Archive for November 2008

10 yang mahal dan terhad

Dengan nama Allah tuhan bulan Ramadhan dan bulan Zulhijjah.
Selawat salam buat insan terulung 'Muhammad bin Abdullah' serta semua pembaca yang dirahmati sekalian.

JOm!!! XPDC mencari Ilahi.

Ramai yang sedar dan berebut2 mencari keistimewaan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, namun ramaikah yang sedar dan berebut2 mencari keistimewaan 10 hari terawal di bulan zulhijjah ini? Wahai sahabat2 sesungguhnya kini kita berada dalam musim bonus dan diskaun berlipat ganda, perkasakanlah ibadah, teguhkanlah keyakinan. Hidupkan 10 untuk gandaan 1000x1000.

Disini kita bermula, Di syurga kita bersama~

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,

Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Bagi saudara2 muslim yang sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan haji kini, kemanisan Zulhijjah dan musim haji pastinya semakin dirasai. Namun bagi kita2 yang masih belum berkemampuan ini, Zulhijjah tetap Zulhijjah, dimana jua kita berada,Peluang untuk merasai kehangatannya masih ada. Allah sentiasa adil kepada hambanya. I love Allah!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Zulhijjah is coming

Dengan nama Allah yang pemilik syurga dan neraka.
Selawat atas junjungan 'Muhammad bin Abdullah' insan yang bakal membuka pintu syurga.

Sempena meraikan bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah yang bakal menjenguk, sedikit perkongsian untuk semua. Jom, saling ingat-mengingatkan tentang hari-hari Allah.



Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Terengganu.




Posted in | 2 Comments

power of gender

Dengan nama Allah yang maha membentuk rupa manusia sejak dari kandungan lagi...
Salam rindu buat 'Muhammad bin Abdullah', insan teragung serta semua pembaca budiman sekalian.

"Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dengan sebaik2 kejadian" surah at-tin:4


Sekadar berkongsi secebis idea dari isu Pengkid haram yang agak panas akhir2 ini.(-->dah lama jugak cuma baru sempat komen) bacaan lanjut.

Hidup kita sebagai manusia bergelar hamba ini memang seharusnya sentiasa dikembalikan kepada Allah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita, pasti ada hikmah di setiap ciptaannya. Gunakan kelebihan yang kita miliki sebagai perempuan mahupun sebaliknya sehabis2nya untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Lelaki mahupun Perempuan, masing2 punya keistimewaan dan pastinya
tanggungjawab tersendiri.



"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik buat kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik buat kamu.Allah mengetahui. sedang kamu tidak mengetahui" (Surah al-baqarah:216)

Fatwa belum pun diluluskan, baru di peringkat muzakarah. Sudah bermacam2 tentangan yang diterima, Benarlah Islam memang 'pelik' di akhir zaman ini. Walauapa keputusan Majlis Fatwa sekalipun, sememangnya Islam mengharamkan perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.



Kes Lagi parah.

Thailand merupakan salah satu negara Buddha yang menghalalkan 'penukaran jantina'. Dengan menjalani pembedahan plastik dan pengambilan hormon 'wanita', mereka yang dilahirkan sebagai kaum Adam mampu untuk memiliki tubuh badan ideal, dengan wajah jelita setanding malah lebih mempesonakan daripada kaum Hawa yang asli. Syukur, sekurang-kurangnya suara mereka masih belum mampu untuk ditukar. Kalau tidak, kecelaruan identiti yang amat dasyat pasti bakal melanda dunia. Dunia hari ini memang perlu lebih berhati2. Sedangkan Ali Baba yang merupakan saudagar minyak wangi yang rupawan pun rupa2nya seorang penyamun.

Miss Tiffany's Universe Paegent



Taukah anda setiap tahun bertempat di Pattaya, Thailand seorang Ratu Pondan/Makyah Terbaik di dunia akan dipilih daripada 60 peserta yang lain. Bukan calang2, acara gilang-gemilang ini berjaya mendapat perhatian dunia sehingga menjadikan Pattaya sebagai salah satu destinasi percutian 'terhebat' dunia setiap tahun.



klik sini
dan sini jugak untuk maklumat lanjut

Kebanyakkan daripada masalah kecelaruan identiti adalah disebabkan faktor luaran yang mampu dimanipulasikan. Hanya sedikit daripada peratusan golongan ini yang memang telah dilahirkan sebagai lelaki dan wanita pada masa yang sama a.k.a khunsa. Maka, masih punya harapan untuk kita semua mengambil peranan masing2 untuk mengubah pembolehubah dimanipulasi ini.

Sekiranya anda seorang lelaki, sedarlah bahawa anda seorang yang hebat dan mampu mengubah dunia serta punya tanggungjawab yang sangat besar.

Sekiranya anda seorang perempuan, sedarlah bahawa anda seorang yang masih mampu hebat dan mampu melahirkan insan2 yang mampu mengubah dunia serta pastinya juga mempunyai tanggungjawab yang besar.

Sekiranya anda seorang sahabat, bantulah sahabat2 anda mengenal identiti diri mereka yang sebenar. Bantu mereka mencari hikmah disebalik penciptaan mereka mengikut jantina.


Sekiranya anda sebagai ibubapa, didik dan tarbiyah anak2 anda dengan asuhan2 dan layanan2 yang sesuai untuk jantina masing2.

Walau siapa jua anda, selagi kita seorang manusia berakidahkan islam, jom buat sesuatu. Peka dengan penyakit2 umat dan berusaha menjadi doktor terbaik untuk merawat masalah2 ini

"Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka". (Hadis)

kes salah peduli



"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

to mujahidah2ku

Dengan nama Allah yang maha menyihatkan dan mensakitkan..
Selaut kasih buat 'Muhammad bin Abdullah', ikutan setiap manusia zaman berzaman.

Assalamualaikum wbt, wahai mujahidah2 sekalian!Apa khabar iman dan amalan kita hari ini? Semoga kekal subur dalam perjuangan memperbaiki diri menjadi soleh dan musleh pastinya. Baik dan memperbaikkan. Ditarbiyah dan mentarbiyah. Sedar dan menyedarkan. Sihat dan menyihatkan. Gembira dan mengembirakan.

Sekadar nak memberi sedikit kata2 semangat untuk semua mujahidah2 yang sedang membaca..

Do believe this...my dear...

1. Anything Can Happen!

2. Bend, but Don't Break

3. Challange Your Potential

4. Destiny is a Choice

5. Effort Creates Opportunities


6. Follow Your Intuition

7. Hold On To Your Vision

8. Impress Yourself

9. Just Dig a little Deeper

10. Keep knocking at the doors.

11. Learn From Mistakes

12. Motivate with Compassion

13. Nothing Worthwhile Comes Easy.

14. Own a Positive Attitude

15. Problems Hold Messages


16. Question What's not Working

17. Regroup When You Need To

18. Stand Up For Your Principles

19. Unite Perseverance With Resolve

20. Value Knowing When to Walk Away

21. Work Smatter. not Just Harder

22. You can, If You Think You Can


23. Don't Quit!!!

24. Get back Up and Try Again

25. ZzZzzZ, take naps as needed!

Come on Young Musleem... mujahadah linafsi!!!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

tak kenal maka tak benci

Dengan nama Allah pemilik hati2 ...
Selaut salam buat dirindui 'Muhammad bin Abdullah' dan semua yang turut merinduinya...

CONTOH 1

Ruang dalam hati kita ibarat gelas yang kosong....
Boleh diisi dengan SATU sahaja.

Apabila satu gelas yang diisi dengan susu, hanya boleh diisi dengan susu sahaja di dalamnya.
Tak boleh isi dengan minuman lain.
Kalau diisi juga dengan sirap, dah tak jadi sirap! Tak jadi juga susu!, tapi dah jadi air bandung.

Kalau nak juga isi dengan air sirap, perlulah buang dulu semua air susu itu dan baharulah diisi dengan air sirap.



CONTOH 2

Rumah sebagai perlindungan kita dari hujan dan panas.
Kalau nak berlindung dari hujan, tak nak basah dan ditimpa demam serta selesema perlulah masuk betul2 ke dalam rumah. Tak boleh duduk dekat tengah2, antara bawah atap dan tiada atap.



Kalau duduk dekat tengah2 tetap akan kena hujan, basah, demam serta selesema.
Tak nak basah, perlulah masuk ke dalam rumah secara keseluruhannya.

CONTOH 3

Masakan terbaik perlulah yang sedap, lazat, halal dan bersih.
Apabila kita hendak memasak ayam kari yang lazat berkrim,
perlulah menggunakan semua bahan2 yang lengkap dgn teknik2 memasak terbaik,
ditambah dengan air tangan manis, insyaallah lazat hingga menjilat jari.

Tapi kalau kita tambahkan seketul 'tahi cicak' sebagai bahan tambahan, adakah kari ayam akan kekal lazat?



simple tapi susah
jangan gabungkan--haq dan batil--ibadah dan maksiat-- islam dan jahiliyiah

benar tapi still bohong, derma tapi still curi, adil tapi still zalim, dan seterusnya...

"Tak kenal maka tak benci"

kenalilah jahiliyiah2 kita, insyaallah akan membenci. Baru mampu berhenti dan menyesali.

Strength is with none but Allah, (4:139) so if u ask.. ask from Allah!



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | 2 Comments

:: pedulikah kita?::

Dengan nama Allah tuhan yang memiliki dan memberi kuasa...
Selawat atas insan yang menyebabkan islam mampu mempunyai kuasa suatu masa dahulu, 'Muhammad bin Abdullah', serta semua umat islam yang dihormati sekalian...

"Salamun alaykum" para pembaca yang dikasihi sekalian,

Dalam kesibukan hari2 sebagai penuntut ilmu. Peperiksaan berganti peperiksaan. Kadang2 menyebabkan kita sering lupa bahawa masih banyak isu2 dunia umat islam yang masih belum kita kuasai. Isu2 umat islam yang ditindas zaman berzaman. Pastinya isu2 begini tiada dalam silibus pembelajaran kita di universiti, kalau tidak membaca dan mengkaji, sampai bila2 menjadi umat islam yang tidak peka dengan nasib saudara2 seakidahnya.

Sahabat2 muslim yang benar2 disayangi,

Artikel yang sudah agak lama ini saya petik daripada blog ustaz Halim untuk bacaan dan pemahaman sahabat2 berkenaan isu umat Islam di Bosnia Hezergovina. Alang2 dah menjenguk ke blog yang tidak seberapa ni, alangkah gembiranya saya sekiranya dapat membuka mata dan minda semua tentang isu yang semakin dilupa ini. InsyaAllah, huraian ustaz Halim saya kira amat mudah untuk difahami bagi sesiapa yang belum berpeluang memahaminya sebelum ini. Bagi sahabat2 yang punya pengetahuan yang cukup kukuh, sebarang perkongsian adalah dialu2kan. Ummah memerlukan kita, mereka memanggil2 kita... pedulikah kita?

Radovan ke Pengadilan … ala Barat

Dikirim pada oleh inijalanku

Radovan Karadzic, ketua bangsa Serbia dalam negara Bosnia. Bersama Slobodan Milosevic, Presiden negara jiran, Serbia, membunuh lebih 250,000 orang Islam Bosnia di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan moden dan bertamaddun. Foto Atas Kiri - menyamar sejak 1995 sebelum diberkas kelmarin. Foto Atas Kanan - ketika menghapus umat Islam Bosnia diantara tahun 1992-1995.

Berita Radovan Karadzic diberkas keselamatan Serbia sedikit menggembirakan saya, namun disebalik itu, ia mengembalikan kenangan dan kesedihan mendalam dihati saya terhadap apa yang menimpa umat Islam Bosnia-Herzegovina pada 1992-1995 yang lalu. Ratusan ribu dibunuh kejam dan jutaan pelarian akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera Serbia dibawah arahan Slobodan Milosevic, Radovan Karadzic, Ratko Mladic dan lain-lain pemerintah yang nama mereka masih segar dalam ingatan saya biarpun 15 tahun telah berlalu.

(Foto Atas) Sebahagian kecil lelaki Bosnia yang ditempatkan di kem-kem tahanan Serbia (1992-1995). Adapun mereka yang berada di luar kem tahanan, samada menunggu nasib malang seperti yang lain atau telahpun mati menjadi mangsa kekejaman Tamaddun Barat Abad 20 seperti Foto Bawah.

Kebanyakan pembaca blog saya adalah dari kalangan penuntut dalam dan luar negara, sebaya anak-anak sulung saya yang lahir sekitar 1988-89. Oleh itu mereka masih kecil untuk memahami dan meratapi hakikat ini ketika tragedi berlaku. Adapun yang sebaya saya (umur 43 tahun, dilahir 1965), ketika itu kita berusia di awal 30an. Ramai dikalangan masyarakat di Malaysia kurang memahami asas penyembelihan ke atas umat Islam di Bosnia-Herzegovina (selepas ini ditulis Bosnia sahaja). Jika ada terdapat dikalangan mereka yang mengikutinya dengan tekun ketika peristiwa ini berlaku, namun pada hari ini, setelah 15 tahun berlalu, sebahagian mereka telahpun melupainya dek kesibukan mengurus dan menyambung kehidupan seharian.

Peta negara Bosnia-Herzegovina. Umat Islam (hijau) terkepung diantara umat Serbia Kristian Orthodoks (merah) dan umat negara Croatia Kristian Roman Kahtolik (biru) yang juga menguasai bahagian pantai di barat (sebelah kiri warna biru). Sebaik serangan Serbia, PBB seolah-oleh marah dan membuat resolusi sekatan senjata terhadap Serbia. Serbia masih terus mendapat bekalan senjata dari negara-negara jiran seperti Bulgaria di timurnya, sedang mangsa sebenar dari sekatan tersebut ialah umat Islam yang sedang terkepung. Beberapa kawasan warna hijau yang terpisah di sebelah bawah adalah kawasan yang terkepung dan sangat lemah diantaranya bandar Goradze, Srebenica. Akhirnya Srebenica jatuh dan 8000 orang dibunuh kejam dalam masa beberapa hari sahaja.

Presiden Ali Izzat Begovitch, presiden pertama Bosnia-Herzegovina sejak merdeka tahun 1992. Bukunya “Islam: Between East and West” menunjukkan fikrahnya yang sahih. Belum pernah dihasilkan buku seperti itu oleh pemimpin negara umat Islam abad 20. Jika dibiarkan memerintah dalam suasana tenang, Bosnia-Herzegovina boleh menjadi Negara Islam Contoh kepada dunia, di tengah-tengah benua Eropah pula. Barat tidak membiarkan ia berlaku. Sebaik Ali Izzat terpilih menjadi Presiden, Bosnia diserang dari setiap penjuru dengan restu jelas dari Kuasa-kuasa Besar.

Bagi golongan-golongan mereka di atas, sempena tertangkapnya Radovan kelmarin, saya ringkaskan senario tragedi umat Islam di Bosnia seperti berikut :

  1. Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Di zaman Uthman Affan, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam dll. Kesemuanya melingkari benua Eropah.
  2. Tahun 1543M, kota Constantinopole, ibu benua Eropah Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Australia, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482) dll.
  3. Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun memimpin dan membimbing, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah Negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah.
  4. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Ketokohan Tito (foto bawah) mampu menyatukan negara-negara dalam Persekutuan Yugoslavia.


  1. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisma pada 1991 di Soviet Union menyebabkan menyebabkan Yugoslavia diambang perpecahan. Semua negara didalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan. Serbia yang menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatian (Kristian Roman) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat Begovic yang terkenal fikrah Islamnya melalui bukunya “Islam Between East and West”. Saya kira sehingga ke hari ini, di zaman ini, tiada pemimpin tertinggi umat Islam yang boleh menulis Islam dengan jelas sebaik bukunya di atas. PBB tidak menempatkan Tentera Pengaman.
  2. Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta yang jadi pelarian, menyangkal angka 11,000 sahaja yang dibunuh seperti yang disiar Utusan 23 Ogos 2008 yang diceplak dari AFP yang cuba memutarbelit fakta.
  3. Diakhir tahun 1994, bilangan Mujahideen terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahideen yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuh Soviet Union pada tahun 1991.
  4. Ditangan Mujahideen, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian Serbia semakin meningkat. Satu hari saya mendengar berita bilangan pelarian Serbia di saat itu mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan, tetapi juga German, Perancis, Italy dll. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton.
  5. Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia, terutama warga Arab dikalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.

Diantara detik sedih dalam hidup saya ialah apabila termeterinya Perjanjian Dayton, November 1995, ditandatangani sedang di medan para Mujahideen Arab sedang memenangi operasi demi operasi Jihad melawan tentera lengkap Serbia. Presiden Ali Izzat Begovich (Bosnia), duduk kanan sekali, ditekan hebat untuk tunduk di meja perundingan.

Banyak faktor yang mempengaruhi jiwa saya melalui Tragedi Bosnia ini diantaranya :

  1. Ia berlaku ketika saya melalui pentarbiyahan Islam di Mesir yang kaya dengan perjuangan. Di Mesir, banyak buku-buku tentang isu Bosnia dan lain-lain isu umat Islam ditulis berbanding di negara-negara lain. Disamping khutbah Jumaat, banyak program kesedaran dianjurkan. Diantara yang saya hadiri ialah persembahan anjuran Institution of Engineers, Egypt yang menggabungkan ceramah, nasyid Jihad, pementasan dan ekspo yang mencetus idea dianjurkan Malam Airmata Palestin di Malaysia masakini.
  2. Diantara teman karib saya ialah seorang Bosnia bernama Sofwat Khalilovic. Beliau tamat di Universiti Al-Azhar sebagai pelajar terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz. Sepanjang tragedi Bosnia dan Jihad Islami di sana, kami sering mengikuti perkembangan bandar dan kawasan yang dikepung Serbia atau yang dibebaskan oleh Mujahideen melalui radio satelit beliau dan mencatitnya di sebuah peta besar Bosnia yang memang terpampang di dinding rumahnya. Saya masih ingat diantara bandar yang menjadi tumpuan utama ialah Tuzla, Bihac, Srebenica, Goradze, Sarajevo (ibu negara), Mostar dan Banja Luka.
  3. Video-video tentang Jihad Islam di Bosnia oleh Mujahideen Arab banyak dijual di Mekah berjodol terutama operasi jihad di bulan Julai, September dan akhir sekali November sebelum termeterinya Perjanjian Dayton yang malang itu yang didalangi Amerika. Dari video tersebut menunjukkan keimanan mereka yang tinggi, keperihatinan mereka terhadap umat Islam yang lain dan cinta mereka untuk mati kerana Allah dan Islam. Operasi terakhir Mujahideen dalam bulan November 1995 menunjukkan bagaimana mereka menawan Gunung Palialik yang strategik lalu kerananya dibebaskan sebahagian besar bumi Bosnia yang dikuasai Serbia. Semasa 5 tahun Perang Dunia Kedua (1941-45), tentera Jerman pimpinan Hitler cuba menawan gunung tersebut tetapi gagal, sedang Mujahideen seramai 500 orang berjaya menawannya dalam masa 4 minit sahaja !
  4. Saya berpeluang membentang dan menjelaskan isu umat Islam Bosnia dan kekejaman Serbia-Croatia ke atas mereka, kepada pelajar-pelajar Malaysia di beberapa tempat di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea disekitar akhir tahun-tahun 1990an dan awal 2000an. Pembentangan juga diselitkan dengan peranan dan kewajipan Jihad yang difardhukan Allah dan Rasulullah saw ke atas umat Islam. Pembentangan-pembentangan tersebut memberi lebih makna apabila diikuti dengan tayangan video Jihad yang dilakukan oleh para Mujahideen Arab ditahun kemenangan 1995.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari Tragedi Bosnia adalah seperti berikut :

  1. Barat yang selama ini dilihat bertamaddun, moden dan terbuka tiba-tiba menunjukkan sikap dan tabiatnya yang sebenar dalam memusuhi Islam. Penyembelihan keatas umat Islam Bosnia berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang dikatakan bertamaddun.
  2. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap peningkatan kekuatan Ahlul Kitab, Yahudi dan Kristian kerana mereka boleh sahaja menyerang umat Islam pada bila-bila masa. Contoh lain ialah seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia, di selatan Sudan dan sebagainya.
  3. Musuh-musuh Islam tidak akan memahami melainkan bahasa Jihad. Eropah dan Amerika tidak menghiraukan tangisan dan rayuan umat Islam Bosnia sejak bermula Tragedi ditahun 1992 melinkan setelah 500 orang Mujahideen berjaya mengalahkan tentera Serbia di satu demi satu pertempuran pada tahun 1995. Jihad ditamatkan pada November 1995 melalui Perjanjian Dayton.
  4. Islam sebenarnya satu aqidah dan kekuatan yang hebat. Hanya dengan 500 orang Mujahideen, seramai 30,000 tentera Serbia boleh dikalahkan. Apatah lagi nanti jika kesemua umat Islam berjumlah 1.5 billion bersatu dan berkualiti tinggi. Mengembalikan keagungan Islam adalah suatu yang tidak mustahil bahkan suatu kepastian, seperti yang dijanjikan Allah dan RasulNya.
  5. Pengalaman Mujahideen sepanjang Jihad di Afghanistan mengalahkan Rusia sangat bermenfaat di Bosnia. Oleh itu Amerika dalam usaha menjajah Iraq (2003), pusat tamaddun dan kekayaan Arab/Islam, mereka terlebih dahulu menjajah Afghanistan (2002) dan menyumbat Mujahideen di sana kedalam penjara Guantanamo.
  6. Tanpa penerangan secara langsung oleh kita kepada umat Islam, seperti masyarakat antarabangsa yang lain, umat Islam tidak akan memahami hakikat percaturan yang berlaku di dunia jika hanya bergantung kepada media resmi antarabangsa dan tempatan. Di sini letaknya peranan para Duat (Pendakwah) Islam.
  7. Walaupun sebelum perang, umat Islam Bosnia hidup seperti Barat, bernikah kahwin campur dengan Kristian Serbia dan Croatia, jahil agama, minum arak dan lain-lain maksiat, tiba-tiba mereka diserang oleh jiran mereka dari satu budaya tapi berlainan agama. Ini sangat mengajar mereka dan kita akan mahalnya harga Aqidah Islam sehingga ia dicemburui dan didengki oleh umat lain. “Dan mereka tidak berdengki melainkan umat Islam beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” (Al-Buruuj).

Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95). Didokong Kuasa-kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa beliau ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). “Sesiapa yang mati, tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian Jahiliyah” (Hadis Sahih).

Dulu Slobodan Milosevic diadili ala Barat pada tahun 2001, didapati bersalah oleh Mahkamah The Hague kerana melakukan jenayah perang terhadap umat islam Bosnia. Selepas itu dia dikatakan membunuh diri. Mungkin masih hidup … Kini Radovan Karadzic diberkas dan akan diadili ala The Hague. Biar apa pun hukuman ke atas mereka, ia sedikit pun tidak akan dapat menebus kerugian besar umat Islam di Bosnia, kesannya masih terasa hingga ke hari ini. Ia juga tidak akan dapat menebus kealpaan umat Islam lain yang tidak mengambil peduli apa yang berlaku ke atas saudara mereka seIslam. Tiada jalan keluar melainkan kita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar dalam diri dan keluarga, dan memperjuangkannya untuk masyarakat sekeliling dan umat yang lain agar bahagia di dunia dan Akhirat. Sekian.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

www.inijalanku.wordpress.com

p/s: Terimakasih kerana sudi membaca. Harapnya tidak membaca dengan akal semata tapi hati turut sama menyertai.


Sesiapa yang rasa "apa ni? banyaknya tak faham.." minta maaf. Ya. memang anda tidak akan faham tanpa bacaan dan kajian tambahan. Mengharapkan kepada artikel yang satu ini sahaja untuk menguasai isu ini pastinya tidak cukup. so, please do your homework afterthis k!

TAHU(AKAL) -->SAYANG(HATI) -->BERAMAL(TUBUH BADAN)

Tindakan akan lahir daripada perasaan kasih yang hadir. Perasaan kasih hanya akan hadir apabila punya ilmu dan pengetahuan mendalam tentangnya. Inilah jawapan kepada persoalan mengapa umat islam kini hanya berdiam diri, tidak berbuat apa2 dengan segala sepak terajang yang diterima saudara2nya disana. Sebabnya kita tidak sayang mereka. Mengapa kita tidak sayang mereka? Sebab kita tidak tahu pun segala apa yang berlaku kepada mereka... akibat malas membaca... oohh... umatku!

berminat nak tau lebih lanjut? klik sini


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

::me'train'kan otak::

Dengan nama Allah pemilik segala ilmu dan otak2 manusia
Selaut selawat tidak dilupakan buat insan yang mempunyai otak paling banyak ter'activated', 'Muhammad bin Abdullah dan semua pembaca yang berilmu sekalian...


Train Your Brain: 60 Days to a Better Brain by Ryuta Kawashima



Telah sedia maklum bahawa "latihan membaca" merupakan antara method paling optimal utk melatih cell2 neuron di otak manusia. Satu fakta menarik perlu dikongsikan, menurut kajian terkini professor dari Jepun, Dr Ryuta Kawashima telah membuktikan bahawa 3 aktiviti yang paling meng'activate'kan otak manusia secara efektif ialah:

1)Menyelesaikan masalah matematik yang mudah dengan pantas
2)Membaca dengan suara yang kuat
3)Menulis "penulisan"

Otak manusia sama seperti badan manusia mahupun hati manusia. Ketiga2 daripada mereka memerlukan makanan harian utk kekal hidup, penjagaan dan pemeliharaan rapi agar tahan lama dan pastinya latihan2 utk lebih produktif. Mahasiswa2 islam yang dirahmati Allah, ummah kita memerlukan produk dan perkhidmatan dari otak2 kita yang hebat ini. Berikanlah lebih kasih sayang dan perhatian kepada pembesaran dan kemajuan otak kita, semoga kita semua mampu menjadi insan muslim yang 'berotak besar' + 'berjiwa besar' + 'bertubuh badan besar'.

Training harian si Otak

1. Banyakkan melakukan kira2an yang mudah(--> walaupun pelajar Medik tidak mempunyai subjek Matematik melainkan biostatistik..hihihi)

contoh kira2 yang mudah:
Jawab dengan pantas...

2+24-5+6*7-13+5=
2+3+4+5+6+7+8=

2. Membacalah Al-quran dengan suara yang kuat setiap pagi,digalakkan juga membaca buku akademik dengan kuat. Pembacaan Al-Quran memerlukan ketelitian melatih otot2 mata serta lidah dan pastinya mempraktikkkan teknik pernafasan yang terkawal. Dorongan utk berebut2 menjadi imam solat Subuh, Maghrib dan Isyak.


3. Tulislah diari harian anda. Kajian membuktikan orang2 yang hebat menulis diari. Walaupun tidak mampu menulis blog2 sendiri, sekurang2nya berlatihlah menulis karangan sebulan sekali supaya bakat2 penulisan karangan yang telah terlatih semasa SPM dahulu tidak terkubur.

4. Cabar potensi otak anda. Belajar sesuatu yang baru. Kuasai bahasa baru, libatkan diri dengan hobi2 baru atau "friendly debate" bersama sahabat2. Ini akan membantu kelancaran perjalanan darah ke otak anda dan secara tidak langsung menguatkan ikatan2 synapse antara neuron. Baca dan kaji perkara2 yang rumit, selesaikan Puzzle dan apa2 sahaja yang pelik2 seperti memberus gigi dengan tangan kiri mahupun menyepak bola dengan kaki kiri.

5. Makan sarapan yang sihat setiap hari. Tidak seperti otot, Otak tidak mampu menyimpan tenaganya sendiri.Sekiranya terputus bekalan nutrient ke otak walaupun hanya sekadar 3 minit mampu meruntuhkan sistem yang nampak kukuh ini. Sayangi otak anda , berhentilah makan makanan yang tidak sihat... Say no to air gas!!!

6. Bersenam. Badan sihat, Otak cergas.

7.Tundukkan pandangan kepada perkara2 yang perlu ditunduk. Kemampuan otak utk mengingat mahupun berfikir dengan kreatif dan kreatis akan berkurang apabila terdedah kepada agen2 peluntur yang menghakis.

Otak amanah Allah, sama2lah kita asah kemampuan otak supaya tidak berlaku pembaziran. Sedangkan belakang pisau kalau diasah pastinya tajam.



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 3 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.