasa sebagai balasan kepada dirinya kerana menanyakan sesuatu yang tidak bersangkutan.

Subhannallah! Benar2 speechless bila dengar kisah ini. Dari Sekecil2 perkara..


Moga Allah beri kekuatan kepada saya dan semua mujahidah2 yang sedang memperbaiki diri sekalian dalam bertegas mendenda diri. Kita start ikut level dulu la ye.. bertangga dalam mendenda diri.. ada sesiapa ada cadangan untuk saya.. apakah denda paling sesuai untuk saya setiap kali membiarkan ululalbab99 berdebu? huhu..

Posted in | 3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.