Punat stopwatch di telefon bimbit Kak Long itu ditekannya.
15 minit peruntukan untuk sesi tadabbur bermula. Di kala musim exam mega ini, sifat individu muslim yang menepati waktu itu paling jelas diamalkan. Haha.
Dan syaitan berkata setelah hisab selesai, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan aku hanya mampu menyerumu lalu kamu mematuhi seruanku.
Lembut suara kak Sal membaca tafsir ayat 22 surah Ibrahim itu. Katanya, mahu dikongsi ayat ini kerana bersesuaian dengan kondisi fityah di "musim menuai ilmu" [baca: exam] ini.
Kelihatan kak Fah tekun merenung Quran hitam miliknya sambil memikir-mikir kaitannya.
Oleh sebab itu jangan kamu mencercaku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan mu mempersekutukanku dengan Allah sejak dahulu lagi..."14: 22"
Selaku ketua majlis petang itu, Kak long mula berperanan.
"Baiklah! Sekarang dipersilakan kepada mana-mana "kuda yang tangkas" ingin berkongsi rasa dan pemahamannya terhadap ayat ini"
Kak Arah senyum manis sambil berkata:
Musim peperiksaan ini memang paling menguji tarbiyah dzatiyah dan pengorbanan kita. Selalunya bila kita ter'over' tidur atau tersubuh gajah atau ter'perangkap' dengan internet... kita kerap menyalahkan syaitan mahupun perkara lain. Padahal bapak segala kunci adalah DIRI SENDIRI.
Kak Lily mengangguk2 bersemangat mengiyakan sambil menambah:
Betul... betul... Bila "sta-do" salahkan hirom, Bila tak puasa, salahkan musim panas. Bila malas, salahkan makanan yang mengenyangkan... Bila buat silap ni, salahkan ini.. dan salahkan itu. Diri sendiri terlupa nak tengok.
Tambah Kak Fah yang kelihatan sedih menyesali:
Manusia.. manusia.. Benarlah, manusia memang suka mencari alasan untuk membela diri. Aiyoo.. muhasabah.. muhasabahSenyap-senyap Kak Mimi tiba-tiba mencelah:
Bertambah-tambah teruk bila manusia menjadikan tarbiyah dan dakwah "pembela" kepada kegagalan dalam akademik... Astaghfirullah.... Moga2 Allah melindungi kita semua dari menjadi manusia itu.
Semua pun tertunduk sambil beristighfar. Suasana senyap sebentar. Risau diri sendiri lah yang menjadi manusia itu.
Konklusi cantik dari Kak Arah petang itu:
Baiklah semua! Mari kita sama-sama cuba yang terbaik dalam musim peperiksaan ini dan saling mendoakan agar Allah menganugerahkan kecemerlangan kepada kita selaku muslim rabbani. Biar tiada alasan untuk manusia menolak tarbiyah dan dakwah kerana tempangnya kita dalam akademik. Moga semua menjadi muslim yang sifatnya itqan dan ihsan. Ameen
Tersenyum pelat masing-masing memikirkan tanggungjawab berat yang perlu digalas itu. Pertemuan ringkas yang bermakna. Masing-masing berdoa agar rahmat Allah memberkati mereka petang itu.

Dedikasi gambar dari adik kreatif. Terimakasih dik ^^,
p/s:
1.Cuba2an gaya penulisan ayyash. haha.. amacam ayyash?
2.Skrip dan watak ternyata korup.
3.Doakan penulis dan teman2 thabat berjuang dan cemerlang di medan ilmu.
Pusat pemulihan akal,
5.00 ptg Muhsineen




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
