.::patriotik kita::.

Dengan nama Allah yang Tuhan semua manusia + jin + haiwan + tumbuhan...
Selautan salam tidak jemu dihulurkan buat ayah paling mithali, 'Muhammad bin Abdullah' dan "soimin" dan "soimat" sekalian...

Assalamualaikum wbt...

Sudah 2 hari ramadhan berlalu. Sudah 2 hari juga lah hari negara kita merdeka dan genaplah juga 2 hari selepas setahun di bumi jordan ini. Ramadhan dan Merdeka... lebih baik saya kira utk mendahulukan tajuk merdeka... alang2 baru 2 hari... masih lagi suam2 panas isunya...

Tema kemerdekaan kita pada tahun ini?... "Perpaduan teras Kejayaan"... Isu perpaduan sekali lagi dan selama2nya akan ditegaskan nampaknya. Tahukah anda hari kemerdekaan negara kita hanya mempunyai tema bermula pada 1970.(--> 13 tahun slepas merdeka 1957) Setiap tahun tema ini akan diubah mengikut situasi semasa kecuali pada tahun 1988-1989 yang dikekalkan ia3ni "bersatu" dan sepnjg tahun 2000-2006 dgn tema "Keranamu Malaysia". Sekiranya ingin diimbas semula tema2 pada tahun sebelum2 ini. Saya kira mesej berpadu dan bersatu paling sering menjadi pilihan. Harapnya tema bukan sekadar tema... sekadar penyedap iklan dan nyanyian lagu... tetapi dihayati, difahami, dianalisis dan dipraktis... huhuhu...



Seperti tahun2 sebelum ini, sambutan ulang tahun kemerdekaan diadakan di Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan. Alhamdullillah, sedikit sebanyak dapat juga menjentik naluri "merdeka" rakyat Malaysia dan mengimbau bab2 dalam buku2 teks sejarah dalam jiwa yang berjasad di Jordan ini. Teringat kata2 pakcik Hassan al-banna berkenaan isu patriotik dan nasionalis ini. Sudut pandangan dan paradigmanya yang lebih luas dan menyeluruh, membuktikan dasar islam untuk semua yang dibawanya tidak langsung bercanggah dengan nasionalis dan patriotik ini. Ada sebahagian yang menyangka islam tidak ada kena-mengena dengan nasionalis dan patriotik, orang2 yang ber'semangat islam' pada satu pihak, dan orang2 yang ber'semangat patriotik nasionalis' ni pulak pada satu pihak yang lain. Lebih teruk lagi, ada sebahgian yang menyangka islam ni la yang memecahbelah kesatuan rakyat dan melemahkan ikatan pemuda2nya... salah faham yang begini amat bahaya dan utk membendung kertelanjuran salah faham yang lebih dasyat, lebih baik kita meng'clear'kan diri kita akan sikap dan dakwah kita terhadap isu patriotik dan nasionalis ini.

Terdapat macam2 jenis patriotik yang dilaung2kan.

Patriotik kasih sayang
Sekiranya patriotik yang dilaung2kan itu bermaksud kasih sayang terhadap tanah air, cinta mesra dan merasa kasih belas dan rindu padanya.So, what's the matter? Inikan memang salah satu dari fitrah kita selaku manusia. Siapa yang tak sayang dan rindu Malaysia? (kalau ada ..tipu2..) Kalau dilihat kepada sahabat2 hasil tarbiyah murobbi terhebat sendiri, Bilal yang sanggup mengorbankan segenap apa yang ada pada dirinya demi akidah dan agamanya, adalah juga Bilal yang sama merakamkan kerinduannya kepada Makkah, tanah airnya... Sedangkan nabi juga rindu dan sayang tanah airnya... kita?

Patriotik kemerdekaan
Sekiranya patriotik yang dilaungkan itu beerti kewajipan kita berkerja,berkorban seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan2 perampas2, memenuhkan tuntutan2 merdeka dan menanam prinsip2 kemerdekaan dalam jiwa anak2 bangsa, lagi sekali persoalan yang sama, apa masalahnya?... Bukankah Islam juga mendesak kita utk melakukan ini dengan bersungguh2... Kalau dilihat kepada contoh zaman berzaman ...hebatnya tentera2 Salahuddin Al-Ayyubi... tentera2 Sultan Muhammad Al-Fateh... bukankah syabab2 begini yang kita impikan akan lahir dari negara kita?



What is the difference?
Titik perbezaan antara kita selaku muslim dengan pendukung2 patriotik semata ialah, kita menganggap bahawa batas patriotik kita ialah akidah, sedangkan mereka menganggap batas patriotik itu adalah berdasarkan bumi dan sempadan geografi semata... huhuhu..

"Semua tanah yang ada Orang Islam adalah Tanah Air Islam"



inilah beza patriotik kita dan mereka...
Utk apa kita perlu sibuk2 tahu isu Palestin... kerana itu tanah air kita.. mereka saudara2 kita.... Utk apa kita perlu sibuk2 tau isu di gempa di China dan banjir di India... kerana itu tanah air kita... mereka saudara2 kita...
Utk apa kita perlu sibuk2 tau isu politik Bush di Amerika... kerana itu juga sebenarnya tanah air kita... dan mereka2 adalah saudara kita...

Matlamat patriotik kita selaku muslim juga berbeza dengan mereka,pendukung2 polotik semata... Matlamat politik mereka sekadar membebaskan tanah air, memerdeka negara mereka semata2.... tetapi kita?



Kita ada matlamat lain... kita nak mencapai tahap yang tertinggi itu... Kita ingin menyampaikan nur hidayah islam kepada semua manusia di atas muka bumi ini... Kita ingin mengibarkan panji2 Islam di seluruh pelusuk bumi ini... Kita ingin kembalikan Islam pada tempatnya... zaman kegemilangannya... kerana kita adalah khalifah-Nya...

Who is better?
Islam adalah agama "bersatu" dan "berpadu"... (--> hayati tema kemerdekaan kita ni)...
Patriotik mahupun nasionalis langsung tidak terkeluar dari juzuk2 ajaran Islam...
Siapa kita?... kita adalah muslim yang patriotik dan nasionalis... Merdeka3x!!!



p/s: patriotik-atas dasar sebidang tanah
nasionalis-atas dasar bangsa (-->tak sempat nak hurai lebih lanjut...)




"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 1 Comment

.::kempen kita::.

Dengan nama Allah yang Menciptakan Malam dan Siang...
Sebumi kasih buat bussinessman terlicik'Muhammad bin Abdullah', dan semua peniaga2 produk islam sekalian...

Assalamualaikum wbt....



sempena meng'ihtiram'kan bulan yang dinanti2 ini...

jom sahabat2 blogger Irbidku sekalian!!!

ini adalah kempen khas buat anda semua... julung2 kali diadakan...

melihatkan kepada statistik pembaca2 blog yang semakin meningkat dari saat ke saat... dan jaringan kemanfaatan dan penyampaian yang lebih cepat, mudah dan berkesan... mari kita semua blogger2 irbed sekalian bersatu tenaga, suara, idea mahupun masa utk menghidupkan suasana ramadhan di Irbed bumi tumpangan kita ini... Semoga kewujudan kita di setiap tingkap2 screen komputer manusia lain ini memberi manfaat dan mengingatkan mereka dan diri kita sendiri akan masa2 sementara didunia ni yang semakin singkat, sebelum kita semua menuju ke hari yang pasti itu...

Muslim in action

Maka utk menyahut seruan kempen AJK Ihya Ramadhan tahun ini, anda para blogger sekalian amatlah dialu2kan utk:

1)Mencurahkan sebarang idea2 kreatif berupa pantun,sajak,cerpen mahupun sebarang informasi2 berguna berkenaan ramadhan dan yang sewaktu dengannya sbg kaedah menghidupkan suasana Ramadhan kali ini. Dan jgn lupa utk menyelitkan

"sempena Ihya Ramadhan 1429H/PERMAI 2008/2009"

tidak kira di atas/bawah/tengah/tepi mana2 bahagian dalam blog anda sebagai tanda sokongan.

2)Dan sekiranya anda mengalami kesibukan memanjang dan musim kemarau idea2 utk santapan2 blog anda... anda amatlah dialu2kan utk sekurang-kurangnya meletakkan poster ini sebagai tanda sokongan dan kesatuan suara2 blogger irbid utk menyahut suruhan Allah... mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan...


JOM... bergabung!!!

p/s: sekiranya dengan suara2 blogger mampu untuk menggulingkan sebuah kerajaan, siapa tahu jika dengan suara2 blogger juga mampu menghidupkan hati yang mati dan menggulingkan hawa nafsu dan syaitan dalam diri kita ini. Ramadhan is here!!!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | 2 Comments

.:: sejarah kita::.

Dengan nama Allah yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan...
Selaut sayang buat hafiz al-Quran ter'masyi', Muhammad bin Abdullah' dan semua hafiz serta hafizah yang mengikuti jejak langkah baginda utk menghafaz kalam Agungnya...

Assalamualaikum wbt...

Sejarah adalah kisah kita...jadi

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:

“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:

وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”

Surah Hud 11: 120

Salah satu perkara yang perlu difahami oleh kita selaku orang yang mengucap 2 kalimah syahadah untuk memahami Islam adalah dengan memahami Sunnatullah. Sunnatullah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Dan sunnatullah ini merangkumi dua aspek:

  1. Sains Tulen (Sunnah Kauniyah)
  2. Sains Sosial (Sunnah Ijtima’iyyah) Otak manusia terbahagi kepada 2 hemisfera,kanan dan kiri. Otak kanan bertanggungjawab utk ilmu2 sains sosial seperti undang2, etika, bussiness dan sejarah. Bagi ilmu2 sains tulen seperti matematik, fizik, perubatan mahupun sains alam adalah dikawal oleh otak kiri. Tidak kisahlah kita ini penuntut ilmu matematik mahupun undang2 atau kejuruteraan pun.Kedua-dua bidang ilmu ini menceritakan sunnah-sunnah yang bersifat pasti dan tidak berubah zaman berzaman. Dan pastinya semua pun adalah ilmu Allah.

Ilmu perubatan termasuk dalam Sains tulen.Sekiranya kita pelajar perubatan, belajarlah bahawa fisiologi tubuh begini dan begini. Metabolismenya begini dan begini. 'Cycle' ini dan 'cycle' itu.(-->teringat biochemistry yang penuh dgn bulatan2..hehe). Bukankah ini adalah sunatullah yang sememangnya telah ditetapkan sejak dari manusia pertama, Adam a.s. Cumanya apabila kita manusia mengkaji dan mendalami akhirnya kita mula memahami ketetapan2 Allah ini. Bukan kita manusia yang menciptanya, tetapi hanyalah sekadar menjumpainya dan sekarang kita hanya mempelajarinya sahaja.

Inilah beza saintis Islam dan saintis barat. Selalu kita baca didalam buku2 teks kita, teori "...", falsafah"...", orang barat suka meletakkan nama mereka pada setiap perjumpaan baru mereka. Tapi jarang2 kita menjumpai nama2 saintis Islam kita dijadikan sebarang teori,kajian atau apa2 perjumpaan.Walaupun sebenarmnya saintis Islamlah yang sebenarnya banyak membuat kajian dan perjumpaan baharu dalam ilmu alam ketika zaman keemasan Islam dahulu. Ini kerana saintis2 Islam ini berpegang bahawa mereka hanyalah menjumpai dan mula memahami ketetapan2 Allah, jadi untuk apa mereka menamakannya sempena nama mereka. Tetapi saintis barat tidak berfikrah sebegitu.



سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا

"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

Sejarah pula termasuk dalam bidang ilmu Sains Sosial. Ia membicarakan perjalanan kehidupan manusia, bagaimana mereka berinteraksi dan bermasyarakat. 2/3 daripada Al-Quran merupakan kisah2 orang terdahulu = sejarah yang merupakan sunnatullah yang tidak berubah2 dan diceritakan supaya kita mengambil iktibar dan tidak mengulanginya. Jadi penting ke tidak penting sejarah ini?


قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُروا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Untuk benar2 mengenali dan memahami diri kita penting untuk kita mengetahui dan memahami sejarah diri kita. Jom kita tanya, Siapakah diri kita ni sebenarnya? Melayu, Malaysia, mahasiswa….

Kita adalah seorang Melayu – Sejarah Melayu hanya bermula daripada Parameswara dan mungkin akan berakhir sehingga orang terakhir berbangsa Melayu hidup diatas muka bumi ini

Kita adalah seorang rakyat Malaysia – Sejarah Malaysia bermula dari Kesultanan Melayu Melaka (1420an) sehinggalah kita mencapai Kemerdekaan (1957) dan berjaya menubuhkan sebuah negara berdaulat Malaysia (1963) dan tamat ??? tidak diketahui yang pasti tidak sampai ke akhirat kerana rasanya tiada negara Malaysia di padang mahsyar nanti...

Kita adalah seorang mahasiswa - ya! Kita adalah mahasiswa buat masa sekarang, namun seterusnya bekerja, pencen dan akhirnya mati

Siapakah Kita yang setepat2nya sebenarnya ?

Kita adalah seorang Muslim. Meletakkan diri kita yang terpenting untuk mewakili diri kita. Ya, kita sememangnya seorang mahasiswa Melayu, seorang rakyat Malaysia. tetapi kita adalah seorang muslim sebelum kita adalah lain2...

Pelajar yang Muslim atau Muslim yang belajar

Apabila kita meletakkan diri Kita sebagai seorang Muslim – Sejarah Islam bermula sejak daripada Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah(-->manusia pertama ni!) , seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w (-->semua pun muslim) sehinggalah ke akhirat yang abadi nanti...

Konklusinya...
Sekiranya kita nak kenal diri kita, wajiblah kita mengetahui dan memahami sejarah diri kita.. Oleh kerana kita adalah muslim, wajiblah kita mengetahui dan memahami sejarah islam dulu hingga kini... Sekadar peringatan buat diri dan rakan2... penting untuk kita faham kenapa kita membaca dan belajar tentang sejarah dan sirah ini... Sesiapa yang tidak minat sejarah, anda perlu belajar untuk minat kerana sejarah umpama peti harta karun yang tersorok didlam bekas tinggalan kapal karam.. hehehe... luv history!!!


"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | Leave a comment

.::Hero kita::.

Dengan nama Allah yang Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu...

Salam sayang buat Al-amin...'Muhammad bin Abdullah' dan muslimin serta muslimat yang turut mencintai al-amin ku ini...

Assalamualaikum wbt...

Demi mengembalikan ingatan kita sebagai umat Muhammad ia3ni umat terpilih, umat pertengahan ini tentang tokoh2 pejuang islam yang hebat2... Mereka2 yang sanggup meyerahkan seluruh diri untuk mengembalikan islam pada tempatnya yang hakiki... Mereka yang dah leburkan diri dengan dakwah... sehingga boleh kita katakan mereka adalah dakwah dan dakwah adalah mereka...JOM kita review sejarah hidup salah seorang tokoh ikhwan ini... Selamat mengambil iktibar dan semangat...

Sheikh Muhammad al-Ghazali (Pelita Islam zaman Moden 1917-1996)

ghazali.gif
Muhammad Al-Ghazali dilahirkan hari Sabtu, 22 September 1917 M /5 Zulhijjah 1335 H, desa Nakla al-Inab, kawasan Itai al-Barid, Wilayahi al-Buhairah, Mesir. Beliau anak pertama dari tujuh bersaudara, tumbuh dalam keluarga yang sederhana. Al-Ghazali merupakan nama yang diambil ayahnya dari Imam Abu Hamid al-Ghazali (Hujjatul Islam), dengan harapan semoga anaknya kelak seperti Imam Ghazali. Ayahnya seorang pedagang, taat beragama, pengikut tarekat sufiyah dan hafiz al-Qur’an. Sebagaimana yang dikatakan Ibnu Khaldûn dalam bukunya Mukaddimahnya, “al-Rajulu Ibnu Bi’atihi”, seorang adalah anak zaman dari lingkungannya. Hal ini juga terjadi pada diri Muhammad Ghazali. Disebabkan ayahnya seorang hafiz, maka beliau pun didik sejak kecil untuk menghafal al-Qur’an dan ketika belum genap berumur sepuluh tahun (baca: masih duduk dibangku sekolah dasar) beliau sudah hafal al-Qur’an secara keseluruhan.


Pendidikan Muhammad Ghazali pertama kalinya diawali dengan belajar di Kuttab (Sekolah Rendah) yang ada di desanya selama 6 tahun, setelah itu beliau melanjutkan pendidikan menengahnya di Ma’had Ad-diny – cabang Azhar- Iskandariyah dan menyelesaikan pendidikannya itu pada tahun 1932 M. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan Tsanawiyah di ma’had yang sama dan selesai tahun 1937 M/1357 H. Mulai saat inilah bakat dan perhatiannya terhadap dunia dakwah mulai muncul, terlebih setelah beliau mengikuti pengajian Hassan al-Banna yang dilakukan selesai solat maghrib. Kemudian beliau melanjutkan pendidikannya di Universiti Al-Azhar Kaherah dan meneruskan pada tahun 1941 M/1361 H di Fakulti Ushuluddin dan menyelesaikan masternya di jurusan Ad-dakwah Wa al-Irsyad tahun 1943 M/1363 H. Beliau bernikah ketika masih menjadi mahasiswa dan memiliki sembilan orang anak. Namun, yang dapat hidup bersamanya tujuh orang, dua orang laki-laki dan lima orang puteri.

Muhammad Ghazali sibuk mengajar dan berkhutbah sejak masih menjadi mahasiswa. Dan ketika selesai menempuh peringkat ijazah, beliau diangkat menjadi imam dan khatib di masjid ( al-‘Atabah al-Khadhro’ ) di pusat kota Kaherah. Disebabkan beliau sudah terlatih dalam berdakwah dan khutbah sehingga Departmen Kementerian Wakaf memposisikannya sebagai pengawas dan Pengarah kemasjidan ( 2 Julai 1971 ), dan menjadikannya staf kementerian wakaf dalam hal yang berkaitan dengan dakwah islamiyah ( 8 Mac 1981 ).

Ayah dari dua orang putera dan lima orang puteri ini tidak hanya berdakwah dan mengajar di Mesir sekitarnya saja, namun pernah juga menjadi dekan di beberapa universiti Saudi dari tahun 1974-1981 M, dan pernah juga ke Qatar dan menjadi dosen di beberapa universiti pada 1982- 1985 M. Dan pada tahun 1985-1988 beliau diminta menjadi dekan di Universiti Amir Abdul Qadir.

ghazali2.gif
Muhammad Ghazâli sangat terkesan dengan keperibadian beberapa tokoh. Diantaranya, Hasan al-Banna, pengasasi al-Ikhwan al-Muslimun. Disamping beberapa tokoh lainnya, seperti Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Muhammad Abndullah Daraz, Syeikh Abdul ‘Azim al-Zurqoni dan Syaikh Muhammad Abu Zahroh.

Pemuda dari Nakl ‘Inab ini penah dipenjara ketika terjadinya kekejaman dan fitnah pada kelompok Ikhwanul Muslimun. Beliau dipenjara tahun 1949 di bilik al-Thour dalam penjara “Thurroh”, selama disoal-siasat beliau selalu bersama Imam Syahîd Hasan al-Banna.


Muhammad Ghazâli seorang Dai

Ketertarikan Muhammad Ghazali terhadap Imam Syahid Hasan al-Banna membuatnya ingin mengikuti jejak perjalanan lelaki karismatik tersebut. Tidak hanya sampai disitu, pemuda dari pwilayah Buhairoh ini pun mempelajari metode dakwah dari pemimpin pergerakannya. Maka Tidak hairan jika seluruh umurnya digunakan untuk berdakwah. Pelbagai tentangan terus dihadapinya, dari mengingkannya untuk ikut bergabung – tidak hanya sekali- dengan partai yang berkuasa pada saat itu sampai hal yang menjerumuskannya ke dalam penjara (1949 M).

Kaedah Dakwah Muhammad Ghazali

ghazali4.gif
Sebagai dai yang berbakat, pemuda kelahiran 22 September ini tentu memiliki beberapa instrument dalam menyampaikan dakwahnya. Diantaranya:

a. khutbah

Alumni Azhar jurusan Dakwah Wa al-Irsyad ini mulai menekuni bakat dakwahnya sejak menjadi mahasiswa ijazah lagi. Dengan begitu berbakatnya, sehingga beliau pernah dilantik menjadi Pengarah Kemasjidan yang sudah pasti selalu berkaitan masalah khutbah. Muridnya, Syeikh Yusuf Qaradhawi, menggambarkan cara dakwah beliau dalam buku yang membahas tentang dirinya. Beliau mengatakan: “Awal pertama kali aku mendengarnya ber-khutbah ketika beliau baru keluar dari Penjara al-Thour sampai sekarang tidak pernah menagalami perubahan. Beliau selalu menggunakan topik yang hangat dan ilmiah. Dalam menjelaskan suatu permasalahan beliau selalu akar masalah sampai solusinya. Al-Qur’an merupakan dalil utama beliau dalam membahas suatu topik, sehingga ketika mendengar ayat-ayat Ilâhi tersebut seolah-olah ayat itu dikarangnya sendiri dikarenakan fasihnya lidah dan penjelasan beliau terhadap kalam ilâhi tersebut. Ketika membaca hadits Rasululullâh beliau selalu menjelaskan posisinya. Bahasa yanag digunakannya ketika berdakwah penuh dengan estetika dan selalu menjaga gramatikalnya sehingga tidak perlu lagi pada pensyarahan ataupun peneletian terhadap apa yang didakwahkannya. Bahasa yang digunaknya selalu sesuai dengan kondisi orang yang sedang mendengarnya sehingga tidak perlu lagi untuk melihat kamus ataupun mencari-cari arti yang disampaikannya. Ketika beliau melihat suatu hal yang bersifat kemungkaran, metode yang digunakannya untuk menghilangkan hal tersebut selalu menggunakan bahasa yng sopan tanpa menyinggung orang yang melakukan kemungkaran tersebut sehingga dakwah yang disampaikan mempunyai pengaruh.

b. Buku

Mantan seketriat majalah mingguan “al-ikhwan” ini tidaknya hanya menggunakan cara khutbah saja dalam menggunakan dakwah, beliau juga menggunakan pena sebagai salah satu alat untuk pengembangan dakwah islamiyah. Karyanya lebih dari 60 buku dengan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Diantaranya, al-Islam Wa al-Audho’I Wa al-Iqtishad, al-Islam Wa al-Minhaj Wa al-Isytirâkiyah, Turâtsuna al-Fikrî Fî Mîzâni al-Syar’i wa al-’Aql. Bahasa yang beliau gunakan penuh dengan estetika dan keotentikannya. Dr. Yusuf Qaradhâwi sendiri mengakui keindahan bahasa beliau, sehingga mengibaratkannya seperti pedang Khalid Bin Walid ataupun Shalâhuddîn. Bahasanya begitu tajam dalam mengatasi kemungkaran dan begitu kuat dalam mempertahankan kebenaran. Beliau tidak pernah gentar dan takut dalam membahas sesuatu hukum, namun semua itu penuh dengan bahasa sopan dan teratur.

c. Media Massa

Media massa merupakan caranya yang pertama kali dalam mengembangkan dakwah selain tulisan. Beliau tidak hanya menjadi kolumnis di majalah mingguan “al-Ikhwan” saja. Pengagum Hasan al-Banna ini pun juga rajin mencoretkan tintanya di majalah “al-Mabâhis” setelah keluar dari tumah tahanan tahun 1949. Selain itu, beliau juga rajin menulis di majalah “al-liwa’ al-Islami”, Mesir, dan majalah “al-Ummah”, Qatar, selama enam tahun yang akhirnya diberhentikan tanpa ada pemberitahuan.

Disamping sebagai kolumnis, beliau juga memiliki ruangan khusus wawancara di majalah “al-Ummah” seputar masalah hukum-hakam islam. Maka, tidak hairan jika pengasas Ikhwanul Muslimin melayangkan surat tanda kekagumannya terhadap artikel beliau dalam salah satu ruang di majalah “Ikhwan” yang memberikan idea positif terhadap pergerakan Ikhwânul Muslimin dan terus memberinya peransang untuk tetap semangat dalam mencoretkan tintanya demi meninggikan syiar dakwah islamiyah.

ghazali3.gif

Hari Jumat petang, tepatnya tanggal 9 Mac 1996/17 Syawal 1416 H “kurnia Allah” ini dipanggil kepangkuan-Nya. Ketika itu beliau sedang barada di Auditorium Raja Fahd dalam acara seminar pendidikan dan kebudayaan. Ada suatu hal yang mengagunkan, beliau masih sempat menuliskan beberapa catatan untuk membela dan mempertahankan agama Islam. Dan dikuburkan di pemakaman depan kiri masjid Nabawi, pemakaman Baqi’, Madînah al-Munawwarah.

Inilah profil seorang mujaddid islam yang memiliki semangat yang tinggi dalam menyebarkan dakwah islamiyah. Semoga ini mampu menjadi qudwah bagi para aktivis dakwah untuk selalu menebarkan dakwah dari segala sisi tanpa pernah takut terhadap rintangan yang datang.




"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Bumi ini..

Dengan nama tuhanku yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa...
Salam rindu buat nabi terakhir 'Muhammad bin Abdullah' manusia berotak genius dan "homo-islamikus"= manusia2 islam sekalian...

Assalamualaikum wbt... kif halkum jame3an?

Lagi 7 hari Genap setahun saya berada di bumi barakah ini. Masih segar di ingatan kali pertama menjejakkan kaki ke tanah yang sama dipijak oleh nabi2 terdahulu ini. Tanah yang tidak sama dengan tanah2 lain. Sebelum terbang kesini lagi, macam2 kisah benar, cerita, khabar angin, fakta, pengalaman org yang dah mencecah ke telinga saya ini. Tapi lampu isyarat di otak saya selalunya merah, tidak mudah utk mem'benar'kan mana2 jenis maklumat sebelum saya benar2 yakin dengannya... keyakinan terhadap sesuatu akan lahir samaada dengan cara saya memperoleh ilmu ttgnya melalui perkhabaran= "ilmu yaqeen" ataupun keyakinan yang lebih mantap apabila saya melihat dan menyaksikannya sendiri= "ainul yaqeen" dan lebih hebat lagi apabila saya sendiri yang benar2 merasainya="haqqul yaqeen"

Banyak perkara tentang tanah Islam Jordan ini yang tidak seperti yang saya gambarkan. Jujurnya,saya membayangkan kehidupan yang lebih buruk. Namun, seinfiniti kesyukuran nikmat Allah itu tidak terhad dan sentiasa berlimpah ruah. Walaupun Jordan tidak sebersih dan secantik Malaysia ataupun UK negara yang saya impi2kan utk menyambung pelajaran, Jordan punya keistimewaannya tersendiri.Mungkin hari ini, sedikit perkongsian tentang jordan dari kaca mata dan retina saya.

promotion?
Sebelum nak 'promote' Jordan ni... sedikit peringatan utk semua.sedar tak? Kita selaku manusia ini memang secara semulajadinya bersifat mem'promote'. Apabila kita tahu atau memiliki sesuatu yang baik dan bagus, tidak dapat tidak kita suka memberitahunya kepada orang lain. Sifat fitrah inilah yang dikurniakan Allah utk kita meneruskan kerja2 nabi dan org2 terdahulu utk memastikan Islam kembali ke puncak dunia dan menjadi ikutan semua. Melihat kepada situasi umat islam kini, memang susah utk kita melancarkan "Dasar pandang ke Islam" dan mempromote kecantikan dan perasaan 'best'nya menjadi muslim ini. Tak dinafikan, kalau kita betul2 nak 'iklan' dan 'jual' Islam supaya semua orang atas muka bumi ini membeli dan menggunakan produk Islam je, setiap orang dari kita kena bangun dan mula buat kerja. Produk barat makin hari makin laku, apa lagi pemudi2 islam... mari kita memperlengkap diri dan membangunkan yang lain... Cukuplah tidur tu wahai iman...BANGUN dan BERGERAK yok!!!


Kerajaan Hasyimiah Jordan merupakan sebuah negara berbahasa rasmi Arab yang terletak di Asia Barat bersempadankan Iraq,Syria,Palestin dan Arab Saudi. Gelaran Hasyimiah yang diguna pakai itu katanya kerana raja Jordan ini mempunyai susur galur keturunan dengan bani Hasyim keluarga nabi kita yang tersayang. Jordan pastinya bukan seperti Malaysia yang dikelilingi oleh lautan, negara ini hanya mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan teluk Aqabah. Maka, amatlah susah utk kami yang tinggal disini utk menikmati makanan2 laut yang pelbagai spt di Malaysia. Ikan2 tanpa kepala,tak pun sardin yang telah di'sardin'kan. Kerang, lala, ketam, udang, sotong usahlah dimimpi. Mungkin satu hari nanti Malaysia perlu belajar cara2 men'yardin'kan makanan2 laut yang lain utk dieksport ke negara2 benua ni. Bersyukurlah sahabat2ku di sana, sesungguhnya benarlah kita di Malaysia ini hidup mewah... zon selesa...



Setiap manusia punya kebaikan dan kecantikan tersendiri. Cuma kadang2 tersorok kabur pabila diliputi dengan keburukan yang terlebih2. Satu perkara yang sangat istimewa ttg Jordan ini ialah situasi2 dan orang2nya yang sangat hampir dengan situasi2 di dalam Quran mahupun hadis. Manakan tidaknya bukankah Al-Quran dan hadis itu sendiri diturunkan kepada orang2 Arab ini? Sesungguhnya hebatnya bangsa arab atau mana2 bangsa atas muka bumi ini hatta bangsa melayu sendiri, hanyalah disebabkan Islam. Tanpanya we are so nothing...

Ketika sejak di Malaysia lagi, sering saya tertanya2 mengapalah ayat2 ini diturunkan? Kenapalah benda ni juga yang Allah highlightkan? Mengapalah perkataan ini yang digunakan? Kenapa pula Allah guna perkataan yang berbeza2 tetapi maknanya sama sahaja?... Macam2 persoalan yang menerjah ke otak ini pabila menilik satu persatu kalam suci Allah ini...

Betullah kata orang "Sesiapa yang ingin menguasai ilmu dunia perlulah menguasai bahasa Arab". (-->sedang berusaha menguasai bahasa syurga ini skrang.doakan saya shabat2!). Dan tidak boleh tidak ada 2 sebab mengapa kita perlu hormat kepada bangsa dan bahasa Arab ini. Pertamanya kerana nabi Muhammad yang kita hormati lahir dari bangsa ini. Keduanya Al-Quran kata2 Allah ini juga diturunkan dalam bahasa ini... Utk shabat2 di Malaysia mahupun mana2 bhgn bumi di dunia ni, silalah benar2 cuba mencari peluang utk belajar bahasa hadis ini. Sekiranya kita betul2 hendak dan berusaha, insyaallah Allah akan membuka jalannya... Believe this!


Bayangkanlah betapa mudahnya, apabila kita tak faham sesuatu perkataan tak payah susah2 buka kamus 'ba-bi 'ke 'ba-bm' ke mahupun 'ba-ba', (-->kadang2 kalau bukak kamus pun maksudnya tak sampai/tak sesuai dgn penggunaan ayat), hanya perlu buka mulut dan bertanya kepada sahabat2 arab kat sekeliling kita.(-->kat dalam bas pun boleh) 'kamus bergerak'.Namun sebenarnya ramai je orang2 arab yang tak faham bahasa Arab sendiri, sbbnya kebanyakan diorang menggunakan bahasa Arab Ammiyah ia3ni bukan bahasa baku=bahasa Quran. Ala2 loghat2 negeri kat Malaysia... ada loghat Kelantan, Perak, orang2 Utara dan sewaktu dengannya. Jadi sila rujuk kepada sahabat2 yang terdidik dengan bahasa Fushah baku sekiranya memerlukan jawapan yang memuaskan hati. Patutlah pakcik Hassan al-Banna mewasiatkan supaya perbanyakkan bercakap dalam bahasa Arab Fushah. (--> saya pun nak mewasiatkan sahabat2 loghat lain, perbanyakkan bercakap bahasa Melayu asli yek..hehe..) Pabila melihatkan sahabat2 Arab yang bercakap dengan bahasa Arab ini sejak kecil pun tak faham bahasa Arab memang agak menyedihkan hati dan seluruh organ2 dalaman yang lain.

Pokok2 disini pokok2 yang disebut didalam Quran... Haiwan2 disini juga semua haiwan2 didalam Quran... Sejarah2 disini juga, sejarah2 dari al-Quran juga. Tak tahulah macamana nk mengambarkan persamaan yang sgt2 lah sama ini. Senang tulis, Perasaan nak mentadabbur Quran disini dan Malaysia memang berbeza. Bukan niat di hati utk men'jeles'kan, sahabat2 di selain negara Arab, tapi sekadar mempromote kepada semua yang ingin mendalami Al-Quran utk singgah melawat ke negara2 Arab ini.(--> tidak tertakhluk kepada negara Jordan sahaja)

kenderaan terhebat
Contoh terdekat kita boleh tengok kepada haiwan berbonggol ia3ni si Unta sahaja. Tahukah anda betapa banyak ayat Quran mahupun hadis2 yang menyebut ttg unta. Ada unta merah la... unta mengandung 9 bulan la.. unta baby la.. unta ini dan unta itu.. macam2 jenis unta dengan penggunaan bahasa arab yang berbeza2... sehinggakan Allah berfirman didalam Quran utk kita memperhatikan kejadian unta ini.
" Maka tidakkah mereka memerhatikan unta,Bagaimana ia diciptakan?" (al-ghasyiah88:17)

Teringat satu hadis berkenaan wanita tapi ada menyebut tentang unta ini...

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan kupandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian" (Riwayatmuslim)

Didalam hadis lain Rasullullah bersabda:

"Wanita-wanita mereka berpakaian tetapi bagaikan bertelanjang, di atas kepala mereka bagaikan bonggol unta yang lemah dan kurus, laknatlah mereka kerana sesungguhnya mereka itu terlaknat"



Spesifiknya ciri2 unta didalam hadis ini, unta yang lemah dan kurus. Bayangkanlah bagaimana ciri2 unta yang lemah dan kurus ini. susahkan? Inilah untungnya disini, pandang kiri kanan sementara nak ke universiti pun boleh nmpk unta.. Nak ditambahkan garam gula cerita memang wujud pun fesyen pakaian perempuan2 arab yang sengaja meninggikan sanggul dikepalanya disini. (--> yang bertudung tau dan memang nmpaklah seperti yang digambarkan didalam hadis nabi itu) Susah nak nmpk fesyen2 ini dikalangan orang2 islam kat Malaysia.. Rapat tak rapat situasi disini dgn hadis...

Kaum hawa
Selain itu, situasi di Jordan yang amat memuliakan kaum hawa sememangnya suatu perkara yang diidam2kan oleh sesiapa yang termasuk dalam kategori ini di mana2 jua. Walaupun tidak dinafikan sudah masuk pun dakyah2 yahudi untuk mengunakan 'female' dan 'sex' sbg salah satu cara menjatuhkan umat islam disini. Namun saya kira mungkin kerana adat dan budaya islam yang sememangnya telah tertanam kukuh dikalangan bangsanya menyebabkan kaum hawa amat di'hormati' disini. Satu perkara yang amat 'best' disini ialah suasana di dalam bas, dimana ia adalah menjadi adat utk tidak membenarkan kaum hawa berdiri. Kaum Adam yang pastinya lebih kuat akan dengan rela hatinya bangun utk memberikan tempat duduknya sekiranya tempat duduk sudah penuh. Mungkin perbuatan ini sekadar adat sahaja atau mungkin mereka benar2 menghormati kaum yang melahirkan mereka dan bakal melahirkan anak2 mereka ini.




Seringkali sahaja ada ramai kaum Adam yang turun daripada bas ataupun rela berdiri apabila tinggal hanya satu tempat duduk bersebelahan dengan wanita didalam bas. Kagum dengan mereka2 yang benar2 hendak menjaga diri ini. Namun saya lebih kagum dengan satu peristiwa dimana seorang wanita Arab yang bangun,turun daripada bas smbil menyatakan ketidakpuashatiannya apabila konduktor bas mengarahkan seorang lelaki duduk disebelahnya. Betapa hebatnya dia mempertahankan prinsip yang dipegangnya. A very good lesson for me..


Makan luar
Kedai2 makan disini juga pastinya berbeza. Kebanyakan kedai makan akan menyediakan tempat2 makan yang diasingkan antara lelaki dan wanita. Kaum wanita makan di tingkat atas dan kaum Adam di bawah. Ada juga ruangan khas utk keluarga dan pasangan. Sekiranya tiada tempat makan utk kaum wanita, maksud tersiratnya ialah " anda kaum wanita di'galak'kan utk makan bungkus di rumah". Mungkin satu hari nnti kedai makan sebegini boleh dibuka di Malaysia utk mengurangkan gejala2 sosial yang bermula dengan melepak dikedai2 makan. (--> teringat kat dewan makan asrama dulu pun makan asing je laki dan perempuan kan?)
Kadang2, saya tidak puas hati juga apabila terdapat sesetengah kedai makan yang mencampurkan kawasan pasangan dan wanita. Kasihan kepada wanita2 Arab yang ramai juga berpurdah merasa terganggu utk aktiviti makan mereka. (--> kebanyakan wanita2 lain pun tak suka bila ada pasangan2 di kalangan mereka). Pandangan ini ditulis dari sudut pandangan dan adatbudaya jordan, bukan Malaysia.Harap maklum.


Senjata Muslim
Orang2 Arab juga sangat sentiasa melazimi berdoa dalam ucapan mereka. Doa merupakan senjata utama orang islam.Doa seorang muslim kepada muslim yang lain. Betapa tenang hati dan sedap telinga mendengar ucapan2 doa yang dikatakan. Dalam hati tidak lekang menyebut "ameen"3x.Bukanlah doa2 panjang, mathur dari Quran yang perlu dihafaz itu yang saya maksudkan. Sekadar doa2 spontan yang boleh disebut oleh sesiapa sahaja dalam bahasa masing2. (-->cumanya bila orang Arab sebut dalam bahasa Arab, rasa macam doa2 Arab yang kita hafaz tu pulak...hehehe..). Tidak kisahlah bahasa apapun, yang penting intipatinya adalah permohonan kepada tuhan..Rabbuli3zzati. Saya lebih suka menggunakan bahasa Melayu bg mereka yang tidak faham bahasa Arab, insyaallah lebih terkesan di hati.


Doa2 yang sering diucapkan oleh mereka adalah:
Allahu yusalmik/ Salamatik = Semoga Allah menyelamatkan/ menyejahterakan kamu
Allahu yubaarik fiiki/Baarakallahu fikki = Semoga Allah memberkati kamu
Allahu yujzikkil khair/ Jaazakalluhu khair = Semoga Allah membalas jasa kamu dengan kebaikan
Allahu yusahil alai3ki= Semoga Allah memudahkan urusan kamu


Macam2 lagi pandangan hidup, pengalaman manis pahit saya disini. Memandangkan entry kali ini saya rasa sudah cukup panjang. InsyaAllah boleh disambung dilain hari...



"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in | Leave a comment

Project masa cuti..

Dengan nama Allah yang Maha Berkehendak lagi Maha Berkuasa...
Sentiasa kulayangkan salam sayang buat si Dia 'Muhammad Bin Abdullah' di bulannya Sya'ban yang mulia serta semua "sodiqqin" dan "sodiqaat" sekalian...

Assalamualaikum wbt...

Sememangnya bohong sekiranya saya mengatakan hati ini langsung tidak terasa sunyi dan sayu dengan kepulangan sahabat2 dikasihi ke tanah air.Mengenangkan niat di hati ingin menghulurkan bantuan dan berkorban demi adik2 junior yang bakal tiba saya gagahkan jua hati dan seluruh jasad pinjaman ini utk memaksimumkan setiap detik dan desah nafas yang ada sepanjang cuti ini supaya tidak terbuang begitu sahaja.Semoga berjaya kepada saya!

my first project
Alangkah syukurnya rasa hati mengenangkan 'projek pertama masa cuti' telah diizinkan oleh Allah untuk berjalan dengan sempurna malah meninggalkan segunung pengalaman manis bersama selautan ilmu kehidupan yang sedikit sebanyak dapat menambahkan iman dijiwa. Dengan ruang dan peluang yang ada disini, mungkin satu perkongsian dari saya walaupun secawan kopi adalah amat bermakna (--> kata2 abusaiful... but it's true and really agree with it)

Ikatan paling kuat
Terkenang awal2 pengenalan antara saya dan Amani. Seorang sahabat Arab yang amat sopan dan sentiasa berkata2 yang berunsur nasihat. Sangat terpancar darinya rasa 'izzah' dengan islam yang dianutinya dan amat rapat dengan al-Quran panduan kita. Amani saya kira mempunyai tarbiyah keluarga yang mantap dan perasaan islam milik semua, membuatkan saya amat selesa dan mudah untuk timbul rasa ukhwah islamiah dan sayang kepadanya, tidak seperti sahabat2 Arab yang lain. Dua benua,dua bangsa,dua bahasa,dua budaya,dua jiwa,... namun kerana satunya akidah dengan satu silibus... al-quran menyatukan lagi hati2 kami. Benarlah, sesungguhnya hanya Allah yang memegang hati2 manusia dan hanya dialah yang mampu menyatukannya...

Sahabat al-Quran
Pertemuan demi pertemuan setiap hari isnin dan khamis semata2 untuk bertadarus bersama2 ditambah dengan satu keazaman utk mengkhatamkan dan mentadabbur kitabNya, akhirnya melangkah satu tapak kehadapan dengan ziarah ringkas saya ke rumahnya. Rancangan awal sejak sebelum saya menghadapi peperiksaan akhir tahun ini akhirnya tertunai dengan bermulanya kembara saya ke terataknya yang berada jauh diperkampungan2 Arab (-->kawasan syari'3 jame3ah yang saya duduki sekarang ini berada didalam kategori bandaraya) bertemankan sahabat karib yang tercinta... (-->thanx,dear!!!)

Kembara bermula
Seawal 11 pagi seusai menghantar sahabat2 yang pulang ke Malaysia pada 2 hari lalu dengan lambaian dan pelukan 'bakal kerinduan', dengan lafaz bismillah kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke mujamma3 syeikh khalil (-->inilah stationbus utk ke universiti setiap hari) dimana Amani bakal menyambut kami utk dibawa ke rumahnya. Betullah seperti yang dikatakan kepada saya sebelum ini, rumahnya sangat jauh dari bandar dan universiti pastinya.
Dari mujamma3 syeikh khalil, kami mengambil bas seterusnya ke mujamma3 aghwar yang merupakan pusat pengumpulan banyak perkampungan2 disekitarnya... perjalanan selama kira2 1/2 jam ini diteruskan dengan menaiki bas seterusnya menuju terus ke perkampungannya, KufurAbel.Memandangkan jasad keletihan ditambah dengan mata yang merayu2 minta berehat, perjalanan lebih kurang 1jam suku ke perkampungannya diisi dengan aktiviti qailullah utk mengecharge tenaga yg bakal digunakan, sementara Amani tidak lekang dari bibirnya dari ayat2 suci Kalam Allah.



Malas ke universiti
Betapa saya rasa sgt bersyukur dgn lokasi rumah tidak seberapa yang saya duduki sekarang. Amatlah mudah dan sebentar masa diambil utk ke universiti.Sedih mengingatkan masih lagi wujud dikalangan mereka2 yang ditaja ini sengaja utk tidak ke universiti... sedangkan masih terdapat ramai yang sangup merentas beratus2 km semata2 utk hadir ke kelas mengutip seberapa banyak ilmu yang bertaburan di universiti itu. Setiap hari, Amani memerlukan JD1.75 untuk perjalanan 3 bas pergi ke universiti sahaja.Belum digandakan utk perjalanan pulangnya. (-->utk tambang je jd3.50) Hendak dibandingkan dengan JD0.35 x2= JD0.70 perjalanan pergi balik kita, itupun sudah puas merungut kerana harga tambang kian meningkat (--> dulu first2 datang jd0.25 je)... rayu punya rayu,alhamdulillah dapat naik biasiswa. Semoga kenaikan ini tidak melalaikan kita kepada orang2 lain yang selayaknya.


Utk menambahkan lagi rasa malu kepada diri saya sekiranya malas utk ke universiti, bas yang dinaiki Amani setiap hari akan pusing mengelilingi pekan kecilnya beberapa pusingan sehinggalah semua kerusi penuh sebelum meneruskan perjalanan ke mujamma3 aghwar. (--> semata2 nak jimat minyak). Alangkah kuatnya Amani! Sekiranya kelas bermula pukul 8pg, Amani perlu keluar dari rumah pada pukul 6pg(2 jam lebih awal). Sentiasa Amani mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan kita utk belajar adalah perjalanan kita utk ke syurga. Bersusah didunia sahaja,usah risau kerana Allah akan mudahkan di akhirat nanti. Mungkin inilah rahsia petua yang dipegang oleh Amani demi mencapai martabat orang berilmu itu.

kebanyakan perkampungan2 di jordan hanya mempunyai satu hospital kecil dengan kakitgn hanya seramai 1 doktor, 1 doktor gigi, 1 jururawat dan 1 pharmacist utk menampung bilangan penduduk yang ramainya berkali ganda.

Tentatif ziarah
Melangkah masuk melalui pintu gerbang gergasi Bait Amani, kami disambut dgn gelak ketawa adik2 Amani yang seramai 5 org. Merekalah sahabat2 baik kami sepnjg 2hari disini.. (--> really miss u all...bara'ah,lamis,namaraq,khadijah dan amin) Amani merupakan anak sulong drpd isteri kedua ayahnya. Selepas isteri pertama meninggal dunia, semua anak2 hasil pernikahan awal ayahnya tinggal bersama ibu Amani. Kagum dengan kehebatan ummu Amin ini(-->nama satu2nya anak lelaki ibunya). Benarlah anak2 yang mantap dari ibu yang mantap.Istilah ibu atau ibu tiri tiada bezanya dirumah ini. (-->teringat kisah2 fairy tale dengan ibu tiri yang tidak adil).



Demi menyambut tetamu kehormat dari luar negara ini, semua abang dan ayah Amani tinggal dirumah kaum kerabat mereka. (-->PERHATIAN...Dikampung2 Arab, kaum kerabat adalah jiran2 belaka...) Pastinya ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dan keselesaan yang teramat bagi kami. Mudahnya apabila semua orang faham dan sefikrah.

Amin si bongsu yang sangat petah dan banyak mulut.Rindu dengan ragamnya yang mencuit hati

Bukti tarbiyah usrah Amani yang mantap, kami sentiasa berjemaah utk setiap waktu solat dan bertadarus seusainya. Teringat bacaan si kecil Khadijah(7 tahun) yang mem'volunteer'kan diri utk membaca surah Lukman(-->kerana sudah menghafaznya di madrasah). Mungkin rasa tercabar melihat kakak2nya yang lain, masing2 telah memperdengarkan suara utk tadarus surah al-baqarah sebelum itu sedangkan dia belum. Oleh itu, menawar diri mengikut kemampuannya.Kagum dengan keberanian si cilik ini.

Khadijah,Lamis dan Namaraq sudah seperti adik2 sendiri

Aktiviti Petang
Petang itu kami berjalan di lorong2 kampung Abel yang penuh dengan pokok2 zaitun ini menuju ke rumah Kakak Amani,Sukainah yang boleh dikatakan masih didlam tempoh ber'pantang', tidak berapa jauh dr situ. Demi utk melawat "bubu"(baby) kembar, Naba' dan Saba' pasangan comel yang baru sahaja 2 bulan menghirup udara bumi ini. Dan mengikut tradisi Arab, mereka yang melawat ibu yang baru lepas bersalin akan dihidangkan dgn sejenis minuman khas yang dinamakan 'kirfah'. Kirfah adalah air teh yang ditambah dengan kacang2+kelapa+bunga2an. Reseptor2 rasa pada lidah saya masih terngiang2 lagi rasa air kirfah yang diminum itu.

Si kembar dari al-quran, Saba' dan Naba'

Pokok 'raihan' adalah sejenis pokok yang berbau harum dan segar!

Malam hari

Pada malamnya, kami berbual2 di beranda rumahnya menikmati angin perkampungan malam yang lembut sambil menikmati buah anggur yang baru dipetik dari laman belakang rumahnya. Dengan keletah si kecil Amin yang banyak idea dan petah berbicara amat menghiburkan hati. (-->bahasa arab si kecil ini agak sukar difahami,jadi akak2nya secara tidak langsung menjadi jurucakap tidak rasminya...so cute!... teringat beria2 dia mengajak kami melihat dajaj=ayam peliharaannya yang sudah bertelur, namun masa tidak mengizinkan... maaf Amin! lain kali yek, Amin bawak akak..)

Malam itu, mereka mengajak kami mengadakan pertandingan kuiz. Siapa yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah. 1 hadiah utk 1 soalan...(--> hadiah2 ini adalah bargn2 comel milik mereka yang sememangnya akan diberikan terus kpd kami. Terharu apabila Khadijah sangup mengorbankan anak patung barbie doll mainannya utk diberikan kepada saya.. hehe..tak sampai hati nak ambil...). Awalnya bimbang juga hati ini, soalan2 apalah yang ingin ditanyakan oleh kanak2 ini nanti. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan 3 orang peserta setiap satu. Saya dan sahabat saya pastinya berada dalam kumpulan yang berlainan (-->kawan jadi lawan ni..hehehe). Dan ini sememangnya masa yang paling gembira sepnjang kami disana. Kami dikehendaki membuat soalan2 utk ditanya kepada kumpulan lawan berkisar tentang islam, tidak kisah samada asbab nuzul ayat al-quran, hadis, sirah nabi dan sahabat dan juga doa2... Ya Allah, betapa kagum dengan semua kanak2 ini. bukan calang2 soalan yang mereka keluarkan, terasa amat beza ilmu antara saya yang berumur 18 tahun, 2x ganda umur mereka ini... Alangkah gembiranya sekiranya semua kanak2 di Malaysia yang berumur dalm lingkungan 7-11 tahun ini mempunyai pengetahuan agama yang mantap seperti kanak2 arab ini. (--> sesuatu perlu dilakukan dengan sistem pembelajaran Malaysia ini... so exam-oriented n sekular!)

Selepas makan tghmalam, kami tidur di tingkat atas rumah mereka yang terbuka bersama semua kakak2 Amani (--> tradisi org Arab Jordan tidur kat luar rumah pada musim panas... perhatian kawasan rumahnya tertutup dengan pokok2 tinggi dan pintu gerbang gergasi ditambah dengan jarak rumah2 jiran yang agak jauh, maka tiada masalah utk kaum hawa ini tidur diluar rumah..)


Dipendekkan kisahnya, kami berangkat pulang keesokan pagi ditemani oleh Amani. Setelah beberapa pusingan mengelilingi kampung Abel didalam bas menunggu bas penuh(--> amat menguji kesabaran), banyak sunguh perbezaan yang dapat saya perhatikan dalam kehidupan mereka ini. Sesungguhnya patutlah nabi Muhammad dahulu dihantar oleh ibunya utk tinggal di kampung bersama ibu susuannya. Biah perkampungan arab ini benar2 berbeza dengan kehidupan di bandaraya (syari3 jami3ah ni!).. Semangat perpaduan masih kukuh. Kenal jiran dan orang kampung pastinya.Perempuan2 disini masih terjaga, kekal dengan pakaian yang menutup aurat dan kebanyakannya bertudung labuh dan berpurdah. (--> Tiada yang memakai seluar dan baju2 ketat seperti di universiti... satu pemandangan yang amat menyeksakan...). Sehinggakan kanak2 sekecil 5-6 tahun ooleh berjalan pulang seorang diri sahaja ke rumah tanpa ibu bapa perlu risau akan keselamatan anak2 mereka... (--> kalau kat Malaysia, macam2 boleh berlaku)

Kanak2 sekolah baru pulang dari sekolah


Buat sahabat2 Jordan yang lain, ambillah peluang utk memasukkan kawasan perkampungan2 Arab ini didalm list tempat utk dilawati selagi ada diJordan ini.(-->selain dari tempat shopping dan tempat bersejarah yang lain) dan ambillah iktibar dan nikmati kehidupan mereka yang masih belum tercemar ini. Terasa lebih hampir dengan hidup rasullullah yang juga membesar di kampung2...

Satu2nya kawasan perkuburan di kampung ini



"Dari Allah,Untuk Allah,Kepada Allah"


Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.