Showing posts with label ::pembentukan fikrah::. Show all posts

Facebook ululalbab99, mengapa?

Dengan nama Allah tuhan masa peperiksaan dan masa tiada peperiksaan
Selaut salam buat 'candidate' peperiksaan paling bersedia, Muhammad bin Abdullah dan sekalian umat Islam yang dikasihi sekalian.




Baru 3 Hari yang lepas dia nekad untuk membuka account facebook. Alhamdulillah, memang tidak disangka. Setelah sekian lama asakan bertalu-talu diterima, fuh! akhirnya keputusan telah dibuat. Kini, dia telah menjadi salah satu pengguna facebook produk Israel ini. Oh! Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya memujuk :P

Tipu kalau dia kata dia tidak bimbang. Doanya,Moga istikharahnya kali ini tidak silap. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara kecil, tapi bagi dia facebook isu besar. Kerana ia melibatkan penggunaan masa. Dan apakah lagi yang lebih besar nilainya kalau bukan masa yang muntij. Kepada Allah dia bertawakal.


Belum sempat panas punggung, usai peperiksaan pagi tadi. Dia buka account emailnya. Oh, ada mesej dari murobbi kesayangannya. Pantas dia baca. Satu peringatan besar atau lebih tepat amaran awal bagi dirinya. Dalam hati berkira-kira ini mesej ini ditulis kerana account facebook barunya ke? ermmm..

Pang!

Bacaan pertama sudah menyentuh.
Dia kongsikan di sini, buat peringatan kamu-kamu yang lain juga. Moga bermanfaat terutamanya buat sang muharrik.

assalamualaikum akhawati..

keif kum??
semoga berada dalam iman yang sejahtera dan sihat walafiat..

Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
al - asr (1-3)


Allah telah berfirman dan mengetahui bahawa manusia sentiasa dalam kerugian. Tetapi, Allah memberi guideline supaya kita tak rugi.
macam mana supaya tak rugi??

1- beriman kepada Allah dan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang
2- saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran..

ana selaku orang yang tiada FB, tidak tahu keseronokan dan ke`best`an adanya Fb.. dan tidak menyalahkan sesiapa yang ada FB.. selagi benda2 yang wujud didunia ni boleh digunakan tanpa melanggar syariat Allah dan digunakan demi kepentingan Islam (DnT), semoga Allah mengira apa yang kita usahakan sebagai hasanat dan memberatkan mizan pahala kita diakhirat.. dan dan doa2 moga Allah mengizinkan kita supaya masuk ke syurgaNya..


persoalannya yang ana mahu bertanya..
-kenapa kita berFB atau berYM, berTwiitter, dan segala2nyalah perkara2 yang sedang berputar di alam maya??

adakah untuk Allah dan RasulNya??


-jika jawapan antum 'ya', iaitu untuk Allah dan RasulNya, sudahkah kita menjaga batas2 pergaulan dan adab berbicara?


-Jika jawapan antum 'ya', iaitu antum sudah menjaga batas pergaulan dan adab2 berbicara, apakah perkara yang antum bicarakan dan dengan siapa pergaulan itu diadakan?


-jika perkara yang antum bicarakan mengenai dakwah dan tarbiyah, sudah tentu kita kena tahu adab2 dan akhlak2 orang yang membawa risalah ini.


terus terangnya, ana melihat akhawat2 kita berenang2 dengan bebasnya di alam maya.
diluar atau jika secara lahiriahnya, alhamdulillah kita menjaga adab2 pergaulan dan berbicara dengan baik, namun, Allah menguji kita dengan kehadiran alam maya.. pintu batasan diantara lelaki dan perempuan telah dibuka seluasnya2 oleh orang2 kafir yang mencipta benda2 ini..


kita dah rasa biasa melihat gambar2 ajnabi yang dipaparkan, mengomen dan berbicara dengan ajnabi tanpa sebab2 yang perlu dan penting.. meng `add' ajnabi tanpa sebab yang kukuh, hanya sekadar untuk menambah friend didalam akaun atan mahu meng update apa benda yang berlaku di pihak sana.. jika betul kita buat semata2 kita tahu perkara ni boleh menambahkan iman kepada Allah, ana tidak perlu untuk menasihati antum.. tapi, jika perkara2 yang dibuat tidak menaikkan iman malah menambah dosa, tolong sangat2 supaya dijauhkan..


Yahudi laknatullah mengambil pelbagai usaha supaya pemuda dan pemudi Islam meruntuhkan iman yang ada dalam jiwa.. tak boleh usaha secara fizikal, maka dicipta usaha secara serangan pemikiran.. dicipta benda2 yang membolehkan kita bergaul bebas dialam maya.. mungkin kita rasa ringan, tapi lama2 benda ni boleh memberatkan hati kita untuk melaksana Dakwah dan tarbiyah..


seorang akhawat negara lain pernah menegur kita:
"akhawat masih ada lagi benda2 yang tidak jaga.. masih bergaul bebas dengan ajnabi dalam FB"

dalam hati ana:
'mungkin ini yang antara benda2 yang menyebabkan DnT menjadi berat untuk dipikul'

ana nak sharekan satu status YM, status ni dari akhawat Ireland
'akhawat itu tidak memandang dan tidak dipandang'
maksudnya, kita tak melihat perkara2 yang Allah haramkan (terutamanya ajnabi) dan ajnabi tidak melihat kita..


nasihat ni khasnya untuk ana, jika nampak ana ada buat salah, silalah nasihati ana, tak kiralah dia lebih tua atau lebih muda..
itulah pentingnya akhawat, dia akan tegur kita atas dasar iman dah kasih sayang..


ingat tak kisah 2 orang anak perempuan nabi syuaib??


- ur sister




Penutup: Kunci Tazkiyatun nafs
Pernah dengar tentang formula kebersihan jiwa. Ada orang kata :

Hijab fizikal itu kunci kepada hijab hati.

Dia setuju.
Moga Allah melindungi dirinya dari fitnah facebook.



Pusat pemulihan akhlak
8.30malam 6 Jun 2010
Bayt Islah, Irbid


Posted in , , | 9 Comments

musim menuai ilmu

Melihat wajah-wajah fityah tersebut kembali menyiram air ke ladang jiwanya. Segar! Curahan ukhwah dan keimanan selama-lamanya menjadi tazkiyah [baca: ubat] terbaik buat hati-hati manusia yang mudah kering dengan longgokan materi dunia.

Punat stopwatch di telefon bimbit Kak Long itu ditekannya.

15 minit peruntukan untuk sesi tadabbur bermula. Di kala musim exam mega ini, sifat individu muslim yang menepati waktu itu paling jelas diamalkan. Haha.


Dan syaitan berkata setelah hisab selesai, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan aku hanya mampu menyerumu lalu kamu mematuhi seruanku.


Lembut suara kak Sal membaca tafsir ayat 22 surah Ibrahim itu. Katanya, mahu dikongsi ayat ini kerana bersesuaian dengan kondisi fityah di "musim menuai ilmu" [baca: exam] ini.

Kelihatan kak Fah tekun merenung Quran hitam miliknya sambil memikir-mikir kaitannya.

Oleh sebab itu jangan kamu mencercaku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukanku dengan Allah sejak dahulu lagi..."14: 22"


Selaku ketua majlis petang itu, Kak long mula berperanan.

"Baiklah! Sekarang dipersilakan kepada mana-mana "kuda yang tangkas" ingin berkongsi rasa dan pemahamannya terhadap ayat ini"

Kak Arah senyum manis sambil berkata:

Musim peperiksaan ini memang paling menguji tarbiyah dzatiyah dan pengorbanan kita. Selalunya bila kita ter'over' tidur atau tersubuh gajah atau ter'perangkap' dengan internet... kita kerap menyalahkan syaitan mahupun perkara lain. Padahal bapak segala kunci adalah DIRI SENDIRI.

Kak Lily mengangguk2 bersemangat mengiyakan sambil menambah:

Betul... betul... Bila "sta-do" salahkan hirom, Bila tak puasa, salahkan musim panas. Bila malas, salahkan makanan yang mengenyangkan... Bila buat silap ni, salahkan ini.. dan salahkan itu. Diri sendiri terlupa nak tengok.

Tambah Kak Fah yang kelihatan sedih menyesali:

Manusia.. manusia.. Benarlah, manusia memang suka mencari alasan untuk membela diri. Aiyoo.. muhasabah.. muhasabah


Senyap-senyap Kak Mimi tiba-tiba mencelah:

Bertambah-tambah teruk bila manusia menjadikan tarbiyah dan dakwah "pembela" kepada kegagalan dalam akademik... Astaghfirullah.... Moga2 Allah melindungi kita semua dari menjadi manusia itu.


Semua pun tertunduk sambil beristighfar. Suasana senyap sebentar. Risau diri sendiri lah yang menjadi manusia itu.


Konklusi cantik dari Kak Arah petang itu:

Baiklah semua! Mari kita sama-sama cuba yang terbaik dalam musim peperiksaan ini dan saling mendoakan agar Allah menganugerahkan kecemerlangan kepada kita selaku muslim rabbani. Biar tiada alasan untuk manusia menolak tarbiyah dan dakwah kerana tempangnya kita dalam akademik. Moga semua menjadi muslim yang sifatnya itqan dan ihsan. Ameen


Tersenyum pelat masing-masing memikirkan tanggungjawab berat yang perlu digalas itu. Pertemuan ringkas yang bermakna. Masing-masing berdoa agar rahmat Allah memberkati mereka petang itu.



Dedikasi gambar dari adik kreatif. Terimakasih dik ^^,


p/s:
1.Cuba2an gaya penulisan ayyash. haha.. amacam ayyash?
2.Skrip dan watak ternyata korup.
3.Doakan penulis dan teman2 thabat berjuang dan cemerlang di medan ilmu.


Pusat pemulihan akal,
5.00 ptg Muhsineen

Posted in | 7 Comments

graviti muslim

Susuk wanita ayu berbaju kurung pink itu diikuti dengan hujung matanya. Tidak berhenti-henti wanita itu merayu sahabatnya untuk turun padang bermain pedang mengasah potensi. Dari teknik A sehingga teknik Y sudah dicubanya. Gerakan walau seinci sahabatnya masih belum mampu diperolehi sedangkan Jam tangan SWATCH miliknya sudah bergerak 59 langkah dari tadi.

Subhannallah.. sunguh penyabar budi wanita itu. Dia kagum dengan kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya itu. Sambil berdoa akhlak yang sama turut diwarisinya, dia terimbas pesan tuhannya dalam surah Fussilat 41:35


"Dan(Sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntugan yang besar"



Kepada sahabat jiwanya...
Menarik kanak-kanak keluar dari berenang dalam 'swimming pool' lumpur yang melekit memang memerlukan usaha keras pelbagai arah dan gaya. Kadang-kadang bisa bingung memikirkan jaguhnya dalam akademik sekolahnya dulu langsung tidak menjamin ketokohannya dalam memahami teknik2 kreatif pelembutan jiwa dan akal manusia generasi ini.


Sememangnya inilah yang dinamakan formula rahsia para daie. Formula yang hanya difahami oleh 'lelaki' [ baca: rijal]. 'lelaki' yang beramal dengan ilmunya. 'lelaki' yang kekal dengan istiqamahnya. 'lelaki' yang faham misi perjuangannya. 'lelaki' yang tajarud kepada tuhannya.

Bukan sekadar masa senang dan lapangnya. Bukan sekadar masa kaya dan mewahnya. Bukan sekadar masa awal dan popularnya. Dan bukan sekadar masa bijak dan masa atasnya.

Selagi kamu berlegar di medan teori, manis masam kek pandan itu tidak akan sama dirasai. Sungguh pasti berbeza mereka yang berbuat dengan mereka yang sekadar berbicara.


Kamu punya rasa graviti diri yang masih ampuh?

Ya! memang perlu kerja keras memperkasa dalaman. pembinaan komponen diri yang total. Dalaman... dalaman... dalaman... ta'sis berterusan 24/7. baru mampu "inside out"

Nanti tanpa sedar...
akan ada orbit2 tetap berkeliaran gembira disekitaran... ini baru graviti muslim sejati. wah!

Oh ye... pastinya kepada Allah matlamat agung kekalnya. [ameen]



12.35 am 21 Mei 2010
Pasca-solat hajat abid
Muhsineen, Pusat pemulihan jiwa

Posted in , | 2 Comments

amal seimbang



Lapangnya waktu muslim rabbani apabila kita lupa tujuan dan cita-cita.
Merasa selesa dengan berehat-rehat apabila kita lupa bahang bahaya yang membakar umat.
Kurangnya semangat untuk berubah apabila kita lupa pentingnya keperluan untuk menyumbang.


Orang yang berjaya ialah orang yang tidak berlebih-lebihan ketika semangatnya naik dan tidak pula mengurangkannya ketika semangatnya turun.



Dalam apa jua keadaan, sama-sama berusahalah untuk menjaga amal kita.

Masa yang perlu diperah.
Latih disiplin.. disiplin..disiplin.. teknik baik punya! tekan sini

Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar–benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali–kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…. - Al Hajj, ayat 78



Tahun ke-20
Pusat pemulihan akhlak,
1 Mei 2010, 8.15 malam
Muhsineen, Irbed Jordan

Posted in , | 4 Comments

kotak-kotak pangkah

Pen 6 warna yang dibeli di Barcelona itu di keluarkan. Tik! Ditukar warna pilihannya dari ungu kepada biru. Buku kecil berkotak-kotak miliknya itu diperhalusi satu-satu.

Errmm.. Boleh tahan bilangan tanda-tanda pangkah pada target amalannya minggu ini. Aisshh.. sedikit kecewa di situ. Ada tanda-tanda kurang enak dipandang mata. Dalam hati dia sudah berkira-kira bentuk graf miliknya minggu itu. Teman-temannya kini juga makin kerap dilihat bersama-sama buku mini 'checklist diri' tersebut. Terbau semangat berlumba-lumba di situ. Komitmen dirinya sedar tak sedar pun jadi lebih bertambah.

Dia teringat hadis yang dibacainya suatu masa dahulu.


Rasulullah bertanya, "Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya, "Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab, "Saya" Rasulullah bertanya lagi , "Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, " Saya" Rasulullah bersabda, "Tidak berkumpul hal-hal ini dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk syurga" [Muslim]

Subhannallah! Hadis simple yang nampak ringan , namun punya makna tersirat yang besar.

Dulu dia tidak nampak hakikatnya nabi sedang mengfollow-up amal fardi para sahabat. Dia tidak sedar nabi amat prihatin dengan komitmen para sahabat terhadap ibadah-ibadah peribadi mereka. Kini jiwa dia sendiri yakin muhasabah graf amal itu penting untuk jiwa-jiwa yang berjanji mahu berubah.

Ya! amat penting.

Tidak boleh tidak. Kalau benar kamu orang yang mahu memperbaiki diri, perlu bersahabat dengan checklist diri ini. Jangan mimpi mahu istiqamah tanpa penelitian dan penganalisaan halus dalam mengislah diri.

Mulakan dengan yang paling ringan, perlahan demi perlahan.. jiwa yang dahagakan makanan hati akan berasa semakin haus dan haus. Dulu mungkin baginya, mathurat sekali sudah cukup panjang dan menyusahkan, namun mungkin dari hari demi hari.. thresholdnya untuk zouk semakin tinggi. Selagi tidak di ulang 3 kali sudah gelisah gelodak hati. Sampai satu tahap, mathurat kubra menjadi kewajipan bagi nurani.

Itu sifatnya jiwa yang menghakimi. Perlu teliti dan sabar membajai.

Bukankah sunnatullah si Pokok itu tidak akan berbuah dalam sehari ?

Posted in | Leave a comment

karakter iman

"Sesungguhnya kemandulan,kebekuan, dan keterasingan yang menimpa sebahagian besar orang yang ingin bergerak itu hanyalah disebabkan oleh satu hal.. iaitu rasa takut yang berlebihan kepada manusia dan masyarakat. Maka jika mereka berada dalam kondisi kurang percaya diri, sebaiknya mereka mengubatinya"


Dia terkesima. Pembacaannya dihentikan sebentar. memberi ruang action potential dalam sel otaknya diaktifkan berkali-kali.


"Perasaan takut kepada reaksi manusia tidak mungkin menjadi salah satu sifat orang yang beriman. Sebab karakter iman itu memberi manusia ruh keberanian membela kebenaran"


Sayup-sayup kedengaran suara pakcik Fathi Yakan membisikkan curahan himmah dalam jiwanya. Jauh dia berhalusinasi . Membayangkan delegasi besar turun padang sesekali mengajar dia dan rakan-rakannya memandu. Oh!


"Ya! perlu berani... kena berani! sampai bila mahu iman di belakang tabir? Sampai bila mahu menyembunyikan kelodak jiwa? Sampai bila teragak-agak melangkah dalam cahaya?"

Katakanlah kebenaran.. katakan sahaja.
Mereka menantimu... mereka menunggumu...

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Tetapkan hati kami. Ampunkan kelalaian kami ya ALLAH.


Sekadar hiasan. Sedang mencari biskut ini di Jordan..ermm.. siapa jumpa?


p/s: Blog ini terasa ditulis tanpa memikirkan objek sasaran.. atau mengetahui latar belakang pembaca atau memikirkan tema yang bersesuaian dll sewaktu dengannya.. sekadar rasa nak menulis apa yang hendak ditulis untuk diri. Kalau kamu mendapat manfaat teruskan membaca, jika tiada tidak perlu singah lagi. Nanti penulis rasa serba-salah pula. Oh! krisis identiti daie


Posted in | 12 Comments

kiblat songsang



Matanya tertumpu kepada tulisan tangan di pintu tandas universitinya itu. Contengan pen merah bergaris pen hitam. Oh! Inilah produk kerja orang-orang muda kurang siviks. Syndrome remaja Arab, Malizi atau mana-mana remaja dunia yang tiada kerja. "Penganggur dunia" kesan jahil dengan misi dan visi hidup selaku hamba dan khalifah Allah atas dunia sementara ini.

"I LOVE U.S.A BUT URDUN IS ALWAYS BE THE FIRST"


Aiyaa!!!

Sah! hasil tangan pemudi-pemudi Arab pro-US di universitinya.

Memang menyedihkan. Sungguh! Dia terasa sedikit kesal di situ. Pemudi-pemudi harapan agama yang diharapkan menjadi tukang promoter Islam menaikkan semula kekuasaan Islam di mata dunia kelihatannya masih ramai yang tenggelam dengan gahnya produk-produk Barat. Bukan seorang-dua sahabat2 Arabnya yang terlalu mengagung2kan pakcik Amerika. Dia pun jadi buntu. Oh!

Benarlah apabila satu-satu kuasa dunia itu berada di kemuncak. Semua manusia 'terpaksa' tunduk dengan rela atau terpaksa kepadanya. Mendengar seruannya, membeli produknya, menggunakan jenamanya, berakhlak dengan ideologinya. Itulah masanya di mana sesebuah tamadun itu berjaya 'menguasai' bukan setakat fizikal manusia malah hati dan akalnya.

Dan masa itulah yang kita semua impi.

Ya! dengan janji Allah, Islam pasti kembali menjadi 'kiblat dunia'.

Tiada cara lain. Kalau dibiarkan dunia mengikut si Barat Amerika. inilah kesannya. tekan.

Kena segera menaiki gerabak islam menuju ke puncak alam. JoM!


memperkenalkan "my name is Ustazah Alam"


p/s:
kredit tudung kepada si Khadeeja sang sanguine.
'Menduda' selama 3 hari, sudah merinduinya. sila segera pulang sahabat~

Posted in | 6 Comments

pasca-intikhobat

Dia bukan seorang aktivis politikus. Bukan juga seorang penganalisis politikus. Namun pengalaman intikobat [pilihanraya kampus] nya tahun ni amat menjentik. Umpama peniupan ruh baru dalam kenangan senarai pilihanraya hidupnya.

Berita semasa perjuangan mahasiswa Malaysia mahupun politik antarabangsa memang kerap dia ikuti walaupun bukan minatnya. Sekadar cakna buat bekalan hujah dan rasional.

Seputar pengetahuannya tentang isu demokrasi yang sibuk2 diperjuangkan kuasa dunia si tempang Amerika, peratusan kebersihan pilihanraya dunia-dunia Islam memang menjuarai tangga tercorot. Lihat sahaja negara Mesir mahupun Malaysia. Kepincangan jelas tersuluh, teknik keji penuh taktik boleh menjadi hujah menembak pihak SPR lantas tema keadilan bangkit menjadi taruhan.

Ah! Bukan ini yang hendak diperpanjangkan di sini.


Ada perkara lain yang menjadi awan kerisauannya saat ini. Perkara besar yang asyik mengasak-asak fikirannya lewat kini. Entah patut atau tidak. Buntu jua dia. Mungkin kamu boleh bantu dia.

Setahu dia pilihanraya terbersih dalam statistik dunia adalah pada tanggal 25 Januari 2006. Ya! pilihanraya yang mengemparkan seisi dunia. Keputusan yang amat tidak disangka menjadi titik perhatian dan tangga perubahan kepada sebuah ummah penuh pengharapan.

Memang mengkagumkan. Siapa sangka HAMAS akan memenangi Pilihanraya Legislatif Palestin tahun itu? Terbukti sungguh rakyat sudah muak dengan perjuangan golongan nasionalis sekular terajuan PLO dan FATAH yang menjual hak rakyat dengan bersekongkol dengan pihak musuh. Kemenangan ini menjadi tanda perjuangan rakyat Palestin memasuki satu fasa baru.

Pengiktirafan ketidakhadiran sebarang unsur kotor dengan peratus rakyat turun mengundi yang tinggi dalam pilihanraya ini membuktikan HAMAS adalah suara sebenar majoriti rakyat. Namun ternyata membelakangkan prinsip demokrasi yang awalnya diperjuangkan, Amerika telah bertindak samseng menekan dan mengancam HAMAS selaku wakil yang sah.

Bermula dengan ugutan meninggalkan penentangan bersenjata [baca:intifadah] dan mengiktiraf Israel dengan meneruskan usaha perdamaian seperti kerajaan lalu, ancaman dan sekatan semakin diperhebat. Prasyarat gila yang pastinya tidak dipersetujui HAMAS ini akhirnya menjadi sebab bermulanya era pemulauan dan penindasan terbesar kepada seluruh rakyat Palestin.

Bagi menggagalkan pertubuhan 'pengganas' yang dilabelkan oleh Amerika kepada HAMAS, sekatan ekonomi secara massive dengan kepungan antarabangsa yang berlanjutan selama beberapa bulan benar-benar menjerut rakyat Palestin.




Mana-mana negara mahupun individu yang melanggar peraturan Amerika dengan membantu pertubuhan pengganas ini seolah-olah mendedahkan diri kepada tindakan butanya. Dan amaran ini benar berjaya memencilkan Palestin dari sudut ekonomi termasuklah dari jiran-jiran negara Arab yang tunduk menikus pada polis dunia ini.

Bagi Amerika, Inilah harganya yang perlu dibayar oleh rakyat Palestin kerana memilih parti yang 'salah'.


Kisah ini hanya mukadimah, masih banyak siri kekejaman terhadap rakyat Palestin yang disorokkan media Barat dari saat itu sehingga kini. Mujur ada PACE dan Palestinkini.

Ini salah satu kisah tragis pasca-pilihanraya.


Kamu nampakkah kaitannya?


POINT UTAMA
: KITA DAN MEREKA

Apa yang dia risaukan kini ialah harga yang mungkin perlu dibayar oleh rakyat Malaysia universitinya kalau mereka memilih parti yang 'salah'.

Dia rasa apa-apa boleh berlaku dalam dunia jajahan musuh zaman ini. Nama sahaja negara Islam, tapi bukan dia tak tahu muka sebenar pemimpin negara jiran Palestin ini.

Bagi dia langkah berhati-hati perlu diambil oleh semua. Demi kemaslahatan lebih besar dia galakkan sahabat2nya memamerkan reaksi2 neutral dengan muka poyo tak tahu apa-apa selepas ini. Elakkan mem'bocorkan' rahsia undi [baca:sokongan] anda mahupun kawan anda kepada mana-mana manusia Arab mahupun Malizi. Bukankah undi kita sentiasa rahsia?

Berdasarkan rekod 'baik' umat Malaysia yang memberontak memperjuangkan keadilan dalam pilihanraya khamis lepas, entah ada harapan lagikah untuk kita ni mengundi lagi tahun hadapan?

Dia kira, Keberanian dan aggresifnya mahasiswa Malaysia hari itu amat memeranjatkan Arab2 di jameah. Bertukar 180 darjah dengan watak-watak dalam dewan kuliah.

Jangan sampai berlaku kes seperti di Mesir sudah.

Bak kata orang dulu2, Senyap bukan semata-mata tanda takut.

Kemaslahatan jangka masa jauh itu memang lebih utama.


RISAU JUGA

Ermm.. Dia ada kerisauan lain juga.


Intifadah ketiga di Palestin sudah bermula. Baca sini. Dunia memang sakit. Dia juga sakit. Mari Sama-sama kita doakan mereka.


*Rujukan: Dalang di Palestin... Hamas atau Israel? Oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor

Posted in , | 7 Comments

membaca sebelum mengundi

Dengan nama Allah tuhan semua lapisan manusia.
Selaut salam buat Muhammad b Abdullah, promoter Jenama Islam terhebat serta semua yang sayang padaNya.

Usai jalan-jalan maya ke blog sahabat2nya. Amboi! Semua pakat tulis tentang bahan bacaan terbaru. Ini disiplin orang yang hebat. Apabila aktiviti membaca itu sudah naik taraf menjadi kewajipan. Tanpa dikerah, ia bergerak bagaikan fisiologi badan. Ini bezanya taraf kewajipan dan keperluan. Membaca kerana diri merasakan perlu untuk membaca. Sepertimana manusia pergi ke tandas apabila rasa perlu untuk ke tandas.

Suka dengan kaedah keempat yang digariskan oleh Miswan Thahadi dalam bukunya "Quantum Dakwah dan Tarbiyah".

"Membaca dengan menulis"

Dengan menulis, manusia akan membaca. Kerana orang yang tidak punya sesuatu, tidak mampu memberi sesuatu.

Alang-alang memanaskan isu, sedikit perkongsian ringkas tentang bacaan terbarunya, "Proses Revolusi Islam" oleh Sayyid Abul Ala Al-Maududi. Syarahan beliau yang disampaikan di Universiti Islam Aligarh, India 70 Tahun lalu kini ditaip semula buat rujukan generasi kini.

Antara point menarik yang menarik untuk dibangkitkan adalah tentang manusia emas tulen. Tahukah kamu siapakah golongan manusia ini?

Merekalah manusia penunjuk jalan yang benar2 yakin [baca: beriman] dan masuk secara kaffah ke dalam ideologi Islam yang dibawa. Dengan berlatar belakangkan intelek, mereka membuktikan kekuatan akhlak dan kejujuran asli disaat kecemasan tanpa menyorok melarikan diri. Setiap kali diuji mereka muncul selaku emas tulen yang bersih tanpa terkandung mana-mana unsur lain. Hanya ideologi Islam yang hakiki. Setiap saat berdampingan, mereka menjadi tauladan kata-kata mahupun perbuatan mengikut ideologi yang diikutinya.

Memang mengkagumkan! Dengan insan seberupa ini, barulah revolusi dalam dunia Islam kini mampu dibina. Berbekalkan kuasa magnet yang kuat, pengaruh dari manusia mentaliti tahap rendah mahupun mereka yang berpaksikan tipu helah mampu disesarkan.

Mahu kembalikan nama baik Islam?

Mahu kembali memerintah dunia?

Tidak boleh tidak. Kita perlu menjadi Manusia "emas tulen" itu dahulu.

Ya! Mari bersama islah diri.

Islam adalah satu pergerakan untuk membina struktur masyarakat manusia di atas konsep kedaulatan Ketuhanan. Pergerakan semacam ini tidak boleh tidak mengikuti corak yang sedia ada dalam sejarah. Siapa lagi kalau bukan daripada sirah pemuda2 bergelar utusan Allah [baca: nabi]. Menganalisa kisah perjuangan mereka dan mengabstrak keluar intipati perjuangan dan langkah yang digunakan untuk mencapai matlamat ideologi Islam pastinya menjadi kewajipan bagi mereka yang ingin mendukung fikrah Islam ini.

Tidak boleh tidak perlu kaji sirah!

Bagaimana?

Tidak boleh tidak. perlu dimulakan dengan membaca.

Terbit matahari esok pagi, pilihanraya universitinya bakal berlangsung. Dia boleh memilih untuk buat biasa-biasa. Tapi alang-alang dia tulis sahaja.

Pilihan di tangan kita. Undi anda adalah sentiasa rahsia. Buatlah keputusan sebaiknya.

Membacalah sebelum membuat keputusan. tekan sini.

kerana cara yang digunakan untuk mendapat sesuatu kesimpulan akan memberi kesan kepada keputusan yang dilahirkan. ^^,

Posted in | 6 Comments

Berbalik kepada halwa telinga kamu



[perhatikan lirik bukan videoclip]


Segar dan membangkitkan! Inilah yang kita perlukan.

Dikala saat pemuda muslim kini lemas dalam lautan cinta nafsu dunia, hidup terhuyung-hayang dalam dunia fantasi putera kacak dan puteri anggunnya. Mengimpikan kisah hidup ibarat movie yang dikarang Yahudi dan kroni2nya. Lagi menjadi-jadi apabila dunia seolah-olah bersama mereka, lagu mendayu bertemakan cinta, kasih, rindu tak berpenghujung. makin membenihkan rasa hati untuk terbang bersama mata hati ke alam indah berpelangi. Khayalan semata. Sungguh membencikan. Hentikan sahaja!

Perlukan suara2 yang begini.

Izzatul Islam memang dihati.Minat saya bukan kerana namanya sama. Lagu2 yang bertemakan perjuangan dan pengislahan. Baru kena gaya. Bukan tak romantik, bukan nak anti-cinta, namun bukan masanya. Secara peribadi memang tak minat dan boleh dikatakan benci dengar lagu cinta manusia remaja-remaji. Merepek dan membencikan.


Untuk apa dinyanyikan..?
Untuk apa didengari..?


Lainlah bagi yang sudah benar2 diikat, akad yang menghalalkan cinta fantasi. Dengar lagu begini hati yang keras seperti disimbah air mawar kembali kasih. Tapi kalau umur dan pemikiran setahun jagung, belum kenal warna dunia, belum tahu lurah gunung kehidupan. Tema akidah dan perjuangan itu lebih utama. Persoalan akhlak dan kematian itu juga lebih banyak kesannya. Kamu sibuk2 dengar lagu cinta, kemudian mula la rasa nak bercinta. Lagu juga punya prioritinya. Lagu cinta tipu yang mengasyikkan sebaiknya dibuang jauh2. Tutup terus!

Bukan nak syadid tapi ini soal tarbiyah hati dan fisiologi badan pemuda muslim.


Manusia itu dari air, dan air itu sangat sensitif kepada bunyi2an. Saya sudah cerita dulu. Kajian Dr. Emoto dari Jepun yang mengkaji tindakbalas air kepada unsur bunyi disekelilingnya tidak boleh disangkal. Rujuk sini. Pelik sungguh kamu. bila nak exam sibuk2 minum "air yassin", yakin air itu air 'mukjizat' menjadi hebat apabila mendengar bacaan Quran. Tapi bila dikatakan diri kamu itu turut mampu berubah bergantung kepada apa yang didengari, mula cari alasan.


"Dan dia yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu mempunyai keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah maha kuasa" (al-furqan25:54)

Even For the rest of my life-Maher Zain, apa faedahnya untuk kamu? Makin didengari, seluruh badan kamu akan bertindakbalas. Mungkin kamu tidak sedar tapi ia akan menentukan sikap, mentaliti dan bentuk peribadi kamu saat ini. Sekadar pencerahan agar masing2 lebih teliti dengan bunyi2an yang kamu dengari. Terpulang masing2 bagaimana mencorakkan tindakbalas air dalam badan sendiri.

Cuma entri ini sekadar kempen. Lebih suka melihat generasi pemuda gagah berjiwa perjuangan, daripada lemah memikirkan cinta tak terbalas.

Lebih baik Kenali perjuangan kamu sebelum mengenal cinta kamu. Believe me,bukan sekadar bahan bacaan, halwa telinga kamu turut mencorakkan peribadi kamu.

"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar"(at-tariq 86:5-6)

Dengar Al-Quran itu pasti yang utama dan terbaik. Kamu semua pun sudah tahu. Sama ada mahu atau tidak. Masing2 punya telinga, masing2 sahaja boleh jaga. Telinga yang menulis pastinya yang paling dekat. Peringatan untuk diri.Sekadar membukukan rasa hati. [maaf, terasa entri bernada keras sedikit]

Your life, your choice~

p/s: Masa awal2 buat Alarm clock lagu ruhul jadid, bangun pagi rasa nak pergi berperang. Tengah susah nak bangun, tukar alarm jadi lagu alam barzakh, takut nak sambung tidur. huhu~
- Sudah bergelar auntie kini. Gembira teramat menyambut cucu ayah li dan makbi yang pertama. Tak sabar nak balik Malaysia~
-To Husnadani, saya dedicate kan lagu ini untuk anda. ^^,

Posted in | 9 Comments

Metod ayam bertelur.

'As-salam' ke atas semua~

Final exam yang kritikal menjelma. Tak boleh tulis panjang-panjang.

Nak kongsi satu anologi atau dalam bahasa Al-Qurannya misalan.

bagi anda fikir dan terjemahkan sendiri.



Ada 2 ekor ibu ayam yang beriman dan bertaqwa. Kedua-duanya merasakan keadaan ummah generasi ayam kini semakin tenat dan kritikal, makin songsang dengan ajaran islam yang murni. Atas dasar syahadah yang ditaklifkan, Maka kedua-duanya pun bercita-cita ingin menyumbang menaikkan semula kegemilangan islam. Sepakatlah mereka berdua untuk membanyakkan bertelur supaya makin banyak anak-anak ayam baru lahir. Harapannya agar generasi pemuda ini bakal menyambung perjuangan menjadi agen pengubah dunia ayam kini.

Dipendekkan cerita ibu ayam A setelah berfikir segaring2nya, beliau mengambil keputusan untuk bertelur banyak-banyak sebanyak-banyaknya. Kemana-mana sahaja dia pergi, maka dia akan bertelur. Singah kampung ini, bertelur. Singah kampung itu, bertelur lagi. Bertelur dan bertelur. Bertelur banyak-banyak, dengan berkeyakinan bahawa antara banyak-banyak telur yang ditelurkannya itu pasti ada yang menetas dan menjadi pemuda hebat satu hari nanti.

Manakala ayam B yang sedikit berbeza mengambil metod yang lain sedikit. Beliau setelah fikir sedalam-dalamnya, mengambil keputusan untuk bertelur sedikit-sedikit sahaja. Kemudian kasi mengeram telur tersebut dahulu. Nak haba beliau bagi, nak perlindungan bagi juga, nak kasih sayang pun bagi je la walaupun telurnya sedikit sahaja. dengan harapan telur- telur yang sedikit tersebut berjaya menetas dan lahirlah pemuda hebat mengubah dunia satu hari nanti.

Maka, persoalannya adakah sama ayam A dan ayam B?

Jawapannya pasti tidak. ye ke?

Siapa yang macam nampak faham tu.. dipersilakan la mencuba.

Anologi BEST dari Quran:
Adakah sama seorang hamba yang hakmilik tetap seorang tuan, dengan seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan [tak ingat ayat surah mana. sapa tahu?]

Fikir2.. renung2.. jangan tido

p/s: Anologi ini turut ditujukan kepada cik Aleen Alan [Oopss.. tidak lagi] tukar to cik Athirah Sanusi atau lebih tepat Atiqah Nazeri yang rajen menulis artikel2 bebas. haha
- Mimpi ada orang baik bagi hadiah buku sejarah andalus dr tareq swaidan kat nur islami habis exam nanti.. huhu.. [menangis]

Posted in | 17 Comments

2012, kaca mata Al-Quran


"Ok.pagi ni setiap orang dikehendaki mengeluarkan satu ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hari kiamat dan kaitkan dengan movie 2012 yang kita tengok semalam"




Usai solat subuh berjemaah dan bacaan mathurat pagi itu, kak Fatin mengambil peluang menjentik hati adik-adik kesayangannya berkenaan keimanan kepada hari kiamat. Malam semalam, tirai pawagam movie 2012 dibuka. Sengaja kak Fatin mengubah corak perjumpaan dengan adik-adiknya minggu ini. Memanfaatkan media sambil memproses keimanan. Buka pawagam, bentang tilam, hidang makanan. Amboi, laju aje semua~

Movie 2012 memang sangat panas. Macam2 cerita dari pelbagai sudut boleh diperkatakan. Kalau melihat dengan mata kasar, tak terpandang jarum-jarum halus yang mencucuk dari pelbagai penjuru. Ideologi-ideologi yang perlu dibaca secara tersurat dan tersirat juga.

Rujuk sini untuk ulasan yang sangat mencerahkan.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar movie 2012 menyesatkan aqidah umat Islam atas rasional penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Memang bukan seperti yang dia sangkakan. Kiamat yang dikhabarkan ternyata tidak lebih melainkan sekadar malapetaka atau lebih sesuai dikatakan bencana alam sahaja. Bukanlah penghujung dunia. Ternyata akal manusia itu tidak terjangkau berita-berita ghaib yang diwahyukan.

Sungguh beruntunglah mereka yang benar2 mempercayai hari qiamat dan bekerja ke arahnya.


"Ok. semua dah bersedia dengan ayat masing2. siapa nak start dulu?"


"Ok. Saya2! Buka page 577 Surah Qiyamah ayat 10 -12"


Pada hari itu manusia berkata, "Ke mana tempat berlari?" Tidak! tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada tuhanmu tempat kembali pada hari itu"


"Kalau kita tengok dalam movie semalam, semua manusia bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Hero pun bermati2an menyelamatkan diri dan keluarga dan nasib baik jumpa tempat perlindungan. Tapi dalam Qiamat sebenar memang confirm tiada tempat nak lari. Pergi la kemana pun, memang tak mungkin selamat"

Terfikir sejenak berkenaan pembacaannya, dikatakan di sebalik peristiwa akhir filem ini terdapat 'mesej halus' ingin diserapkan ke dalam jiwa manusia agar meyakini bahawasanya kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya (illuminati?), pasti anda akan selamat. Seolah-olahnya Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut.
Secara tak langsung sepertinya, 2012 mengirimkan pesanan bahawa AS adalah penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda.

Ada logiknya. Merenungnya memikirkan kebenaran di sebalik pendapat ini.


"Menarik! OK..Saya pula..Rujuk page 567 surah Al-Haqqah ayat 15-16"

"Maka pada hari itu terjadilah hari qiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi rapuh"

"Dalam filem ini diorang tak lari ke angkasa sebab diorang yakin bahawa langit yang tak akan musnah. Maka diorang sekadar bina kapal tahan lasak dan bukannya kapal angkasa. Maka, ternyata ini bukanlah gambaran Qiamat yang sebenar"



MasyaAllah. Fikrah jamilah! Lantas dia teringat tafsir surah al-Mulk dimana Allah mengarahkan manusia memandang kepada penciptaan langit yang utuh. Sungguh manusia itu pasti akan mengembalikan pandangannya dengan hampa kerana tidak menjumpai sebarang keretakan pada penciptaan langit itu. Memang benarlah manusia itu susah membayangkan kehancuran penciptaan langit.


"Binisbati ana pula, Kalau kita perhatikan Dalam ayat 2 surah al-Hajj, Allah menyatakan bahawa apabila berlaku hari guncangan itu, ibu yang menyusukan anak akan lalai kepada anak susuannya, dan perempuan yang hamil akan gugur kandungannya. Maka ini menunjukkan bahawasanya manusia itu tak akan sempat menghiraukan orang lain melainkan diri sendiri je. Dalam filem ini, walaupun adegan saat2 kematian kawan hero(indian man) dengan keluarganya sangat menyentuh hati, namun qiamat yang sebenar bukanlah begitu! Apatah lagi nak selamatkan si anjing dan binatang2 besar yang lain tu." Semangat si mujahidah mengemukakan pandangan.



"Saya nak bagi ayat simple je. Cuba buka surah Al-Qariah ayat 5"

"Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan"

"Dalam filem ini, saya rasa macam tepatlah juga. Boleh nampak la visual dia sket bagaimana gunung-gunung hancur beretak-retak. Sampai ada orang tu terjerit2.. huhu"


Huhu.. tersenyum kak Fatin. Komen yang sangat menjentik. Mendengarkan kematangan idea adik-adik kesayangan dalam mengintepretasi ayat Al-Quran dalam setiap perkara yang dilihat. Itulah yang dia harapkan.

Ummah yang melihat segala peristiwa alam dengan pandangan mata Al-Quran.

Ummah yang menjadikan al-Quran sebagai neraca benar atau salah.

Ummah acuan al-Quran


Sungguh berita besar (an-naba') ini pasti berlaku. Movie ini sedikit sebanyak menjadi medium yang baik dalam mengulas hakikat keimanan kepada hari Qiamat. Bergantung kepada neraca pertimbangan muslim itu sendiri.

"Mereka menanyakan kepadamu Muhammad tentang Qiamat, "Bilakah terjadi?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang Qiamat itu ada pada tuhanku; Tidak ada seorang pun yang dapat menjelaskan waktu terjadiNya kecuali Dia. Qiamat itu sangat berat(huru-haranya bagi makhluk ) di langit dan bumi, tidak akan datang kepada kamu kecuali secara tiba-tiba" 7:187


Terlafaznya surah al-Asr dan tasbih kafarah pagi itu, pulang masing-masing kembali menjalani kehidupan dunia. Maka bermulalah sesi ujian keimanan sebenar semua. Menanti kedatangan minggu depan yang lebih menarik untuk mereka sama-sama meningkatkan keimanan.


Posted in | 4 Comments

Latih lidah kamu~

Sahaja penulis nak ceritakan tentang segolongan mahasiswi kat Irbid ni yang memilih untuk memperbaiki diri dalam satu 'aktiviti' yang memang best la. Sebab jarang2 pemuda zaman ni berminat nak hidup, mati, siang malam, pagi petang dengan aktiviti ini. Bersyukur la saya berjumpa dengan golongan2 ini. (TQ Allah!)



Mereka ialah muslim yang bermati2an memperbaiki bacaan Al-Quran masing2. Pagi petang berkawan dengan Al-Quran. Pergi kelas tajweed sana, pergi tasmi' ngan syeikhah sini. Kelas ia'dah pagi2, Qiamulail berjuzu' malam2. Subhanallah! Saya rasa bertuah jumpa golongan begini dalam era jahiliyiah moden zaman ini.

Berpagi2an dengan Al-Quran, Berpetang2an dengan Al-Quran lagi.

Berharap moga Al-Quran itu menjadi fisiologi badan masing2. Sebagaimana perut terasa sakit apabila lapar, begitu juga hati terasa sakit apabila tidak bersama Al-Quran.

Melatih lidah dengan membaca Al-Quran secara bertajweed.


Pesan nabi kita

"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"

Memandangkan tujuan utama belajar tajweed adalah 'itqan' iaini mencapai bacaan yang sama seperti nabi Muhammad s.a.w. Maka sepatutnya semua muslim pelbagai usia,jantina, bangsa mahupun latar belakang perlu sentiasa memperbaiki bacaan tajweed masing2.

Selepas di buat survey dikalangan kebanyakan warga Irbid ini, memang jarang2 jumpa pelajar yang betul2 ada basic tajweed yang mantap.Belajar tajweed kat sekolah rendah je, tak pun masa kecil2 ngan atuk, tak pun masa PAFA dll yang sewaktu dengannya. Belajar pun sebab exam. Bukan sebab nak baca Quran dengan betul.

"Ala akak, kira Okla tu.. sekurang2nya pernah la belajar. tahu la juga nak membaca al-Quran"

"Saya ni tahu je hukum2 tajweed kak, tapi nama2 tu memang fail la.. memang tak ingat."

Duduk kat Jordan ini, peluang memang terbuka luas. Syeikhah2 ramai bersedia nak perbetulkan bacaan kita. Antara hendak dengan tidak sahaja. Dulu kita ingat bacaan kita ni memang dah mantap la, makhraj semua betul je, hukum2 dah power. Cukuplah belajar Al-Quran masa kecil2 dulu tu je. Sapa kate.. meh datang sini, try tasmi' kat syeikhah. Ada juga semua ayat kita baca salah. huhu..
Membaca Al-Quran ini memang best kalau bertajweed.

Menghafaz Al-Quran pun memang mudah kalau bertajweed.

Ramalan masa hadapan saya, Malaysia 2020 akan semakin parah. Anak2 muda akan semakin tidak tahu membaca Al-Quran, kelas2 al-quran mahupun tajweed amat sukar dicari. Tiada lagi atuk2 tua tahu/mahu mengajar cucu2nya membaca Al-Quran. Apatah lagi cara bacaan Al-Quran yang TEPAT.

Oohh.. apakah masa hadapan anak2.. cucu generasi maha hadapanku?
Generasi islam hanya akan bangkit apabila Al-Quran itu dipegang kukuh.

Jangan sibuk membicarakan perjuangan mahupun perubahan, kalau Al-Quran ditinggalkan.


Pelajar2 Timur Tengah, anda punya tambahan bebanan untuk mempreserve cara bacaan Al-Quran yang sebenar kepada generasi akan datang.

Peringatan untuk diri.

Posted in | 3 Comments

Kyuubi setiap muslim

Kau tahu apa yang mereka benci?

Kau tahu apa yang mereka takuti?




Ya. Al-Jihad!

Tidak usah kau hairankan tentang tujuan kegigihan mereka
Mereka bermati-matian mengumpulkan riak tenaga mengelirukan kamu ttg isu ini.

Jihad merupakan satu rukun dan tenaga islam yang paling ampuh, Mereka tidak mahu kuasa dalaman ini hidup dalam diri KITA

Mereka sedar sekiranya dibiarkan jihad itu berkobar di dada muslim, satu kuasa atau tenaga raksasa yang tidak mampu dibendung akan muncul dan memusnahkan kepentingan mereka
Mereka sedar kuasa merupakan bahan pemanas dan penggerak kehidupan muslim pada mana2 zaman.Maka, bermatian2 mereka menariknya keluar dari hati setiap muslim.

Itu lah lagaknya mereka yang takut dan tamak.




Dikala saya merenung makna jihad ini. Saya terfikir jihad itu ibaratnya si raksasa berekor sebelas a.k.a kyuubi dalam diri naruto. Anda nampak bagaimana hebat kuasa terpendam ini. Tidak hairanlah Kumpulan jahat itu bermati-matian ingin menyedut keluar kuasa senjata ampuh ini dari badan si naruto ini.

Mereka sudah lama sedar kewujudan kuasa ini,
Anda sedar tak wahai si muslim?




Merujuk kepada definisi Jihad oleh Muhammad Sai'd Ramadhan Al-Buthi [Rujuk Fiqh Sirah], ternyata pemahaman masa kecil2 saya berkecamuk, mungkin akibat disuap pelbagai isme-isme yang rancak melebarluas dari segala penjuru media. Dulu yang difahami, jihad itu perang.. guna cara perang bunuh orang atas nama Islam, kadang2 keliru juga dengan cop terroris yang diwar2kan oleh si Barat.

Selepas memahami Definasi Jihad yang sebenarnya iaitu mengorbankan segala tenaga dan usaha ke arah meninggikan kalimah Allah dan membentuk satu masyarakat Islam, saya merasakan ruang lingkup jihad itu lebih luas dan fleksibel. Ya, benar! Berperang itu salah satu dari usaha jihad. Lihat sahaja kronologi hidup Muhammad dan sahabat2nya, penuh dengan jihad dan peperangan dalam menegakkan Islam.

Tapi perang mereka bukan sebarangan. Ada tahap2 jihad perang itu tersendiri. Perang mereka demi menegakkan kalimah tauhid dan demi membentuk satu masyarakat islam.

Bukan sekadar defensif mahupun ofensif.

Cuba kau perhatikan kisah ini.

Si kafir 1: Islam itu agama pengganas, terroris.. islam tersebar melalui pedang Muhammad dan sahabat2nya..menggunakan kekerasan, paksaan dan kezaliman dalam pembukaan negeri-negeri baru. Tiada diplomatik langsung.

Umat islam: (bersifat reaktif, mula bengang bangun memprotes dakwaan ini.) Hey..mana ada. salah tu. Islam bagi 3 pilihan masa mula nak perang, bukan suka2..ada piagam madinah.. ada itu., ada ini... blablabla...

Sikafir 2: (Dengan muka cam baik, konon2 dah study buat research pasal islam pun cuba membela dan menarik tuduhan yang melulu tadi) Betul2. salah itu, islam ni memang bukan agama kekerasan tidak tersebar melalui pedang, tapi Islam agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak ansur dan tidak disuruh berperang kecuali nak pertahankan diri sahaja, langsung tidak menggalakkan umatnya berperang selagi masih ada jalan2 perdamaian.

Umat islam: (yang dangkal iman mula menepuk tangan memberi sokongan kepada laungan tadi selepas terluap2 marah dengan dakwaan pertama.) Betul2, kami setuju. ini baru betul..

Ceh! Si kafir memang si kafir... Anda nampak konspirasi mereka?

Tidak?

Walaupun kedua2 dakwaan mereka nampak songsang 180 darjah, titik pertemuannya satu sahaja. Banteras idea 'Al-Jihad' dari jiwa muslim.

Mereka Berjaya!

Umat islam mula pupus roh kemaraan, hilang cita2 perjuangan. Langsung tiada perasaan ingin berjuang membebaskan negara2 dibawah takhlukan kafir dan membentuk masyarakat Islam yang memerintah dunia. Kedua-dua dakwaan tadi juga silap. Bukanlah definasi jihad yang sebenar.

Perhatikan dunia kita sekarang. Peduli apa pemimpin2 negara islam kita?

Negara aku, negara aku..


Kata Anderson, si orientalis Inggeris semasa disoal oleh Muhammad Ramadhan Al-Buthi
"Jihad itu tidak wajib. Bukankah hukum berubah apabila berubahnya masa. Jihad sudah tidak sesuai dengan kedudukan dunia antarabangsa kini memandangkan kita ada pertubuhan dunia dan perjanjian antarabangsa. Umat islam tidak boleh mengaplikasikan jihad kerana ia jalan menekan manusia supaya memeluk islam lebih2 lagi dengan kebebasan dan peningkatan taraf pemikiran."

Hah! terbukti si pengecut ini cuba lebih mengelirukan kita semua.

Dengar macam betul je kan?

Sebenarnya tak pun. Jihad kita...perang kita bukan bersifat ofensif semata.. bukan defensif juga.. Jihad kita lebih besar dari itu.. Jihad kita nak tinggikan kalimah Allah, membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah semata.



That's it!

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" 30:69


Moga Allah kembalikan jiwa muslim yang rindukan jihad. Nampak seperti belum tiba masanya untuk kita semua turun ke medan perang saat ini. Namun peri pentingnya agar semua pemuda2 islam kini ada perasaan nak membebaskan tanah air sendiri dari pemerintahan taghut.



Cita2 kita menentukan gerakkerja kita.


Mulakan dengan bina jiwa jihad dalam diri. Hapuskan pemonopolian nafsu dan bisikan syaitan dalam diri. Berperang dan berjihad dalam menegakkan kalimah syahadah dalam diri.

Ya, mulakan dengan diri sendiri.

"Tegakkan islam dalam dirimu, nescaya islam akan tertegak di tanah air mu"

BERJIHAD!!!!

Posted in | 2 Comments

suara badar

Terlena lagi. Ahh.. tidak! Penyesalan menyelubungi diri. Kesal dengan kealpaan diri.
Itulah padanya apabila hawa itu dituruti. Penat dijadikan alasan. Malam yang panjang dipersiakan.

Beristighfar mengenang kesalahan diri.

"Ahhh.. kata mahu jadi PEMUDA! Mengapa masa tidurmu melebihi masa kerjamu. Bangunlah engkau, diri sang pahlawan" bergema jeritan hati si pemuda.

Bangun pemuda itu dari lena keduniaanya lantas mengambil wudu', persiapan menghadap Pencipta. Menuju Sumber tenaga, mengharapkan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membantai si taghut dan meninggikan kalimah satu itu.



Semalam dia mendengar kisah manusia hebat.Kisah si pahlawan BADAR. Bermimpikan mereka dalam lenanya.


Bermimpi melihat wajah Saidina Ali, selaku pemegang bendera katibah muhajirin.
terbayang wajah penuh semangat Sa'ad bin Muaz yang memegang bendera katibah Al-Ansar.
Lantas Melangkah Zubair Al-Awwam di atas kudanya memandu sayap kanan.
Berderap langkah Al-Miqdad bin Umar selaku pemimpin sayap kiri.

Dengan satu kalimah, berbaris taat kepada kepimpinan tertinggi jujungan yang dicintai.Barisan pemuda gagah berjiwa pahlawan berderap maju ke hadapan.

Masih terngiang2 kalimah "AHAD..AHAD" bergema dicorong telinga. slogan yang dilaungkan mereka dalam perang itu. Pembakar semangat memperjuangkan ideologi Esa itu.


Lantas tarian pedang si pahlawan BADAR melawan si kufur durjana memperjuangkan agama menangkap kaca matanya. Membayangkan ketangkasan mereka menghunus senjata, melibas sisa-sisa jahiliyiah, membantai si bongkak tua yang tertutup mata hatinya.


Bermandikan peluh dan darah, pahlawan itu melangkah.

Bermandi peluh juga dia dalam mimpinya.

SANGAT HEBAT!



"Dan sungguh Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (2:123)

Bacaan syeikh al-afasi membacakan ayat suci ini bergema sebagai latar muzik menjadikan mimpinya seolah nyata.

Ohh.. betapa cemburunya dengan mereka. Cemburu melihat kekuatan rohani mereka. Betapa mantap akidah mereka. Betapa jelas fikrah mereka. Betapa tinggi perjuangan mereka. Betapa kuat fizikal mereka.

Ya! Aku ingin menjadi seperti mereka.

Bersama bergerak mengangkat martabat Islam, meninggikan kalimah Allah itu di bumi ini. Menyambung rantaian besi perjuangan para nabi. Berjihad mewujudkan masyarakat muslim yang sejati.

Apa lagi kau tunggu?

Jelaskan matlamatmu,
Rancang perjalananmu,
Kemaskan langkahmu,
Bergeraklah ke destinasimu.

Perjuangan ini perlukan pengorbanan,
Cukup engkau dengan lena berpanjangan.

bergema teriakan ruh generasi BADAR
ALLAHUAKBAR!!!

p/s: Nak tambah zouk perang Badar..sila Baca tafsir dan asbab nuzul Surah Al-anfal. Rujuk page 177-178. mmg mantap!

Posted in | 3 Comments

Bezanya orang beriman~

Dengan nama Allah tuhan masa iman tinggi dan masa iman rendah.
Selaut cinta buat insan paling tinggi imannya, 'Muhammad bin Abdullah' serta semua manusia yg sedang berjihad memperbaiki iman masing2.

Assalamualaikum wbt buat semua mu'min2 a.k.a org yg beriman sekalian..

Rasanya sejak akhir2 ini, nusaybah asyik buat entri 'kering' je. Jadi hari ini insyaAllah kita sama2 basahkan jiwa dengan satu tajuk penting utk kita sama2 muhasabah diri semula. Nak tazkirah pasal iman. errmm... iman? ya.

I.M.A.N

Rasanya kalau tanya sorang2 takrif iman dari segi ilmu feqh, insyaAllah semua dah masyi.. jadi hari ini mungkin kita boleh ingat2kan semula ttg SIFAT iman dan NILAInya dalam kehidupan kita kat dunia sementara ini.



Iman ni kita boleh anologi kan seperti kunci kepada rumah. Tanpa kunci maka tidak mampulah seseorang itu masuk utk beristirehat dan bersenang2an didalam rumah. Tanpa iman, maka tidak mampulah seseorang itu merasakan nikmat bestnya menjadi seorang muslim yg sebenar. Serius! Anda tak mampu rasa bahagia yg hakiki tanpa faham subjek iman ni. Rasa best dan Ezzahnya seseorang dengan islam itu hanya mampu dicapai dengan mengenggam kuncinya ia3itu IMAN.


Macamana nak kenal iman seseorang?

IMAN seseorang itu terpancar melalui hubungannya. Hubungannya dengan tuhan pencipta sekalian makhluk, hubungannya dengan makhluk bergelar manusia dan boleh juga diperhatikan melalui hubungannya dengan alam ciptaan Allah yang bukan "semulajadi" ni. Orang yang beriman punya kenikmatan tersendiri dalam setiap hubungannya. Kerana asas2 iman itu adalah asas2 kemanusiaan.


Asas iman

Iman mengajak manusia menjadi hamba kepada Allah yang tunggal, membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah semata, dari perhambaan kepada selainnya kepada hanya Dia semata. Kerana ini, manusia jadi 'tinggi' tidak akan menghinakan diri kepada selain Allah yang satu2nya paling berkuasa. Dari sini lahirlah satu perasaan kebebasan yang hakiki bagi seseorang manusia. Inilah bebas yang sebenar! inilah makna merdeka yang sebenar! Iman memerdekan manusia~


Iman melahirkan sikap yang jujur mematuhi cara hidup yang dikehendaki Allah. Perbuatan baik orang yang beriman bukanlah lahir secara kebetulan, bukanlah hasil dari keinginan yang tiba2, dan bukanlah yang dilakukan sekali-sekala sahaja, TAPI perbuatan baik orang yang beriman itu lahir dari satu motif tertentu, menuju kepada matlamat yang satu ia3tu ALLAH semata.


Iman punca hidup yang agung. Ibarat "charger" kepada manusia. Dari punca inilah lahirnya segala cabang2 kebaikan dan dengan punca inilah bergantung hasil segala kebaikan. Bayangkan handset anda tanpa charger? Berapa lama anda mampu bertahan?


Iman itu satu hakikat positif yang DINAMIK. iman adalah gerakan, tindakan , amalan, pembinaan dan pembangunan yang menjurus kepada Allah. Sebaik sahaja iman bertapak dalam hati manusia, sepatutnya lantas ia akan menonjolkan dirinya dalam bentuk amalan yang soleh. Inilah iman dalam islam.

IMAN---> AMALAN SOLEH


Iman tidak beku tanpa bergerak, tidak tersembunyi tanpa menjelma. Iman pasti akan bergerak dan menjelma kerana itu adalah sifatnya. Andainya iman tidak menjelma melalui amal soleh ini, maka ia adalah iman yang palsu atau iman yang mati. Ibarat bunga tanpa bau. Iman tidak negatif. Iman bukannya penguncupan diri, bukannya penyorokan diri dalam isi dada dan bukannya semata-mata niat baik yang tidak menjelma dalam tindakan dan gerakan.


Senang faham, iman adalah penglibatan diri dengan cara hidup Islam, cara hidup yang bergerak dan bekerja mengajak manusia kepada Allah semata.

Ooo.. betapa mahalnya perasaan orang yang beriman. Moga "kemanisan iman" itu sentiasa mewarnai jiwa kita selaku hamba. Orang beriman itu berbeza. Orang beriman itu istimewa.
Orang beriman itu sentiasa tenang dan menenangkan.





p/s: Bersediakah menjadi penyambut terbaik RAMADHAN?
-nak iman mendalam, nak cara hidup islam yg jitu, nak kemanisan beribadah, nak itu nak ini tapi persediaannya.. ???
-bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah diri dalam madrasah ramadhan~

-"allahuma balighna ramadhan"

Posted in | 4 Comments

baca buku medik vs baca Al-quran





" Assalamualaikum wbt,pakcik! apa khabar kamu? Maaf menyusahkan kamu lagi pakcik , buku yang saya tempah sudah tibakah?"
hari ini masuk kali ke-3 saya bertanya kepada "mua'lim" kedai buku ini. Kalau ikut perjanjian awal sudah lewat 3 minggu dari tarikh awal. Katanya ada masalah di Beirut, perlu tunggu sedikit masa lagi.

"Sudah tiba, 'Ezzah! kamu boleh mengambilnya bila2 masa kamu inginkan. silalah"

Alhamdulillah, sebulan yang lepas saya telah menempah 40 buah buku asbab nuzul oleh Naisaburi. Buku yang sangat menarik bagi sesiapa yang berminat dengan al-Quran. Tambahan pula buku tersebut dalam dwibahasa ia2ni BI-BA. Bukan mudah nak jumpa. Sekali dah jumpa, terus terfikir untuk berbincang dengan pakcik kedai buku tersebut untuk menempah buku tersebut dalam jumlah yang besar. Setidak2nya dapat dimanfaatkan oleh sahabat2 tahfiz akademi az-zikr nnti.



"Ezzah, kamu belajar apa disini?" tanya Amin, tuanpunya kedai buku tersebut. Saya kira umurnya dalam lingkungan 30-40an. Tidak terlalu tua mahupun muda.

"Alhamdulillah. sekarang saya sedang belajar perubatan di JUST" tidak terperanjat dengan soalan ini kerana kebanyakan orang2 Arab disini memang gemar bertanya mengenainya.

"oOoh.. yeke? kamu belajar perubatan tetapi kenapa kamu beli buku asbab nuzul ni?"

Errrmm... Terkedu seketika. Bukan kerana tidak tahu nak menjawap apa. tapi kerana sedih melihat kesan2 sekular yang mendalam daripada soalan yang ditanya tadi. Berfikir sebentar.




Selesai urusan bayaran dan sebelum mengundur diri, sempat saya berpesan kepada beliau.

"Ya mu'alim amin.. walaupun kami pelajar perubatan yang baca buku perubatan tetapi kami muslim yang baca Al-Quran setiap hari. Bukankah asbab nuzul itu penting buat semua pembaca Al-Quran?" sahaja bertanya begitu. moga2 Allah bukakan hatinya.


Sambil tersenyum. Tahu sudah dia telah 'terkena' pedas cili.
"Baiklah Ezzah. Bitaufeeq buat kamu semua. saya mendoakan kamu berjaya"

"Terimakasih mu'alim. Allah sahaja dapat membalas jasa kamu. Moga Allah melimpahi rahmat ke atas kamu juga."

Hubungan baik masih perlu dijaga. Mujur sudah biasa berkomunikasi dengan beliau. Masih banyak buku menarik boleh ditempah selepas ini. Lagi2 bagi peminat buku seperti saya. Bercita2 membuka kedai buku sendiri. Siapa tahu kalau Allah telah izinkan?



p/s: Sesiapa yang menempah buku dengan saya, bolehlah mengmbilnya bila2 masa dengan saya beserta bayaran ok! Terimakasih.

Posted in , | Leave a comment

Al-kisahnya~

Dengan nama Allah yang menjadikan sifat dualisme dalam diri kita.
Selaut salam buat 'Muhammad bin Abdullah' rasul junjungan serta sekalian.

Masa2 sebelum KARISMA banyak saya habiskan untuk latihan badminton. Pagi, petang digym a.k.a court, sekadar sebagai salah satu usaha ke arah tubuh badan sihat. Niat saja nak tambah 1 ciri lagi untuk individu muslim. Al-kisahnya memang macam2 yang boleh dipelajari dari bersukan ini. Badminton khususnya.



Bukan sahaja teknik2 untuk fokus, kerjasama dan sewaktu dengannya malah dapat mengajar teknik2 bertenang dan relax.

Benarlah kata orang kadang2 nak tengok diri sebenar seseorang itu, kita boleh try tackle dia semasa sedang bersukan. Sebab masa bersukan lagi2 ketika sedang bertanding, tekanan fizikal dan mental yang dihadapi pemain memang mampu menggoyahkan sistem pertahanan iman seseorang.



Pernah sekali ketika sedang berlatih, entah dari mana ribut taufan menghembus. Dengan mudahnya saya secara tiba2 menjadi sungguh ber'emosi'. Tertekan dengan gaya permainan yang sangat teruk! Dah lama sangat rasanya saya tak beremosi begini. Saya bukanlah seorang yang senang untuk menzahirkan emosi.Namun dengan latihan ini, Lemah semangat dan bengang dengan kemampuan diri yang akhirnya berakhir dengan tangisan. Fuh! akhirnya telah keluar juga unsur2 nafsu ammarah dalam diri yang telah sekian lama dikunci.
OoOoOh... tidak! Ini yang tak best ni.


Maka, entri kali ini sekadar nak berkongsi dengan semua tentang jenis2 nafsu manusia yang ada dalam diri anda semua ni. Al-kisahnya, kita semua punya 3 jenis nafsu yang berbeza yang di sebut didalam al-Quran.
1)Nafsu Al-ammarah (yusuf:53) 2)Nafsu Lawwammah (al-Qiyamah:2) 3)Nafsu Mut'mainnah (al-fajr:27-30)

Jom, tengok satu persatu!

Nafsu Al-ammarah
Nafsu ataupun sama maknanya dengan jiwa manusia ini dari segi tabiat asalnya, cenderung kepada syahwat dan mengajak kepada kejahatan. Jiwa yang sebegini lah menjadi punca kerosakan, sumber kezaliman dan tindakan melampaui batas. Apabila kita mengikut nafsu ammarah yang inilah, bakal merosakkan kehidupan harian dan iman didada apatah lagi menghancurkan hubungan dengan manusia sekeliling.

Nafsu ini akan kekal berwatak jahat dan menganjur kita ke arah kebinasaan sehinggalah kita berpenat lelah mendidik nafsu ini, lalu bertukarlah nafsu ini dari menganjur kejahatan kepada menyuruh kebaikan.

Senang cerita, tabiat semulajadi nafsu yang mengajak kepada kejahatan ini boleh sahaja berubah kepada nafsu yang menganjurkan kepada kebaikan hasil daripada banyak mana didikan yang diterimanya.



Nafsu Lawwamah
Didikan demi didikan yang diterima, nafsu ini secara berangsur2 menjadi nafsu yang mengecam diri apabila terjebak dengan sebarang bentuk perbuatan yang menjauhkan diri dari Allah. Nafsu yang sebegini sentiasa mengecam perkara yang telah lepas dan ia menyesal.

Contohnya, apabila diri telah melakukan sebarang perbuatan tak best, nafsu ini akan mengecam tuannya "Mengapa kamu lakukannya?"
Dan nafsu ini juga akan mengecam tuannya dalam melakukan kebaikan. Macamana? Dengan berkata"Mengapa kamu tidak perbanyakkannya?" "Susah sangat ke?" dll.

Hatinya akan sentiasa tak senang, merintih pilu. Teringatkan lumpur dosa2 silam.Sesal tidak menggunakan masa lampau mencari pencipta Agung sebaliknya hanyut dalam dunia fatamorgana, menyerah diri kepada hiasan palsu syaitan. Maka, nafsu ini menjadikan tuannya sentiasa berada didalam 'Mahkamah', menghakimi tindak tanduk sendiri.



Nafsu ini lebih tinggi darjatnya berbanding nafsu ammarah. Nafsu ini adalah jiwa yang sensitif dan hidup, dapat merasakan mana yang elok dan mana yang buruk. Sementara nafsu ammarah yang sentiasa menganjurkan kejahatan akan terus melangkah ke hadapan tanpa pernah mencela dirinya. Terus hidup dalam lombong maksiat yang hina dan bersuka ria didalamnya.



Nafsu Mut'mainnah
Dan apabila nafsu lawwammah ini kekal iltizam dengan sifat ini. Terus terusan dididik untuk sentiasa bermuhasabah diri. Berwaspada dan sentiasa berdoa mengharapakan Allah menjauhkan pintu2 maksiat buatnya. Akhirnya, ia akan sampai kepada satu sifat yang lain. Lebih tinggi dan lebih Best!. Ini adalah kesan semulajadi apabila seseorang itu komited dengan sifat mengecam dirinya. Sifat ini adalah sifat ketenangan a.k.a mut'mainnah

Syed Qutb mengulas nafsu mut'mainnah ini sebagai Tenang ketika susah dan senang, lapang dan sempit, terhalang mahupun beroleh kurniaan. Tenang, maka ia tidak ragu2, tidak terpesong. Tenang, maka ia tidak tergelincir dalam perjalanan.


Always cool~ (even semasa sedang bersukan..huhu)


Dari mana datangnya sifat2 tenang ini jika tiada muhasabah diri yang berterusan terhadap setiap perkataan yang dituturkan, setiap lintasan hati, setiap detik dan setiap langkah yang dihayun. By time, kecaman yang berterusan akan memperbetulkan laluan perjalanan jiwa hingga ia stabil diatas jalan yang lurus. Maka, datangkan lah mana2 ribut dugaan mahupun taufan tekanan, nafsu ini akan kekal cool, menghadapi segalanya dengan ketenangan seorang mukmin yang yakin dengan ketetapan Allah dan pasrah kepada kehendaknya.

Maka, konklusinya. Berusahalah kita ke arah nafsu mut'mainnah. Kalau agak2 macam dah berjaya tu, try bersukan.hihihi... tengok dapat control diri ke tak. (Sekadar contoh sampingan)

"Dari Allah, Untuk Allah, Kepada Allah"

Posted in , | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.