Archive for November 2010

Memori Dublin

Pagi-pagi sebelum fajar subuh mengintai, berangkatlah kami sekitar pukul 5.15pagi meninggalkan bilik hotel yang terpaksa disewa untuk sekadar 6 jam itu. Seksa jiwa dan poket perantau, Fuh! Apakan daya tiada pilihan, sekiranya wujud makhluk berpassport Malaysia bermastautin di kota Paris pastinya sudah ditumpangi. Namun jujurnya berbaloi sahaja, apabila mata dan badan hanya mahukan rehat, Euro 57 bahagi sesama kami kira boleh jalanlah.


Tiket Ryanair dari Paris Beauvais ke Dublin siap2 ditempah tepat 9.25pg. Pengalaman dulu banyak mengajar, perjalanan ke airport penerbangan murah ini pasti penuh dengan bermacam mehnah. Perlu masa spare lebih banyak. Al-maklum, dengan kes lari-berlari, rebut-merebut campur birokrasi nak memastikan beg tepat2 mengikut saiz dan berat yang ditentukan. Kira padanlah dengan harga Euro28 sahaja. Syarikat ryanair memang terbaik dalam memastikan pengembara akhawat kurang bershopping. Haha. Hanya yang punya pengalaman akan memahami.



Pendek kisah.

Sekitar 1030pagi, kesegaran udara Dublin mengejutkan mata kami dari lena yang pendek. Usai jual-beli dengan mesin tanpa suara, berbekalkan tiket seharian Dublin Bus kami bersama-sama bergerak menaiki bas 2 tingkat berwarna hijau menuju ke central city. Perjalanan hijau mencuci mata. Dari bandar kami menaiki bas seterusnya ke Upper Clanbury Street menuju rumah Insyirah yang dinanti-nanti.



Ireland a.k.a Eire sebuah negara berpulau2 di barat eropah. Negara maju ini mula memasuki Kesatuan Eropah sejak 1973. Syukur pada yang Pemurah, siapa sangka akhirnya dapat jua diri ini menjejak negara yang dulunya menjadi impian tempat mentarbiyah diri. Mengimbau memori dari novel The Potatoes People yang dibaca kecil2 dulu mengisahkan sekumpulan manusia miskin yang berhijrah dari negaranya yang dilanda kemelesetan ekonomi. Dalam perjalanan emigrasi ini, mereka telah melalui pelbagai rintangan dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang penuh nilai untuk diibrahkan.



Sekilas pandang matanya sekitar kota Dublin ini, dia kira kemajuan ibu negara ini agak pesat. Walau tidak setanding kota Paris mahupun kota London, setidak2nya telah jauh meninggalkan kota Amman beberapa tahun dari sudut materi duniawinya. Memang agak berbeza dengan gambaran dalam novel yang dibacanya dulu itu.

Pesan Sister H, berjaulah ke negara orang perlu kenal kisah dan tabiat manusia negara itu. Baru penuh minda untuk disebatikan.



Siapa sangka disebalik kemajuan plastik pengangkutan dan bangunannya, Eire sebenarnya mengalami krisis ekonomi yang agak kronik kini. Terbaru ura-ura dari berita tempatan, Kesatuan Eropah 'memaksa' negara bebanan mereka ini untuk menerima pinjaman dari IMF bagi menyelesaikan konflik matawang mereka. Baca sini untuk lanjut Maka, sekiranya tiada pilihan apakah masa hadapan Eire kini? Mungkinkah kisah penghijrahan makhluk tempatan seperti suatu masa dahulu akan berulang kembali? Apakah nasib mahasiswa2 Malaysia kita di sana? Hoho. Panjang untuk diperbincangkan. Krisis Kesatuan Eropah ternyata semakin kronik kini. Bagi yang berpeluang matawang Euro sedang jatuh sekarang, sebarang tukaran saat ini amatlah digalakkan.



Lebih kurang 3 hari bersama Sister2 Ireland cukup membekalkan idea revolusi untuk dipraktikkan.Subhanallah! Sisters dublin memang terbaik. Anda menetapkan tahap impian yang tinggi untuk rumah kami. Buat warga Kahfi, Asrar Rifa' mahupun Insyirah. Jazakillah buat entunna.

Benarlah kata Sister AA yang telah diedit

"Kita tak memerlukan pengisian seharian untuk taujihat beramal, cukup sekadar berjumpa sister lain sahaja, mampu mengisi petrol iman dan ukhwah untuk terus bergerak"






Bayt Muriyaat,
940malam 29 Nov

Leave a comment

muwazanah kita

Buat 4 orang yang ditinggalkan/ terasa ditinggalkan.

Orang kata dengan jalan, tidur dan makan bersama [baca:jaulah] mampu memecahkan keketatan. Wasilah bertaaruf telus luar dan dalam antara sahabat. Siapa yang dapat sangkal? tiada yang salah. Namun kalau pandang senget sedikit, lagi tepat lagi untuk mengenal buruk baik diri sendiri lagi.

Oh! Betapa terbongkar ketidak itharan diri... betapa terdedah ketidak prihatinan diri... betapa tercungkil kejahilan dan kejahiliyiahan diri ... kepada Allah saya memohon maaf atas ketidaklengkapan diri, peribadi yang masih perlu diperbaiki. Moga kekuatan ukhwah itu pada bersama menerima dan memperbaiki diri.

Kembara tarbawi kali ini penuh ujian hati dan perasaan. Ujian ukhawah dan harga diri. Sangat-sangat menguji fiqh muwazanah dan timbangtara prioriti diri. Sangat-sangat belajar.


Prioriti kita akan menentukan bentuk keputusan kita. Prioriti yang kekal pertama tetap Tuhan yang Satu. Noktah. Namun yang selepas2 itu sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang belajar lebih penting dari Ukhwah, kadang-kadang pula boleh jadi ukhwah yang lebih utama. Ada masanya Keluarga perlu didahulukan, ada masa yang lain Kepentingan DnT perlu dikehadapankan. Maka, inilah datang yang susahnya. Membuat keputusan akhir berdasarkan prioriti masa-masa tertentu itu. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ramai orang dengan prioriti yang berbeza.

Di sini pentingnya kita saling mengetahui prioriti setiap orang yang terlibat dalam membuat keputusan. Mungkin bagi kita kepentingan masa hadapan DnT lebih utama, tetapi siapa tahu adakah sahabat seperjuangan kita punya fikrah dan rasa yang sama pada saat itu. Takut-takut kita tersilap meletak prioriti, sedangkan ukhwah yang perlu didahulukan. Kepada Allah kita memohon keampunan dalam berijtihad dan memahami.

Terasa seperti terlalu banyak orang telah dilukai. Maaf sahabat2.


Cukup setakat yang ini dahulu.



Bilik Hanin,
Bayt Muriyaat
28 Nov Ahad

Leave a comment

sekadar nota

Subhanallah! subhanallah! subhanallah!!

Segala puji buat pemilik jiwa ini atas segala nikmat yang kukecapi saat ini. Terlalu banyak yang mendatang, terlalu banyak yang mengajar, terlalu banyak untuk diibrahkan.

1.Orang2 yang melakukan kebaikan/pembaikan [baca:Muhsineen] kini sudah menjadi kuda-kuda agresif yang memercikkan api [baca: muriyaat], lebih mengganas harapnya dalam mengejar bonus dunia akhirat. Moga pertemuan jiwa-jiwa baru demi membangun peribadi ini dirahmati.

2.Melangkah kami malam ini dengan berat hati meninggalkan sahabat terbaik. Doa kami tidak putus buat anda. Terlalu lama ingin bertemu mereka, sampai saatnya tiada kesampaian pula. Maaf teman. Semoga segalanya bahagia dan sejahtera.

3. 2 Minggu yang mendatang, siapa tahu apa yang bakal menghantui.Mohon Doakan segalanya ikhlas untuk Ilah yang satu.


Bilik Mujahidah
Bayt Muriyaat,
12.35pm Sabtu

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.