Timb. Setiausaha Agung MPPM 09/10

Dengan nama Allah yang mengatur hidup kita semua.
Selaut salam buat pemimpin terAgung 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pemimpin2 sekalian.

Assalamualaikum wbt.

Masuk hari ini, sudah 5 hari telah diumumkan bahawasanya nama saya telah naik sebagai salah seorang AMT MPPM sesi pentadbiran yang baru. Sedikit ulasan daripada saya berkenaan taklifan selaku Timb. Setiausaha Agung MPPM yang baru. Moga Allah meredhai kita semua. Senarai kepimpinan MPPM baru( klik)



Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama2nya, saya selaku hamba Allah yang lemah menyedari hakikat bahawasanya saya tidak memiliki diri saya malah tidak dapat mengawal hidup saya sekalipun. Allah tuhan pencipta diri ini yang memiliki dan mengatur segala2nya. Kepadanya jua ku serah setiap detik dan nafas.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah 2:216)

Cukuplah ayat diatas sebagai pegangan kita semua dalam setiap aturannya. Bukan hak kita selaku hamba untuk menyoal tuhan "Mengapa begini?" atau "Mengapa tidak begitu?". Tidak! bukan tanggungjawab kita selaku hambaNya mempersoalkan aturannya, namun tanggungjawab kita semua untuk mencari hikmah di sebalik setiap aturannya. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dalam setiap perkara. Semoga saya terus thabat.


Kepada semua yang meletakkan harapan, terimakasih atas kepercayaan anda. Kepada Allah juga sebaik2 pengharapan. InsyaAllah selaku insan biasa yang ditaklifkan sebagai hamba dan khalifahNya, selagi terdaya akan saya laksanakan setiap amanah dengan sebaiknya. Moga kami selaku pentadbiran baru mampu meniupkan nafas baru dalam memacakkan bendera2 Islam dalam setiap aspek kehidupan kita di bumi ini. Kita semua adalah "guru" kepada alam. Moga kita semua mampu menjadi "guru" yang benar2 dapat menunjukkan contoh muslim yang sebenar.


Maka sebagai pembuka sesi pentadbiran, dengan suka hatinya ingin saya kongsikan satu kisah kepimpinan dari Al-Quran. Barangkali sudah ramai yang makruf dengan kisah seekor daie' murobbi yang sangat hebat, si HudHud yang proaktif. Sebuah kisah pendek yang penuh pengajaran dan ibrah bukan sahaja sebagai seorang daie, malah sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai orang yang dipimpin.



Minta semua pembaca buku terjemahan masing2. (-->Sila2.. jangan malas buka Al-Quran!)
Rujuk surah an-naml 27:20-28 mukasurat 378-379

"Dan dia(Sulaiman) memeriksa burung2 lalu berkata, "Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas" (27:20-21)

Berdasarkan 2 ayat ini, berbagai2 ciri2 seorang pemimpin dan daie pastinya yang mampu kita keluarkan. Sifat prihatin dan teliti nabi Sulaiman selaku pemimpin, keperluan inspeksi anggota2, ketegasan pemimpin menghadapi masalah mahupun pertanggungjawaban dan kejelasan alasan. Moga ini menjadi tauladan terbaik bagi kita semua selaku pemimpin.

"Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata, "Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba' membawa suatu berita yang meyakinkan. Sungguh kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar. Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk." (27:22-24)


Inilah ayat yang ingin saya highlightkan dalam entri kali ini. Mengajak semua pembaca menyerap ruh semangat si burung kecil yang proaktif dan "bekerja" ini. Merujuk kepada ayat ini, pastinya salah sekiranya kita menganggap tindakan siHudhud tidak hadir ke perjumpaan bersama pemerintah ini sebagai tindakan tidak berdisiplin, ponteng dan sengaja cari alasan. Bahkan kita melihat tindakan siHudhud sebagai satu tindakan proaktif yang terarah yang mengikuti aturan2nya tanpa mengorbankan perintah2 dan amal-amal prioriti dalam Islam.


Hud-hud merupakan satu watak yang cerdas, punya kesedaran atas hak2 syahadah yang diyakini, berpengetahuan dan beriman malah bijak memanfaatkan kesempatan untuk mendapatkan suatu berita dengan harapan dan cita2 tidak lain tidak bukan untuk menyebarkan tauhid ke segenap alam. Moga kita manusia yang lebih "besar" dan sempurna penciptaannya ini mampu bergerak lebih proaktif dari makhluk mini ini.

point utama!
Dan yang paling utama, di sebalik ayat ini. Terbuktilah bahawa para pemimpin amal islami tidak mampu diharapkan melakukan setiap rencana dan mengarahkan setiap perkara. Sedangkan nabi Sulaiman pemilik kekuasaan terhebat sepanjang zaman, yang bukan sahaja mendapat wahyu dari Allah dari satu sisi, malah ditundukkan jin dan burung2 pada sisi yang lain. Baginda selaku contoh pemimpin hebat ini sekalipun tidak mampu menguasai seluruh perkara, dan tidak mampu mengetahui setiap berita. Malah memerlukan data informasi kecil dari pengikutnya.

"Akan kami lihat, apa kamu benar atau termasuk yang berdusta. Pergilah membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka lalu perhatikankanlah apa yang mereka bicarakan" (27:27-28)


Apakah yang sebenarnya tema disebalik pemahaman ini?


"Sikap proaktif ahli diperlukan dalam membantu tanggungjawab pemimpin."


Maka, disini ingin saya serukan kepada semua mahasiswa2 Jordan di Irbid, Amman, Mafraq mahupun Mu'tah. Marilah kita sama2 bergading bahu dalam menyebarkan akidah yang satu ini. Tidak cukup untuk kita sekadar mengundi dan memastikan kepimpinan itu dari kalangan mereka2 yang inginkan memenangkan Islam, malah menjadi tanggungjawab kita juga selaku ahli untuk sama2 proaktif dalam membantu pemimpin memenangkan Islam. Kita selaku satu keluarga. Moga ikatan ukhwah lebih erat terbina.

Salam akhir dari saya insan lemah yang baru belajar dan juga selaku insan yang sedang memperbaiki akhlak dan peribadi diri, memohon kepada anda semua untuk menegur silap dan salah. Moga Allah meredhai kita semua.


p/s: selamat mengundi pemerintahan baru buat warga PERMAI dan BKPJJ. Undi anda adalah rahsia. Dan ingatlah bukan sekadar undi. Taklifan hak syahadah itu bukan terletak di bahu kepimpinan semata2. Moga Allah beri yang terbaik untuk semua. blog jpr-permai
dan blog BKPJJ


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

5 Responses to Timb. Setiausaha Agung MPPM 09/10

hudhud said...

"Hud-hud merupakan satu watak yang cerdas, punya kesedaran atas hak2 syahadah yang diyakini, berpengetahuan dan beriman malah bijak memanfaatkan kesempatan untuk mendapatkan suatu berita dengan harapan dan cita2 tidak lain tidak bukan untuk menyebarkan tauhid ke segenap alam. Moga kita manusia yang lebih "besar" dan sempurna penciptaannya ini mampu bergerak lebih proaktif dari makhluk mini ini".

setiap dari kita berupaya jadi macam burung hudhud nih..betapa ALLAH mengajar n menyedarkan kita bahawa tiap makhluknya bertanggungjawab atas syahad yg diucapkannya..kerana syahadah,kite seorang daie..setuju?

Anonymous said...

seeru ala barakatillah...

everyone has their own part to be contributed.Hold it tight iz, to makes it as 'amal and brings it to the end.

"Setiap tindakan kita adalah tarbiah"-ISHAB

hudhud said...

salam..
semalam rasenye iz tulis timb.bendahari..dh tukar pos eh?
anyway,selamat menjalankan amanah n tgjwb..wpn sumetimes we r not born to be a secretary..but thing goes differently..life doesnt revolve inside our brain..what we expect,what we dream off..is never guaranteed to be a realistic one..life is not like what we always thought..but it doesnt matter rite as long as we work for Allah n benefits others..
be optimist..

p/s-im trying to practice my english since it seems macam dh nk berkarat..tenses sume dh berterabur..eheh..wateva..its our own responsibility to improve ourself..

'Ezzah Al-Islam said...

waalaikumsalam wbt.

Huhu~ to "al-hudhud"
(sila intabeh ana tambah al kat depan, nak tunjukkan isim makrifah ia3ni spesifik tuk nti)

stelah mesyuarat kembali, nampknya ana lebih diperlukan utk jwtn setiausaha. Allah knows best!

Ceh! ana ingat ana pernah kutuk2 nti dengan jwtn setiausaha, malah terg2an buat status ym. "not born to be a secretary".

Betul la, kita ni mmg hamba yang tak miliki diri kita apatah lagi mengawal hidup kita. ana tarik balik kata2 dulu. doakan ana mampu memahami dn menjalankan tggjwb ini dengan seikhlas yg mungkin.

hudhud, bgus la dapat smgt improve english ni. always remember.. "hatta yughairu ma bi anfusihim"

you are responsible to improve yourself!

'Ezzah Al-Islam said...

to anonymous

thank you 4 the reminder.
Betul.

"Setiap tindakan kita adalah tarbiyah"

untuk diri dan orang lain.

Moga Allah tunjukkan kita satu2nya jalan dia yg lurus. Moga terus thabat.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.