Archive for June 2010

medan menangis

Alhamdulillah, baru tiba di rumah walau sudah hampir seminggu menjejakkan kaki ke tanah air. Fuh!

Malaysia...
medan amal...
medan menangis...
medan berpeluh...
medan berpenat...
medan bersabar...
medan berjihad...

bagaimana untuk digambarkan?
terasa diri amat-amat...
tempang, kudung, dan bisu.
aghhhh..


tinggal 7 hari lagi, tolong tembakkan doa bertubi-tubi untuk dia.


Pusat Janatenaga,
24 Jun 2010,6.30pm
muar, Johor,
Malaysia

2 Comments

Facebook ululalbab99, mengapa?

Dengan nama Allah tuhan masa peperiksaan dan masa tiada peperiksaan
Selaut salam buat 'candidate' peperiksaan paling bersedia, Muhammad bin Abdullah dan sekalian umat Islam yang dikasihi sekalian.




Baru 3 Hari yang lepas dia nekad untuk membuka account facebook. Alhamdulillah, memang tidak disangka. Setelah sekian lama asakan bertalu-talu diterima, fuh! akhirnya keputusan telah dibuat. Kini, dia telah menjadi salah satu pengguna facebook produk Israel ini. Oh! Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memujuk :P

Tipu kalau dia kata dia tidak bimbang. Doanya,Moga istikharahnya kali ini tidak silap. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara kecil, tapi bagi dia facebook isu besar. Kerana ia melibatkan penggunaan masa. Dan apakah lagi yang lebih besar nilainya kalau bukan masa yang muntij. Kepada Allah dia bertawakal.


Belum sempat panas punggung, usai peperiksaan pagi tadi. Dia buka account emailnya. Oh, ada mesej dari murobbi kesayangannya. Pantas dia baca. Satu peringatan besar atau lebih tepat amaran awal bagi dirinya. Dalam hati berkira-kira ini mesej ini ditulis kerana account facebook barunya ke? ermmm..

Pang!

Bacaan pertama sudah menyentuh.
Dia kongsikan di sini, buat peringatan kamu-kamu yang lain juga. Moga bermanfaat terutamanya buat sang muharrik.

assalamualaikum akhawati..

keif kum??
semoga berada dalam iman yang sejahtera dan sihat walafiat..

Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
al - asr (1-3)


Allah telah berfirman dan mengetahui bahawa manusia sentiasa dalam kerugian. Tetapi, Allah memberi guideline supaya kita tak rugi.
macam mana supaya tak rugi??

1- beriman kepada Allah dan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang
2- saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran..

ana selaku orang yang tiada FB, tidak tahu keseronokan dan ke`best`an adanya Fb.. dan tidak menyalahkan sesiapa yang ada FB.. selagi benda2 yang wujud didunia ni boleh digunakan tanpa melanggar syariat Allah dan digunakan demi kepentingan Islam (DnT), semoga Allah mengira apa yang kita usahakan sebagai hasanat dan memberatkan mizan pahala kita diakhirat.. dan dan doa2 moga Allah mengizinkan kita supaya masuk ke syurgaNya..


persoalannya yang ana mahu bertanya..
-kenapa kita berFB atau berYM, berTwiitter, dan segala2nyalah perkara2 yang sedang berputar di alam maya??

adakah untuk Allah dan RasulNya??


-jika jawapan antum 'ya', iaitu untuk Allah dan RasulNya, sudahkah kita menjaga batas2 pergaulan dan adab berbicara?


-Jika jawapan antum 'ya', iaitu antum sudah menjaga batas pergaulan dan adab2 berbicara, apakah perkara yang antum bicarakan dan dengan siapa pergaulan itu diadakan?


-jika perkara yang antum bicarakan mengenai dakwah dan tarbiyah, sudah tentu kita kena tahu adab2 dan akhlak2 orang yang membawa risalah ini.


terus terangnya, ana melihat akhawat2 kita berenang2 dengan bebasnya di alam maya.
diluar atau jika secara lahiriahnya, alhamdulillah kita menjaga adab2 pergaulan dan berbicara dengan baik, namun, Allah menguji kita dengan kehadiran alam maya.. pintu batasan diantara lelaki dan perempuan telah dibuka seluasnya2 oleh orang2 kafir yang mencipta benda2 ini..


kita dah rasa biasa melihat gambar2 ajnabi yang dipaparkan, mengomen dan berbicara dengan ajnabi tanpa sebab2 yang perlu dan penting.. meng `add' ajnabi tanpa sebab yang kukuh, hanya sekadar untuk menambah friend didalam akaun atan mahu meng update apa benda yang berlaku di pihak sana.. jika betul kita buat semata2 kita tahu perkara ni boleh menambahkan iman kepada Allah, ana tidak perlu untuk menasihati antum.. tapi, jika perkara2 yang dibuat tidak menaikkan iman malah menambah dosa, tolong sangat2 supaya dijauhkan..


Yahudi laknatullah mengambil pelbagai usaha supaya pemuda dan pemudi Islam meruntuhkan iman yang ada dalam jiwa.. tak boleh usaha secara fizikal, maka dicipta usaha secara serangan pemikiran.. dicipta benda2 yang membolehkan kita bergaul bebas dialam maya.. mungkin kita rasa ringan, tapi lama2 benda ni boleh memberatkan hati kita untuk melaksana Dakwah dan tarbiyah..


seorang akhawat negara lain pernah menegur kita:
"akhawat masih ada lagi benda2 yang tidak jaga.. masih bergaul bebas dengan ajnabi dalam FB"

dalam hati ana:
'mungkin ini yang antara benda2 yang menyebabkan DnT menjadi berat untuk dipikul'

ana nak sharekan satu status YM, status ni dari akhawat Ireland
'akhawat itu tidak memandang dan tidak dipandang'
maksudnya, kita tak melihat perkara2 yang Allah haramkan (terutamanya ajnabi) dan ajnabi tidak melihat kita..


nasihat ni khasnya untuk ana, jika nampak ana ada buat salah, silalah nasihati ana, tak kiralah dia lebih tua atau lebih muda..
itulah pentingnya akhawat, dia akan tegur kita atas dasar iman dah kasih sayang..


ingat tak kisah 2 orang anak perempuan nabi syuaib??


- ur sister




Penutup: Kunci Tazkiyatun nafs
Pernah dengar tentang formula kebersihan jiwa. Ada orang kata :

Hijab fizikal itu kunci kepada hijab hati.

Dia setuju.
Moga Allah melindungi dirinya dari fitnah facebook.



Pusat pemulihan akhlak
8.30malam 6 Jun 2010
Bayt Islah, Irbid


Posted in , , | 9 Comments

Flotila, misi yang belum tamat




Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan yang masuk ke Mekah, Pihak Musyrikin Quraisy akan memastikan ianya langsung tidak sampai ke tangan kaum Muslimin. Tidak! walau sebutir! Mereka akan membeli kesemuanya. Biar tiada peluang untuk bani Hasyim dan bani Mutalib mengecap walau sedikit nikmat kenyang dunia.


Sememangnya fatrah kemuncak kesengsaraan buat muslimin, uijan getir bayaran buat syahadah kebenaran yang diucapkan.


Apa sahajalah yang tinggal buat bekalan tenaga mereka. Sehinggakan daun-daun dan tulang-belulang kering tinggal selaku santapan. Sedangkan keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak kecil yang kelaparan terlalu kerap kedengaran umpama unggas di malam hari.


Selagi ada peluang, puak kafir musyrikin akan menaikkan harga barang-barang keperluan berlipat-lipat-lipat-lipat kali ganda. Biar si pengikut Muhammad semuanya terlopong tiada berdaya.Haha.


Selagi pemuda Muhammad itu tidak diserahkan untuk dibunuh, selagi itu penyiksaan dan kezaliman ini perlu terus-terusan tanpa diperbicarakan. Tiada sebarang komunikasi, mesyuarat, ziarah mahupun percampuran yang 'layak' mereka perolehi. Apatah lagi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Adakah sesiapa yang berani melanggar isi-isi Piagam 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?



*********************************************


"Wahai Zuhair, bagaimana kamu boleh rela hati makan dan minum dengan enaknya sedangkan bapa-bapa saudara kamu.. Ahh.. seperti kamu tahulah" akhirnya Hisyam bin Amru memuntahkan gelodak jiwa yang kerap menembak dalamannya.

Tersedak Zuhair bin Abi Umaiyah mendengar kata-kata pedas tanpa amaran dari teman baiknya itu. Dia toleh kiri dan kanan. Bimbang ada telinga lain turut mendengar.

"Hoho.. Kau katakan padaku, apa yang boleh ku lakukan. Sedangkan aku seorang sahaja. Berseorangan mencuri-curi memberi bantuan kepada kaum muslimin yang tertindas itu. Kalaulah ada orang lain bersamaku, pasti sudah lama ku terang-terangan melanggar piagam 'bodoh' itu"

Hisyam senyum kambing sambil berkata "Bagaimana kalau ku katakan akan ada orang kedua?"

"Benarkah? Siapa orangnya?" jujur dia agak terperanjat dengan berita itu

"Aku!"

"Wah... wah... Kalau begitu kita perlu orang ketiga!" Gembira jiwanya ibarat dilambung ombak tinggi mencecah langit. Memang tidak disangka. Kelihatan ada cahaya terang harapan baginya, pasti ada lagi jiwa-jiwa lain yang turut ingkar dengan pengepungan peribinatang ini.

Maka bertemulah dengan Al-Mu'tam bin 'Adi dan Abi Al-Bukhturi dan berulanglah dialog yang serupa."Aku orang yang ketiga!" "Dan aku lah orang yang keempat!" Respon positif yang membungakan hati. Dari 2 telah menjadi 4 orang. Kini misi mereka mencari yang kelima.


Dan berkejarlah Hisyam ke rumah Zama'ah bin Al-Aswad mengemukakan cadangan untuk sama-sama berjuang mempertahankan kebenaran dan menghentikan kezaliman.

Kata Zama'ah: "Ada tak orang lain yang menyetujui perkara ini? Takkan la aku seorang diri sahaja?"

"Pastilah ada" Satu persatu nama-nama temannya tadi dibilang.

"Kalau begitu biar aku jadi orang yang kelima!" tangannya dikepal teguh tanda bersemangat.

Maka telah berkumpullah hati-hati yang prihatin dan bermesyuaratlah membincangkan gerak kerja dan cara terbaik untuk mengisytiharkan kebenaran dan membuka mata seluruh kaum Quraisy yang lain untuk menghentikan kezaliman ini kepada kaum muslimin.


****************************************************


Sudah hampir sebulan kota Ghazzah ini berselimutkan kelam malam dingin yang beku. Hidup di lorong gelap gelita, Mariah sudah lali. Bekalan elektrik yang kerap on dan off sekian lama mengukuhkan dinding kesabarannya.

Sejenak dia mendongak ke langit. Dibawah kawalan parasympathetic,tanpa sedar sahaja aliran air matanya laju membasahi bumi.

"Ibu.... ku lapar" Rengekan syahdu anak kecilnya itu terus-terusan memecah keheningan malam itu. Cepat-cepat dia seka air mata berbaki , lantas memalingkan wajah senyuman. Manis ayu keibuan menatap si kecil Asma yang baru setahun.

Titik air mata keibuannya menitis lagi. Oh! anakku.. Kalaulah ada lagi baki makanan yang boleh ku berikan padamu..

Bekas tepung yang sudah kosong itu direnung sekilas. Gandum juga sudah kehabisan. Masuk hari ini sudah mencecah seminggu, bekalan gas untuk memasak habis. Kayu-kayu dan pelepah tamar kering sahajalah tinggal untuk dijadikannya modal bahan bakar. Cukup untuk sekaligus memanaskan badan.

Fatrah kesengsaraan ini benar-benar menguji keteguhan jihad dirinya. Pengepungan dan kezaliman tanpa cuti oleh Yahudi Laknatullah. Pengepungan dalam penjara terbesar dunia!


Ekor matanya dialih ke luar jendela. Merenung dinding keras setinggi 10 meter yang dibina di belakang rumahnya sejak 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba, jiwanya memberontak. tembok


Ya! tembok pemisah Israel ini lah antara punca masalah besar bagi semua orang kampungnya. Tembok yang dibina kononnya untuk mempertahankan rakyat Israel daripada keganasan pembunuh berani mati Palestin. Tetapi sebenarnya lebih menambahkan penyiksaan kepada bangsa muslim Palestin. Cis! Dasar keparat Yahudi.

Tahukah dunia tembok pemisah ini benar-benar kekejaman manusia? Tembok yang telah membahagi-bahagikan kampungnya. Tembok yang memecah-belahkan jiran tetangganya. Tembok yang banyak mencuri masa dan tenaganya. Sedangkan masa perjalanan untuk ke hospital, sekolah mahupun kedai2 yang sebelum ini hanya memakan masa setengah jam telah menjadi 4 jam.

Mariah menjerit halus dalam jiwanya.

Ya Allah! Betapa sahaja dia ingin memecahkan tembok itu.Betapa dia mengharap ada manusia yang akan menerobos tembok kematian ini. Lantas menyambung talian hayat ke kampungnya.

"Andainya aku punya kudrat.." Air matanya jatuh lagi menyimbah bumi.

Adakah sesiapa yang berani melanggar tembok 'rasmi' tiada berperikemanusiaan ini?



********************************


Tiga tahun berlalu panjang sedangkan keadaan tetap seperti itu juga.

Melihat kondisi manusia yang selayak dan selogiknya hidup berkasihan dan bantu-membantu diperlakukan dengan penuh keperi'binatang'an. Lama-kelamaan.. mata yang tertutup mula terbuka, hati yang mati mula tersedar. Terjentiknya perasaan belas kasihan di kalangan beberapa penduduk Quraisy sendiri untuk bangun dan membangkang pengepungan sonsang kepada kaum muslimin.

Bukan dari kalangan pengikut Muhammad yang ezzah dengan akidahnya. Bukan dari kalangan muslimin yang teguh keimanannya. Namun dari kalangan mereka yang masih belum memahami perjuangan risalah nabi TETAPI mereka yang punya hati dan keperi'manusia'an yang tinggi.



************************************************




Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla, Lifeline4Gaza merupakan inisiatif secara formal kali ke4 kepada penduduk Palestin yang dibantai rejim Zionis Israel. Kali ini Bantuan Mega dari jalan laut pula. Peneraju dan Pengendali utama misi ini, Insan Hak Ve Hurriyetleri (I.H.H) yang mendapat sokongan penuh kerajaan Turki bersama-sama dengan NGO-NGO dari lebih 50 buah negara saling membahu meredah lautan luas bagi membekalkan bantuan keperluan dan bahan perubatan serta persekolahan kepada tahanan penjara terbesar dunia, penduduk Gaza yang terkurung.

Berkumpul dan bersatu atas nama keperi'manusia'an.

Aktivis-aktivis dunia dari pelbagai latar agama, bangsa mahupun warna kulit sangup bermatian-matian berjihad wang, tenaga dan nyawa hanya demi menegakkan kebenaran yang pasti. Memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Atas dasar kemanusiaan.

Demi menghentikan dasar kebinatangan.

Masih salahkah?

Dia pelik bagaimana masih ada yang mampu berkata sebegini.

"Itu sia-sia sahaja. Lihat... sudahlah bantuan tidak sampai ke Gaza dan dirampas Israel, pulang sehelai sepinggang tanpa sebarang natijah pun. Bukan itu tiada berstrategi namanya. Bulat-bulat menyerah diri ke kandang musuh. Bagai mengali kubur sendiri hendaknya"


Sungguh benar natijah mata manusia itu berbeza dengan neraca tuhan.

Kelihatannya seperti misi bantuan bekalan mereka kali ini gagal. Namun besar di sebaliknya, misi yang lebih utama telah berjaya dicapai.

Misi membuka mata-mata warga dunia yang lama tertidur.

Misi menjentik kuasa politik dunia yang lama menikus.

Misi membangun peranan media Islami yang lebih tulus.

Ya! inilah misi awal.. bukan terakhir! misi suci untuk menerobos tembok kematian demi menyambung talian hayat ke Gaza.

Kepada semua ummah, teruskan memperhebat doa dan peranan anda. Kerna misi ini belum selesai dan tidak akan pernah tamat. Ledakan gega yang lebih besar kita harapkan dari segenap dunia selepas ini.

Biarkan isu Palestin menjadi isu dunia... isu kemanusiaan sejagat.
Bukan isu umat islam semata.
Bukan isu akidah semata.




Rujukan Raheek Makhtum dan JundAqsa [tekan]

8 Comments

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.