Archive for March 2009

nasi ayam ka?

Dengan nama Allah tuhan satu2 tempat bergantung harapan hidup...
Selawat salam buat 'Muhammad bin Abdullah' insan paling tinggi rasa kebergantungan hidupnya kepada Allah serta sidang pembaca sekalian.


Nasi ayam. Antara masakan paling sinonim dan menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat Malaysia. Tahukah anda bagaimanakah teknik2 ataupun cara memakan nasi lemak/nasi ayam yang sebenar?

Untuk mendapatkan kepuasan nikmat rasa makan dan mencapai objektif makan nasi ayam itu sendiri, kita perlulah memakannya secara keseluruhan. Kalau kita asingkan nasi lemak mengikut bahagian tersendiri , sambal2...salad2... ayam2... sup2...nasi2... dan kemudian kita makan setiap satu secara berasingan adakah kita merasai nikmat sebenar nasi ayam? Try makan, apakah yang anda rasa? Ya, kita mungkin merasai nikmat makan itu, makan ayam... makan sup... makan nasi... tapi kita tidak merasai rasa nasi ayam yang sebenar. Tak capai objektif untuk makan nasi ayam. Sedeh~



Begitu juga dengan sejarah.


Huh.Ada kaitan ke?jauh sangat tu... makan nasi ayam= sejarah?
Baca dulu...



Sejarah perlulah dipelajari, difahami, dan dihadam secara keseluruhannya. Sejarah bukan sekadar satu keping gambar yang sudah siap... tetapi sejarah adalah banyak kepingan2 zigzaw puzzle yang berterabur dan perlu disusun untuk menghasilkan satu petunjuk yang jelas.


Kita ambil sejarah malaysia sebagai contoh. Belajar kisah2 pejuang tanah air melawan penjajah dari sudut perjuangan penduduk peribumi sahaja tidak mencukupi. Aspek2 matlamat kedatangan serta pergolakan penjajah perlu diambil kira. Keadaan negara2 jiran bagaimana? Siapa kuasa besar dunia ketika itu? dan macam2 aspek lain. Untuk apa? Supaya kita dapat gambaran yang jelas tentang apakah sebenarnya telah berlaku supaya kita dapat belajar dari kesilapan orang2 terdahulu.


Meneliti sejarah ketamadunan manusia membuktikan ada satu pola yang sama telah berulang-ulang sejak zaman berzaman. Bermula dari tiada, kemudian bermulalah pendakian sesebuah tamadun sedikit demi sedikit sehingga capai ke kemuncaknya sebelum jatuh merundum secara tiba2. Samaada disebabkan kelemahan dalaman ataupun disebabkan munculnya satu lagi kuasa besar yang lebih hebat. Pola sama yang berulang2 inilah salah satu yang daripada sunnatullah a.k.a ketetapan Allah~ yang sememangnya tetap dan tidak berubah2 sepanjang zaman hingga ke kiamat.

سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا

"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)



Saya tak berhasrat nak tulis sebarang fakta2 sejarah yang panjang lebar disini memandangkan kemungkinan besar fakta2 tersebut bakal di'skim' sahaja tanpa sempat menyentuh hati dengan isi2 tersurat, tersiratnya.Maka, Tak tercapai objektif entri ini. Tambah2 lagi, saya tidak punya kethiqahan dari sudut bidang ilmu ini sendiri. Rasa lebih sopan menyerahkan kepada yang selayaknya. Lebih Zouk~


Maka, dengan penuh rasa Ezzahnya, saya ingin memperkenalkan salah seorang 'alim favourite saya... Dr. Tareq Suwaidan... Salah seorang antara ulama2 islam kotemporari yang sangat best! samaada buku nya mahupun 'talk'nya. Intensif bulan 1 saya untuk mengkhatamkan kajian buku beliau "Palestine,Yesterday, Today and Tommorow" pun baru setengah jalan, mencari masa dari sisa2 waktu yang tinggal. Moga selesai sebelum cuti bulan 6 ini. Baiklah, Jom,semua... belajar sejarah dengan orang yang lebih thiqah ilmunya. (Saja nak kempen kenal ulama' kita...) Dan jangan lupa, cuba selami sejarah dengan fizikal dan hati yang berserah diri . Enjoy the talk! Seriosly promote, tak rugi dermakan waktu anda.


Tekan sini...
The future of our religion~



p/s: (Maaf, berkali2 saya cuba upload tapi tak berjaya. Tapi saya bersungguh nak promote jadi silalah klik button diatas. Dr. Tareq akan sambung2kan kepingan2 zigzaw puzzle menjadi satu gambar yang jelas. Teruskan menonton sehingga ke siri akhir.





"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 2 Comments

Tarbiyah nafsu~

Khas Untuk skuad2 mujahidahku sekalian,

Entri ini ana petik dari blog murobbi Ust Abdullah Zaik, semoga bermanfaat untuk semua~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh !

Sudah lama saya nak tulis tajuk ni, tetapi ia amat sukar bagi saya untuk memulakannya. Itu juga yang saya hadapi hari ini iaitu sukar untuk mencari permulaan. Namun saya akan tulis juga kerana saya fikir penting untuk saya kongsikan terutama pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Isu saya kali ini ialah berkenaan pengembaraan seseorang mencari sebuah ketenangan. Kita sering mendengar cerita ramai orang yang memiliki berbagai keupayaan kebendaan duit banyak, rumah besar, isteri cantik, berpengaruh dan berkuasa tetapi mereka mengalami kesengsaraan hidup, tekanan perasaan, kemurungan, kecelakaan dalam kehidupan keluarga atau tidak juga menikmati ketenangan hidup atau izinkan saya menggunakan kalimah kebahagian.

Kawan saya juga seorang yang berduit. Saya selalu bermusafir bersamanya. Dalam musafir itu dia sering bercerita tentang masalah-masalah, tekanan, keserabutan yang tidak berakhir. Dia menceritakan kepada saya bagaimana dia membelanjakan wang yang banyak untuk memuaskan keinginan nafsunya dalam mencari sebuah kedamaian atau ketenangan atau kebahagiaan.

Tetapi tidak juga menyelesaiakan masalah beliau. Barangkali betul juga kata orang kebahagian tidak boleh dibeli.


Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita mengalami masalah yang sama dan mencari penyelesaian dengan cuba memuaskan kehendak nafsu (saya tidak maksudkan melakukan perkara haram) membeli barangan mewah, kereta besar, makan sedap, peralatan rumah yang canggih dan sebagainya. Namun tidak juga dia dapat keluar dari tekanan hidup yang dia hadapi.

Saya memberi respons kepada kawan saya itu bahawa tidak ada dalam turath (peninggalan ilmu silam) menyarankan kepada kita cara mengendalikan nafsu dengan cara memuaskan kehendaknya. Kerana kehendak nafsu tidak akan habis.

“Kalau anak Adam diberi satu bukit daripada emas ia bercita-cita untuk mendapatkan satu lagi, sehingga tidak penuh perut anak Adam kecuali tanah”.


Cara menguruskan nafsu ialah dengan cara mendidiknya dengan perkara yang menyalahinya. Amat jelas bagi saya, kita tidak boleh mencapai kebahagiaan atau ketenangan dengan cara memuaskan kehendak nafsu semata-mata, tetapi sebaliknya dengan mendidiknya (mujahadah).

Saya tidak mahu menterjemah kalimah mujahadah dengan makna melawan nafsu kerana nafsu adalah sebahagian dari kita, kita tidak boleh memisahkkannya daripada kita. Jadi yang terbaik ialah mendidiknya dan memandunya dengan panduan rohani.

Saudara/i !

Keserabutan dan tekanan yang kita hadapi dalam kehidupan kita datangnya dari gelojakan jiwa (nafsu) yang tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku disekelingnya, dalam kerjaya, dalam pergaulan, dalam hubungan sosial dan sebagainya. Lalu lahinya perasaan tidak puas hati, marah, kecewa, geram, keliru dan sebagainya. Itu semua adalah tindak balas nafsu atau disebut juga sebagai psikologi.

Nafsu ditakrifkan oleh sebahgaian ulama’ sebagai jisim bersifat asap. Ia merupakan kekuatan penggerak /pendorong pada diri manusia seperti ingin berusaha, mempertahankan diri dan sebagainya. Gerak geri nafsu boleh kita rasai dengan berbagai simptom yang saya sebutkan. Sesetengah kita membataskan nafsu dalam skop keinginan tertentu seperti makan, minum, seks dan sebagainya sahaja.

Sebenarnya nafsu lebih luas dari itu. Ia meliputi segala segala bentuk perasaan yang dihadapi oleh manusia, suka, duka, marah, malas dan sebagainya.

Saya bukan orang psikologis, tetapi seorang murrabbi yang mempunyai sedikit pengalaman dalam selok-belok tindak-tanduk nafsu manusia.

Dari pengalaman, seorang murabbi yang mahir faham bahawa dalam urusan tarbiah ia sebenarnya berhadapan dengan tindak-tanduk nafsu anak buahnya. Ia harus memiliki kemahiran bagaimana selok belok mengendalikan tindak tanduk yang lahir dari berbagai tindakbalas nafsu. Jika ia tidak faham atau tidak punya pengalaman mustahil murabbi itu akan berjaya dalam tugasnya mentarbiah anak buahnya.

Nafsu adalah unsur terpenting dalam proses tarbiah Islamiah. Ia adalah paksi kejayaan orientasi tarbiyah manusia keseluruhannya. Silap cara mentarbiah nafsu manusia akan jadi lebih menarik dari sebelumnya, kerana nafsu yang diberi ilmu tetapi tidak ditarbiah lebih tahu menipu daripada nafsu yang jahil.


Saya dapati ada orang melaksanakann tarbiyah yang berbentuk pengisian maklumat tetapi sangat memanjakan nafsu. Maka lahirlah manusia yang kalimah takwa meniti pada lisannya sahaja tetapi tidak berpijak pada hatinya. Maksudnya lisan berbahasa taqwa tetapi tidak-tanduknya sepenuhnya dicorakkan oleh nafsu yang bebas merdeka tanpa tambatan.


Ada juga yang bermetode ruhi atau sentuhan jiwa tetapi sentuhan itu lebih dalam bentuk memujuk dan memanja-manjakan jiwa. Jadi lahir manusia yang tidak “real” dan cuba menunjuk-nunjuk dengan penampilan takwa, menangis, sensitif dan cepat terasa dalam dengan kata-kata ruhi walhal dalam muamalat masya Allah liarnya seakan-akan nafsunya tidak pernah terusik atau pun terdidik.

Saudara/i sekelian

Tarbiah akhirnya ialah cara bagaimana kita berintraksi dengan nafsu. Nafsu perlu dididik, disergah dan dita’dib. Sesaorang yang melalui tarbiah harus melalui detik-detik pedih dalam tarbiah nafsu. Bagi saya seorang yang melalui tarbiah tetapi tidak pernah melalui detik-detik seperti itu, sebenarnya ia belum lagi melalui proses tarbiah yang sebenarnya.

Nafsu sifatnya menipu, munafik, malas, putar belit dan sebagainya. Ia mesti diketuk dan disanggahi dengan tegas. Ia mungkin pedih dan menangis bila disanggah atau dikasari dengan taujih rabbani atau teguran murabbi yang sadiq. Itulah orientasi tarbiah yang membentuk dengan bentukan Islamiyyah yang sebenar sehingga nafsu menjadi lurus dan patuh dengan arahan dan reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

“Tidak beriman sesaorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa” maksud hadis.

Saudara/i

Murabbi yang benar akan membawa anak buahnya kepada Allah, menikmati ketenangan abadi yang tidak ada tolak bandingnya. Ia merupakan satu pendakian menuju rida dan itmi’nan (rela dan ketenangan hati). Dari satu nafsu yang ammarah dan munafik kepada nafsu yang rela dan tenang.

Ya akhi, saya ulangi ketenangan bukan dengan memuaskan nafsu tetapi dengan mendidiknya sehingga ia faham bahawa kebahagiaan ia pada pergantungan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Tinggalkan (buang dari dalam hati) pergantungan kepada manusia, harta benda, wang ringgit, segala makhluk dan lain-lain, yang benar hanyalah Allah s.w.t sahaja.


Semoga bermanfaat buat semua murobbi dan mutarobbi sekalian.

Posted in | 4 Comments

Akhawat Arabi, Akhawat Malazi, Akhawat Sinni?

Dengan nama Allah tuhan semalam, hari ini,esok dan selama2nya
Selaut cinta buat nabi kita semalam, hari ini,esok dan selama2nya juga 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.

Saya mengetap bibir.Kesian tambah geram. Bukan sekali dua saya diasak dengan kejadian2 sebegini. Inilah lumrah hidup dunia penuh dugaan dan cabaran. Bukankah Allah dah kata bahawa semua manusia itu sememangnya diciptakan dalam keadaan susah payah. Motivasi dengan diri untuk sentiasa bersabar dan teruskan bersabar. La Taghdab! La taghdab! La taghdab! berulang kali nabi menasihati umatnya. Jami3ul kalam yang padat dan susah.Hadis 16 sentiasa terngiang2 di benak meminta izin untuk masuk ke hati supaya dapat diactivatekan ke seluruh badan.


Hidup di negara Jordan ini, bagi perempuan2 yang berwajah ala2 bangsa cina pastinya sedikit sebanyak punya beberapa pengalaman kurang manis sebagai salah satu perencah hidup mengembara di bumi orang ini.

chinese look
Tidak pasti dengan sejarah serta asal-usul kisah sebenar, namun segelintir atau boleh juga dikatakan kebanyakan masyarakat Arab mempunyai pandangan buruk dan telah siap2 melabelkan "semua" perempuan cina sebagai perempuan "tidak baik". Maka, tak dapat dinafikan bagi mereka yang ala2 "chinese look" juga pasti tidak ketinggalan mendapat bahangnya. Akhawat2 Malizi yang rata2 ada bau2 bacang keturunan cina ini antara yang mendapat tempiasnya.

Gelaran "Ali baba" merupakan salah satu panggilan yang digelarkan untuk perempuan2 tidak baik disini. Kerap sahaja nama itu dilaungkan kepada kami ketika berjalan mahupun ketika berada di kedai2. Bukan sekali dua juga saya dibaling dengan batu. Tidak cukup dengan kata2 kurang elok, mereka kadang2 tanpa rasa bersalah mampu sahaja untuk mengangkat tangan.
Paling tak tahan, apabila pernah mereka bertanyakan harga saya? Sabar2... Pelik dan sedih. Adakah saya berada didalam negara Islam yang 98 peratus rakyatnya muslim?
Kalau kami yang iras2 Cina ini pun sudah diperlaku begini, bagaimanalah agaknya mereka memperlakukan perempuan2 Cina yang sebenar2nya.


Double-standard
Sedangkan mereka kaum2 Adam Urduni ini amat makruf dikenali dengan sifat mengihtiramkan kaum hawa mereka. Persoalannya adakah perempuan2 Arabi sahaja yang perlu diihtiramkan? Berbezakah taraf antara perempuan Arabi, perempuan Malizi dan Perempuan Sinni?

Mengapa perlu ada double standard dalam melayan kaum jantina yang berlawanan?
(Ayat ini tidak terhad kepada kes diatas sahaja. Ayat ini juga sesuai digunakan untuk konsep ikhtilat kita hari2an. Tiada beza batas2 hubungan ikhtilat dengan lelaki Arabi mahupun lelaki Malizi... ingatan buat yang lupa~)

Entri ini tidak bermaksud untuk mencucuk sebarang ideologi feminisme mahupun seangkatan dengannya.Sekadar meluahkan perasaan terhadap ketidakadilan dan salah konsep yang dipegang oleh sebahagian pemuda2 muslim Urduni disini.

Saya tidak bangga dan tidak suka menjadi Malizi...




Ya! Saya tidak bangga mengaku sebagai Malizi.... apabila semata2 kerana tidak mahu orang mengganggap saya sebagai "Sinni" (Cina)

Saya tidak suka mengaku diri saya sebagai Malizi.... apabila pengakuan itu semata2 disebabkan tidak mahu dianggap perempuan tidak baik seperti anggapan mereka itu.

Tapi kadang2 keadaan disini memerlukan saya mengaku dan mengeluarkan kenyataan
" Saya Malizi, bukan Sinni"... betapa saya malu dengan kenyataan ini pada ketika ini.

individu VS masyarakat
Mengapa perlu begini? Mengapa kita dengan senang2 boleh melabelkan seseorang dengan sesuka hati. Adakah adil untuk meletakkan satu2 sifat mewakili semua orang dalam satu2 golongan? Adakah Pak Lah itu melambangkan identiti keseluruhan masyarakat Malaysia? Adakah Saddam Hussin itu mewakili seluruh umat islam Iraq? Adakah Obama itu juga mewakili peribadi setiap rakyat Amerika? Jawapannya pasti Tidak... La'...
Mana2 manusia yang berakal dan berjiwa pastinya tidak bersetuju dengan ketidakadilan ini.



Bukan semua perempuan Cina itu tidak baik. Tahukah mereka berapa peratus dikalangan penduduk muslim didunia ini adalah berbangsa Cina? Tahukah mereka betapa banyak ciri islam yang ada pada peribadi masyarakat2 cina. Kerajinan mereka, Usaha mereka, Kebijaksanaan mereka.Siapa tahu kalau2 masyarakat Cina itu punya lebih nilai Islam daripada masyarakat Arab itu sendiri.


"Wahai manusia! Sunguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang wanita, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suka agar kamu saling berkenalan.Sungguh yang mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah mahu mengetahui, maha teliti" Al-hujurat:13




Ya Allah, jangan kau jadikan kami fitnah ke atas agamaMu ini!

"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | 4 Comments

merendam hati didalam clorox~

Dengan nama Allah yang saya sayang dan harap sayangNya..
Selaut sayang juga buat insan yang sentiasa disayangi dan disambut bukan sekadar pada hari lahirnya sahaja, murobbi teragung kita semua 'Muhammad bin Abdullah' serta anda2 yang sedang menjenguk.

Perasaan ini~ Ya. inilah perasaannya! saya sudah jumpa kembali perasaan ini. Setelah sekian lama, akhirnya saya tidak sangka mampu merasai perasaan ini semula. Saya suka! Saya syukur! sebab inilah perasaan yang saya cari selama ini. Saya pernah 'hidup' dengan perasaan ini suatu masa dahulu. dan saya pernah 'mati' juga kerana kehilangannya.

Bagaimana ingin saya ungkap perasaan ini? Ini adalah perasaan saya denganNya.

Perasaan ini pertama kali saya kecapi semasa di Darul Quran dahulu. Tempat yang menemukan saya denganNya. Saya sayang tempat ini dan saya sayang segala2 yang bersangkut paut dengan tempat ini. Saya sayang orang2nya. Saya sayang tasiknya. Saya sayang biahnya. Saya sayang semuanya tentang tempat ini kerana dia memberi saya perkara yang paling bermakna dalam hidup saya.... iaitu Al-Quran,bestfriend saya.

Alhamdulillah, saya syukur sebab Allah beri saya banyak waktu dan banyak perasaan untuk rajin membaca dan mengulang al-quran semenjak 2 menjak ini. Ditambah2 dengan exam Hafazan minggu ini, secara serius dan jujurnya saya memang tak dapat tumpu kepada perkara lain. Walaupun nota2 system semakin bertimbun dan menjerit2 memanggil saya, entahlah! Kadang2 rasa futur juga, penat dan putus asa dengan kesibukan dan kegagalan demi kegagalan tapi adakah saya mempunyai pilihan. Saya sendiri yang membuat pilihan ini.

Saya yang pilih untuk sibuk dengan semua perkara2 ini. Saya yang memilih untuk menjadi 'muslim'. saya yang memilih untuk menjadi mahasiswa medik. Saya yang memilih untuk menghafaz Al-Quran. Saya yang memilih untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.
Saya yang membuat pilihan2 ini dan saya akan dipertanggungjawabkan dengan semua pilihan saya ini. Saya tau ini.. saya tau.. Semoga saya mampu menjawab semua persoalan2 berkenaan pilihan2 saya ini di hadapan Allah nanti.

Saya nak ungkapkan perasaan ini disini sebab saya harap dapat kekal hidup selama2nya dengannya. Kalau tidak diizinkan Allah, pemilik hati saya ini. Sekurang2nya saya boleh baca semula disini. Manalah tau dapat jumpa jalan balik semula nanti.

Perasaan yang saya rasa saat ini adalah perasaan nak "merendam hati didalam clorox". perasaan nak cuci, berus, sental dan tenyeh2 semua kotoran2 yang melekat kuat dalam hati saya ini. Semata2 untuk menjadikan hati saya ini tempat yang terbaik, terbersih, terlayak untuk menetapnya Al-Quran itu. Supaya Allah betul2 rasa sesuai dah untuk dia kurniakan kepada saya Al-Quran 30 juzuk itu.

Kenapa saya rasa begini? Sebab saya rasa sangat susah nak menghafaz al-Quran saat ini. Sangat2 susah! Al-Quran ini tidak akan mampu saya simpan dan jaga semata2 dengan disiplin diri sahaja. Walaupun saya dah berusaha mengulang dengan konsisten, rajin setiap hari mengikut jadual pun, saya tetap tidak mampu mencapainya. Sebab kuncinya ada pada Allah. Ini kata2 Allah. Dia sahaja yang berhak memilih hati2 untuk diletakkan kata2nya itu. Dan masalahnya ialah hati saya belum benar2 bersedia untuk Allah kurniakan Al-Quran itu. Saya sedar ini. Ya Allah!!! Saya nak hati2 seperti sahabat2 dahulu. Saya nak hati2 seperti huffaz2 Quran yang terdahulu. Saya sangat nak! Saya tau tiada cara lain. Tiada guna sekiranya saya sekadar tulis dan menjerit disini kalau sekiranya saya tak bermujahadah. Saya perlu berjihad! Bangkit wahai mujahadah.. bangkit!!!

Perjalanan masih jauh, perjuangan tidak akan berhenti. Saya tetap perlu berjihad untuk Al-Quran sampai bila. Baca..baca...dan teruskan membaca... dan kamu akan naik sehingga ke ayat terakhir kamu berhenti. Tidak kisahlah saya sudah menghafaz 1 juzuk, 5, 10, 20 mahupun khatam keseluruhan 30 juzuk Al-Quran pun, saya perlu sentiasa kekal dengan semangat mujahadah dengan Al-Quran ini. Saya harap dan berdoa begitulah. Tapi pada saat dan ketika ini saya perlu semangat untuk mengkhatamkan hafalan 30 juzuk dahulu. Tolonglah semangat wahai diri! Semoga Allah permudahkan jalan saya dan sahabat2... Semoga kita sama2 akan berlindung dalam naungan Al-Quran diakhirat nanti. Sama2 mendapat syafaatnya. Jangan dapat laknat darinya sudahlah. Takut juga kalau hendak difikirkan.

Sekadar menulis untuk diri sendiri. motivasi kepada diri sendiri dan peringatan kepada diri juga.
Harap juga dapat menaikkan semangat sahabat2 yang lain. Dan saya pohon doakanlah perjuangan saya menuju ke Pencipta ini. Semoga tidak sesat dan tidak dilaknat. Wallahu'alam



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , , | 5 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.