bertemu At-Tayyar

"Demi Allah aku tidak tahu mana satu yang hendak ku bergembira dengannya, apakah pembukaan Khaibar atau kepulangan Jaafar?"



Terangkak-rangkak Little Caliph membaca tulisan bahasa arab khat yang dijahit di atas makam lelaki agung itu. Mujur faham. Dia senyum sahaja. Melihat kemajuan bahasa Arab si kepoci yang seorang ini dia jadi suka. Sister kena hebat Arab, baru zouk dapat tarbiyah Jordan ye tak? haha..:P


"Si Dia yang mempunyai dua sayap"

"At-Tayyar" merupakan gelaran yang diberikan kepada lelaki perkasa ini, Jaafar ibn Abi Talib. Bukan calang-calang dan bukan sebarangan. Selepas kesyahidannya, nabi telah bermimpi melihat anak lelaki Abu Talib ini bersayap di syurga. Maka panggilannya diabadikan sehingga kini. Subhanallah! Itulah dia manusia yang redha dengan tuhanNya dan tuhanNya juga redha kepadanya.

makam Jaafar Ibn Abi Talib di Mutah

Dia cukup kagum.

Bagaimana tidak kagum?

Saat pemimpin tentera pertama perang Mutah, Zaid bin Harithah rebah menyentuh bumi, panji kaum muslimin disambutnya. Dengan niat mahu menang atau syahid, beliau dengan sengaja tanpa ragu telah mencederakan kudanya sendiri agar tiada lintasan-lintasan buruk yang menjenguk ruang hatinya untuk lari dari medan perang saat itu. Bagaikan singa, dengan panji di tangan kanannya dan pedang di tangan kirinya. beliau pantas menderas ke arah musuh menjatuhkan kekufuran mereka satu-persatu.

Melihat kebuasan beliau berperang, musuh Islam lantas mengambil peluang memotong tangan kanannya. Sepantas kilat, beliau memindahkan panji kaum muslimin kepada tangan kirinya.

Musuh Islam sekali lagi memotong tangan kirinya. Dengan gagah beliau kekal memegang amanah panji itu dengan giginya sambil disokong oleh dua lengannya yang berdarah membuak. MasyaAllah!!!

Terus melangkah sehinggalah akhirnya.. badannya dipotong dua oleh musuh dari belakang dan beliau jatuh menyembah bumi. Maka tamatlah riwayat muslim hebat dengan penuh ezzahnya. Panji kaum muslimin kemudiannya disambut oleh pemimpin ketiga tentera muslim, Abdullah bin Rawahah.

***********************



Sesatnya skuad mujahidah malam itu menemukan mereka dengan makam 2 orang muslim hebat perang Mutah. Tanpa dijangka. Ini memang percaturan Allah. Allah mahu mereka ambil semangat juang dari pemuda muslim ini.

Syahid pada umurnya baru 33 tahun, beliau dikurniakan 2 sayap bagi menggantikan tangannya yang kudung. Apabila disoal di masyar kelak, dengan bangga mampu menunjukkan bukti kudung dan sudah bermati-matian berjuang mempertahankan agama Allah.

Sister F kata

"Setakat mana sahaja perjuangan kita untuk sebarkan Islam, sahabat2 nabi bermati-matian, kudung sana, tempang sini demi pertahankan akidah. Paling teruk kita pun cuma rasa penat tahap melampau. Tudung dan tempang kekal menjadi bukti sehingga dikuburkan, tapi penat tahap melampau kita tetap akan hilang selepas kita berehat. Maka, apa je yang boleh kita jadikan bukti di hadapan Allah nanti?"


yang hujung kanan tu memang spoil. kes terlebih himmah =p


p/s:
1.Dah hilang penat skuad hud-hud? panjang+lama+lambat-->tapi paling selamat. Terus thabat adik2 sayang^^,
2. Ahlan wasahlan pada ahli baru Muhsineen. Tatabahasaly, muhsineen betul2 dah jadi Muhsineen.. huhu.. moga makin kuat ye semua.. RS..RS.. haha..
3. Kata-kata nabi kat atas tu buka raheek makhtum page 541 ye adik2..


30- 31 Julai 2010
Karak-Mu'tah
Jordan Al-awallan

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

6 Responses to bertemu At-Tayyar

missHidayah said...

ttg gambr,inilah namanya 'rare' kak izz.susah nk cari yang 'rare2'ni:P

hehe.


p/s:moga hud2 lebih tinggi terbangnya.iA:)

~adik SEPI~ said...

salam, k.izz..

waaa..adik SEPI jeles ni!!!nk join skuad hud hud jugak..

akak2 smua..moga terus thabat..org di sini masih brsemangat dan akan terus brsemangat insyaAllah(^_^)

nk jenguk2 ahli bayt Muhsineen yg baru boleh??huhu..(^_^)

'Ezzah Al-Islam said...

to missHidayah~

haha. rare tak bertempat. salah mood. next picture baru mood juang la dik..

btw, memang cun la gmbar rare awak ni.. kak iz gelak sorg2 setiap kali tgk gmbr spoil ni =P


p/s: insyaAllah.. hudhud bleh terbang lagi tinggi n lagi jauh.. pasni singah negeri syria plak ye^^,




to adik SEPI,

sejak bila jadi muda?

p/s: meh2 datang muhsineen... skarang dah beranak 3 lagi.. datang tidur la.. baru boleh ketuk lebih sket^^,

ayyash said...

oo patot senyap jek weken hari tu..
jaoh "bejalan"..

'Ezzah Al-Islam said...

ayyash,
rindu ana je bunyinya =p

mayo said...

gambar yang comel..

himmah + iman + amal + ikhlas = pemuda

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.