Mengikut sunatullah fi ijtimai [baca: sains sosial], fitrah laki-laki yang tertarik kepada wanita seringkali dijadikan modal untuk mengeksploitasi potensi yang ada pada jantina generasi hawa ini. Dulu hingga kini, eksploitasi potensi yang berlaku menjadikan manusia berkromosom XX ini ditindas dan diperlakukan tidak selayaknya.
Kasihan. Sedih. dan Kecewa.
Kadang-kadang 'bengang' juga.
nak-nak lagi kalau tengok videoklip lagu arab. ntahapa-apa.
Teringat dia satu ayat yang sangat2 menarik. Az-zukhruf 43:18.
"Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan menyenangi perhiasan sedang dia tidak mampu memberi alasan yang tegas dan jelas dalam perdebatan" 43:18
Ayat ini merupakan gambaran wanita Arab saat al-Quran diturunkan.
Al-kisahnya tersangat-sangatlah kasihan pada perempuan zaman jahiliyiah ini. Mereka tidak diberikan kesempatan dalam pendidikan , sehingga kurang kecerdasannya. Hanya senang dan gembira bila disogokkan dengan perhiasan sedangkan diri lemah, tidak mampu bersikap tegas, garang dan jelas menyampaikan pendapat dan kehendak sendiri dalam berhujah.
Bila renung-renung kembali perempuan zaman jahiliyiah moden kini, nak kata tak sama. Tak juga. Hakikatnya boleh tahan sama sahaja. Oh!
Wahai perempuan, Mengapalah mudah-mudah biar potensi 'kerijalan' kamu dieksploitasikan?
"Argghh.. tak faham-tak faham" monolog sendiri tanda protes geram.
Oh! perempuan-perempuan sekalian, sedarlah potensi 'rijal' yang ada dalam diri kita.
Mari kita bicara soal perempuan hebat.
Kenal kamu susuk wanita ini?
Srikandi dari Acheh
Srikandi sejati yang benar-benar rijal.
Pahlawan yang jarang disebut namanya. Pahlawan yang tidak pernah diungkit sejarahnya.Petarung baris hadapan.Pemimpin ketenteraan yang disegani musuh dan kawan.
Beliaulah... Laksamana Malahayati.
Kisah Laksamana Malahayati walaupun tidak banyak, semua bercerita tentang kepahlawanannya. Malahayati merupakan Laksamana [baca: ketua tentera laut] perempuan pertama di dunia. Setelah suaminya gugur pada pertempuran melawan Portugis, beliau telah membentuk sebuah pasukan ketenteraan yang jundinya terdiri dari kalangan para janda yang kemudian dikenal dengan nama pasukan
Inong Balee, Bersama-sama pasukannya, wanita-wanita nusantara ini telah membangun benteng khas dinamai Benteng Inong Balee demi jihad mempertahankan tanah air dari serangan penjajah.
Ini baru keperkasaan perempuan melayu sejati.
Nak tahu lebih. tekan
sini. tak pun
google je sendiri. taip sahaja Keumalahayati.
Siapa kata perempuan nusantara tak hebat? kita punya contoh juga
Pasca taraweh Jamiah Yarmouk
Rabu, 8 Sept 2010
Muhsineen, Isyarah Syari' iskan
p/s:
1.Sedikit tertekan dengan berat badan yg naik. Macamana nak ber"muslimun" ni? Aiyaa.. misi menyelarikan himmah dan fizikal. Qawiyul jism..
2. semua demam nusantara skrang.. kak asma' boleh buat ujian ni.. hoho