Archive for January 2011

Intifadhah Mesir '11


“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5)


Intifadhah di Mesir sudah hampir mencecah hari ke-6. Hammasah menjulang dikalangan pemuda agama mahupun rakyat jelata kini makin membuka mata dunia. Penat dengan kehidupan yang diperbodohkan oleh rejim Mubarak, kini demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan sang kuku besi yang sudah memerintah hampir 30 tahun di bumi mumia ini menjadi berita besar dunia.


Yaumul Ghadab ialah hari ke'berang'an. Rakyat Mesir kini bukan lagi seperti bani Israel yang diam tunduk diperbudakkan oleh si Firaun. Bangunnya mereka kali ini didasari akidah mahu meruntuhkan tembok penipuan yang mencengkam keharmonian hidup mereka.


Tahun 1981, selepas pembunuhan Saddat, selaku timbalan perdana menteri beliau dinaikkan menjadi Perdana Menteri sehingga saat ini. Memegang jawatan perdana menteri paling lama dalam sejarah mesir, ternyata pemerintahan Mesir kekal dalam polisi pro-Barat dan non-syarie3, sentiasa bersengkokol menjayakan agenda Barat lantas mengabaikan kepentingan dan maslahat rakyat. Apatah lagi untuk menegakkan syariah aqidah.


Ada apa pada "D-word" [demokrasi]

Mesir, sebuah negara dengan kekayaan hasilbumi dan kedudukan strategik terusan suez sebagai bonus dari alam seharusnya memulangkan keuntungan buat ekonomi rakyat, malangnya tidak dikecapi oleh kebanyakan rakyat impak masalah pengurusan dalam kerajaannya. Masalah rasuah yang menjulang bukan tipu-tipu. Dengan menggunakan 'Emergency Law Rule' sebagai perisai, kerajaan mempunyai kuasa menangkap sesiapa tanpa bicara sesuka hati. Ala-ala ISA gitu. Lebih-lebih lagi ulama dan pejuang islami yang mahukan reformasi dan membentuk daulah islamiah tulen.


Saat Gaza diserang hebat si Yahudi keparat tahun lepas, adakah dunia buta dengan tindakan kerajaan Mesir? Terang-terangan mereka menutup pintu Gaza satu-satunya jalan bantuan untuk saudara seakidah kita di Palestin. Langsung tiada alasan untuk mempertahankan tindakannya itu. Mahu dari segi akidah hatta dari segi kemanusiaan sekalipun. Ini bukti yang nyata bahawasanya mereka benar lebih mengutamakan klik-kliknya sang Israel dll.


Keselamatan dan kemenangan
Doa hati ini agar Allah memenangkan hamba2nya yang beriman dalam perjuangan kali ini. Benar naseb masa hadapan mesir saat ini di hujung tanduk. Huru-hara menimpa negara islam kita kini, jujurnya amat merisaukan. Lagi-lagi isu keselamatan sejumlah besar rakyat Malaysia yang berkampung di sana. sama-sama menembak doa. Namun kemenangan mukminin itu tetap diharapkan. Moga Syahid atau Menang.


Domino Effects
Bermula dengan pengulingan Tunisia, kini Mesir pula. Adakah Domino effects ini akan merebak terus kepada pemerintah negara-negara Arab kukubesi yang lain?

Jangan pandang kosong.
Ini namanya petanda awal.


Siapa tahu kalau ini langkah-langkah awal umat islam untuk mendapatkan kembali Palestin dan Baitul Maqdis?

Bukankah suatu masa dahulu, Salahuddin Al-Ayubi dalam siri perjuangannya membebaskan Palestin bermula dengan pembebasan Mesir dan kawasan Syam dan sekitarnya?

Sunnatullah itu sifatnya akan berulang bukan.
Doa untuk mesir, doa untuk muslimin.



Jiran negara sebelah,
Irbid, Jordan,
30 Januari 2011

2 Comments

sang anak benih

Mari kasi pekena anologi best punya.

Jiwa hamba si manusia ibarat sang anak benih.
Pada permulaan pembentukannya, perlu disorokkan dari kehangatan sinar mentari,
peram elok dalam tanah. Kasi Lembap. Suam.
Maka membesarlah ia bertahapan di bawah permukaan bumi.
Perlahan-lahan...
Bertertib.

Maka, apabila diizinkanNya.
Maka diangkatlah pucuk anak benih itu ke permukaan bumi.
Selepas melalui proses taqween yang rapi,
Siap sedialah ia menghadapi teriknya matahari.

Kalau awal-awal lagi, anak benih sudah diletakkan di permukaan bumi?
Terdedah fitnah terik mentari? tanpa kelembapan tanah?
Mampukah ia tumbuh menjadi?


Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.

Tiada jalan pintas. Mahu makan epal muda?



Muriyaat,
Jumaat 21 Januari 2011
Irbid

Leave a comment

juruteknik manusia


" Sebagai pelatih, saya akhirnya menyedari bahawa sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa menjadi seorang doktor.
Bidang perubatan hanyalah penggunaan teknologi dalam mengurangkan penyakit dan kesakitan. Seorang doktor hanyalah juruteknik yang dilatih untuk menanggani masalah-masalah tertentu pada manusia. Impian murni yang awal-awalnya untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya dengan mudah dilupakan, doktor hanya mengaplikasikan 'pengetahuan medik' dan latihan untuk menghadapi kes-kes kecemasan dan penyakit-penyakit yang sukar diubati disamping cuba mencari penyelesaian kepada masalah. Orang lain yang membaiki kereta yang rosak atau salur air yang tersumbat,mereka juga juruteknik"

Dari Beirut ke Jerusalem, Sebuah Kisah benar...
Tragedi Shabra Shatila oleh Dr Ang Swee Chan


Jika mahu Menjadi doktor yang hebat memerlukan ilmu yang mantap dan latihan berserta pengalaman yang banyak.

Dengan segala komponen ini, kebolehan dan kemampuan membuat keputusan akan diuji.

Namun jika mahu menjadi muslim doktor? [baca: muslim yang bekerja sebagai doktor]

Pastinya tidak sekadar itu bukan.



Muriyaat,
13 Januari 2011
Irbid Jordan


p/s:
1.Buku yang setahun dipinjam dari saudari Nabilahuda, aiyyaakk.. saya baru baca skrang la akak.. terbaik buat motivasi pelajar medik timur tengah..
2.suka klinikal life...

Leave a comment

Untuk Ukhti

Bulan bulat-oren-kuning malam itu. Subhanallah. Alam kelihatan amat indah kebelakangan ini. Oh! Tidak. Sebenarnya selama ini pun. Pejam mata hatinya memandang kembali. Angin malam itu membelai lembut dengan Rahmat Tuhan. A3zim!

Mukabukunya dijenguk. Belon merah menyala-nyala menjerit 1 mesej telah masuk. Punat dialoq box bersegi empat di atas kiri tetingkap itu ditekan.


"PMS mmg best la..da sedar da nape ko cmni..hidup hanya semnatara..hidup kita hanya tuk Allah..Ikhlas saja yg diterima..n "syurga adalah tanah yg lapang."..kita yg penuhkn syurga yg kita nak dgn amaln kita..aku da dpt bayang n sedar pe yg patut kita buat n pe yg ko buat selama ni..hehe..thanks la yer..chayok!!..btw, nanti 1/1 ni nak g Spain..hhehe..doakn selamat"


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang maha baik hati. Sujud jiwa hambanya melafaz syukur. Iman di hati memelukku, bahagia jiwa dengan bushra dunia. Lantas jiwa bermada.

Duhai kasih,
Kala matamu masih pejam, lena dialun mimpi dunia. Doa hari-hariku moga suara tarbiyah mengetuk hatimu. Sampai basah bibirku dengan namamu. Hanya itu ku mahu. Biar terbungkar hatimu, terkejut lenamu, terjaga imanmu, terarah amalmu.

Betapa ku ingin menjerit padamu... Ya ukhti.. Apatah sahaja ada pada dunia. Tidak perlu direbut sang fatamargona. Lihatnya cantik pada mata. Ilusi sahaja.

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah! dan berilah peringatan. dan Agungkanlah tuhanmu. dan Bersihkanlah pakaianmu. dan tinggalkanlah segala perkara yang keji
Mudathir 74:1-5



Ya ukhti, kira dulu duniamu berpaksi kemalasan diri. Ibarat lalang terhuyung kanan-kiri. Lemah dan tiada berjati diri. Hilang misi dan visi. Melayani lena, si pemendek umur, lantas tua sebelum usia. Sedang kudratmu bagai singa.

Syukur kini engkau sudah mengerti maknanya persingahan kita di sini. Misi khilafah hilang yang perlu dikembali. Jiwa hamba yang perlu disantuni. Kembara panjang mendidik diri.

Yakinlah ya ukhti,
Wujudnya kita diadili. Biar Tuhan sahaja memerhati, mujahadah siapa lebih tinggi. Mendidik diri
membaiki disiplin. Menyebar syahadah, mengutip saksi.

Bersama kesabaran, membajai akhirat dengan bangkai dunia.

Seiring kita melangkah. Bagai Musa dan Harun. Dengan Tuhan, Demi kebenaran.
Jangan takut, sungguh ku tetap disini. selagi tuhan sentiasa di hati.





********************************
Suatu masa yang dahulu...

Ana:
Ukht, ana risau bagaimanalah perkembangan adik ana kat negara sana?

Mimi:
Tawakal pada Allah. nti bersusah payah jaga adik orang lain di sini, InsyaAllah Allah hantar orang lain tolong jaga adik nti di sana.


Kepada Allah doa dititip. Moga menang atau syahid.

p/s:
1. Kepada ukhti, aku sayang kamu.
2. Kepada akak2 yg menjaga ukhtiku, jazakillahukhair kathiran. Teruskan follow-up entunna ye. Kepada Allah ikhlas amalanmu diganjari. Semoga ketemu kembali.^^,


Sis Izz
Bayt Muriyaat,
Irbid Jordan.

4 Comments

bunuh dunia

"Dunia ibarat air laut...
diminum hanya menambah haus,
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir,
panas yang membahang di sangka air,
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang...
dilihat ada ditangkap hilang"

Padahnya
Apabila manusia terlalu 'lama' di dunia .dan tidak punya 'masa keluar' ke akhirat.
Mencengkamlah cinta dunia di hatinya. Hati-hati lah wahai hati...

Allah dan manusia tidak mahu dan perlukan manusia-spesies-cinta-dunia.

Ya Allah leraikan lah dunia yang mencengkam di dalam hatiku
Hanya cintamu ku harap tumbuh dibajai bangkai dunia yang ku bunuh.



Songs by Nazeri Raihan
Lyrics by Pahrol Juoi

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.