Archive for July 2009

Isu2 umat islam bulan ini

Dengan nama Allah tuhan semua umat islam.
Selaut salam buat pemimpin terAgung umat islam'Muhammad bin Abdullah' serta semua saudara2 seakidah sekalian.

Memandangkan tirai Julai tahun ini masih belum berlabuh, sempat kiranya untuk saya ingat/ kongsikan dengan semua pemuda2 muslim sekalian tentang 2 isu besar umat islam yang berlaku dalam bulan ini. Bagi yang tak pernah tahu ttg isu ini, bolehlah ambil tahu. Bagi mereka yang dah tahu namun masih belum sedar, bolehlah mula buka mata luas2 dan faham dengan jelas situasi yang sebenar. Dan bagi mereka yang dah tahu dan sedar tapi belum sebar2kan, bolehlah sebar2kan isu umat islam, isu KITA ini kepada semua sbagai bukti kita saudara muslim yang prihatin~ ye tak?


Apa yek isu besar bulan ni?
Akhir bulan Jun kita umat islam dikejutkan dengan serangan berdarah 11 jemaah yang ditembak secara rambang ketika sedang bersolat di masjid Al-Furqan, Narathiwat di Selatan Thailand. Tak sempat tarik nafas, dikejutkan pula dengan isu Marwa Al-Sherbini, saudara seakidah kita yang terang2an dianiaya. Dan lebih sedih lagi apabila pada 6 Julai isu saudara2 muslim Uyghur kita yang sebenarnya telah bertahun2 ditindas, mula diketengahkan apabila hampir 200 orang muslim Uyghur dibunuh oleh polis China dalam rusuhan kaum yang berlaku.


Saya sibuk la~

Jom, berhenti sejenak kita sama2 beristighfar dengan dosa lalai dan alpa kita yang sibuk dengan kehidupan dunia ia2ni exam..exam..exam... (semata2) sampai tak sempat nak peduli dengan nasib saudara2 kita. OoO..lupa pula! Kita juga sibuk dengan AGM, mesyuarat... dan mesyuarat. Kalau lagi teruk sibuk dengan jahiliyiah2 dan karat2nya.Isu pengebumian Michael Jackson dan perlawanan Machester United vs Malaysia lebih kita sensitif. Sedangkan kakak2, abang2, makcik, pakcik, nenek2 saudara kita..(ulang suara) SAUDARA KITA ini sedang dibunuh, dipijak2 dan diperlakukan seperti haiwan, mengharapkan bantuan dan ke'sensitif'an kita terhadap situasi mereka. Namun Oooh.. apakan daya? Maka, marilah kita sama2 istighfar ya sahabat2~ moga Allah ampunkan dosa kita yang lalai ini dan buka mata kita supaya lebih peka selepas ini.

OK! alhamdulillah, semua dah istighfar dengan sebenar2 istighfar. Sekarang jom buka mata, sedia untuk ambil tahu perkara yang sepatutnya kena tahu. Jangan buat2 tak tahu! sebab nanti kena tanya kenapa tak ambil tahu.


Isu Muslim Uyghur
Jangan malas baca.Tekan link2 ini utk maklumat lanjut.
Ahli2 forum aktif, mmg mantap-Forum iluvislam (mesti baca semua 3 pages kalau nak faham)
Blogger2 update - soldier of muhammad. dan bariisiyobasto boleh juga fansurina




Marwa al-Sherbini, pahlawan Jilbab

baca- wikipedia ini pun- news lagi baca - ibnu hasyim
best juga- pewaris khilafah


p/s: InsyaAllah saya akan edit balik entri ini. Artikel penuh ttg isu ini sedang dalam proses. ni entri pengenalan, buat dalam masa singkat. minta semua pembaca rujuk dan dalami kes ini dari link2 yang diberikan dulu k! InsyaAllah semoga Allah buka hati kita semua utk lebih memahami isu umat islam. Saya sayang anda sebagai saudara seumat!

Posted in | Leave a comment

Suka jadi pembunuh?


Semalam Turki dah haramkan rokok di tempat awam (baca lanjut)

Jordan bila lagi?

Errmmm...(malas nak tulis panjang2. semua patut makruf)
Jom lancar kempen sepanjang hayat.

KEMPEN ANTI-ROKOK

Bukan sahaja pada orang2 Jordan, pada mahasiswa Irbid yang merokok juga. Jangan buat2 tak tau. Anda sedang diperhatikan dan sentiasa diperhatikan.

Berhentilah untuk diri dan orang lain. Rokok itu pembunuh!


p/s: Teringat tajuk presentation dalam kelas Natural Resources Dr Rababa'ah tahun lepas. "Environmental-friendly cigarette". Bila ditanya kepada seluruh kelas siapa yang merokok, hanya 2-3 kerat yang berani mengaku. Tahu malu juga orang2 Arab disini.huhu~ ingatkan pelajar malaysia je yang pemalu. Benar kerana benar, ye tak? kalau takut...


..dan janganlah kamu campakkan (diri sendiri) kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-baqarah 2:195)

3 Comments

ROQS. Bukan sekadar semarak~

Dengan nama Allah tuhan bumi Irbid mahupun bumi Quds.
Selaut salam buat mujahid terhebat 'Muhammad Bin Abdullah' serta semua mujahid dan mujahidah yang sedang berjuang sekalian.



Assalamualaikum wbt.

Angkatan pemuda sejak dahulu hingga kini tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka bukan sahaja merupakan rahsia hikmah bagi kegagahan dalam sesuatu revolusi, malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.Dengan 4 ciri asas utama yang dimiliki pemuda2 iaitu keimanan, keikhlasan, bersemangat, dan bertindak, menjadikan golongan ini mampu menghembuskan satu taufan perubahan dalam menentukan pentadbiran dunia pada masa hadapan.

penyelesaiannya?
Dalam kita sibuk membincangkan masa hadapan Palestin dan mencari penyelasaian terbaik untuk membebaskan tanah suci ini. Satu persoalan untuk sama2 kita fikirkan. Apakah sebenarnya yang kita selaku ummat islam perlukan dalam cita2 suci membebaskan baitul Maqdis ini?



Jawapannya tidak lain tidak bukan, kita perlukan anda semua!

Ya, anda! pemuda2 muslim yang proaktif.

Dalam perjuangan dan matlamat Agung membebaskan bumi Al-Quds dari cengkaman kafir laknatullah, tiada cara lain melainkan kita memerlukan pemuda2 muslim yang melengkapi rukun2 ini. Mampu bergerak dan mengubah. Punya pendirian dan ke'ezzahan yang tinggi terhadap hakikat syahadah yang diimani. Bukan "remaja" yang lemah longlai ditiup angin sempoi jahiliyiah. Dengan mudah ke kanan, kemudian ke kiri, mengikut rentak2 lagu irama yang dimainkan oleh musuh2 Islam. Tidak! Wahai pemuda muslim sekalian, sedarlah kita bukan remaja tetapi kita adalah pemuda.

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka" (al-kahfi 18:)


Wahai angkatan pemuda yang budiman,

Suka untuk saya berkongsi sebuah kisah menarik dari sirah perjuangan yang memaparkan sifat dan ciri2 pemuda muslim yang kita idamkan untuk menyambung rantai2 perjuangan membebaskan Palestin ini.

Serangan Monggol
Mengimbas sejarah kegemilangan umat islam suatu masa dahulu. Tahun 1258 Masihi merupakan satu tahun berdarah dan bersejarah buat seluruh umat islam apabila tentera Monggol telah menyerang Baghdad dan membunuh Khalifah Abbasiyah yang terakhir, Al-Musta'sim dan seluruh ahli keluarganya. Mengikut sejarawan kira2 800,000 umat islam telah dibunuh dalam jangka masa hanya 40 hari. Sehinggakan semua buku2 yang terdapat dalam Baitul Hikmah, perpustakaan terhebat didunia zaman itu dicampak ke dalam sungai Tiqris lalu dijadikan jambatan untuk menyeberangi sungai tersebut.

Tahukah anda siapakah pemuda muslim yang telah menyelamatkan ummah dan mengembalikan khilafah pada saat itu?

'Amir of Ummah Beliau merupakan Sayf ad-din Qutuz, pemerintah Mesir pada zaman itu. Beliau merupakan pemuda muslim proaktif, memerintahkan semua tentera lantas bersiap dan melancarkan perintah jihad melawan tentera Monggol serta-merta. Umat islam dari semua arah tunduk dan bersiap untuk berjihad menuju Palestin di bawah pemerintahannya.



Di sebuah kawasan bernama Ain Jalut, tentera Qutuz telah bertembung dengan tentera Monggol lalu berlakulah peperangan hebat yang bersejarah. Tentera islam dengan semangat jihad yang tinggi telah berperang bermati2an mengembalikan khilafah dan cubaan mendapatkan semula Palestin yang pada saat itu sudah jatuh ke tangan lawan.

Satu peristiwa menyayat hati apabila semasa peperangan sedang berlangsung, tentera Monggol telah berjaya memasuki khemah Qutuz lalu menikam isteri beliau, Jullanar Hab Ar-Rahman. Mengetahui berita ini, beliau lari mendapatkan isterinya yang diambang kematian lalu berkata
" Ooh, kekasih hatiku!".

Lalu isterinya membalas "Jangan kasihkan aku, tetapi kasih dan cintakanlah islam" dan isterinya wafat dalam dakapan beliau.

Subhannallah! semoga semua akhawat muslim menjadikan beliau sebagai contoh terbaik. Mengajar semua pemuda-pemudi muslim zaman ini untuk berkata " Cintailah Islam!" daripada berkata "Cintailah aku!" dan sewaktu dengannya.

Cinta jihad VS Cinta Kera
Inilah semangat perjuangan yang kita inginkan dari pemuda2 muslim zaman ini. Pemuda2 yang tenggelam dalam cinta kepada islam dan jihad. Bukan dalam lautan cinta manusia yang sementara. Dengan cinta mendalam Qutuz kepada islam, beliau berjaya mengalahkan tentera Monggol dalam perang tersebut langsung menghalau mereka keluar dari kawasan Syria.

Selagi pemuda zaman ini tidak mencintai islam dan jihad lebih daripada cinta manusia, maka semakin tipislah kebarangkalian untuk kita membebaskan tanah suci al-Quds ini. Selagi kita sibuk dengan jahiliyiah2 dan pergaduhan sesama muslim, maka selagi itulah tanah yang dijanjikan ini tidak mampu menjadi milik kita.



Konklusinya, kita selaku pemuda2 muslim yang peka, marilah sama2 mengislah diri dan orang sekeliling menjadi pekerja sepenuh masa dan tukang promosi Islam yang sebenar. Dengan bertambahnya pemuda2 yang faham islam dan bersedia untuk berjihad pada bila2 masa, semakin hampirlah kemenangan islam dan pembebasan tanah suci Al-Quds dari tangan kafir laknatullah.


Moga Allah meredhai dan membantu kita semua.



rujukan- Palestine, yesterday, today and tomorrow oleh Dr.Tariq Swaidan


p/s: Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru PERMAI. Tak dilupakan buat jprPERMAI yang mantap. Moga semua dipermudahkan urusan oleh Allah dunia akhirat.


Roadshow Gema Al-Aqsa (ROQS) semakin hampir, 20-23 JULAI ini berlangsung diMafraq, Mutah, Amman dan Irbid sbagai kemuncak. Sama2 kita semarakkan ruh perjuangan. Kerana "himmah" pemuda itu memang seharusnya sentiasa dihidupkan. Ke arah generasi islam yang peka.

3 Comments

Timb. Setiausaha Agung MPPM 09/10

Dengan nama Allah yang mengatur hidup kita semua.
Selaut salam buat pemimpin terAgung 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pemimpin2 sekalian.

Assalamualaikum wbt.

Masuk hari ini, sudah 5 hari telah diumumkan bahawasanya nama saya telah naik sebagai salah seorang AMT MPPM sesi pentadbiran yang baru. Sedikit ulasan daripada saya berkenaan taklifan selaku Timb. Setiausaha Agung MPPM yang baru. Moga Allah meredhai kita semua. Senarai kepimpinan MPPM baru( klik)



Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama2nya, saya selaku hamba Allah yang lemah menyedari hakikat bahawasanya saya tidak memiliki diri saya malah tidak dapat mengawal hidup saya sekalipun. Allah tuhan pencipta diri ini yang memiliki dan mengatur segala2nya. Kepadanya jua ku serah setiap detik dan nafas.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah 2:216)

Cukuplah ayat diatas sebagai pegangan kita semua dalam setiap aturannya. Bukan hak kita selaku hamba untuk menyoal tuhan "Mengapa begini?" atau "Mengapa tidak begitu?". Tidak! bukan tanggungjawab kita selaku hambaNya mempersoalkan aturannya, namun tanggungjawab kita semua untuk mencari hikmah di sebalik setiap aturannya. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dalam setiap perkara. Semoga saya terus thabat.


Kepada semua yang meletakkan harapan, terimakasih atas kepercayaan anda. Kepada Allah juga sebaik2 pengharapan. InsyaAllah selaku insan biasa yang ditaklifkan sebagai hamba dan khalifahNya, selagi terdaya akan saya laksanakan setiap amanah dengan sebaiknya. Moga kami selaku pentadbiran baru mampu meniupkan nafas baru dalam memacakkan bendera2 Islam dalam setiap aspek kehidupan kita di bumi ini. Kita semua adalah "guru" kepada alam. Moga kita semua mampu menjadi "guru" yang benar2 dapat menunjukkan contoh muslim yang sebenar.


Maka sebagai pembuka sesi pentadbiran, dengan suka hatinya ingin saya kongsikan satu kisah kepimpinan dari Al-Quran. Barangkali sudah ramai yang makruf dengan kisah seekor daie' murobbi yang sangat hebat, si HudHud yang proaktif. Sebuah kisah pendek yang penuh pengajaran dan ibrah bukan sahaja sebagai seorang daie, malah sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai orang yang dipimpin.



Minta semua pembaca buku terjemahan masing2. (-->Sila2.. jangan malas buka Al-Quran!)
Rujuk surah an-naml 27:20-28 mukasurat 378-379

"Dan dia(Sulaiman) memeriksa burung2 lalu berkata, "Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas" (27:20-21)

Berdasarkan 2 ayat ini, berbagai2 ciri2 seorang pemimpin dan daie pastinya yang mampu kita keluarkan. Sifat prihatin dan teliti nabi Sulaiman selaku pemimpin, keperluan inspeksi anggota2, ketegasan pemimpin menghadapi masalah mahupun pertanggungjawaban dan kejelasan alasan. Moga ini menjadi tauladan terbaik bagi kita semua selaku pemimpin.

"Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata, "Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba' membawa suatu berita yang meyakinkan. Sungguh kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar. Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk." (27:22-24)


Inilah ayat yang ingin saya highlightkan dalam entri kali ini. Mengajak semua pembaca menyerap ruh semangat si burung kecil yang proaktif dan "bekerja" ini. Merujuk kepada ayat ini, pastinya salah sekiranya kita menganggap tindakan siHudhud tidak hadir ke perjumpaan bersama pemerintah ini sebagai tindakan tidak berdisiplin, ponteng dan sengaja cari alasan. Bahkan kita melihat tindakan siHudhud sebagai satu tindakan proaktif yang terarah yang mengikuti aturan2nya tanpa mengorbankan perintah2 dan amal-amal prioriti dalam Islam.


Hud-hud merupakan satu watak yang cerdas, punya kesedaran atas hak2 syahadah yang diyakini, berpengetahuan dan beriman malah bijak memanfaatkan kesempatan untuk mendapatkan suatu berita dengan harapan dan cita2 tidak lain tidak bukan untuk menyebarkan tauhid ke segenap alam. Moga kita manusia yang lebih "besar" dan sempurna penciptaannya ini mampu bergerak lebih proaktif dari makhluk mini ini.

point utama!
Dan yang paling utama, di sebalik ayat ini. Terbuktilah bahawa para pemimpin amal islami tidak mampu diharapkan melakukan setiap rencana dan mengarahkan setiap perkara. Sedangkan nabi Sulaiman pemilik kekuasaan terhebat sepanjang zaman, yang bukan sahaja mendapat wahyu dari Allah dari satu sisi, malah ditundukkan jin dan burung2 pada sisi yang lain. Baginda selaku contoh pemimpin hebat ini sekalipun tidak mampu menguasai seluruh perkara, dan tidak mampu mengetahui setiap berita. Malah memerlukan data informasi kecil dari pengikutnya.

"Akan kami lihat, apa kamu benar atau termasuk yang berdusta. Pergilah membawa suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka lalu perhatikankanlah apa yang mereka bicarakan" (27:27-28)


Apakah yang sebenarnya tema disebalik pemahaman ini?


"Sikap proaktif ahli diperlukan dalam membantu tanggungjawab pemimpin."


Maka, disini ingin saya serukan kepada semua mahasiswa2 Jordan di Irbid, Amman, Mafraq mahupun Mu'tah. Marilah kita sama2 bergading bahu dalam menyebarkan akidah yang satu ini. Tidak cukup untuk kita sekadar mengundi dan memastikan kepimpinan itu dari kalangan mereka2 yang inginkan memenangkan Islam, malah menjadi tanggungjawab kita juga selaku ahli untuk sama2 proaktif dalam membantu pemimpin memenangkan Islam. Kita selaku satu keluarga. Moga ikatan ukhwah lebih erat terbina.

Salam akhir dari saya insan lemah yang baru belajar dan juga selaku insan yang sedang memperbaiki akhlak dan peribadi diri, memohon kepada anda semua untuk menegur silap dan salah. Moga Allah meredhai kita semua.


p/s: selamat mengundi pemerintahan baru buat warga PERMAI dan BKPJJ. Undi anda adalah rahsia. Dan ingatlah bukan sekadar undi. Taklifan hak syahadah itu bukan terletak di bahu kepimpinan semata2. Moga Allah beri yang terbaik untuk semua. blog jpr-permai
dan blog BKPJJ


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

5 Comments

Pendirian saya - pilihanraya MPPM

Dengan nama Allah yang maha kuasa dan memberi kuasa.
Selaut salam buat pemegang kuasa kepimpinan terhebat 'Muhammad bin Abdullah' serta semua yang sayang kepadanya.

Assalamualaikum wbt.

Seluas rahmat didoakan buat semua pembaca yang budiman.

Pertama2nya, marilah kita sama2 bersyukur, teruskan bersyukur dan jangan berhenti bersyukur dengan segala nikmat Allah tuhan kita yang maha baik.

Dengan rahmat blog kepunyaan sementara saya ini, izinkan saya menyampaikan sedikit amanat dan menyatakan pendirian saya berhubung pilihanraya MPPM khamis ini.
Diharapkan agar semua pembaca dapat berlapang dada dan memahami situasi dan kehendak diri saya yang lemah ini.

Memandangkan nama saya telah pun 'tercalon' sebagai salah seorang daripada 2 orang akhawat Irbid yang bakal bertanding dalam pilihanraya MPPM sesi hadapan, saya IZZATUL NADIAH BINTI ZOLKIPLY dengan penuh kesedaran menulis entri ini bagi memaklumkan kepada semua akan pendirian dan pegangan yang saya yakini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada semua yang meletakkan kepercayaan dan harapan kepada saya untuk membawakan arus perubahan dalam pentadbiran MPPM sesi hadapan. Mengembangkan jaringan dakwah dan membawa imej "super muslimah" sebagai qudwah. Amat tinggi harapan yang diletakkan. Moga saya kuat seperti yang diharapkan.

Namun saya dengan rendah hatinya, ingin menyatakan kepada semua bahawasanya saya tidak berminat untuk bertanding dan sebaik2nya anda amat2 tidak digalakkan untuk mengundi saya. Untuk makluman semua saya telah pun menghantar surat permohonan menarik diri daripada pencalonan MPPM sebanyak 2kali, namun kedua-duanya ditolak atas alasan sebab yang tidak kukuh. Tidak kukuh bagi pihak SPR namun amat kukuh bagi pihak diri saya.

Antara sebab utama saya tidak mahu bertanding dalam pilihanraya nanti adalah.

1)Kekangan kudrat dan masa.
Ya. saya akui kita semua adalah hamba dan khalifah diatas muka bumi ini! dan saya turut mengakui bahawa kepimpinan ataupun politik merupakan salah satu daripada ajaran2 islam yang murni. Memegang kepimpinan ataupun politik sememangnya antara gerak kerja dakwah atau 'amal islami dalam menuju cita2 menegakkan khilafah Islam yang pernah jatuh suatu masa dahulu. Namun memegang kepimpinan bukanlah satu2 cara dalam membawa Islam.


Sekiranya ditaqdirkan saya naik sebagai AMT MPPM, ini pastinya memerlukan komitmen dan semangat bekerja yang proaktif dalam diri saya agar mampu melakukan perubahan kepada masyarakat Jordan. Memandangkan saya punya matlamat dan jalan kerja tersendiri yang saya yakini dalam melakukan sesuatu kepada ummah, saya bimbang tidak mampu membahagikan masa dan kudrat untuk merealisasikan matlamat saya disamping menggalas tanggungjawab yang amat besar dalam MPPM sendiri. Atas dasar keyakinan dapat menyumbang dengan lebih baik dengan cara saya sendiri berbanding menyumbang sebagai AMT MPPM. Maka, adalah lebih baik untuk saya tidak bertanding dalam pilihanraya dan memberi peluang kepada calon lain yang juga amat layak dan pastinya mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan lebih baik.

2) Ibu bapa.
Tambahan pula, ibu bapa saya tidak mengizinkan saya untuk masuk bertanding dalam pilihanraya tahun ini atas alasan belum tiba masanya. Selaku seorang anak, izinkan saya mematuhi perintah dan arahan ibubapa saya yang masih tidak berlanggar dengan syara' ini. Semoga kita semua tidak tergolong dalam hamba2nya yang derhaka kepada ibu bapa.

3)Akademik.
Adalah tipu untuk saya katakan bahawa keputusan akademik saya adalah amat teruk. Namun tidak salah dan sangat benar untuk saya katakan bahawa keputusan akademik saya tidak memuaskan apatah lagi membanggakan.

Pastinya sangat pelik dan tidak pernah dibuat orang untuk saya katakan "Jangan undi saya!"
Maka, adalah lebih baik untuk saya mengalihkan undi anda kepada calon2 lain yang juga amat layak.

Cadangan calon:
1)Nurul Ain bin Samsuddin (Irbid)
2)Nur Munirah Roslan(mafraq)
3) Hanifah Mazlan(mafraq)




"Sesungguhnya kita semua adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas kepimpinan kita"

Moga Allah memberi yang terbaik kepada semua dan meredhai setiap perbuatan kita.

2 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.