utamakan yang mana?

Dengan nama Allah tuhan masa sukan dan masa belajar juga.
Selaut salam buat atlet ikutan 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca sekalian.

Alhamdulillah...

K.A.R.I.S.MA yang sangat Best! Baru pulang dari tanah bersejarah Mu'tah dengan pelbagai kenangan, pengalaman dan semangat baru untuk meneruskan sisa2 hidup sebagai hamba di bumi milik tuhan ini. Al-Awwalan sejuta penghargaan kepada semua mahasiswa2 Mu'tah selaku tuan rumah yang sangat baik. Especially to rumah K.P a.k.a Kembang Perawan(Peewiit!) hihihi...
"Akak2 sekalian memang Best! i'll miss u guys. Mai jemput datang umah kami pas ni na" peluk ikhlas dari adek yg jauh.




At-thaniah, jutaan tahniah buat semua atlet2 Irbid dan mantiqah2 lain yang berjaya merangkul pingat mahupun tidak. Anda semua sudah pun 'menang' kerana berjaya menggunakan nikmat tubuh badan yang sihat kurniaan Allah sebaiknya. Buat yang berjaya menyandang piala, usaha dan doa anda dan sahabat2 serta tawakal telah terbukti berkesan. Kan Allah dah janji? moga bijak mengawal hati, kemenangan sementara ini tidak mampu membawa ke syurga.

Khussusan illa badminton team, mabruk alaikum jamean! Nice game~ to kapten 'Irah' yang mantap, Terimakasih atas tunjuk ajar. Tak dilupakan coach tak rasmi 'Athirah' (saja nak abadikan nama nti kat sini..hihihi) dengan ucapan "Jom kita berlatih lagi tuk KARISMA tahun depan."


Ok. masuk point entri ini.

Memetik slogan kontijen Mu'tah tahun ini.

"UKHWAH NO 1, TAPI SUKAN BUKAN NO 2"

Secara individunya, saya suka slogan ini. Pelbagai tafsiran dari pelbagai sudut mampu dikeluarkan. Antaranya adalah aspek prioriti dalam islam. Which one actually is our priority? Ukhwah ke Sukan? Berukhwah islam suruh, bersukan pun islam suruh juga.

Alhamdullillah, syukur pada Dia yang memegang hati2 kita semua. Saya dapat rasakan atlet2 KARISMA tahun ini lebih matang mengawal emosi dan tingkah laku sepanjang permainan berbanding tahun lepas. Walaupun mungkin ada kes2 minor yang tidak disedari tetapi secara keseluruhan saya secara peribadinya nampak sedikit perubahan. Tahniah kepada pihak penganjur dan ketua2 kontijen yang awal2 sentiasa mengingatkan aspek ukhwah yang sangat penting ini. Sangat cantik moto KARISMA tahun ini "Kami datang kerana Ukhwah",menetapkan niat atlet2 awal2 bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perpecahan sesama muslim.

KARISMA memang untuk bersukan tetapi perpaduan itu lebih utama pastinya. Umat islam perlu berpadu. Bersatu! Kita tidak mahu kerana sukan kita berpecah tetapi kita mahu kerana sukan kita bersatu. Mafraq-Mu'tah- Irbid-Amman kita semua SATU UMMAT. sama2 kita kukuhkan perpaduan, maafkan segala salah silap, lupakan masalah2 kecil dan berusaha kearah ukhwah yang mantap. Setiap orang bertanggungjwab atas segala tindakan dan kata2nya. Kita tidak mahu kerana kita seorang 2 kontijen bergaduh. We are a team and should act as a team member. Moga Allah mengikat hati2 kita semua untuk agamanya.




slogan kontijen Irbid best gak!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

One Response to utamakan yang mana?

penconteng.crayOn said...

alhamdulillah,bila ikatan terjalin,nikmat ukhwah itu akan dirasa..
btw,maabruk ntuk semua!!
salam sayang~

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.