Belajar dan teruskan belajar~

"Alaa..Syura... Syura janganlah menangis, Sakit ke jatuh tadi. Asyura tak apa2 ke?" Pujukan kak Fatimah yang sungguh lembut menyebabkan Asyura terus memeluknya, tersedu2 menangis didalam dakapannya.


"Kak Fatimah, saya sedih sgt.. Entahlah tiba2 je kaki saya rasa lemah. Tak sedar tiba2 saya dah tersungkur jatuh . Hampir2 sahaja nak tiba di garisan penamat tadi. Sedih sangat!"


Maryam terpana. Melihat situasi itu rasa sebak terus menyimbah hatinya. Dia tahu sahaja bahawa ada seseorang telah terjatuh semasa acara larian 400m tadi. Pasukan paramedik yang sungguh berdedikasi dengan pantas melaksanakan tugas mereka. Berpusu2 orang ramai berlari ke tempat kejadian. Salah dia sendiri kerana tidak cakna. Bukan dia malas untuk ambil tahu tetapi memikirkan sudah ramai sangat telah bekejar ke tempat kejadian, dia lebih suka menunggu berita. Pasti ada sahaja radio2 yang bakal menyiarkan beritanya sebentar lagi. Tapi sekarang sudah terlambat. Rupa2nya Asyura, adik usrahnya merupakan mangsa kejadian.



*****************************************



"Kak Maryam, akak tahu tak Asyura yang jatuh tadi? Akak tak nak pergi tengok ke?" tanya Siti. Radio bergerak yang kadang2 banyak manfaatnya.


"Ooo..yeke? Asyura rupanya. Alamak, siti! akak tak tahulah. Akak nak ke sana sekarang. Awak jagakan barang akak ni yek!"


Hampir di tempat kejadian, dia lihat Asyura sudah mampu berjalan. Tempat kejadian yang seperti semut2 menghurungi manisan tadi telahpun kembali surut. Pasukan paramedik kembali bersiap2 untuk apa2 accident mendatang. Orang ramai pun sudah mula bersurai.


Saat Maryam sampai, belum sempat dia membuka mulut menyapa adik usrahnya. Kak Fatimah, seorang senior yang memang agak terkenal dengan sifat ramahnya mula dahulu mencurah sayang.


Tak dapat dia gambarkan perasaanya pada saat itu. Adik usrahnya lebih senang mencurahkan perasaan kepada kakak2 lain berbanding dirinya.


"Ya Allah, Kakak naqebah jenis apalah aku ini?Sepatutnya selaku kakak naqebah, akulah seharusnya yang awal2 sampai disana. Betapa aku tidak peka dengan adik2 sendiri. Maryam... apa yang awak dah buat ni?" Monolog hatinya bersendirian.


Kecewa sungguh. Lantas Maryam teringat contoh kakak2 naqebah sebelumnya, mereka semua peka dengan segala apa yang berlaku kepada dirinya. Sakitnya, pelajarannya, keluarganya... Semuanya mereka tahu. Tapi dia, bagaimana dia tidak peka dengan apa yang berlaku kepada adik usrah yang dibawanya.


Maryam tahu, ikatan hati itu paling utama. Dalam proses pengislahan diri yang sedang dia lakukan ini, dia sedar hati2 itu perlu disatukan dahulu. Bina jambatan2 hati yang paling kukuh supaya mudah untuk sama2 memperbaiki diri dan bergerak bersama2 dalam menjadikan keseluruhan islam itu sebagai cara hidup yang cantik. Proses yang lama ini memang memerlukan kesabaran dan usaha pengorbanan yang tinggi.


Termenung dia saat itu. Berfikir dan berzikir, bersyukur dengan ibrah yang diperolehi. Allah sedang mengajar dia sesuatu hari ini. Allah sedang mendidik dia hari ini.


"Aku perlu kuat! Aku perlu tabah! Belajar dari kesilapan dan teruskan bekerja. Ya Allah, terimakasih atas tarbiyah yang kau berikan" Menangis Maryam keseorangan dalam solat tahajudnya malam itu.




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.