Archive for March 2012

GMJ live dari Jordan

Itulah yang dikatakan, "Siapa kamu menentukan cara kamu melihat."
Kesannya pula ialah "Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat"



Malam sehari sahaja sebelum tarikh keramat 30/3 itu baru kami berkumpul. Duduk sebentar bersama, mahu mengsettingkan arah kompas hati-hati yang bakal berarak ke sempadan Palestin esok. Kita bukan pergi untuk menyerah diri ditembak tentera Yahudi, niat kita hanya mahu berhimpun secara aman, sekadar hadir dan tunjukkan kita serius ambil berat isu ini dan mahu sang keparat Israel sedar berjuta-juta lagi manusia tidak menyokong apa yang mereka lakukan ini. Niat kita mahu menghasilkan mass effect! Nampak usaha ini seperti sangat mini apabila dilihat dari cermin mata usaha seorang individu, tetapi apabila melibatkan berjuta-juta individu, usaha ini akan nampak gergasi bukan. Itu teori lidi dan penyapu lidi yang kita faham sejak kecil. Cuma kali ini kita niat mahu gunakan penyapu lidi ini untuk menyapu keluar kepala-kepala zionis dari tanah haram ini. Mungkin bukan tahun ini, namun sekurang-kurangnya ia telah pun bermula.


Angin sejuk pagi itu tidak membataskan semangat pemuda-pemuda itu. Awal 8 pagi, 2 coaster memulakan perjalanan sekitar 2 jam menuju ke persekitaran laut mati, tempat khas yang disediakan oleh kerajaan Jordan sebagai tuan rumah GMJ tahun ini. Rasa bersyukur dan terpilih kerana bertitle pelajar Jordan, delegasi dari Malaysia perlu menyediakan rm5,000 untuk terbang membawa semangat sampai ke sini. Bukan dia tak tahu betapa ramai penggerak di luar sana yang berkobar-kobar mahu pergi, namun atas keterbatasan kewangan. Kehadiran di stadium Sham Alam, Melawati juga sudah cukup menunjukkan keprihatinan anda. Neraca Allah sangat peka, walau seberat zarah pasti tidak terlepas dinilai. Moga Allah redha.


Sempat kami singah di masjid abu ubaidah al-Jarah dalam perjalanan itu, mengambil ruh dan semangat juang para sahabat sebelum tiba di medan berarak. Untung sungguh berada di bumi anbiya' dan para pejuang, ruh pejuang bersepah merata-rata di atas mahupun di dalam tanah. Serah kepada hati mahu dibuka seluas laut, menyerap seperti span atau tutup dibiar kering. Sungguh beruntunglah mereka yang membukanya, dan sungguh rugilah yang mengotorinya.

Tiba di medan berarak, barisan kereta kebal tersusun rapi beserta tentera-tentera bertopeng memegang senjata. Aduh! penyambut tetamu paling ekstrem pernah dijumpainya. Telan air liur juga. Jujur ini bukan seperti yang disangka, Tanah yang sangat lapang terbentang umpama sahara, disetiap penjuru punya pengawal bersenjata menjaga batas-batas supaya tiada yang memandai melebih-lebih masuk ke sempadan israel atau lebih tepat palestin itu. Almaklumlah 15km sahaja, bukan jarak yang jauh langsung. Coaster yang kami naiki mengambil tempat parking dan diturunkan kami bebas mencari posisi terbaik membina markaz khas tempat berkumpul.




Manusia pagi itu belum seramai yang dijangka, barangkali masih awal juga kami tiba disana. Siap-siap mendirikan khemah dan membentang tikar, kami telah pun diserbu warga Arab berpusu-pusu. Menemuramah dan bersalam ukhwah. Warga Arab pelbagai kabilah dari serata jordan yang datang amat mengkagumkan. Ada pemudi-pemudi datang sendiri-sendiri, ini series menakjubkan! Bukan kita tidak tahu betapa arab jordan ini pantang pemudi mereka berjalan sendiri tanpa keluarga, tapi hari ini situasinya berbeza. Yang pasti sangat ramai juga yang datang dengan keluarga masing-masing, dari datuk nenek sehingga bayi yang dikendong. Sekali pandang memang umpama family day. Sekeluarga datang bersama-sama umpama sedang berkelah, namun perkelahan kali ini dengan matlamat yang lebih besar, demi caknanya terhadap saudara jiran mereka di sebelah. Keluarga-keluarga melayu pun belum pasti mampu cakna seperti mereka ini. Menghidupkan semangat cakna dalam institusi kekeluargaan.

penjaga pemisah antara kawasan lelaki dan perempuan. sweetkan!

Selain mereka yang datang atas kapasiti individu, mahupun kapasiti keluarga, tidak kurang juga yang datang atas kapasiti persatuan mahupun mana-mana organisasi dan syarikat-syarikat. Antara yang paling dominan dari syarikat izzat marji dan ikhwanulmuslimin pastinya.

Sejurus azan berkumandang, tanah lapang yang awal paginya tadi agak hambar dibanjiri lautan manusia berbaris menghadap kiblat mendengarkan khutbah jumaat dari khatib. Selalu dilihatnya dari televisi sahaja, hari ini benar-benar diberi peluang untuk solat jemaah jumaat di tanah lapang. Allah! pengalaman yang sangat manis.Bagi yang memahami bahasa Arab,pasti ini antara khutbah yang paling bersemangat pernah didengari. Bayangkan negara Palestin benar-benar di sebelah anda, dan insan-insan disekeliling anda ialah manusia yang sangat bersemangat seolah-olahnya tidak sabar mahu mendirikan solat di dalam masjidil Aqsa di depan sana. Insyaallah suatu hari, alquds pasti kembali kepada kita.

Paling menaikkan bulu roma saat imam melaungkan "Celakalah manusia yang duduk tidak berbuat apa-apa!" Sebanyak tiga kali dengan nada yang sungguh keras. Telan air liur sekali lagi. Peluh juga menitik-nitik. Dalam hati, kalimah istighfar diulang seberapa banyak kali, risau dirilah manusia yang terlaknat itu. Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah... almaklumlah doa imam Arab memang sangat bersemangat, seolahnya seluruh jiwanya sedang berkata bukan lidahnya semata, terus tepat menusuk kepada telinga sang pendengar.


Usai solat jumaat dan qasar jamaie, seorang demi seorang wakil delegasi dari pelbagai negara dan latar belakang memberi ucapan dan motivasi tanda sepenuh hati dalam isu ini. Wakil delegasi Malaysia, Norazmi Talib telah membuat ucapan dalam 3 bahasa- Bahasa Malaysia, Bahasa English dan Bahasa Arab sebelum disambut dengan sorakan dan lagu-lagu penaik semangat serta laungan slogan dari wakil delegasi dan pelajar-pelajar yang lain. Pada saat ini, rasa bangga dengan kesensitifan rakyat malaysia menyerbu hati-hati kami.


Kalau dinilai pada apa yang dilihat mata, mungkin kita akan mampu melihat beberapa kekurangan dari segi pengurusan dan teknikaliti. Bagi delegasi-delegasi manusia seluruh dunia (80 wakil pelbagai negara) yang datang, mungkin pengurusan program bertaraf dunia ini agak mengecewakan dan mampu jauh diperbaiki pada masa akan datang. Jika benar mahu melaksanakan program GMJ sebagai program tahunan yang melibatkan lebih ramai wakil dari seluruh dunia, ruang-ruang pembaikan memang banyak untuk sama dicadangkan. Namun bagi kami yang sudah biasa dengan cara kerja Arab, ini mungkin terbaik pada situasi dan kemampuan mereka sebagai tuan rumah.

Apa yang penting bukan persoalan materi itu dan apa yang dinilai sekadar dengan mata, namun apa yang mampu dilihat dengan mata hati. Beberapa gambaran yang menusuk ke hati ialah melihatkan seorang wanita muda yang patah kaki, namun masih bersemangat berarak membawa bendera palestin sambil melaung-laung walaupun bergerak mengunakan kerusi roda. Aduhaaii~ Sungguh menusuk jiwa. Ibu-ibu muda yang begitu berkobar mengendong anak-anak kecil mereka dengan conteng-conteng di seluruh pipi dan wajah juga begitu menginspirasikan. Di saat itu, kami mengevaluasi. Semangat pemuda Melayu memang tidak terbanding pemuda Arab dalam perjuangan. Adakah kerana pemuda Melayu terlalu lama dalam zon selesa. Allah~

Namun saat akhir sebelum majlis penutup, betapa tersentuhnya hati melihat sebuah pemandangan yang sangat menyejukkan hati. Kelihatan beberapa ikhwah atau pelajar malaysia Jordan yang beramai-ramai membantu mengutip sampah-sarap yang pastinya sudah bersepah-sepah di serata kawasan lapang itu, ketika mana ramai pemuda Arab lain berlalu tanpa membantu. Tidak hairan sampah yang dihasilkan oleh ribuan manusia ini begitu banyak, lebih-lebih lagi sepanjang hari berkampung di sana.

Benarlah, bukan semangat semata yang diperlukan pada seorang pejuang, namun iman yang sensitif itu juga paling utama dalam pembinaan kader-kader perjuangan. Moga kita tidak tertipu antara semangat yang sementara dengan iman yang berkekalan lama. Semangat itu perlu dibakar, namun iman itu sentiasa perlu dibaja juga. Kerana kunci istiqamah itu pada iman seorang pejuang yang disertai hammasah.

Jazakumullahukhair juga kepada akhawat-akhawat yang siap sedia membantu memasak untuk ratusan orang dalam satu malam sahaja. Walaupun anda tidak dapat menghadirkan diri kerana tidak mendapat izin ibu bapa, namun ruh dan semangat anda bersama di sana.

Walau sudah pulang, lirik lagu ini masih terngiang-ngiang di dalam gegendang telinga kami.

Ya Rabbi izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah masukkanlah kami
tercatat sebagai syuhadaMu

Bangun pagi hari ini, mendapat berita kematian seorang sahabat Arab dari fakulti pergigian yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Muhasabah sebentar. Memetik kata-kata pakcik norazmi sebulan yang lalu, manusia ini tidak perlu menghadiri demo pun untuk mati, betapa kematian akibat kemalangan jalan raya jauh lebih ramai dan lebih merisaukan.

Sungguh benarlah bukan mudah-mudah untuk dapat title syuhada' itu, kadang-kadang kita terlalu risau isu keselamatan, sedangkan Allah hanya akan memilih hambanya yg benar-benar layak sahaja untuk mendapat syafaat seorang syahid itu.

Global March to Jerussalem tamat dengan aman. Moga semua terus bersemangat dalam jihad sebenar kita saat ini, jihad kejiwaan dan jihad dakwah dan tarbiyah.

"Allah ghayatunna"

p/s:
Balik-balik dapat 'arahan' suruh buat 'laporan', ramai juga meseg-meseg minta perkongsian.
Moga bermanfaat.
tak dapat upload gambar sekarang sebb internet lambat. will update soon

Leave a comment

formula futur


Untuk adik baik~

Sumpah jalan ini akan sentiasa dihiasi tahap iman naik dan turun. kerana kita MANUSIA, bukan malaikat kan?

hidup sentiasa ibarat roda, ada masa kita semnagat melonjak2, ada saat kita down-statik-kaku-tak-bergerak atau down-jatuh-lagi-terhempap. pek!

makin lama kita hidup, makin bepengalaman kita utk menguruskan kehidupan.

Putaran iman down kita akan berulang-ulang datang dalam hidup walaupun kita kalau boleh sumpah nak elak 'virus down-tak bermaya-malas-' selama-lamanya,

tapi sumpah! kita memang tak mampu nak elak.

manusia itu bukan malaikat yang iman statik. bukan malaikat yang semangat statik. bukan malaikat yang cinta dan obsessi allah itu statik. bukan juga malaikat yang tujuan hidupnya rutin sahaja setiap hari

yang mampu kita lakukan ialah mungkin "mencepatkan" putaran itu, biar putaran roda saat kita tengah down itu berputar pantas.

Dalam ayat mudah, jangan down lamaaaaaaaaa-lamaaaaaaaaa.

Cepat-cepat cari booster untuk kembali. baca buku, jumpa sahabat beriman, perbanyakkan tilawah.

atau apa-apa sahaja yang mampu "menghidupkan" kita kembali.


kerana formula futur ini ialah

"semakin lama panjang masa futur, semakin banyak ketinggalan, semakin susah untuk naik kembali"


Tak best pun kasi hati sakit lama-lama. jom pergi makan!



Leave a comment

indikator tafahum

mulut boleh ditutup , namun telinga-telinga itu punya pilihankah?


"Hendaklah kamu nasihatkan saudara kamu jika kamu lihat ada kelemahan padanya. Hendaklah saudara menerima nasihat daripada saudara kamu dengan gembira dan senang hati. Berterimakasihlah kepadanya kerana nasihat itu. Janganlah saudara yang memberi nasihat itu berubah hati walaupun sebesar kuman terhadap saudara yang dinasihatinya. Janganlah sehingga dia merasakan saudaranya itu lebih rendah daripadanya atau dia merasakan dia lebih baik daripada saudaranya itu.


"Hendaklah dia sembunyikan kelemahan itu selama sebulan dan tidak memberitahu kepada sesiapa apa yang diperhatikan itu kecuali kepada naqib usrah sahaja. itupun jika dia gagal mengubahnya. Namun selepas itu dia hendaklah mengekalkan semangat kasih sayang, rasa hormat dan kemesraannya dengan saudaranya itu sehinggalah allah menentukannya.

Janganlah pula saudara yang dinasihati bersikap ego dan degil. Janganlah hatinya berubah terhadap saudaranya yang memberi nasihat walau sebesar kuman. Kedudukan kasih sayang yang dijalin kerana Allah adalah kedudukan yang tertinggi, selain nasihat itu sendiri adalah rukun agama ini "Agama itu nasihat"

Semoga allah memperkukuhkan hubungan sesama kamu dan Allah memberi kamu kekuatan untuk mentaatinya. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada angkara tipu daya syaitan." -risalah sistem usrah, majmuk rasail

Tepat! tertusuk dalam-dalam-dalam setiap hati-hati kita yang sudah lama (la konon) bergelumang dalam arena taaruf-tafahum-takaful ini bukan?

Apabila tulisan manusia beriman itu benar2 ikhlas dan ditulis dengan amalan yang benar2 dia sendiri telah laksanakan, sumpah! pasti sampai ke hati-hati manusia yang lain. Subhanallah!

Inilah pesan pakcik Hassan albanna kita untuk kamu wahai jiwa-jiwa yang telah memilih untuk mengikat hati-hati kamu dengan insan-insan lain yang punya cita-cita yang sama denganmu dalam bulatan-bulatan mingguan kamu itu. Inilah rukun kita! Tanpanya tak cukup syarat bulatan tarbiyah kita.

Dulu masa setahun jagung dalam tarbiyah, mungkinlah ayat2 diatas ni kering, setakat faham.. angguk-angguk, catat comel-comel dalam buku nota "usrah saya" kemudian disimpan kemas diatas rak.Namun makin lama kita bergerak bersama-sama ini, insyaAllah kita dah cukup matang rasanya untuk kembali kepada basic ikatan hati-hati kita dalam hubungan akidah ini.

kita faham nasihat itu indikator tafahumnya kita. bukti kesefahaman fikrah kita.

Untuk ukhti-ukhti ku, series tak tipu hubungan cinta kepada Allah ini sumpah suci dan perlukan kesucian hati-hati kita, mari tajdid hubungan mengapa kita berukhwah. Mari saling menasihat dan berlapang dada dalam menerima nasihat. Hanya mereka yang benar-benar jujur dengan ukhwah fillahnya akan mewujudkan suasana nasihat yang sihat ini.

Kalau bukan kita yang yakin dgn manhaj taaruf-tafahum-takaful ini yang memulakannya, kita mahu harapkan siapa lagi? kalau diri sendiri belum melaksanakan bagaimana kita mahu mewujudkannya dikalangan orang lain.apatah lagi binaan-binaan kita?

Allah.

"Kemudian (Salleh) pergi meninggalkan mereka sambil berkata, "Wahai kaumku! sungguh aku telah menyampaikan amanat tuhanku kepadamu dan aku telah menasihatimu, tetapi kamu tidak menyukai orang yang memberi nasihat" al-araf 7:79

Astaghfirullah! moga kita tidak tergolong sepertinya kaum sang nabi Salleh yang tidak suka kepada orang yang memberi nasihat. dan semoga kita tergolong dari kalangan nabi-nabi yang sentiasa memberi nasihat.

Dengan rendah hati, saya mohon entunna untuk terus menasihati saya. kerana jalan ini nafassnyaaa panjaaaangg lagi. too much to change~


p/s:
Bila kita dah lamaaa sgt duduk dgn orang sekeliling yang suka buat hal sendiri dan tak hiraukan satu sama lain, mungkin pada saat itulah baru kita akan benar-benar akan menghargai suasana saling menasihati yg Allah beri sekarang ini.

P/s: walaupun kadang-kadang kita rasa bosan mendengar 'leteran' tazkirah yang macam baik ni, bersabar dan bersyukur lah kerana sebenarnya ia masihlah suatu kebaikan ^^, kan..kan?
"Allah ghayatuna"

Bayt Muriyaat,
irbid Jordan

Leave a comment

ruang output masih banyak

Sudah hampir 10 bulan tidak menjenguk di sini. Allah~ fatrah yang agak lama ku kira. sempat beranak seorang anak.

Alhmdulillah, melihat manusia berlari-lari berpusu-pusu memberi manfaat, terasa seperti masih ada ruang untuk kembali menabur benih akhirat di ruang ini. Masih seperti dahulu insyaAllah, coretan2 berkisar perkongsian hati dan jiwa tentang hakikat-hakikat kehidupan seorang manusia yang sedang ditarbiyah mengenal diri, alam dan manusia lain.

Sambil-sambil dedikasi dan luahan follow up buat insan-insan sekeliling yang disayangi, kadang2 tarbiyah melalui kata-kata dan akhlak sahaja mungkin membosankan. lagi2 bagi yang suka membaca, dan malu2 hendak bersuara. atau kamu yang memang jauh nuunnnn di sana. moga kamu lebih memahami isi-isi yang ingin ku kongsikan ini. kerana sumpah jalan yang kita pilih ini masih jauh panjang dan lama.


Moga barakah dalam kehidupan, dan ikhlas dalam setiap tulisan.


dengan lafaz bismillah~


"allah ghayatunna"

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.