Archive for February 2010

hadis homonkulus?

Tajam pandangannya merenung kelibat lelaki tua berkot putih itu. Mahu fokus. Cuba memaksimakan kehadiran hati dan seluruh jasadinya ke dalam dewan Science Hall 2 yang kelam kuning itu. Tiap butir lafaz perkataan lelaki itu cuba dikutip. Kena sabar. Walau kedengaran laju mengalir, pelat dialek Arab-English beliau sedikit melatih kemahiran softskill mendengarnya.

Sistem kali ini agak mencabar. Central Nervous System (CNS). Bulan ini fokusnya pada otak yang Agung kedudukannya.. nun paling tinggi di atas. Organ kecil berlipat-lipat yang berperanan selaku 'Perdana Menteri' dalam diri manusia [baca: khalifah Allah] itu diperhatikan. Inilah dia, sekelompok jutaan sel [baca:organ] yang bertanggungjawab kepada pengaturan seluruh tubuh badan dan pemikiran [baca:akal] manusia.

Kompleks yang cantik!

Pandangannya kini beralih kepada tayangan imej belahan otak di skrin hadapan. Ligat menafsir mutiara ilmu itu dengan matlamat mahu terus lekat di kotak akalnya. Butir-butir perkataan ajnabi yang mencurah2 memerlukan tahap kosentrasinya yang penuh. Belajar tentang bahagian anatomy otak ini seolah2nya belajar mengenal perkataan dalam bahasa baru. Memang terkial-kial sedikit kalau baca sendiri.

Anatomy otak bukan seperti anatomy sistem yang lain. Perlu imaginasi setinggi angkasa. Membicarakan hal-hal ghaib yang menguji keimanan ini, kadang-kadang tidak digemari oleh sesetengah pelajar sains keras yang skeptik dengan bukti.



" Otak manusia boleh dibahagikan kepada 2 belahan, iaitu kiri dan kanan. Setiap belahan akan mengawal bahagian tubuh yang bertentangan. Sesiapa yang menulis dengan tangan kanan dikawal oleh otak dari bahagian kirinya"

Muqadimah asas dari doktor itu dihadam satu-satu.



Bermula dengan lapisan luar [surface/korteks] rondaan mengelilingi keseluruhan anatomy organ ini bermula. Bertaaruf dengan bahagian2[lobe] utama otak yang empat, sebelum berkenalan dengan zon2 daerah otak dengan sempadan-sempadan yang dibahagikan oleh garisan2 imaginasi. Setiap daerah yang diletakkan nombor tertentu oleh pakcik Broadmann ini punya fungsi dan peranannya yang tersendiri. Ada yang terlibat dalam proses ingatan pembelajaran, ada bahagian khas untuk pertimbangan dan kesedaran, emosi dan perasaan, homeostasis malah kawalan gerakan motor dan sensori.

Perkataan yang baru disebut oleh gurunya itu lantas menangkap kembali fokusnya ke kelas.


Homonculus!


Ya. perkataan yang pelik ini pernah dihafalnya suatu ketika dahulu. Perkataan bahasa latin yang membawa maksud 'orang kecil' ini merupakan gambar rajah yang menerangkan kawalan daerah motor manusia.

Sila perhatikan gambar rajah ini. PENTING!


Suka benar dia melihat kembali gambar itu. Gambar yang pernah menjadi isu perbincangan dia dan teman2 semasa tahun 1 dahulu. Mengaitkan gambar yang unik ini dengan hadis kata2 nabi yang agung. Errmm.. kamu mahu tahu?



Nabi kita pernah berpesan,

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan TANGAN nya, Sekiranya dia tidak mampu, maka ubahlah dengan LIDAHnya. Dan Sekiranya dia tidak mampu, ubahlah dengan HATInya, dan itulah selemah-lemah iman "
[riwayat Muslim]

Kamu nampak kaitannya?




Imej manusia diatas ini menunjukkan bahagian2 tubuh badan manusia yang mempunyai proporsi kawalan motor dalam bahagian otak manusia. Otak meletakkan proporsi yang besar kepada kawalan otot tangan, diikuti mulut (bibir dan lidah) muka dan kaki dan seterusnya. Bukan saiz sesuatu bahagian badan yang menjadi ukuran, namun skill dan kemampuan yang ada pada bahagian badan tersebut yang diutamakan.

Subhanallah!

Logiknya amat berkaitlah urutan suruhan Amar makruf nahi Mungkar nabi ini dengan proporsi kawalan motor manusia oleh otak. Sungguh Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui.

Asal sunyi sepi dewannya dipecahkan dengan bunyi jatuh pen. Ting!


Cis, mengantuk rupanya kau!

Apakah kamu? Kata mahu ikhlas menuntut ilmu.Mahu jadikan belajar kamu selaku ibadah. ilmu perubatan yang diniatkan selaku alat untuk mencapai matlamat berdakwah kepada ummah itu seharusnya dipegang kemas. baca sini

Cepat2 dia sedar kembali. Berusaha kembali ke dunia gelap kuning yang real. Berdoa terus fokus dan menghalau syaitan2 yang bergayut di kelopak matanya.

Entah ini gula getah yang ke berapa dia kunyah.


p/s:
-Susahnya mahu menterjemahkan bahasa medik. Entah kamu faham atau tidak?

Posted in | 5 Comments

[kembara] menjejak al-hambra, istana yang hilang

Puas mengembara kalau tidak dibumikan dalam tulisan, bimbang semangat jiwa seorang pengembara luntur dikikis masa. Asalnya selaku diari diri, namun berdoa moga siri travelogue ringkas ini bermanfaat buat teman jaulah mahupun bakal penjejak andalus masa hadapan.

Dengan nama Allah tuhan saya dan kamu...

"Hati adalah buku tulis bagi mata"

Kata-kata kritis yang melambangkan ketajaman fikiran si pengucap. Ali bin Abi Talib yang disegani.

Bagi diri sang pengembara berfikir, keberadaan buku catatan mini disisi tidak mampu diketepikan. Misi merentas benua yang penuh cubaan menjadikan jemariku pantas menari ingin mencatat setiap ibrah dan pengalaman yang diperoleh. Bimbang sahaja pengalaman emas baru digenggam hilang dari ingatan jangka pendek yang terbatas. Hanya sepatah dua kata kunci dicatat di nota mini, huraian dan prosanya ku catat di dalam hati. Dari mata yang melihat, ku perturunkan di hati agar hidupnya si hati lantas memberi erti. Itu caranya saya yang berdiari, pengembara lain jua punya cara mereka yang tersendiri.

"Maka tidak pernahkan mereka berjalan di atas muka bumi, sehingga hati(qalb) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tapi hati yang di dalam dada (sadr)" al-hajj 22:46



Kisah kembara Granada
Angin pagi kota granada berhembus sayu. Sejuk! Dia memandang kelangit, awan putih yang berkepul tanda hujan bakal turun. Barangkali ada benarnya ramalan cuaca yang dicarinya di internet malam semalam. Tawakal, berdoa moga dipermudahkan.

Usai bersarapan roti celur sup cendawan, cukup sekadar memberi tenaga buat semua mujahadah meneruskan ekspedisi menjejak bumi andalus mereka hari ini. Sekitar pukul 9 pagi, derap langkah dimulakan dengan bacaan doa berjemaah, bergerak menuju ke stesyen bas. Ada kota yang sedang menanti mereka untuk ditawan. Ya! Kota merah yang penuh bersejarah. "Istana yang hilang" dari jiwa dan gengaman pemilik sebenarnya. sayup2 kedengaran jeritan batin bersahutan.. halus... "Al-Hambra, kami datang mencariMu"

Kota Al-hamra dari kejauhan

Jelajah Al-Hambra
Sengaja memilih untuk menaiki bas merah khas dari tengah kota menuju ke Al-hamra. Dengan bayaran sebanyak 1.2 Euro, tepat 10.37 pagi kami menjejakkan kaki di hadapan pintu masuk kota idaman. Dari luar sudah terasa aura kecantikan kota, penat berbaki perjalanan semalam dilupakan sebentar.

Urusan tiket yang sudah dibooking secara online dari awal amat memudahkan, sekadar berurusan dengan mesin tiket menggunakan kad debit biru Jordan Islamic Bank (JIB), hilang bimbang terlepas tiket yang 'mahal' ini. Awal-awal lagi, Fredy pemilik hostel tempat singah mereka sudah berpesan. "Tiket ini perlu dijaga baik2, memerlukannya untuk berjalan2 sekitar kota. Kemuncak ronda2 ialah di kawasan utama "Istana Raja". Memandangkan masa masuk kamu ke situ adalah pukul 11pagi, pastikan kamu sudah terpacak di hadapan pintu masuk istana awal lagi supaya tidak terlepas peluang keemasan di sana" Pesanan itu disematkan kukuh di hati.


Al-hambra (Bahasa Arab الحمراء bermaksud Yang Merah) merupakan sebuah peninggalan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol [baca:Andalus], pernah menjadi istana tempat beradu Sultan dari empayar Nasrid bersama pembesar2 tertinggi serta makhamah Agung kerajaan muslim suatu ketika dahulu, namun setelah diwartakan selaku salah satu warisan dunia oleh UNESCO, kini bangunan ini dijadikan muzium memperlihatkan kegemilangan seni bina dan arkitekstur Islam abad pertengahan.

Dewasa kini, keseluruhan Al-hambra didefinasikan kepada 4 kawasan utama. Bangunan utama istana Diraja, kawasan ketenteraan [Al-Cazaba], pusat bandar kota [Medina] dan taman alam [Generalife]. Tidak melepaskan perkhidmatan audioguide yang disediakan, bayaran sebanyak 4 Euro bagi sesiapa yang berminat. Anda digalakkan membawa earphone sendiri bagi menjimatkan kos memandangkan satu audioguide sebenarnya mampu dikongsi oleh 2 orang sekiranya punya earphone sendiri.

Rancangnya jelajah kami terawal untuk terus menuju ke bangunan utama istana Diraja, memandangkan jarum jam hampir ke jam 11 pagi. Masuk dari pintu utama kami melalui kawasan Medina, yang kelihatannya runtuhan bangunan2 dihiasi pokok2 hijau yang masih hidup dan sempat ronda2 sekitar kawasan Al-Cazaba juga.

Bangunan Istana diraja.
Tepat jam 11 pagi, pintu masuk ke bangunan istana dibuka. Subhanallah! Disinilah ia. Satu2nya bukti islam pernah gemilang dan menjadi World Order suatu masa dahulu, memang tidak dapat disangkal lagi. Karya ukiran khat yang menyeluruhi keseluruhan bangunan terlalu halus. Walaupun usaha berkali-kali si Barat Kafir ingin memadamkan sejarah kehebatan Islam, kecantikan karya ornamen dengan ketepatan proporsi arimetik [baca: sudut/kiraan darjah] antara jendela, pintu dengan bahagian lainnya amat menakjubkan dan tidak mampu dibendung. Pelajar bidang arkitek mungkin lebih menghargai nilainya saya kira. Bacaan lanjut strutur disini.

Lihat imej bayang pantulan di air yang simetri


Kelihatan pelajar arkitek yang tekun menganalisa.

Keseluruhan dinding diukir dengan lafaz "La Ghalibu illallah"= Tiada yang pengconquer melainkan Allah

Tidak hairanlah ura2 mengatakan ketika semua muslim Andalus dibunuh secara pukal oleh pihak Kristian menjajah, satu2nya golongan yang tidak dibunuh adalah pihak arkitek yang terlibat dalam urusan senibina Al-hambra. Saya kira, ketakjuban mereka kepada Al-Hambra membuahkan keinginan ingin memonopoli ketinggian intelektual ilmuan islam untuk menghasilkan bangunan yang serupa untuk mereka. Wallahu'alam.

Ini sekadar gambar yang diambil dari replika. Nampak seperti benar bukan?

Khabarnya Kota ini pernah hampir dibom oleh Napolean semasa perang dunia, namun sempat diselamatkan oleh seorang askar bawahannya.

Tahukah kamu, selepas penaklukan Kristian pada tanggal 1492, kerja2 'pemusnahan' Al-Hambra telah dilakukan oleh mereka yang berjiwa hasad. Kerja terbukanya telah digenangi cat kapur, lukisan dan air emas dipadamkan, perabotnya dikotorkan, dikoyak dan dialih. Datangnya Charles V (1516-1556) kemudian membina balik sebahagian ruang dengan gaya senibina Renaissance dengan memusnahkan sebahagian besar istana musim sejuk tersebut, Meninggalkan kerja pembaikan yang tidak selesai,Philip V (1700-1746) mengItalikan biliknya dan menyelesaikan istananya ditengah-tengah yang dahulunya bangunan Moor. Lebih pengubahsuaian selepas itu merosakkan lagi nilai asal bangunan istana tersebut. Hasilnya?


Kami disajikan dengan kisah2 orang 'mereka' dengan perabot2 kediaman mereka sepanjang berada di dalam bangunan milik kita itu. Pelik sungguh! seolah2nya sejarah tempat itu dipadamkan dan dihighlightkan dengan ketakjuban si Washington Irving yang pernah menetap beberapa ketika di istana tersebut, Kata2 Irving yang dirakamkan dalam karyanya The Tales of Al-Hambra dimuatkan dalam audioguide sepanjang kota seolah2nya sengaja melarikan tarikan pelancong ke arah kisah mereka yang tidak seberapa lantas terlupa hakikat asal ibrah perjuangan hak si muslim yang perlu dikembalikan. Sedikit bersangka buruk disitu. Namun mungkin ada benarnya.

Penyelidikan dan pengubahsuaian sedang dijalankan.

Antara lain yang paling dikesali juga didalam ruang Taman Singa yang dikelilingi 128 tiang dari marmar, tinggalan 12 patung singa yang berbaris melingkar di tengah2 kolam air sudah hilang dicabut si pengkaji2 moden. Khabarnya ketika pemerintahan islam asalnya, setiap kali azan berkumandang tanda masuknya waktu solat, air akan keluar memancar secara automatiknya dari mulut singa2 tersebut. Sistem pengairannya berpadu dengan sistem suara. Sangat unik! Pengkaji moden kagum dengan sistem pengairan Al-hambra, berusaha menyelidikinya namun hampa apabila rahsia tersebut masih kekal misteri sedangkan kerosakan dari tangan2 mereka semakin mencacatkan monumen tersebut.

keseluruhan 128 tiangText Color

Replika taman singa yang asal. Tinggal kenangan.

Air yang mengalir sepanjang tangga, tidak berhenti bermula dari puncak bukit

Taman Generalife yang hidup
Sekitar jam 12.20 kami rehat2 menikmati keindahan alam yang paling hebat di taman Generalife sambil menikmati roti sapu selaku bekalan penambah tenaga. Pesanan buat sesiapa yang mengidamkan kawasan picnic paling cantik, insyaAllah taman penuh pokok2 segar ini tidak akan mengecewakan anda.


Lokasi strategik di atas bukit teres di tenggara sempadan bandaraya Granada antara penyumbang utama kehalusan senibina kota ini secara keseluruhan. Integrasi antara bangunan dan alam menjadikan seolah-olah syurga di dunia. Bangunan yang sememangnya indah bertambah2 indah apabila diadun dan digaul rapi sebati bersama alam ciptaan Rabb menjadikan kota ini sungguh lembut menyentuh kalbu.




Seorang penyair dari India yang mengunjungi Al-Hambra menuliskan ketakjubannya pada salah satu pintu Al-Hambra

"Andainya Firdaus itu ada di dunia, maka Firdaus itu adalah Al-Hambra"







Sungguh kecil2 dahulu saya pernah mengidamkan rumah idaman sebegini. Keunikan paduan bunyi gemercik air mengalir, penataan taman dengan tanaman hiasan serta angin bukit yang mendamaikan menjadikan taman ini dianggap hasil penafsiran syurga dalam Al-Quran. Sedangkan keindahan musim sejuk tidak terkata, cuba membayangkan taman ini dalam musim bunga.. Subhanallah! pastinya lebih indah. Entah apakah bentuknya syurga sebenar?




Awal 30 minit dari masa yang ditetapkan, tepat 1.30 petang kami tiba di pintu keluar menyambung kepenatan perjalanan setelah 5 hari. Jiwa lapang melihat jantung hati seolah-olahnya beban yang berat diangkat dari kepala. Melihat sendiri Al-Hambra lebih meyakinkan jiwa kami bahawasanya Islam itu memang pernah menjadi sangat hebat suatu masa dahulu. Bertambah iman dengan sejarah yang dikaji. InsyaAllah hak kita ini bakal kembali kepada pemiliknya. Kedengaran seolah2nya pokok2 dan seluruh batu bata kota ini menjerit meminta islam kembali memerintah mereka. Ya, suatu hari nanti. Pasti kembali!



Tarbiyah jasadi perlu diteruskan, sasaran seterusnya adalah sebuah perpustakaan tersorok yang menempatkan manuskrip2 asal Ibnu Batutta serta ramai ilmuan islam yang lain. Tidak ramai yang tahu wujudnya sebuah perpustakaan hebat ini di sini kerana keberadaannya memang tidak diwar2kan. Khabar senyap2 dari seorang muslim tempatan kepada kami menaikkan semangat kami mencari tinggalan nenek moyang tersebut. Mengumpul semangat terus cemerlang dalam akademik harapnya,

Namun alangkah sedihnya....

to be continued...

p/s:travelogue ini akan diedit dari semasa ke semasa. mengharapkan derma gambar2 cun dari teman2 jaulah. ^^,

Posted in | 6 Comments

Secularism in French men

"Bagi saya, hanya dengan sekularisme yang mampu menjadikan bumi ini aman dan damai"

Patah-patah perkataan yang dikeluarkan sebutir demi sebutir itu ku kutip. Lelaki tua dari Perancis ini punya hati untuk terus bertaaruf. Hati da'ie ku tertarik. Lebih seminggu di bumi Perancis ini, memang sukar berjumpa warga tempatan yang ramah dan mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Tambahan jiwa memberontak ingin menjenguk ke dalam minda warga tempatan, merungkai kefahaman [baca:fikrah] yang diimani oleh negara ini. ideologi Sekularisme yang semakin membumi. Teringat berita minggu lalu berkenaan polis berhijab yang digantung rujuk sini.



"Biar ku perkenalkan kepada kamu ideologi Islamisme yang syumul ku yakini." bisik jiwaku

Perancis atau France merupakan antara negara2 Eropah yang termaju dengan populasi muslim yang terbesar. Seperti negara Jepun, mereka kekal memartabatkan bahasa pribumi, Ezzah dengan keunikan bahasa pertiwi. Kembara mencari buku-buku Inggeris pastinya bukan misi yang tepat disini. Kelemahan berbahasa Inggeris ini kadangkala menampakkan rakyat mereka kurang ramah dan sedikit berhidung tinggi.

Bukan sekadar kerajaan Malaysia yang sedar kepentingan "Bahasa Dunia" kini, khabarnya kerajaan mereka juga sudah mula bertatih memperkasa bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka. Melihat situasi di sini menjadikan saya lebih bersetuju dengan pelan MBMMBI(Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris) yang menggantikan PPMSI Oktober lepas.


Perbualan datuk dan cucu
Menjangkau usia 6o tahun, Mr. Raymond kelihatan tua sebelum usianya. Orang banyak berfikir kukira. Saat tulisan guru itu melakar di buku catatannya, saat itu jua ligat fikiranku memikirkan pendekatan paling sesuai menjentik hati beliau. Panjang kami berbual, berkongsi pendapat. Mengenali seorang guru berjiwa pendidik yang sudah beranak tiga. Perbincangan soal "qodoya ummah" yang hidup dari kaca mata European Man sedikit membuka mataku.

"I was a Cristian..before you know... I gradually lost in my faith."

Katanya ramai sahaja golongan sepertinya di France ini, sedar sahaja peningkatan bilangan muslim yang semakin meningkat di seluruh dunia. Cuma hatinya belum terbuka lagi kukira. Rata2 non-muslim memang begini, ilmu2 dari kursus comparative religion yang ku ikuti dulu menjadikan diri terasa mudah dan lebih halus dalam mendekati. Benar! rasa Ezzah dengan menjadi muslim itu kunci untuk berkongsi dengan kaum yang tidak mengetahui ini, namun fiqh dakwah to non-muslim sedikit sebanyak perlu dikuasai oleh semua yang bergelar dai'e. Bual2 begini moganya dapat menjentik hati.


Sistem Pendidikan Polyvalence

Menurut beliau, sistem pendidikan bagi guru kanak-kanak di Perancis adalah berbentuk polyvalence sistem. Hanya seorang guru diperlukan untuk mengajar sekumpulan kecil kanak-kanak semua matapelajaran yang bersesuaian. Guru yang mengajar Matematik itu jualah guru Sains mahupun guru Sejarah dll. Berbeza dengan pengamalan sistem pendidikan kanak2 di negara-negara seperti Lubnan mahupun Malaysia. Pelbagai guru dengan pelbagai fikrah mengajar golongan kanak-kanak dalam usia sekitar 5-10 tahun.

Secara logiknya, Untuk apa mengasing2kan subjek2 yang mudah dan diajar oleh terlalu ramai guru yang berbeza2 sedangkan mereka baru masih setahun jagung?

Mengangguk tanda setuju dengan method ini. Mula memahami bahawa penyampaian ilmu dan fikrah perlulah bersesuaian mengikut level dan usia seseorang, dalam usia kanak-kanak yang baru mula membesar pendidikan dari seorang sahaja guru namun guru yang multitask dan all-rounded pastinya lebih berkesan.

Tarbiyatul awlad
Guru yang seorang tadi diibaratkan seperti seorang ayah selaku nakhoda keluarga yang mengajar segala aspek kehidupan kepada anak2 dan dibantu ibu disisi. Sistem pendidikan yang home-based ini kelihatan seperti sistem kekeluargaan islam yang sepatutnya.

Panjang kami berbual, melompat dari soal matlamat hidup manusia di bumi, meronda2 sekitar isu hak2 wanita, mengupas isu populasi Europe yang smkin menurun disebabkan wanita mereka yang tidak mahu beranak, sehinggakan menyentuh teori darwin dalam evolusinya. Memandangkan penerimaan beliau yang amat terbuka, segala prinsip islam yang cuba disampaikan melalui anologi dan contoh dapat difahami dengan baik . Habis satu hujah saya lontarkan, jawapan yang diberi "I understand your point, but i don't believe"

Huhu.. benarlah islam itu soal percaya dan yakin. Sungguh! imanlah kuncinya. Berdoa moga Allah membuka hatinya untuk percaya. Mungkin kupasan yang diberikan kurang tajam, sekadar meninggalkan beliau dengan nama2 Ahmad Deedat, Zakir Naik dan Harun Yahya untuk dikaji sendiri. Mungkin dengan pembacaan dan kajian beliau dengan hujah2 pendakwah hebat ini dapat lebih meyakinkan beliau selepas ini.


" Yup Sir, i really do agree with the application of ur education system. But still NEVER to secularisme. And you know why? Because muslim is just like the teacher in ur education system. Being a muslim is being an all-rounded person. we are the teacher in Science, in Economy, in Politics... and in every aspect of our life. Muslim is not just a religion but it's a way of life.."

Sengaja membalikkan isi yang dikeluarkan beliau, membidas hujah sekularisme dari kacamata islam.

Tersenyum beliau.

"Are you really a medicine student ? I think You should be a 'syeikh' "

haha.. Tersenyum saya.

Posted in | 15 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.