Facebook ululalbab99, mengapa?

Dengan nama Allah tuhan masa peperiksaan dan masa tiada peperiksaan
Selaut salam buat 'candidate' peperiksaan paling bersedia, Muhammad bin Abdullah dan sekalian umat Islam yang dikasihi sekalian.




Baru 3 Hari yang lepas dia nekad untuk membuka account facebook. Alhamdulillah, memang tidak disangka. Setelah sekian lama asakan bertalu-talu diterima, fuh! akhirnya keputusan telah dibuat. Kini, dia telah menjadi salah satu pengguna facebook produk Israel ini. Oh! Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memujuk :P

Tipu kalau dia kata dia tidak bimbang. Doanya,Moga istikharahnya kali ini tidak silap. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara kecil, tapi bagi dia facebook isu besar. Kerana ia melibatkan penggunaan masa. Dan apakah lagi yang lebih besar nilainya kalau bukan masa yang muntij. Kepada Allah dia bertawakal.


Belum sempat panas punggung, usai peperiksaan pagi tadi. Dia buka account emailnya. Oh, ada mesej dari murobbi kesayangannya. Pantas dia baca. Satu peringatan besar atau lebih tepat amaran awal bagi dirinya. Dalam hati berkira-kira ini mesej ini ditulis kerana account facebook barunya ke? ermmm..

Pang!

Bacaan pertama sudah menyentuh.
Dia kongsikan di sini, buat peringatan kamu-kamu yang lain juga. Moga bermanfaat terutamanya buat sang muharrik.

assalamualaikum akhawati..

keif kum??
semoga berada dalam iman yang sejahtera dan sihat walafiat..

Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
al - asr (1-3)


Allah telah berfirman dan mengetahui bahawa manusia sentiasa dalam kerugian. Tetapi, Allah memberi guideline supaya kita tak rugi.
macam mana supaya tak rugi??

1- beriman kepada Allah dan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang
2- saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran..

ana selaku orang yang tiada FB, tidak tahu keseronokan dan ke`best`an adanya Fb.. dan tidak menyalahkan sesiapa yang ada FB.. selagi benda2 yang wujud didunia ni boleh digunakan tanpa melanggar syariat Allah dan digunakan demi kepentingan Islam (DnT), semoga Allah mengira apa yang kita usahakan sebagai hasanat dan memberatkan mizan pahala kita diakhirat.. dan dan doa2 moga Allah mengizinkan kita supaya masuk ke syurgaNya..


persoalannya yang ana mahu bertanya..
-kenapa kita berFB atau berYM, berTwiitter, dan segala2nyalah perkara2 yang sedang berputar di alam maya??

adakah untuk Allah dan RasulNya??


-jika jawapan antum 'ya', iaitu untuk Allah dan RasulNya, sudahkah kita menjaga batas2 pergaulan dan adab berbicara?


-Jika jawapan antum 'ya', iaitu antum sudah menjaga batas pergaulan dan adab2 berbicara, apakah perkara yang antum bicarakan dan dengan siapa pergaulan itu diadakan?


-jika perkara yang antum bicarakan mengenai dakwah dan tarbiyah, sudah tentu kita kena tahu adab2 dan akhlak2 orang yang membawa risalah ini.


terus terangnya, ana melihat akhawat2 kita berenang2 dengan bebasnya di alam maya.
diluar atau jika secara lahiriahnya, alhamdulillah kita menjaga adab2 pergaulan dan berbicara dengan baik, namun, Allah menguji kita dengan kehadiran alam maya.. pintu batasan diantara lelaki dan perempuan telah dibuka seluasnya2 oleh orang2 kafir yang mencipta benda2 ini..


kita dah rasa biasa melihat gambar2 ajnabi yang dipaparkan, mengomen dan berbicara dengan ajnabi tanpa sebab2 yang perlu dan penting.. meng `add' ajnabi tanpa sebab yang kukuh, hanya sekadar untuk menambah friend didalam akaun atan mahu meng update apa benda yang berlaku di pihak sana.. jika betul kita buat semata2 kita tahu perkara ni boleh menambahkan iman kepada Allah, ana tidak perlu untuk menasihati antum.. tapi, jika perkara2 yang dibuat tidak menaikkan iman malah menambah dosa, tolong sangat2 supaya dijauhkan..


Yahudi laknatullah mengambil pelbagai usaha supaya pemuda dan pemudi Islam meruntuhkan iman yang ada dalam jiwa.. tak boleh usaha secara fizikal, maka dicipta usaha secara serangan pemikiran.. dicipta benda2 yang membolehkan kita bergaul bebas dialam maya.. mungkin kita rasa ringan, tapi lama2 benda ni boleh memberatkan hati kita untuk melaksana Dakwah dan tarbiyah..


seorang akhawat negara lain pernah menegur kita:
"akhawat masih ada lagi benda2 yang tidak jaga.. masih bergaul bebas dengan ajnabi dalam FB"

dalam hati ana:
'mungkin ini yang antara benda2 yang menyebabkan DnT menjadi berat untuk dipikul'

ana nak sharekan satu status YM, status ni dari akhawat Ireland
'akhawat itu tidak memandang dan tidak dipandang'
maksudnya, kita tak melihat perkara2 yang Allah haramkan (terutamanya ajnabi) dan ajnabi tidak melihat kita..


nasihat ni khasnya untuk ana, jika nampak ana ada buat salah, silalah nasihati ana, tak kiralah dia lebih tua atau lebih muda..
itulah pentingnya akhawat, dia akan tegur kita atas dasar iman dah kasih sayang..


ingat tak kisah 2 orang anak perempuan nabi syuaib??


- ur sister




Penutup: Kunci Tazkiyatun nafs
Pernah dengar tentang formula kebersihan jiwa. Ada orang kata :

Hijab fizikal itu kunci kepada hijab hati.

Dia setuju.
Moga Allah melindungi dirinya dari fitnah facebook.



Pusat pemulihan akhlak
8.30malam 6 Jun 2010
Bayt Islah, Irbid


Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

9 Responses to Facebook ululalbab99, mengapa?

ayyash said...

salam alaik ukthi..

ku mendoakn DnT makin subur, tumbuh dan membesar dgn sihat di alam fb itu.. mudah2an niat utamamu sentiasa memandu gerak langkah dan membuahkan amal yg sahih disisi Allah swt..

p/s..
enti kt umah ana ke? tak dgr suara pon.. [apedaaa tuan umah]

MaUt said...

Jazakillah Iz atas ingatan.. Moga Allah memelihara kita semua dr 'perkara-perkara kecil dunia' yang tidak penting dan menghalakan diri kita ke 'Agenda hidup' yang lebih besar perlu dicapai, Allahu Akbar!

Looking forward to meet u..lama dah tak borak2 ngan awak..

Aleen al_leen said...

Assalamualaikum,

Iezz,, sebagai orang yg menyaksikan saat-saat enti membuka account itu...

Oh, oh, Allah memang sayang akan hambaNya.. Saat enti meminta doa petunjuk, diberNya melalui wasilah yg berada di dunia, pada masa yg tepat.. MasyaAllah.

Allah yuwafiqquki (^_^)

'Ezzah Al-Islam said...

to ayyash.

ana tak jawab pun persoalan tajuk entri ini. hoho.. kamu memandai buat konklusi ye..

ku punya impian yg sama. entri terbarumu menyentuh.

p/s: takmo ganggu tuanrumah bilik sebelah tekun study, singgah berehat sebentar sahaja.



to maUt,

tahniah dukturah.. setelah sekian lama ber'gua'. jemput2lah ajak iz datang umah akak tolong2 kemas apa yg patut. nak spend quality time together before balik.. bleh kan?^^,



to aleen,

Waaa.... ku terasa ingin menangis. Allah yg sgt baik^^, peringatan demi peringatan.. the right timing ha? hihi


p/s: sebenarnya still takut nak buka account fb sndiri ni, ape daa teman kamu ni... tuptup esok dah deactivate.. hahaha

make it simple said...

Semoga diberkati dan dimudahkan urusan olehNya.
ameen.

[fikrzikr] said...

salam dr bumi Malaysia..
mohon izin utk dcopy, utk disebar kpd akhawat2 yg lain..
agar kita kembali sedar dri angan2 'indah' yg hanya melalaikn..
syukran jazilan~

'Ezzah Al-Islam said...

to teja.

Ameen..

to fikrzikr

waalaikumsalam wbt. sila.. sila..^^,

Siti Umairah said...

'mungkin ini yang antara benda2 yang menyebabkan DnT menjadi berat untuk dipikul'

salam kak iezz :))
keifik??
saye terpang dgn ayat kat atas ni..huhu

ape pun, sume kembali kepada diri sendiri..
menilai antara kaca dan permata..
menilai antara islam dan jahiliyyah..
pasti keduanya dapat dibezakan seandai hati ini masih lg di jalan Allah..
jangan jadi seperti bani Israel, sengaja mengatakan "Bahkan hati kami memang telah tertutup"
nauzubillah..
thanx kak iezz..
miss U lillah!

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Salam melebar ukhuwah.

Masa itu tidak merugikan tetapi kita yang merugikan masa. Pantasnya masa seolah-olah mencantas dedahan segar. Lalu ia bakal layu dan menyembah bumi.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.