indikator tafahum

mulut boleh ditutup , namun telinga-telinga itu punya pilihankah?


"Hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu lihat ada kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu dengan gembira dan senang hati. Berterimakasihlah kepadanya kerana nasihat itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar kuman terhadap saudara yang dinasihatinya. Janganlah sehingga dia merasakan saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik daripada saudaranya itu.


"Hendaklah dia sembunyikan kelemahan itu selama sebulan dan tidak memberitahu kepada sesiapa apa yang diperhatikan itu kecuali kepada naqib usrah sahaja. itupun jika dia gagal mengubahnya. Namun selepas itu dia hendaklah mengekalkan semangat kasih sayang, rasa hormat dan kemesraannya dengan saudaranya itu sehinggalah allah menentukannya.

Janganlah pula saudara yang dinasihati bersikap ego dan degil. Janganlah hatinya berubah terhadap saudaranya yang memberi nasihat walau sebesar kuman. Kedudukan kasih sayang yang dijalin kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi, selain nasihat itu sendiri adalah rukun agama ini "Agama itu nasihat"

Semoga allah memperkukuhkan hubungan sesama kamu dan Allah memberi kamu kekuatan untuk mentaatinya. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan." -risalah sistem usrah, majmuk rasail

Tepat! tertusuk dalam-dalam-dalam setiap hati-hati kita yang sudah lama (la konon) bergelumang dalam arena taaruf-tafahum-takaful ini bukan?

Apabila tulisan manusia beriman itu benar2 ikhlas dan ditulis dengan amalan yang benar2 dia sendiri telah laksanakan, sumpah! pasti sampai ke hati-hati manusia yang lain. Subhanallah!

Inilah pesan pakcik Hassan albanna kita untuk kamu wahai jiwa-jiwa yang telah memilih untuk mengikat hati-hati kamu dengan insan-insan lain yang punya cita-cita yang sama denganmu dalam bulatan-bulatan mingguan kamu itu. Inilah rukun kita! Tanpanya tak cukup syarat bulatan tarbiyah kita.

Dulu masa setahun jagung dalam tarbiyah, mungkinlah ayat2 diatas ni kering, setakat faham.. angguk-angguk, catat comel-comel dalam buku nota "usrah saya" kemudian disimpan kemas diatas rak.Namun makin lama kita bergerak bersama-sama ini, insyaAllah kita dah cukup matang rasanya untuk kembali kepada basic ikatan hati-hati kita dalam hubungan akidah ini.

kita faham nasihat itu indikator tafahumnya kita. bukti kesefahaman fikrah kita.

Untuk ukhti-ukhti ku, series tak tipu hubungan cinta kepada Allah ini sumpah suci dan perlukan kesucian hati-hati kita, mari tajdid hubungan mengapa kita berukhwah. Mari saling menasihat dan berlapang dada dalam menerima nasihat. Hanya mereka yang benar-benar jujur dengan ukhwah fillahnya akan mewujudkan suasana nasihat yang sihat ini.

Kalau bukan kita yang yakin dgn manhaj taaruf-tafahum-takaful ini yang memulakannya, kita mahu harapkan siapa lagi? kalau diri sendiri belum melaksanakan bagaimana kita mahu mewujudkannya dikalangan orang lain.apatah lagi binaan-binaan kita?

Allah.

"Kemudian (Salleh) pergi meninggalkan mereka sambil berkata, "Wahai kaumku! sungguh aku telah menyampaikan amanat tuhanku kepadamu dan aku telah menasihatimu, tetapi kamu tidak menyukai orang yang memberi nasihat" al-araf 7:79

Astaghfirullah! moga kita tidak tergolong sepertinya kaum sang nabi Salleh yang tidak suka kepada orang yang memberi nasihat. dan semoga kita tergolong dari kalangan nabi-nabi yang sentiasa memberi nasihat.

Dengan rendah hati, saya mohon entunna untuk terus menasihati saya. kerana jalan ini nafassnyaaa panjaaaangg lagi. too much to change~


p/s:
Bila kita dah lamaaa sgt duduk dgn orang sekeliling yang suka buat hal sendiri dan tak hiraukan satu sama lain, mungkin pada saat itulah baru kita akan benar-benar akan menghargai suasana saling menasihati yg Allah beri sekarang ini.

P/s: walaupun kadang-kadang kita rasa bosan mendengar 'leteran' tazkirah yang macam baik ni, bersabar dan bersyukur lah kerana sebenarnya ia masihlah suatu kebaikan ^^, kan..kan?
"Allah ghayatuna"

Bayt Muriyaat,
irbid Jordan

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.